You are on page 1of 15

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada guru geografi saya kerana telah memberi


tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk
menyiapkan projek Kajian Geografi Tempatan
ini.Terima kasih juga kepada Tuan Haji Hassan B.
Topit ,Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah
Sains Kota Tinggi atas bantuan yang telah di berikan
olehnya. Saya juga mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada ibu bapa saya memberi
sokongan dan dorongan dalam kajian ini. Kepada
rakan yang membantu, saya melahirkan rasa besar
hati atas pertolongan anda semasa melaksanakan
kajian ini.
Nama saya Muhammad Haziq Bin Mohammad Sabtu. Saya
belajar di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Sebagai memenuhi
keperluan mata pelajaran geografi, saya diwajibkan membuat satu
kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan (KGT). Kami
semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu, saya
telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan
yang mempunyai amalan kitar semula.

Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang


kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan
laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya
kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat
tinggal saya.
Kulai masih merupakan sebuah hutan liar pada tahun1892. Orang
terawal yang menerokai Kulai ialah Huang Guo Mao yang pulang
ke China untuk mengambil banyak orang Cina supaya dapat menjalankan
kerja penerokaan dan pembinaan.

Pada tahun 1902, Tan Yoke Fong dari China Selatan tiba di Kulai dan
menerokai Pekan Baru Kulai. Fu Wen Zhang dari Melaka juga melibatkan
diri dalam kerja penerokaan Pekan Baru serta Taman Kluang yang seluas
4,000 ekar. Pada tahun 1910, Ngu Wan Zhi tiba di Kulai dan membeli tiga
buah pondok daripada seorang penghuni Melayu. Beliau memajukan tanah
itu menjadi lima buah pondok. Kemudian, pondok-pondok itu dibina semula
menjadi lima belas buah rumah kedai atap sederet. Kebanyakan kedai ini
dijadikan perniagaan kedai kopi atau menjual petrol.

Pada tahun 1937, sepuluh buah rumah kedai batu dua tingkat sederet
serta sederet rumah kedai di hadapannya dibina oleh Fu Teck Hui dan Fu
Teck Nan. Dengan terbinanya bangunan-bangunan yang lain, terbentuklah
pekan Kulai.

Pada tahun 1941, semasa Perang Dunia II, pihak British membakar


kedua-dua baris rumah kedai itu. Ketika tentera Jepun tiba, mereka
mengebom dan memusnahkan pekan Kulai. Selepas Jepun menyerah
kalah, bangunan-bangunan termusnah ini dibina semula menjadi kedai-
kedai papan dua tingkat.

Pada tahun 1947, terjadinya kebakaran kali kedua di Kulai yang


melibatkan kedai-kedai yang berada di tapak bangunan Majlis Amanah
Rakyat (MARA) sekarang. Melebihi dua puluh buah kedai termusnah. Ini
diikuti oleh kebakaran kali ketiga pada tahun 1960 yang memusnahkan
Kedai Runcit Seng Fat yang terletak di dalam kawasan pasar lama.
Sepuluh tahun kemudian pada tahun 1970, tujuh buah kedai dan empat
buah rumah di Jalan Pasar pula dijilat api.

Bagaimanapun, kejadian kebakaran yang paling dahsyat berlaku pada


kali kelima dan keenam, iaitu pada 4 Julai 1981 dan 29 Ogos 1981.
Melebihi seratus buah bangunan termusnah dalam kebakaran-kebakaran
tersebut. Setelah berlakunya kebakaran-kebakaran ini, sebanyak 21 buah
kedai makan dan 7 buah kedai getah telah menamatkan perniagaan
mereka. Menurut feng-shui, kedua-dua jenis perniagaan ini tidak sesuai
dijalankan di kawasan-kawasan itu. Selain itu, sewa kedai antara RM2,000
hingga RM5,000 sebulan juga terlalu tinggi untuk memperoleh sebarang
keuntungan.

Mengikut kajian Kulai adalah sebidang tanah yang makmur. Bangunan-


bangunan yang terbakar itu kini digantikan dengan 7 buah bank, 8 buah
kedai emas, 9 buah syarikat kewangan dan lebih kurang 50 buah kedai
menjual kereta. Kini, hanya tertinggal sebuah kedai makan yang paling
lama dalam sejarah Kulai, iaitu Kedai Makan Yan Yan Loi. Kedai tersebut
telah dibina pada dekad1940-an dan pernah merupakan kedai yang
terkenal di Johor dan Singapura.

Sejak kebakaran terakhir di Kulai, pelbagai aspek, khususnya dari segi


pembinaan dan perkembangan, telah bertambah maju. Tidak lama
kemudian, tempat ini telah dijadikan tapak perindustrian yang baru. Ini
telah mendatangkan banyak manfaat kepada penghuni-penghuni
tempatan.
 Pemerhatian
Saya telah memerhatikan jaringan pengangkutan yang
terdapat di Jalan Maharajalela. Saya telah menjalankan
pemerhatian bersama rakan-rakan saya tentang bentuk muka
bumi.

 Rujukan
Saya telah melayari internet untuk mencari isi-isi penting
bagi menyiapkan kerja kursus ini.

 Banci
Saya telah melakukan bancian tentang jumlah kenderaan
yang melalui Jalan Desa 5

 Temu Bual
Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk
kampung untuk mengetahui jenis
kenderaan yang sering melalui jalan itu

You might also like