You are on page 1of 9

Kesultanan Melayu Melaka 1

Kesultanan Melayu Melaka


Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh
Parameswara di antara tahun 1400 hingga
tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah
sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada
tahun 1409[1] apabila Parameswara
berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama
Islam dijadikan sebagai agama rasmi
Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan
Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka berterusan selama lebih satu
abad sehinggalah Melaka tewas di tangan
penjajah Portugis pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud
Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan
Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.
baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II
menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Parameswara

Sejarah Malaysia

Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)

Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)

Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)

Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)

Kedah Tua

Kemunculan Kesultanan Islam


Kesultanan Kedah (1136–sekarang)

Kesultanan Melaka (1402–1511)

Kesultanan Sulu(1450–1899)
Kesultanan Melayu Melaka 2

Kesultanan Johor (1528–sekarang)

Era Penjajahan Barat


Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Perjanjian Burney (1826)

Penempatan Selat (1826-1946)

Perang Kelang (1867-1874)

Perjanjian Pangkor 1874

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)

Perjanjian Inggeris-Siam 1909

Pertempuran Pulau Pinang (1914)

Perang Dunia Kedua


Perang Tanah Melayu (1941-1942)

Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)

Perang Singapura (1942)

Syburi (1942-1945)

Kawat Kematian Sandakan (1945)

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)

Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)

Darurat Tanah Melayu (1948-1960)

Peristiwa Bukit Kepong (1950)

Rundingan Baling (1955)

Malaysia selepas Merdeka


Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)

Pemberontakan Brunei (1962-1966)

Rusuhan Kaum 1964 (1964)

Pemisahan Singapura (1965)

Peristiwa 13 Mei (1969)

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Operasi Lalang (1987)

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)

Krisis Kewangan Asia (1997-98)

Al-Ma'unah (2000)

Perhimpunan Bersih (2007)

Portal Malaysia

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang
berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama
Kesultanan Melayu Melaka 3

telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan
diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi
bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang
Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat
tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja
(1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara
(1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang
Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk
membuka ibu negeri yang baru.[2] [3]
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam
Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang
yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam
(bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana
beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju
ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara
melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua
di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.
Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk
mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu,
orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor
daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan
membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang
diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".
Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin CHing telah tiba di Melaka pada tahun 1403.
Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada MAharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda
persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja
Yung Lo pada 1405.
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah.
Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah
di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran
melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming,
Yung Lo.
Kesultanan Melayu Melaka 4

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan


menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.
Tambahan pula, Melaka merupakan tempat
perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai
pintu kepada negeri-negeri rempah untuk
memasarkan rempah mereka. Ini dapat
digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang
berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia
dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is
lord of Malacca has his hand on the throat of
Venice.)
Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka
menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan
Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka
sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina
menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

Perkembangan Melaka
Raja Iskandar Syah mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Raja Megat Iskandar Syah 1414-1424,
Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan
Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari
isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri
Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran
"Sultan Abu Syahid".
Kesultanan Melayu Melaka 5

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai
gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. KESULTANAN
Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. MELAKA
Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Tempoh Sultan
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi
1400 – Raja Iskandar
Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak
1414 Syah
jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui
laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan 1414 – Sultan Megat
di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikkan 1424 Iskandar Shah
Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang
1424 – Sultan
belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
1444 Muhammad
Syah

1444 – Sultan Abu


1445 Syahid

1445 – Sultan
1456 Muzaffar
Syah

1456 – Sultan
1477 Mansur Shah

1477 – Sultan
1488 Alauddin
Ri'ayat Shah

1488 – Sultan
1511 Mahmud
Shah

Kegemilangan Kesultanan Melaka


Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 -
1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya
yang strategik, Melaka menjadi sebuah
pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.
Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan
Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan
anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk
menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah
juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan
segolongan pengiring ke negeri China untuk
mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada
tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca


daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok
Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya. kaum Peranakan, iaitu hasil daripada
perkahwinan campur di antara pendatang Cina
dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Kesultanan Melayu Melaka 6

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada
Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan
Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka
sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Kejayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka
telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang
pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain
seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang
dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan
perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman
dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan
berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan
Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti
Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat
daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’
dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya
menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah
memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi
kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu
bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan
Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat
lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya
kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh
kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Kejatuhan Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan
pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu
juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih
kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan
Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih
kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka.
Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang
tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri,
disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis
dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Kesultanan Melayu Melaka 7

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut


Portugis yang besar dari India diketuai
oleh Alfonso de Albuquerque kembali
ke Melaka. Albuquerque membuat
beberapa permintaan membina markas
Portugis di Melaka tetapi
permintaannya ditolak oleh Sultan
Mahmud Shah. Selepas 10 hari
mengepung, pihak Portugis berjaya
menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.
Sultan Mahmud Shah terpaksa Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka
melarikan diri ke Pahang di pantai
timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat
dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik
(Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu
beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali
menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak
Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan
memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya,
Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang
mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku
Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan
Perak
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

Lihat juga
• Kesultanan Perak
• Kesultanan Johor

Rujukan
[1] " Pemerintah Pertama Melaka: Parameswara (1394-1414) (http:/ / sejarahmalaysia. pnm. my/ portalBM/ detail. php?section=sm01&
spesifik_id=1& ttl_id=1)". Sejarah Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia. 2000. . Diambil 2009-01-22.
[2] Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal
Asiatic Society (The Branch) XVI: 32.
[3] Buyers, Christopher. " The Ruling House of Malacca - Johor (http:/ / www. royalark. net/ Malaysia/ malacca. htm)". . Diambil 2009-06-13.
Kesultanan Melayu Melaka 8

Pautan luar
• (Inggeris) Sumber Singapura 1 (http://www.nparks.gov.sg/nparks_cms/display_level3.asp?parkid=7&
catid=4&subcatid=1)
• (Inggeris) Sejarah Singapura (http://www.asianinfo.org/asianinfo/singapore/pro-history.htm)
• (Inggeris) Sumber mengatakan Parameswara dihalau penduduk tempatan (http://malaysia-history.com/
sultanate-melaka.html)
• (Inggeris) Sumber mengatakan Parameswara melarikan diri sebanyak dua kali iaitu daripada Majapahit (keluar
dari Palembang) dan daripada Siam (dari temasik) (http://www.geocities.com/compulsorysubject/history.
html)
• (Inggeris) Pertembungan fakta di antara Tun Seri Lanang (Sejarah Melayu) dan Tom Pires (Suma Oriental)
mengenai hal ini (http://www.hsse.nie.edu.sg/staff/kahack/Singapore 2 pre1819.htm)
• Rencana The Melaka Empire di laman sabrizain.org (http://www.sabrizain.org/malaya/melaka.htm)
Article Sources and Contributors 9

Article Sources and Contributors


Kesultanan Melayu Melaka  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=1562142  Contributors: 09 Mac, Aku statik7, Aurora, Cassiopeta7, Cheguman, Dfgvsa, Diagramma Della
Verita, Emrrans, Kamalzack, Kamarulariffenmy, Master2841, Naval Scene, Niduzzi, Orhanghazi, PM Poon, Permairia, Polar, Ryan darknight, Sahang, Siber79, Whjayg, Wikidestroyer, Yosri,
Zamwan, 76 anonymous edits

Image Sources, Licenses and Contributors


Fail:Istanamelaka91.jpg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Istanamelaka91.jpg  License: unknown  Contributors: PM Poon
File:Sejarah Malaysia.png  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Sejarah_Malaysia.png  License: GNU Free Documentation License  Contributors: Adikhebat
Fail:Islammlk.jpg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Islammlk.jpg  License: unknown  Contributors: Cassiopeta7
Fail:petamelaka.jpg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Petamelaka.jpg  License: unknown  Contributors: Master2841
Fail:Portugis.jpg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Portugis.jpg  License: unknown  Contributors: Cassiopeta7

Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported
http:/ / creativecommons. org/ licenses/ by-sa/ 3. 0/

You might also like