You are on page 1of 5

PAKAIAN DAN PERHIASAN CINA

CHEONG SAM

Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai


pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa
Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina
di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara
barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina
yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek
kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula
diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke


paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi
kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai
ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

SAMFOO

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek


Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina
selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita
separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di
rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak
bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi


mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh
wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama
seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya
diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian
tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina
di Malaysia.
JUBAH LABUH
Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina.
Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu.
Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.

BAJU SHANGHAI
Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita.
Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini
berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah
mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu
permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah
pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam
catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang
mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
Papan Xiangqi dengan buah catur pada kedudukan permulaan
Pemain 2
Masa penyediaan kira-kira 1 minit
Peluang rawak Tiada
Kemahiran yang diperlukan Taktik, Strategi
Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin:
Májiàng; Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untum empat orang yang
berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè;
Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu
tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu
remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai
perjudian juga sebagai permainan komputer.
Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga,
dari sama ada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira
pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama
ada 14 atau 17 keping.
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali
sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang
kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go
hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera
yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina
akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu
kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah
wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas
Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya
mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo
cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan
dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan
yo-yo.

You might also like