You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim….
Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dengan


izin limpah serta kurnianya dapatlah kami melaksanakan tugasan kumpulan ini dengan
jayanya.
Terlebih dahulu kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia iaitu
Dato’ Hj Arpan Shah Bin Satu kerana memberi kebenaran untuk mengadakan Kursus
Induksi Bil 2/2011 ini. Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada En Mazlan Bin
Ahmad selaku Ketua Cawangan Pembangunan Organisasi LPP merangkap Pegawai
Penyelaras Kursus Induksi Bil 2/2011 ini serta ucapan terima kasih diucapkan kepada
En Sahabudin Bin Ibrahim selaku Urusetia Kursus Induksi Bil 2/2011 kerana bertungkus
lumus merancang, menjadualkan serta melaksanakan program-program yang telah
diatur sehingga mencipta kejayaan di pengakhirannya. Mereka tidak jemu-jemu
mencurahkan ilmu yang dimiliki kepada pemacu ke-2 LPP yang bakal memimpin
Lembaga Pertubuhan Peladang terus maju ke hadapan.
Sekalung budi ditujukan juga kepada Tuan Pengurus Institut Pengurusan
Peladang Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Pn Hajah Rokiah serta pihak pengurusan
IPP kerana telah menyediakan kemudahan yang secukupnya kepada kami sepanjang
kursus ini berlangsung.
Bagi ahli kumpulan kami, seribu ingatan dan sejuta penghargaan kerana telah
membanting tulang mencurahkan buah fikiran, memberikan kerjasama yang kuat serta
semangat bersatu- padu yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Tanpa
anda semua, kita tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini.
Serta rakaman terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan kursus ini. Kami mendoakan agar dibalas seribu rahmat yang tidak
terasa nilainya….Aminnnn…

You might also like