You are on page 1of 45

a) Pertumbuhan Penduduk

b) Migrasi
c) Piramid Penduduk
d) Implikasi Perubahan Penduduk
Apakah takrifan Pertumbuhan
Penduduk ?

Pertumbuhan Penduduk merujuk


kepada perubahan jumlah penduduk
sesebuah negara, sama ada bertambah
ataupun berkurang.
Bilangan Penduduk Malaysia 1970 -
2000
25 23.3

20 18.4
Bilangan (juta orang)

13.7
15
10.4
10

0
1970 1980 1990 2000
Faktor-faktor Pertumbuhan
Penduduk

PER TU M BU H AN PEN D U D U K

K a d a r K e la h ir a n K a d a r K e m a t ia n M ig r a s i
i) Kadar Kelahiran
Kadar Kelahiran ialah jumlah kelahiran bayi hidup
bagi sesuatu tahun berbanding dengan jumlah
penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi
setiap 1000 orang.
Formula pengiraan Kadar Kelahiran :-

Jum. Kelahiran pd sesuatu thn


KKL = ---------------------------------------- X 1000
Jum. Penduduk pd prtghn thn
Faktor-faktor yang mempengaruhi KKL :

1) demografi
2) perkhidmatan kesihatan
3) taraf pendidikan
4) governan
ii) Kadar Kematian
Kadar Kematian ialah jumlah kematian penduduk
bagi sesuatu tahun berbanding dengan jumlah
penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi
setiap 1000 orang.
Formula pengiraan Kadar Kematian :-

Jum. Kematian pddk pd sesuatu thn


KKL = ----------------------------------------- X 1000
Jum. Penduduk pd prtghn thn
Faktor-faktor yang mempengaruhi KKM :

1) kemudahan perubatan
2) taraf pendidikan
3) governan
iii) Migrasi
Migrasi merujuk kepada penghijrahan penduduk
dari suatu tempat ke tempat lain.
Imigrasi – perpindahan masuk penduduk dari negara
lain ke sesebuah negara.
Emigrasi – perpindahan keluar penduduk dari
sesebuah negara ke negara lain.
Migrasi Bersih ialah perbezaan antara imigrasi
dengan emigrasi.

Migrasi Bersih = Imigrasi - Emigrasi


Pertumbuhan Penduduk Semula Jadi
Pertumbuhan Penduduk Semula jadi merujuk kepada
perbezaan yang wujud antara KKL dengan KKM.
Pertumbuhan Penduduk Semula jadi positif jika KKL
lebih tinggi drpd KKM dan akan menjadi negatif jika
keadaan sebaliknya berlaku.
Formula pengiraan
Pertumbuhan Penduduk Semula jadi :

PPSJ = KKL - KKM


Formula Pengiraan
Pertumbuhan Penduduk :

PPSJ + MB
Pert. Pddk = ---------------- X 100
Jum. Pddk
Latihan / Aktiviti Pengukuhan
b) Migrasi
Migrasi merujuk kepada penghijrahan penduduk dari
suatu tempat ke tempat lain.
Migrasi penting dala menentukan pertumbuhan
penduduk di sesebuah negara.
J E N IS -J E N IS M IG R A S I

M ig r a s i D a la m a n M ig r a s i A n t a r a b a n g s a

1. Luar B andar - Luar B andar 1 . I m ig r a s i

2. Luar B andar - B andar 2 . E m ig r a s i

3. B andar - B andar

4. B andar ke Luar B andar


1) Migrasi Dalaman
Merujuk kepada perpindahan penduduk dari suatu
kawasan ke kawasan yang lain di dalam negara itu
sendiri.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi setiap


jenis migrasi dalaman.
Faktor-faktor Mempengaruhi Migrasi
Dalaman
1. Peluang pekerjaan
2. Kehidupan yang lebih selesa
3. Kemudahan asas
4. Melanjutkan pelajaran
5. Pembukaan Tanah Rancangan
Faktor-faktor Mempengaruhi Migrasi
Antarabangsa
1. Peluang pekerjaan
2. Meningkatkan taraf hidup
3. Melanjutkan pelajaran
4. Kemelesetan ekonomi
5. Peperangan
Kesan Migrasi terhadap Kawasan
Asal.
1. Mengurangkan kesesakan penduduk.
2. Kekurangan tenaga kerja.
3. Ketidakseimbangan dalam komposisi jantina dan
umur.
4. Merugikan negara
Kesan Migrasi terhadap Kawasan
Destinasi.
1. Menguntungkan kerana kedatangan golongan
profesional.
2. Membangunkan negara.
3. Penduduk tempatan kehilangan pekerjaan.
4. Pengaliran keluar wang.
Latihan / Aktiviti Pengukuhan
c) Piramid Penduduk
ialah graf bar yang menggambarkan struktur penduduk
mengikut umur dan jantina di sesebuah negara.
Paksi tegak mewakili kumpulan umur.
Struktur umur penduduk terbahagi kepada tiga, iaitu
golongan muda (0-14 thn), golongan dewasa (15-64 thn)
dan golongan tua (65 ke atas).
Paksi mendatar menunjukkan peratusan lelaki &
perempuan.
Jenis-jenis Piramid
1) Piramid Progresif
2) Piramid Peralihan
3) Piramid Stabil
4) Piramid Terganggu
1) Piramid Progresif
Ciri-cirinya :-
i) Berbentuk kon, iaitu
puncaknya tajam dan
dasarnya lebar.
ii) Menggambarkan
kadar kelahiran dan
kematian yang
tinggi.
Kesan Struktur & komposisi Penduduk P.
Progresif terhadap Pembangunan Negara
Gol. dewasa yang ramai menyediakan tenaga kerja yang
banyak.
KKL yg tinggi mempercepat pertumbuhan penduduk.
KKL tinggi juga menyediakan pasaran yang luas &
meningkatkan pencapaian ekonomi.
Namun, pertumbuhan penduduk yang pesat menambah
beban kerajaan – kemudahan asas dan peluang pekerjaan.
2) Piramid Peralihan
Ciri-cirinya :-
i) Berbentuk hampir
tegak. Tapaknya sempit,
bahagian tengah
melebar dan semakin
sempit di atas.
ii) Menggambarkan kadar
kelahiran dan kematian
yang rendah.
Kesan Struktur & komposisi Penduduk P.
Peralihan terhadap Pembangunan Negara
Gol. dewasa ramai berbanding gol. muda dan gol. tua. Gol.
Tua semakin ramai (?)
Gol muda yang sedikit mengurangkan kadar pergantungan
kpd gol dewasa.
Gol dewasa yg ramai dapat menyediakan tenaga kerja yang
banyak – negara membangun.
Struktur penduduk bagi negara yg mempunyai piramid
peralihan menunjukkan pertumbuhan penduduk yang
rendah.
3) Piramid Stabil
Ciri-cirinya :-
i) Berbentuk tegak.
Gol. muda dan gol.
tua hampir sama.
ii) Perbezaan
penduduk
mengikut umur
tidak ketara.
iii) Menggambarkan
kadar kelahiran dan
kematian yang
rendah.
Kesan Struktur & komposisi Penduduk P. Stabil
terhadap Pembangunan Negara
Gol muda & gol tua mempunyai bilangan yg hampir sama.
Menunjukkan KKL & KKM yg rendah.
Gol tua yang ramai meningkatkan beban kerajaan.
Gol dewasa menyediakan tenaga kerja yg banyak utk
pembangunan. Gol muda yang sedikit mengurangkan
pergantungan.
Pertumbuhan penduduk perlahan & akan mendatangkan
kesan kekurangan tenaga kerja pada masa hadapan.
4) Piramid Terganggu
Ciri-cirinya :-
i) Tidak mempunyai
sebarang bentuk
yang tertentu.
ii) Bentuknya
ditentukan oleh
faktor-faktor yang
mempengaruhinya.
Kesan Struktur & komposisi Penduduk P.
Terganggu terhadap Pembangunan Negara
Terbentuk kerana faktor-faktor seperti peperangan,
penyakit, atau polisi kerajaan.
Cthnya Rusia (1992) berbentuk genting di tengah kerana
dipengaruhi oleh bilangan kelahiran bayi yg amat kurang
ketika Perang Dunia Kedua.
KKL yg rendah menyebabkan bil penduduk dlm kumpulan
45-49 thn kurang.
Bil lelaki tua juga sedikit berbanding perempuan kerana
ramai yg mati dlm perang.
Latihan / Aktiviti Pengukuhan
d) Implikasi Perubahan Penduduk
Perubahan penduduk berlaku kerana dipengaruhi
oleh KKL, KKM & Migrasi.
Hal ini mewujudkan implikasi seperti :-

1) Kurang penduduk
2) Penduduk Berlebihan
3) Penduduk Optimum
1) Kurang Penduduk
Sesebuah negara mengalami kurang penduduk
sekiranya bilangan penduduknya sedikit berbanding
jumlah sumber semula jadi yang ada.
2) Penduduk Berlebihan
Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk
berlebihan sekiranya bilangan penduduk lebih banyak
berbanding dengan sumber yang ada dan tahap
teknologi yang rendah menyebabkan sumber tidak
dapat menampung keperluan penduduk.
3) Penduduk Optimum
Keadaan sesebuah negara yang mempunyai bilangan
penduduk yang cukup dan tahap teknologi yang tinggi
untuk membangunkan sumber yang ada dan
menikmati taraf hidup yang tinggi.
Kesan Akibat Kurang Penduduk
Kekurangan tenaga Mengganggu
kerja. pembangunan sesebuah
Golongan tua ramai – negara – KKL rendah.
beban kerajaan
bertambah.
Kekurangan tenaga
manusia untuk pasukan
keselamatan.
Langkah mengatasi Kurang
Penduduk ?
Kesan Akibat Penduduk Berlebihan
Taraf hidup penduduk Kadar jenayah tinggi
adalah rendah. Masalah setinggan
Masalah kemiskinan Sumber kewangan
Masalah pengangguran terhad
Upah terhad
Langkah mengatasi Penduduk
Berlebihan ?

You might also like