You are on page 1of 1

Nama :

No. Matrik :

Kursus :

Soalan berikut berdasarkan kepada data-data yang diberikan di bawah:

Cik Bienda menjalankan aktiviti menjual Ice Blended dan jagung rebus semasa minggu aktiviti di IKM
Sungai Petani. Berikut merupakan urusniaga-urusniaga yang dijalankan oleh beliau:

Urusniaga yang berikut telah berlaku pada 14 Mac 2010.

i) Cik Bienda telah membeli cawan plastik, aiskrim, serbuk perasa, straw, gula dan jagung
berharga RM 73 secara tunai.
ii) Membeli periuk pengukus menggunakan kad kredit bernilai RM 130
iii) Menjual jagung rebus sebanyak RM 15 pada hari tersebut.
iv) Menerima bayaran tunai sebanyak RM 60 untuk ice blended yang dipesan oleh Jabatan
Pengajian Am.

Urusniaga yang berikut telah berlaku pada 15 Mac 2010.

i) Menjelaskan bayaran RM 20 secara tunai kepada Jawatankuasa MInggu Aktiviti bagi tujuan
menyewa gerai.
ii) Membeli asikrim, serbuk perasa, dan jagung secara hutang dari Perniagaan Salleh sebanyak
RM 55.
iii) Membeli ais dari café IKMSP bernilai RM 4 dan diberikan diskaun sebanyak RM 2.
iv) Menjual jagung rebus sebanyak RM 25 dan ice blended sebanyak RM 113.
v) Menerima tempahan jagung rebus untuk jamuan Kelab Bimbingan Usahawan bernilai RM 49
pada penghujung Mei.

Urusniaga yang berikut telah dijalankan pada 16 Mac 2010.

i) Jawatankuasa MInggu Aktiviti mengembalikan wang sewaan sebanyak RM 10.


ii) Membeli aiskrim, serbuk perasa, dan jagung secara tunai dari Tesco sebanyak RM 67.
iii) Menjual jagung rebus sebanyak RM 30 dan ice blended sebanyak RM 134.
iv) Ambilan tunai sebanyak RM 5 untuk kegunaan sendiri.
v) Belian ais dari café yang bernilai RM 4

You might also like