You are on page 1of 7

Ayam Lada Hitam

BAHAN-BAHAN:
2 kg ayam (potong kecil)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
5 ulas bawang merah (cincang halus)
100 gm halia (cincang halus)
50 gm lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
10 tangkai cili merah
5 biji tomato (potong halus)
50 gm daun bawang (potong kecil)
50 gm minyak masak
3 sudu kecil sos tiram
Sedikit garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia
    sehingga kuning keemasan.
2) Kemudian masukkan lada hitam, sos tiram dan ayam.
3) Kacau sekali-sekala sehingga ayam masak. Setelah itu, barulah masukkan
    tomato bersama cili merah, daun bawang, garam dan gula.
4) Kacau seketika barulah angkat dan hidang
 
 
Ayam Masak Kicap Best 
Kiriman: natman  Email this Recipe Print this Recipe
Sumber: IBU MERTUAKU 
Hits: 140 Rating: 0.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

Kepak ayam 500 gm  Bahan B : 


Bahan A :  ½ bawang besar (dimayang halus) 
1 sudu serbuk kunyit  1 ulas bawang putih (diketuk) 
Garam dan serbuk perasa  2 cm halia (dihiris halus) 
1 sudu sos tiram 
1 sudu kicap manis 
1 sudu kicap cair Maggi 
Sedikit air asam jawa 
Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka) 
Sedikit air

Cara:

1. Perap kepak ayam dengan bahan A selam 30 minit. 


2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng kepak ayam hingga agak garing. 
3. Bila agak garing dan kuning,masukkan air (kalau nak kuah banyak, letak banyak)Biarkan hingga mendidih. 
4. Masukkan semua bahan B dan akhir sekali serbuk perasa. Tunggu hingga kuah pekat dan boleh
dihidangkan. 

Tambahan:

* Kalau suka pedas, letak aje lada kecil atau cili burung.. 
SELAMAT MENCUBA
Puding Koktel Berkuah

Aziemas@myresipi.com
Kegemaran seisi rumah, sedap di buat semasa cuaca panas-panas begini. Persediaan sejuk.

Created on : 17-02-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

322 Share

Bahan-bahan ( ( 5-6 orang ) )

 BAHAN UNTUK PUDING


 1 cawan tepung kastad
 1 cawan gula
 5 cawan air
 1 cawan santan - jgn terlalu pekat
 BAHAN UNTUK KUAH
 1 tin susu cair
 2 tin air masak ( gunakan tin susu )
 1/2 cawan gula @ sesuai manis
 HIASAN
 Buah-buahan dalam tin
 Nata de coco - optional
 Jelly @ sumi - optional
Cara-cara

1. UNTUK PUDING
2. Masukkan semua bahan gaul sebati
3. Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat
4. Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan
dlm peti ais )
5. UNTUK KUAH
6. Panaskan susu, air dan gula dalam periuk
7. Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur
8. Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )
9. CARA PENYEDIAAN
10. Potong puding kastad td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk
11. Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk
letak )
12. Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan
13. Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais..sejuk jer
14. Selamat mencuba.

DADIH STRAWBERY

Bahan 
1 liter susu kotak strawberry dutch lady 
1 cawan air 
4 s/b gula 
1 s/b serbuk agar-agar 
150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli dutch lady 

Caranya 
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendidih. 
2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api. 
3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata. 
4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil. 
5. Sejukkan dalam petisejuk. 
6. Hidangkan sejuk. 
PUDING ROTI 

Bahan: 
500 ml susu segar/fresh milk 
10 keping roti (gardenia/high 5) 
2 sudu besar buah campur atau kismis 
150 ml yogurt perisa buahan 
4 sudu besar gula halus 
2 sudu besar butter 
1 biji telur ayam 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar tepung jagung 

Cara 
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam. 
2. Kacau dan gaul rata semua bahan. 
3. Tuangkan kedalam loyang yg telah disapukan majerin. 
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak. 
5. Tuangkan yogurt berperisa bauahan [beli jer] diatas puding semasa menghidang. 

NOTA: 
yogurt boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla ataupun cream coklat. Boleh
juga hiaskan dengan fruits koktel. 

PUDING ROTI CARAMEL 

Bahan A: 
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti 

Bahan B 
1 buku roti [10 keping] 
1 tin susu cair 
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach 
2 biji telur 
1/2 cawan gula 
1 sudu teh esen vanilla 
2 sudu besar tepung kastad 

Hiasan 
1 tin buah koktel/peach 

Cara: 
1. Panaskan kukusan. 
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis. 
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan. 
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis. 
5. Kukuskan selama 30 minit. 
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar. 
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach 
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert
Bahan bahan:
Perap 
 400-500g Ayam (dipotong kecil)
 1 sudu besar serbuk kunyit
 1 sudu kecil garam
 1 sudu besar rempah kari ayam
 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
 1 inci halia (ditumbuk)
 - Gaulkan kesemuanya dan perap selama setengah jam.
Sos
 3 sudu besar sos tomato
 3 sudu besar madu
 2 sudu besar gula
 - disatukan dalam mangkuk dan diketepikan
Lain-lain
 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
 4 sudu besar cili kisar
 air secukupnya
 minyak 

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak. Sebelum menggoreng ayam, ketuk sedikit ayam untuk
menjatuhkan lebihan bahan perap. Lebihan bahan perap ini disimpan untuk
digunakan nanti.
2. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak sehingga tinggal secukupnya untuk menumis.
4. Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga layu.
5. Kemudian masukkan lebihan bahan perap dan cili kisar. Kacau sedikit.
6. Masukkan sedikit air dan biarkan seketika untuk cili kisar itu masak.
7. Setelah sedikit kering dan telah pecah minyak, masukkan bahan sos.
Kacau sebati.
8. Masukkan air secukupnya. 
9. Masukkan ayam dan gaul sebati.
10. Sedia dihidangkan.
sedia dihidang untuk makan tengah hari 

You might also like