You are on page 1of 18

NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

4.0 BUKU CATATAN PERTAMA

4.1 Fungsi dan Jenis Jurnal

a. Rancangan Mengajar Harian

Mata pelajaran : Prinsip Perakaunan

Tarikh : 25 Februari 2011

Hari : Jumaat

Tingkatan :4

Masa : 10.20am – 11.00am (40 Minit)

Tajuk : Jurnal Am

Objektif : Pada akhir pengajaran pelajar dapat :


1. Menjelaskan fungsi & kegunaan Jurnal Am sebagai buku catatan
pertama. (Aras 1)
2. Mengenalpasti format Jurnal Am yang lengkap.(Aras 1)
3. Merekodkan beberapa urus niaga ke dalam Jurnal Am. (Aras 2)

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui tentang kitaran perakaunan.


: Pelajar telah mengetahui tentang dokumen sumber perniagaan.

ABM : Slide PowerPoint, kertas mahjong dan buku Jurnal.

Pendekatan : Masteri.

Nilai Murni : Mengikut arahan guru, beri perhatian, menghormati guru, teliti dalam
melakukan proses perekodan dan dapat mengenalpasti jenis-jenis urus
niaga terlibat, percaya kepada kebolehan diri dan boleh mengaplikasikan
apa yang dipelajari.

KBKK : Kemahiran berfikir dan mengingat.

1
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah/ Isi Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Strategi/Kaedah/


Masa Kandungan ABM/Nilai/KBKK

Set Induksi Permulaan Guru meminta Pelajar memerhati Strategi :


(5 Minit) pelajar memerhati gambar yang Berpusatkan guru
gambar yang akan ditunjukkan. dan pelajar.
ditunjukkan
Kaedah:
Guru Penyoalan dan soal
menunjukkan jawab.
gambar
syarikat/situasi ABM:- Slide
urusniaga. PowerPoint

Guru Nilai:
menunjukkan Mengikut arahan
gambar seorang guru, beri perhatian,
akauntan yang menghormati guru.
sedang membuat
catatan KBKK:
perakuanan. Kemahiran berfikir.

Guru menyoal Pelajar menjawab


pelajar mengenai soalan yang
kedua-dua gambar dikemukakan oleh
yang telah guru
ditunjukkan.
Guru membuat
kesimpulan dan
menerangkan
perkaitan gambar
dengan pelajaran
hari ini.

Imbasan Guru memberi Pelajar mendapat


kepada tajuk. penekanan kepada gambaran secara
pelajar tentang keseluruhan tentang
tajuk pada hari ini tajuk yang akan
adalah diajar oleh guru
pekembangan dari pada hari tersebut.
tajuk kitaran
perakaunan (Buku
Catatan Pertama).

2
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

Langkah 1 Fungsi Jurnal Guru menerangkan Pelajar mendengar Strategi :


(8 Minit) Am. fungsi Jurnal Am penerangan dari Berpusat guru dan
guru. pelajar.

Kaedah :
Kegunaan Guru menerangkan Pelajar mendengar Penerangan,
Jurnal Am kegunaan Jurnal penerangan dari Pengulangan
Am guru.
ABM :
Guru menyoal Slide PowerPoint,
kembali beberapa Pelajar yang Kertas Mahjong
orang pelajar terpilih
secara rawak menjelaskan Nilai :
tentang fungsi dan beberapa fungsi dan beri perhatian,
kegunaan Jurnal kegunaan Jurnal An menghormati guru.
Am
KBKK :
Berfikir dan
mengingat.

Langkah 2 Format Guru menerangkan Pelajar melihat dan Strategi :


(15 Minit) Jurnal Am kepada pelajar mendengar Berpusatkan guru
tentang cara dan penerangan guru. dan pelajar.
langkah-langkah
yang diperlukan Kaedah:
untuk aktiviti Penyoalan dan soal
merekod Jurnal jawab, masteri.
Am secara umum.
ABM:
Guru mengarahkan Pelajar melakarkan Kertas mahjong,
setiap pelajar format Jurnal Am Slide PowerPoint
melakarkan format yang lengkap
Jurnal Am secara secara individu Nilai:
individu dalam Teliti dalam
kertas yang melakukan proses
diedarkan. perekodan dan
dapat
Merekodkan Guru memberi tiga Pelajar boleh mengenalpasti
beberapa jenis maklumat menyoal guru jenis-jenis urus
urus niaga dokumen sumber semasa guru niaga terlibat.
berdasarkan yang biasa berlaku melakukan proses
maklumat dalam proses penerangan jenis KBKK:
dokumen merekod Jurnal urus niaga dan Kemahiran berfikir.
sumber Am. contohnya untuk
dalam Jurnal mendapat lebih

3
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

Am. pemahaman.

Guru memberikan Pelajar mengambil


contoh latihan bahagian di dalam
(soalan ilustrasi) kelas dengan cuba
dan cara merekod menjawap
untuk setiap urus pertanyaan guru
niaga yang terlibat melalui aktiviti
secara terperinci perbincangan di
agar pelajar dalam kelas.
mendapat
gambaran yang
jelas dan
memahaminya.

Guru
membincangkan
jawapan untuk
setiap contoh
situasi dan urus
niaga yang berlaku
dengan pelajar
dengan
penerangan dan
penyoalan di
dalam kelas.

Langkah 3 Latihan Guru memaparkan Pelajar merekod Strategi :


(10 Minit) dalam kelas beberapa dokumen maklumat yang Berpusatkan guru
secara sumber untuk diperolehi daripada dan pelajar.
individu pelajar merekod ke dokumen sumber
dalam Jurnal Am ke dalam Jurnal Am Kaedah:
secara individu. secara individu. Perbincangan dan
soal jawab.
Guru mengedarkan Pelajar yang
1 gulungan kecil terpilih ke hadapan ABM:
kertas kepada untuk memberikan Slide PowerPoint,
setiap pelajar. jawapan. Kertas mahjong.
Pelajar yang
mendapat gambar Nilai:
bintang yang Percaya kepada
bernombor dalam kebolehan diri.
gulungan kecil itu
dikehendaki KBKK:
datang ke hadapan Kemahiran berfikir.

4
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

untuk menjawab
soalan yang
dipaparkan.

Guru bersama- Pelajar membuat


sama pelajar cacatan
menyemak dan menyemak
jawapan pelajar di jawapan di papan
papan putih di putih bersama-sama
dalam kelas. guru.

Penutup Kesimpulan Guru membuat Pelajar mendengar Strategi :


(2 Minit) rumusan ringkas dan membuat Berpusatkan guru
dan kesimpulan catatan. dan pelajar.
tentang tajuk pada
hari tersebut. Kaedah:
Penerangan.
Guru menamatkan Pelajar menjawab
kelas dengan dan menyiapkan ABM: Buku Jurnal
memberi kerja latihan dan hantar
sekolah untuk pada masa yang Nilai:
pelajar buat di ditetapkan oleh Beri perhatian,
rumah. (latihan guru mengikut arahan
pengukuhan). dan boleh
mengaplikasikan
apa yang dipelajari.

KBKK:
Kemahiran berfikir

Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing


................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
.................................................................

Refleksi Guru
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
.....................................................................

5
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

NOTA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1. Fungsi Jurnal Am sebagai buku catatan pertama


i. BUKU PERTAMA dalam sistem perakaunan
ii. Bertindak sebagai SEBUAH BUKU HARIAN yang merekod semua urus niaga
perniagaan secara KRONOLOGI atau mengikut urutan tarikh
iii. Catatan jurnal dapat memberi KETERANGAN JELAS tentang sesuatu urus
niaga.
iv. Catatan debit dan kredit secara SERENTAK dalam Jurnal Am dapat
MENGURANGKAN KESILAPAN dan KETINGGALAN. Jika direkod terus ke
dalam lejar, salah satu catatan debit atau kredit MUNGKIN TERTINGGAL atau
TERSILAP CATAT di sebelah yang salah.

2. Kegunaan Jurnal Am
Jurnal am merupakan jurnal yang merekodkan pelbagai urus niaga yang tidak boleh
direkodkan dalam buku catatan pertama yang lain.
Urusniaga yang direkodkan dalam jurnal am ialah:
i. Catatan permulaan perniagaan
ii. Catatan penutupan
iii. Belian dan jualan aset bukan semasa secara kredit
iv. Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi atau kegunaan perniagaan
v. Kemasukan asset sebagai modal tambahan

3. Format Jurnal Am yang lengkap

JURNAL AM
Halaman
TARIKH BUTIRAN FOLIO DEBIT KREDIT

a. Setiap halaman diberi nombor untuk rujukan.


b. Tarikh – mengikut susunan tarikh urus niaga.
c. Butir – merekodkan catatan debit dahulu.
- catatan kredit ditulis ke dalam sedikit dari garis tepi.
d. Folio – merujuk kepada akaun dalam lejar.
e. Lajur debit – merekodkan jumlah yang didebitkan.
f. Lajur kredit – merekodkan jumlah yang dikreditkan.
g. Keterangan – ditulis secara ringkas selepas catatan debit dan kredit
untuk menerangkan urus niaga yang telah berlaku.

6
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

4. Merekodkan beberapa urus niaga berdasarkan maklumat dokumen sumber dalam


Jurnal Am

i. Cara Merekod

• Rekod catatan debit terlebih dahulu baru catatan kredit (Catatan kredit hendaklah
ditulis jarak sedikit ke kanan dari garisan tepi.
• Rekodkan jumlah yang didebitkan di jalur debit sebaris dengan butir debit dan jumlah
kredit di lajur kreit sebaris dengan butir kredit
• Tarikh setiap urus niaga hendaklah direkodkan
• Setiap urus niaga hendaklah ditulis keterangan dibawahnya dan diletakkan kurungan.
Keterangan padat dan ringkas.
• Setiap catatan mesti dipindahkan ke dalam akaun tertentu di dalam lejar
• Lajur folio mencatat rujukan semasa pengeposan

ii. Merekod Dalam Jurnal Am

Merekod Ambilan Barang niaga

1. Ambilan bermaksud pemilik perniagaan mengambil sesuatu daripada perniagaan


untuk kegunaan sendiri atau keluarganya.
2. Ambilan mungkin berbentuk tunai, barang dagangan atau aset. Contoh ambilan
ialah:
a. Pemilik membayar sewa rumah kediaman dengan menggunakan wang tunai
atau cek perniagaan.
b. Pemilik perniagaan runcit mengambil beras, gula atau barang niaga yang lain
untuk kegunaan keluarganya.
c. Pemilik mengambil komputer (alatan pejabat) untuk kegunaan anaknya.
4. Setiap ambilan yang dibuat oleh pemilik untuk kegunaan peribadi mestilah
dicatatkan dalam buku perakaunan selaras dengan konsep entiti berasingan.
5. Cara merekodnya:-
• Bagi ambilan tunai atau cek, akaun yang terlibat adalah Akaun Ambilan dan
Buku Tunai. Oleh itu, ambilan tunai/cek direkodkan dalam Buku Tunai dan
tidak dalam Jurnal Am. Dokumen sumber untuk ambilan tunai ialah memo
dan keratan cek.
• Bagi ambilan barang niaga, catatan dibuat dalam Jurnal Am iaitu debitkan
akaun ambilan (kerana ambilan mengurangkan ekuiti pemilik) dan kreditkan
akaun belian (kerana barang belian berkurangan). Lihat contoh
• Bagi ambilan aset, catatan juga dibuat dalam Jurnal Am iaitu debitkan akaun
ambilan dan kreditkan akaun aset (kerana aset berkurangan).

7
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

Contoh: Merekod ambilan barang niaga


Berdasarkan memo berikut, tunjukkan cara merekodnya dalam Jurnal Am Perniagaan
Nazri.

MEMO
Perniagaan Nazri,
12, Jalan Jelutong,
11600 Pulau Pinang.
Tarikh: 03 Ogos 20X3

Peringatan:
Pemilik (Encik Nazri) telah mengeluarkan barang niaga bernilai RM 200 (Ringgit Malaysia: Dua
Ratus sahaja) untuk kegunaan keluarganya.

Nazri
Pengurus

Catatan dalam Jurnal Am untuk Ambilan barang niaga dibuat seperti di bawah:

JURNAL AM
Halaman 1
Tarikh Butiran Folio Debit Kredit
20X3 Ambilan   200  
Ogos 3   Belian     200
(Ambilan barang niaga untuk kegunaan
  peribadi)      

Merekod Belian dan Jualan Aset Bukan Semasa

1. Sesebuah perniagaan mungkin akan membeli aset bukan semasa untuk kegunaan
perniagaannya atau mungkin menjual aset bukan semasa yang sudah lama dipakai.
2. Belian dan jualan aset bukan semasa dibuat sama ada secara tunai ata secara kredit
(hutang). Urus niaga tunai akan terus direkod dalam Buku Tunai. Belian dan jualan
aset bukan semasa secara kredit akan direkodkan ke dalam Jurnal Am.

3. Bagi belian aset bukan semasa secara kredit, catatan di dalam Jurnal Am adalah:
Debitkan Aset (kerana aset telah bertambah)
Kreditkan Liabiliti (kerana liabiliti bertambah)

4. Bagi jualan aset terpakai secara kredit, catatan dalam Jurnal Am ialah:
Debitkan Penghutang (kerana aset bertambah)
Kreditkan Aset (kerana aset berkurang)

8
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

Contoh : Merekod Belian dan Jualan aset Bukan Semasa

Dokumen berikut diterima oleh perniagaan Elina kerana membeli sebuah mesin daftar
tunai secara kredit

No.Invois:
INVOIS Syarikat Mann 1126
  No. 2, Jalan Tok Lam,  
20200 Kuala Terengganu.  
 
Perniagaan Elina,  
42 Jalan Sultan Ismail,  
20200 Kuala Terengganu,  
Tarikh: 7 Januari
Terengganu 20X3
No.rujuka Harga seunit Jumlah
n Perkara Kuantiti (RM) (RM)  
Mesin daftar
C43 tunai 1 1500 1500  
      Jumlah 1500  
Ringgit Malaysia:Satu Ribu Lima Ratus Sahaja  
Serahan:Angkutan dibayar  
Diskaun Tunai: 2% 30hari  
   
Azman Elina  
Tandatangan penerima Pengurus  
       

Catatan urus niaga dalam Jurnal Am untuk belian aset secara kredit ditunjukkan seperti
berikut:
JURNAL AM Halaman 1
Tarikh Butiran Folio Debit Kredit
20X3 Alatan Pejabat   1500  
Jan 7   Syarikat Mann     1500
  (Belian Alatan pejabat secara kredit)      

9
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

Contoh : Invois berikut dihantar oleh Perniagaan Elina kepada Kedai Perabot Weng
kerana menjual sebuah perabot terpakai

SALINAN INVOIS No. Invois: 1126  


  Perniagaan Elina  
  42, Jalan Sultan Ismail,  
  20200 Kuala Terengganu.  
Kepada,  
Kedai Perabot Weng,  
10B, Jalan Pak Tuyu,  
21300 Gong Tarikh: 10 Januari
Badak,Terengganu. 20X3
Harga
Butir   Kuantiti seunit(RM) Jumlah (RM)  
Perabot terpakai model B7 1 1000 1000  
Jumlah Besar 1000  
Ringgit Malaysia: Satu
Ribu Sahaja  
Serahan: Angkutan dibayar  
Diskaun Tunai: 20% 30
hari  
   
Weng Elina  
Tandatangan penerima Pengurus  
           

Catatan urus niaga dari invois untuk Jualan Aset Terpakai ke dalam Jurnal Am
ditunjukkan seperti berikut:

JURNAL AM Halaman 1
Tarikh Butiran Folio Debit Kredit
20X3 Kedai Perabot weng   1000  
Jan 10   Perabot     1000
  (Jualan perabot terpakai secara kredit)      

10
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

Merekod Modal tambahan kepada perniagaan

1. Aset bukan tunai seperti pejabat, kenderaan, perabot dan lain-lain yang dimiliki
oleh peniaga apabila dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan
akan direkodkan dalam jurnal am modal tambahan dalam bentuk wang tunai
dicatatkan ke dalam buku tunai.
2. Cara merekod modal tambahan bukan tunai ialah debitkan aset dan kreditkan
modal.

Contoh : Merekod modal tambahan kepada perniagaan

MEMO
PERNIAGAAN NAZRI
12, Jalan Jelutong,
11600 Pulau Pinang.
  Tarikh: 17 Disember 20X3
Peringatan:  
Pemilik (Encik Nazri) telah membawa masuk sebuah komputer
persendirian
bernilai RM 2 500 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Lima Ratus
sahaja) untuk
kegunaan
pejabat.  
  Nazri
  Pengurus
           

Catatan dalam Jurnal Am untuk modal tambahan ditunjukkan di bawah:


JURNAL AM Halaman 1
Tarikh Butiran Folio Debit Kredit
20X3 Komputer   1000  
Dis 12   Modal     1000
(Membawa masuk komputer untuk
  kegunaaan pejabat      

11
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

Merekod Catatan Penutup

1. Catatan penutupan adalah satu proses pemindahan Akaun Hasil dan Belanja ke
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.
2. Akaun-akaun yang terlibat dalam pengiraan untung atau rugi kasar dipindah ke
akaun Perrdagangan (Stok, Belian, Jualan, Pulangan Belian, Pulangan Jualan,
Angkutan M asuk, Upah atas Belian, Insurans atas Belian,Cukai atas Belian.
3. Akaun Belanja dan Hasil yang memberi kesan kepada untung dan rugi
bersih dipindahkan ke Akaun Untung Rugi.
4. Akaun yang berbaki debit (Akaun Belanja, Belian, Pulangan Jualan atau Pulangan
Masuk dan Stok Awal) dikreditkan dan Akaun Perdagangan didebitkan. Manakala
akaun-akaun yang berbaki kredit (Jualan dan Pulangan Keluar atau Pulangan
Belian) didebitkan dan Akaun Perdagangan dikreditkan.
5. Baki-baki belanja dan hasil yang tidak dipindahkan ke Akaun Perdagangan akan
dipndahkan ke Akaun Untung Rugi dengan cara:

Debitkan Akaun Untung Rugi dan kreditkan Akaun Belanja


Debitkan akaun Hasil dan kreditkan Akaun Untung Rugi

12
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

PETA KONSEP

Buku Catatan Pertama


(Jurnal)

Jurnal Jurnal Khas


Am

Merekod semua urus niaga yang Jurnal Belian


tidak boleh direkod dalam buku Jurnal Jualan
catatan pertama yang lain. Jurnal Pulangan Belian
Jurnal Pulangan Jualan
Jurnal Penerimaan Tunai
Jurnal Pembayaran Tunai

13
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

Merekod modal
tambahan Merekod
kepada catatan
perniagaan pembukaan

Urus Niaga yang


Direkodkan
dalam
Jurnal Am

Merekod belian
dan jualan asset
Membuat
bukan semasa
catatan
penutupan

Merekod
ambilan
barang niaga

14
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

SOALAN ILUSTRASI
Dokumen-dokumen di bawah diperoleh daripada Perniagaan Elina yang menjual alat tulis pada
bulan Januari 20X1. Rekodkan urus niaga berikut dalam Jurnal Am Perniagaan Elina.

No.Invois:
INVOIS Syarikat Mann 1126
  No. 2, Jalan Tok Lam,  
20200 Kuala Terengganu.  
 
Perniagaan Elina,  
42 Jalan Sultan Ismail,  
20200 Kuala Terengganu,  
Tarikh: 16 Mac
Terengganu 20X8
No.rujuka Harga seunit Jumlah
n Perkara Kuantiti (RM) (RM)  
Mesin daftar
C43 tunai 1 1500 1500  
      Jumlah 1500  
Ringgit Malaysia:Satu Ribu Lima Ratus Sahaja  
Serahan:Angkutan dibayar  
Diskaun Tunai: 2% 30hari  
   
Azman Elina  
Tandatangan penerima Pengurus  
       

15
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

SALINAN INVOIS No. Invois: 1126  


  Perniagaan Elina  
  42, Jalan Sultan Ismail,  
  20200 Kuala Terengganu.  
Kepada,  
Kedai Perabot Weng,  
10B, Jalan Pak Tuyu,  
21300
Gong Badak,Terengganu. Tarikh:24 Mac 20X8
Harga
Butir   Kuantiti seunit(RM) Jumlah (RM)  
Perabot terpakai model B7 1 1000 1000  
Jumlah Besar 1000  
Ringgit Malaysia: Satu
Ribu Sahaja  
Serahan: Angkutan dibayar  
Diskaun Tunai: 20% 30
hari  
   
Weng Elina  
Tandatangan penerima Pengurus  
           

Jawapan:

JURNAL AM
Halaman 1
Tarikh Butiran Folio Debit Kredit
20X8 Ambilan   200
Mac 9   Belian   200
(Ambilan barang niaga untuk kegunaan
peribadi)
   
Mac 16 Alatan Pejabat 1500
Syarikat Mann 1500
(Belian Alatan pejabat secara kredit)

Mac 24 Kedai Perabot weng 1000


Perabot 1000
(Jualan perabot terpakai secara kredit)

16
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

LATIHAN INDIVIDU
Dokumen-dokumen di bawah ini diperoleh daripada Kedai Bunga Habibah. Anda dikehendaki
merekodkan urus niaga tersebut ke dalam Jurnal Am Kedai Bunga Habibah.

MEMO

Kedai Bunga Habibah


124, Jalan Jubli Perak,
01000 Kangar, Perlis.

Tarikh: 02 Feb 20X9

Peringatan:
Pemilik telah mengambil bunga-bunga
bernilai RM 250 untuk tujuan peribadi.

Habibah
Pengurus

ASAL D001
INVOIS
Perniagaan Perabot Ahmad
100, Jalan Jubli Perak,
01000 Kangar, Perlis.
04-97783434

Kepada Tarikh: 15 Feb 20X9


Kedai Bunga Habibah
124, Jalan Jubli Perak,
01000 Kangar, Perlis.

Kuantiti Butir Harga seunit (RM) Jumlah (RM)


4 Kerusi eksekutif 60.00 240.00
1 Kabinet fail 260.00 260.00
500.00
Tolak: Diskaun Niaga 10% 50.00
Jumlah 450.00

(Ringgit: Empat ratus lima puluh sahaja)

17
NOOR SYAMIRA SULIMAN D20081032101

Jawapan:

JURNAL AM

Tarikh Butiran Folio Debit Kredit


20X9 Ambilan   250
Feb 2   Belian   250
(Ambilan barang niaga untuk tujuan
peribadi)
   
Feb 15 Perabot 450
Perniagaan Perabot Ahmad 450
(Membeli perabot secara kredit)

18

You might also like