You are on page 1of 11

[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI

ASAS

1.0 PENGENALAN

Apabila melihat cara hidup masyarakat hari ini, seolah-olah tidak akan berlaku
krisis ekonomi. Beberapa jaminan diberi seolah-olah negara ini akan betul-betul
terselamat daripada krisis ekonomi. Realitinya, sukar untuk diramalkan apakah bentuk
krisis ekonomi yang akan berlaku terutama sekali hal-hal berkaitan dengan komoditi.
Faktor ketidaktentuan pasaran juga mengelirukan banyak penganalisis
ekonomi. Sewaktu harga minyak melonjak ke tahap USD 140 setong, ramai di antara
pengguna yang berasa perit akibat kenaikan harga minyak. Tanpa disedari ianya
sebenarnya rahmat bagi negara yang kaya dengan komoditi minyak, getah dan sawit.
Kini berlaku kejatuhan harga. Ada yang bersorak gembira harga minyak diturunkan
namun harga barangan masih juga tinggi seperti sewaktu kenaikkan harga minyak.
Dalam keadaan ekonomi global yang muram sekarang, tiada negara terlepas daripada
kesannya sehingga menyebabkan penurunan pertumbuhan serta penguncupan
ekonomi, pemberhentian pekerjaan dan defisit bajet. Tabung Mata Wang
Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi dunia mengalami penurunan pada tahun
ini dengan perdagangan antarabangsa mengalami pertumbuhan negatif. Ekonomi
negara maju umpamanya, mengalami kemerosotan negatif dua peratus. Banyak
negara dunia mengambil inisiatif melaksanakan pakej rangsangan untuk merancakkan
pertumbuhan ekonomi bagi mengelak keadaan bertambah meruncing.
Peranan kerajaan dalam penstabilan ekonomi negara adalah amat penting bagi
memastikan ekonomi negara dapat bertahan ketika krisis ekonomi dunia kini kian
meruncing. Justeru, Malaysia yang juga terheret dalam kemelut ekonomi turut
mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang pertama dengan peruntukan
sebanyak RM7 bilion, November lalu dan bercadang menyediakan bajet mini
merangkumi pakej rangsangan kedua dengan saiz peruntukkan lebih besar kali ini.

1
[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI
ASAS

2.0 DASAR KERAJAAN DALAM PENSTABILAN EKONOMI

Negara yang menghadapi gabungan masalah makroekonomi, iaitu


pengangguran atau inflasi dan defisit imbangan pembayaran pasti akan mengalami
kemerosotan dalam taraf hidup. Maka adalah perlu kerajaan melaksanakan dasar
fiskal, dasar kewangan, perubahan kadar pertukaran dan kawalan langsung untuk
mengatasi masalah-masalah tersebut.
Sekiranya pengangguran dan defisit imbangan pembayaran berlaku serentak.
Jika situasi seperti ini berlaku, kerajaan perlu menambahkan perbelanjaan kerajaan
dan mengurangkan cukai (dasar fiskal) untuk mencipta lebih banyak peluang
pekerjaan serta menambahkan perbelanjaan agregat. Kerajaan juga perlu menurunkan
kadar bunga pinjaman melalui bank pusat (dasar kewangan) supaya menggalakkan
pelaburan sektor swasta demi meningkatkan guna tenaga. Melalui kredit terpilih
dalam industri eksport (dasar kewangan) bank pusat boleh mengarahkan bank-bank
perdagangan supaya menambahkan pinjaman kepada industri eksport demi
menambahkan eksport negara. Seterusnya, defisit imbangan pembayaran akan
diperbaiki. Kerajaan juga boleh melaksanakan devaluasi (perubahan kadar
pertukaran) untuk menambahkan eksport dan mengurangkan import. Kesannya,
industri eksport dan industri penggantian import berkembang. Ini bermakna
pengangguran dan defisit imbangan pembayaran akan diatasi. Melalui tarif, kuota
import, dan subsidi eksport (kawalan langsung) eksport digalakkan tetapi import
disekat. Seterusnya pengangguran dan defisit imbangan pembayaran dikurangkan.
Jika inflasi dan defisit imbangan pembayaran berlaku serentak. Semasa
gabungan masalah seperti ini terjadi, kerajaan perlu menaikkan kadar bunga tabungan
melalui bank pusat (dasar kewangan) supaya mengurangkan aliran modal ke luar
negara dan menambahkan aliran modal dari luar negara. Kawalan aliran modal ini
amat sesuai bagi menambahkan tabungan dalam negara untuk menurunkan kadar
inflasi serta memperbaiki defisit imbangan pembayaran. Melalui dasar deflasi iaitu
mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan kadar cukai (dasar fiskal),
perbelanjaan agregat dalam negara berkurangan. Kesannya, tingkat harga umum dan
harga eksport turun. Seterusnya, kadar inflasi turun, eksport bertambah dan defisit
imbangan pembayaran diperbaiki. Dasar devaluasi (perubahan kadar pertukaran) yang
bertujuan

2
[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI
ASAS

menambahkan eksport dan mengurangkan import juga sesuai untuk melawan inflasi
yang diimportkan di samping memperbaiki defisit imbangan pembayaran. Tarif, kuota
import, dan subsidi eksport (kawalan langsung) yang bertujuan menggalakkan eksport
dan menghalang import juga sesuai untuk melawan inflasi yang diimportkan di
samping memperbaiki defisit imbangan pembayaran.

3
[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI
ASAS

3.0 RASIONAL CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM MENANGANI


MASALAH EKONOMI

Malaysia juga terheret dalam kemelut ekonomi dunia turut mengumumkan


pakej rang sangan ekonomi yang pertama dengan penmtukan sebanyak RM7 bilion,
November lalu dan bercadang menyediakan bajet mini merangkumi pakej rangsangan
kedua yang akan dibentangkan pada 10 Mac 2009 ini dengan saiz peruntukkan lebih
besar.
Tindakan sebegini diambil oleh kerajaan bertujuan untuk menstabilkan
ekonomi negara dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi ketika berdepan dengan
ketidaktentuan ekonomi global. Di samping itu kerajaan juga berniat untuk
merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi termasuk menggalakkan pelaburan,
penggunaan dan aktiviti eksport.
Namun begitu, jika dilihat dengan lebih teliti tindakan campur tangan kerajaan
dalam menangani masalah ekonomi dan memastikan ekonomi lebih stabil adalah
kerana tujuan utamanya untuk menjamin Malaysia kekal menjadi sebuah negara yang
berdaulat. Kesejahteraan rakyat sentiasa diberikan perhatian pada setiap pakej-pakej
pembangunan dan ransangan ekonomi yang dijalankan selama ini agar tidak
wujudnya jurang sosioekonomi di antara penduduk di negara ini yang boleh
mengakibatkan kekeruhan konflik dalaman negara. Kerajaan juga secara relatifnya
cuba mengawal anasir-anasir negatif yang boleh menggugat ekonomi negara seperti
skim-skim pelaburan (skim cepat kaya) yang tidak sah, jika dibiarkan akan
melumpuhkan ekonomi negara yang sentiasa diperkenalkan tatkala negara berada
dalam krisis ekonomi.
Akibatnya, ekonomi negara menjadi terlampau teruk dan menjejaskan
kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi
yang agak memberansangkan selama ini. Sekiranya ini berlaku, berkemungkinan
besar tahap keberhutangan negara terhadap bank dunia akan tinggi dan rentak
ekonomi negara akan dikawal oleh bank dunia.

4
[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI
ASAS

4.0 PENDEKATAN KERAJAAN MENGATASI MASALAH


PENGANGGURAN

Semasa pengangguran, tenaga buruh yang sedia ada tidak digunakan


sepenuhnya. Hal ini bermakna pembaziran sumber manusia berlaku dan wujudnya
lebihan kapasiti ekonomi dalam negara. Firma-firma belum beroperasi 100% dan
keluaran negara masih dipertingkatkan lagi. Apabila berlakunya pengangguran,
permintaan agregat dan harga umum adalah rendah kerana kemampuan membeli
pengguna adalah rendah setelah mereka hilang pekerjaan dan pendapatan.
Pelbagai langkah boleh diambil untuk menambahkan permintaan agregat demi
mengatasi pengangguran/mengurangkan pengangguran, iaitu dasar fiskal
mengembang, dasar kewangan mengembang, pembangunan sumber manusia dan lain-
lain lagi.

4.1 DASAR FISKAL MENGEMBANG

Apabila kerajaan menambahkan perbelanjaan ke atas projek-projek


pembangunan awam yang baru , lebih banyak peluang pekerjaan dapat dicipta.
Hal ini seterusnya dapat mengurangkan pengangguran dalam negara. Pada
masa yang sama, penurunan cuka oleh kerajaan akan menaikkan pendapatan
boleh guna masyarakat. Hal ini seterusnya menambahkan penggunaan dan
permintaan agregat. Keadaan ini akan mendorong firma-firma menambahkan
pelaburan masing-masing serta menambahkan pengambilan buruh untuk
mengembangkan penawaran agregat bagi memenuhi pertambahan permintaan
tersebut. Pertambahan permintaan agregat dan harga umum serta pertambahan
peluang pekerjaan akibat daripada pelaksanaan dasar fiskal mengembang
boleh mengatasi pengangguran kitaran dan pengangguran geseran.

5
[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI
ASAS

Kesan Dasar Fiskal Mengembang

4.2 DASAR KEWANGAN MENGEMBANG

Bank pusat boleh menambahkan bekalan wang dalam ekonomi


melalui gabungan langkah-langkah yang berikut seperti menurunkan nisbah
cadangan, menurunkan kadar bank, membeli bon kerajaan di pasaran terbuka,
melonggarkan kawalan kredit terpilih dan pembujukan moral.
Pertambahan bekalan wang akibat daripada perlaksanaan dasar
kewangan mengembang akan menaikkan permintaan agregat dan harga
umum. Hal ini akhirnya dapat mengatasi masalah pengangguran, umpamanya
pengangguran kitaran.

Kesan Dasar Kewangan Mengembang

6
[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI
ASAS

4.3 PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Pembangunan sumber manusia yang telah dipergiatkan di Malaysia


adalah khusus untuk mengatasi pengangguran struktur, iaitu pengangguran
akibat daripada perubahan struktur ekonomi daripada sektor tradisional kepada
sektor moden. Buruh-buruh yang menganggur boleh diberi latihan atau kursus
peningkatan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi moden dan
pengurusan moden. Hal ini dilakukan supaya mereka mampu mendapatkan
pekerjaan baru dalam sektor moden yang memerlukan buruh yang mahir
dalam pengendalian alat teknologi yang canggih serta mahir dalam
pengurusan moden. Untuk mengatasi pengangguran teknologi yang
melibatkan penggantian tenaga buruh dengan mesin atau robot, penyebaran
maklumat tentang peluang pekerjaan dalam sektor lain atau tempat lain mesti
diperluas oleh pihak berkuasa yang berkaitan supaya mobiliti buruh dapat
dipertingkatkan.

4.4 LAIN-LAIN PENDEKATAN

Pengangguran bermusim boleh dikurangkan jika para penganggur


dalam sektor utama dapat mempelbagaikan kegiatann ekonomi masing-masing
supaya memperoleh pendapatan dari sumber lain apabila gagal meneruskan
kegiatan ekonomi harian. Misalnya, nelayan yang tidak dapat ke laut semasa
musim tengkujuh boleh bergiat dalam perniagaan kecil-kecilan seperti
pengeluaran keropok atau penjualan kuih-muih. Kerajaan boleh memberikan
bantuan kewangan melalui agensi kerajaan tertentu kepada pihak-pihak yang
berkenaan.
Pengangguran tak ketara pula adalah yang melibatkan lebihan tenaga
buruh berbanding dengan keluasan tanah di negara-negara yang mempunyai
ledakan penduduk adalah sukar diatasi dalam jangka pendek. Dalam jangka
panjang, kawalan keluarga dan pemodenan sektor pertanian perlu
dipertingkatkan oleh kerajaan supaya lebihan tenaga buruh dikurangkan atau
dihapuskan. Kerajaan juga perlu meningkatkan taraf pendidikan golongan

7
[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI
ASAS

petani supaya mereka berubah sikap daripada giat dalam pertanian tradisional
ke arah pertanian moden atau perladangan.
Pengangguran sukarela yang melibatkan penduduk yang sengaja
menganggur atau tidak aktif mencari pekerjaan bukan jenis penganggura yang
serius. Masalah ini boleh diatasi jika kerajaan negara sentiasa mengingatkan
penduduknya tentang kepentingan sikap positif terhadap sebarang pekerjaan.
Tindakan kerajaan boleh berjaya melalu sistem pendidikan yang terancang dan
menyeluruh. Sebaran am juga memainkan peranan penting dalam mengatasi
pengangguran sukarela.
Manakala, pengangguran geseran pula hanya boleh diatasi dengan
meningkatkan mobiliti buruh dan memperluas maklumat pekerjaan. Majikan
perlu menyediakan keadaan kerja yang lebih baik supaya tidak timbul
perasaan tidak puas hati.

8
[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI
ASAS

5.0 CADANGAN PENDEKATAN KERAJAAN MENJAMIN SEKTOR


INDUSTRI DAN ELEKTRIKAL (E&E)

Lebih 1000 pekerja dijangka diberhentikan berikutan langkah Intel


Corporation menutup dua kilangnya di Pulau Pinang, sejajar dengan penstrukturan
semula operasi dan penyelarasan kapasiti pengeluaran syarikat itu yang terjejas akibat
keadaan pasaran semasa. Keadaan ini amat membimbangkan kita semua dan sesuatu
harus dilakukan. Kita bersyukur jika syarikat tidak perlu membuang pekerja,
sebaliknya mencari mekanisme lain untuk meminimumkan kos seperti mengurangkan
kerja lebih masa dan tiada bonus.
Langkah segera yang boleh diambil kerajaan untuk membantu sektor swasta
mengekalkan operasi ketika krisis global masa kini ialah menurunkan tarif elektrik
dan gas industri, menurunkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
majikan, menurunkan cukai korporat serta cukai individu dan menggantung sementara
caruman tabungan yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat dalam sektor industri dan
elektrik (E&E). ini bertujuan bagi mengurangkan beban tanggungan kewangan yang
terpaksa ditanggung oleh syarikat-syarikat yang terlibat dan meningkatkan aliran
tunai.
Bagaimanapun, kerajaan perlu memikirkan langkah lain seperti melatih
semula pekerja yang diberhentikan atau diserap ke dalam sektor yang memerlukan,
terutama kekosongan yang bakal ditinggalkan pèkerja asing yang jumIahnya akan
dikurangkan secara berperingkat. Apa pun, yang lebih penting ialah kerajaan perlu
tegas bagi memastikan pekerja yang diberhentikan mendapat pampasan sewajarnya
agar mereka dapat menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan
seharian dan tidak akan menjadi penganggur.

9
[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI
ASAS

6.0 PENUTUP

Krisis ekonomi kali ini berbeza dan jauh lebih meruncing jika dibandingkan
pada tahun 1997/98. Ketika ini negara berjaya keluar daripada kemelut krisis
kewangan serantau pada kadar lebih cepat berikutan kecekapan urus tadbir.
Hakikatnya situasi ekonomi kali ini masih mampu ditangani secara berkesan
dengan perancangan dan program bersistematik, di samping kajian lebih terperinci
terhadap kepentingan dan keperluan dalam bidang dan sektor yang terjejas teruk.
Pada masa sama semua pihak perlu cepat bentindak dengan menggalas
tanggungjawab, lebih komited dan optimis dengan memberi maklum balas
bersesuaian supaya keadaan inii dapat ditangani dengan berkesan selain mencari
pasaran baru supaya dapat merancakkan lagi pertumbuhan beronientasikan eksport
negara dan mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pengimportan.
Oleh itu, pakej rangsangan kedua yang akan diumukan tidak lama lagi sedang
diperhalusi sama ada dan segi perbelanjaan awam, percukalan serta sektor mana yang
akan membeni kesan kepada pekerjaan dan pendapatan rakyat. Justeru itu, perlaksaan
di peringkat bawahan perlu dipantau dan dikawal selia agar segala perancangan yang
dibuat akan dapat mendatangkan kebaikan kepada pertumbuhan ekonomi negara demi
memacu negara menuju hasrat Wawasan 2020.

10
[HBSS 2203] PERKEMBANGAN EKONOMI
ASAS

7.0 RUJUKAN

Barro, Robert J (1997), Determinants of Economic Growth: A Cross Country


Empirical Study, MIT Press.

Bruck, T (1997), Macroeconomic Effects of the War in Mozambique, University of


Oxford, Queen Elizabeth House, Oxford.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur.

Mazlan Sharif (2008), Rujuk Cepat Ekonomi Asas, Selangor, Eastview.Evans, George

W. and Seppo Hnokapohja (2001), Learning and Expectations in Macroeconomics


Princeton, NJ: Princeton University Press.

11

You might also like