You are on page 1of 8

more

Hoki - Document Transcript


1. 1.0 PENGENALAN Antara permainan yang terkenal di dunia ialah hoki. Ia telah
diperkenalkan pada 1890 dan telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik pada tahun
1928. Terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam sukan hoki sejak diperkenalkan
kira-kira 100 tahun dahulu. Antara perubahan yang berlaku termasuklah undang-undang
permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. 1.1 PERKEMBANGAN PERATURAN
HOKI Seperti yang telah dinyatakan di atas, berlaku banyak perubahan di dalam sukan
hoki. Contohnya, penggunaan kayu hoki yang pada asalnya menggunakan kayu ash atau
kayu oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya ditukarkan kepada kayu
kilas (reverse stick). Contoh seterusnya ialah penggunaan bola gabus yang telah
ditukarkan kepada bola kriket yang dicat putih dan seterusnya ditukarkan kepada bola
yang berwarna putih. Selain daripada peralatan permainan, padang juga mengalami
proses perubahan seiring dengan peredaran zaman. Pada asalnya padang hoki berukuran
180 meter panjang dan 54 meter lebar, namun kini, padang hoki hanya berukuran 91.40
meter panjang dan 55 meter lebar. 1
2. Selain daripada padang, pintu gol turut menerima tempias yang serupa. Hal ini kerana,
pintu gol telah didirikan dengan menggunakan dua tiang gol dan diletakkan 9 meter
antara satu sama lain. Selain itu, di kawasan gol juga tidak mempunyai kawasan D.
Namun, pada 1890, batang mendatar (crossbar) telah diperkenalkan beserta bulatan
pukulan (striking circle). 1.2 PERKEMBANGAN HOKI ANTARABANGSA Negara-
negara seperti Wales, Scotland, Ireland, Belgium dan Perancis telah menerima peraturan
terperinci hoki yang telah dirangka pada tahun 1886. Hal ini memudahkan mereka
melakukan perlawanan antarabangsa. Namun, pada 1912, hoki telah dihentikan
sementara ekoran daripada Perang Dunia Kedua. Pada 1920, hoki dipertandingkan
semula di dalam Sukan Olimpik namun terpaksa digugurkan semula pada tahun 1924
kerana tiada badan induk dunia yang mengawal permainan ini. Hal ini menyebabkan
pemimpin hoki Perancis mengambil inisiatif untuk memanggil negara-negara yang
berminat dengan sukan ini untuk tampil menghadiri mesyuarat bagi menubuhkan badan
antarabangsa bagi permainan hoki. Meskipun negara-negara seperti Belgium dan Ireland
tidak menghadirkan diri, namun mereka menjadi ahli selepas Sukan Olimpik. India juga
menyertai badan ini dan merupakan negara bukan putih pertama yang menyertainya.
Kini, hoki telah berkembang ke tujuh-tujuh benua dan mempunyai 112 buah negara yang
menganggotai Persekutuan Hoki Antarabangsa. Persatuan ini telah menganjurkan
beberapa pertandingan bertujuan untuk 2
3. memajukan sukan ini. Antara penganjuran mereka ialah Piala Dunia, Piala Dunia bagi
Belia, Sukan Olimpik dan sebagainya. 1.3 PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA
Pada tahun 1948, sebuah badan rasmi telah ditubuhkan untuk mengawal sukan hoki di
Tanah Melayu. Badan ini dinamakan Majlis Hoki Malaya dan telah ditubuhkan bersama-
sama Singapura. Namun, pada 1953, persatuan ini barulah didaftarkan dengan Pendaftar
Pertubuhan. Kini, pertubuhan sukan ini lebih dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia
dengan penyertaan daripada semua negeri sebagai ahli. Secara ringkas, persatuan ini
mempunyai pertandingannya sendiri iaitu Pertandingan Piala Sultan Azlan Shah yang
secara rasminya merupakan salah satu pertandingan peringkat antarabangsa pertama
Malaysia. Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali. Pertubuhan Hoki Malaysia juga
telah menubuhkan sebuah yayasan untuk menjaga kebajikan para atlit dan untuk memberi
bantuan kepada atlit yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian. Setelah
hampir 61 tahun hoki diperkenalkan di negara kita, banyak perubahan telah berlaku.
Antaranya, pasukan negara kita merupakan antara 15 pasukan terbaik dunia. Selain itu,
pasukan kita juga telah menyertai pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa
yang lain seperti Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Dunia Remaja. 3
4. 2.0 PERALATAN SUKAN Setiap permainan mempunyai peralatannya tersendiri. Begitu
juga dengan hoki. Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa bermain, kita perlulah
mengenali peralatan-peralatan yang telibat. 2.1 PADANG Ciri-ciri padang hoki adalah
seperti berikut: i) Berbentuk segi empat bujur. ii) Berukuran 91.40 meter panjang dan 55
meter lebar. iii) Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar dikenali
sebagai garisan belakang. Untuk lakaran gambar padang hoki, rujuk lampiran (a). 4
5. 2.2 BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE) Ciri-ciri bulatan jaringan ialah: i)
Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan
berukuran 14.63 meter. ii) Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula
dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang. iii) Dikenali sebagai kawasan D. iv) Strok
penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain
berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan. 2.3 PINTU GOL Setiap
permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak
mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai
pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut: i) Terletak
di tengah-tengah garisan belakang. ii) Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan
dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66
meter. iii) Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter. iv) Tiang tengah dan tiang mendatar
berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m – 7.5 m. v)
Semua tiang gol dicat putih. 5
6. 2.4 JARING Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh kepada tiang
tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai ‘mesh’ berukuran 45 mm dan berbentuk
empat segi. 2.5 TIANG-TIANG BENDERA Di setiap empat penjuru padang terdapat
empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan
dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar
sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain. 2.6
BOLA Ciri-ciri bola: i) Keras, pejal atau kosong ii) Permukaan licin iii) Berwarna putih
(warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah pihak) iv) Berat : 156 g (minimum) –
163 g (maksimum) v) Ukur lilit : 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum) 6
7. 2.7 KAYU HOKI Sebatang kayu hoki yang baik perlulah: i) Rata di sebelah kiri (muka
kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan. ii) Pada bahagian back stick
tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan.
iii) Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk ‘J’ atau ‘U’. iv) Kayu
hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu. v)
Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh
melepasinya. vi) Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam,
tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g. 2.8
KASUT i) Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang
sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang
mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali.
Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan
ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.
7
8. 2.9 ALATAN PENJAGA GOL Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga
keselamatan dengan baik. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang
berbahaya. Antara alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti: i)
Ped kaki - Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut. - Dipasang bersama kickers. -
Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped
disambungkan kepada kickers diatas pergelangan kaki. - Ped hanya berdimensi 300 mm
makimum apabila dipakai untuk suatu permainan. ii) Sarung tangan - Diperbuat daripada
kulit dan plastik - Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol
untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 – 160 km sejam. - Sarung tangan
juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh. - Sarung tangan
tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang. 8
9. iii) Alat-alat lain - pelindung dada - ped-ped bahu - penutup muka - pelindung mulut -
seluar berped - pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki) 2.10 PERMUKAAN
BERMAIN Permukaan sintetik kian popular digunakan di setiap penganjuran sukan
dunia. Pelbagai tanda selar (brands) digunakan dan disahkan penggunaannya oleh
Persekutuan Hoki Antarabangsa. Banyak pic-pic sintetik diisi dengan pasir dan
menyebabkan kecederaan seperti lebam kepada pemain sekiranya pemain terjatuh. 9
10. 3.0 CARA BERMAIN DAN UNDANG-UNDANG HOKI Setiap guru pelatih perlu
mengetahui cara bermain dan peraturan asas yang betul supaya mendapat kepuasan dan
keseronokan ketika didedahkan dengan permainan ini. 3.1 PERATURAN ASAS Setiap
permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri. Demikianlah juga sukan hoki.
Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah: i) Komposisi pasukan -
Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap. - Setiap pasukan
mempunyai 11 orang ahli. - Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam
suatu masa. - Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya
tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain. - Jika penjaga gol diarah
keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan
penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu
pasukan. 10
11. ii) Mengganti pemain - Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain
berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan. - Gantian pemain boleh dilakukan
pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil. - Gantian pemain dari luar
tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar. - Selepas hukuman
sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang. - Pemain boleh
digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk
menggantikan pemain. Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya ingin
menggantikan penjaga gol. - Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran
garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang. iii)
Ketua pasukan - Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau
kapten dalam kalangan mereka. - Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau
dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten. - Tugas
kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain dibuat
dengan betul. 11
12. iv) Pakaian dan peralatan pemain - Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang
seragam berlainan dengan pasukan lawan. - Pakaian penjaga gol perlulah berlainan
daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan. - Perlindungan kepala adalah wajib
bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke. - Lain-lain, rujuk 2.0.
v) Perlawanan dan keputusannya - Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh
masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa. - Waktu rehat yang
diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat tambahan perlulah mendapat persetujuan
kedua-dua pihak. - Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang. -
Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang sama,
maka mereka dianggap sebagai seri. vi) Permulaan permainan - Kedua-dua kapten
pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan dahulu atau memilih gol
yang hendak diserang. - Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar. - Permainan
dimulakan dengan hantaran tengah. 12
13. - Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada awal
separuh masa atau selepas gol dijaringkan. - Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang
melepaskan gol membuat hantaran tengah. - Ciri-ciri hantaran tengah: - dilakukan di
tengah padang - bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain
yang lakukan hantaran tersebut. - apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan
mula semula dengan lakuan buli. - selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan,
permainan mula semula dengan pukulan 15 meter. vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang
tidak dibenarkan - Bermain bola dengan back stick - Terlibat dalam permainan tanpa
kayu hoki di tangan. - Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau
mengangkat tinggi kayu hoki. - Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau
pakaian lawan. - Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk
menjaringkan gol. - Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu. - Pemain lebih dekat dari
lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima bola tinggi. Namun pemain
berkenaan boleh 13
14. menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas padang. -
Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol. - Pemain
menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut atau penalti.
- Membuang masa dengan sengaja. - Menghalang pemain. - Menahan, menyepak,
menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana bahagian badan. - Menyentuh atau
menghalang pemain semasa merebut bola. - Membuang alat atau benda ke dalam padang
ke arah bola pemain atau pengadil. - Penjaga gol baring di atas bola. - Penjaga gol
bermain tanpa alat keselamatan. - Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan
tangan, kaki atau mana-mana bahagian badan. 14
15. 4.0 KEMAHIRAN ASAS Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan
kemahiran- kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan
mencabar. Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-
kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai
kemahiran asas seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi. 4.1
MENGGELECEK Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya
pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:
CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK - Tangan kiri di hujung kayu
hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan
kanan. - Badan dibongkokkan sedikit dan lutut menggelecek longgar dibengkokkan. -
Mata memandang bola ketika membuat tolakan. - Bola hoki harus berada disebelah
kanan dan di hadapan kaki kanan. 15
16. - Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah - Pegangan seperti menggelecek longgar. - Badan
juga seperti menggelecek longgar - Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas
kepada pemain yang akan menggelecek rapat bergerak sambil mengkaji situasi padang. -
Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh
kayu hoki. - Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di
dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil
menggelecek Indian meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan
kanan memegang dengan longgar. 16
17. - Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu. -
Mata seperti menggelecek rapat. - Badan mengikut pergerakan bola. - Apabila kaki
menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan
menyentuh tanah. Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek
longgar lebih praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk
dipelajari dan senang untuk difahami. ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN
MENGGELECEK LONGGAR 1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut
garisan lurus. Gunakan hanya satu biji bola. 2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan
pelajar kepada dua kumpulan sama rata. 3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10
meter di atas satu garisan yang lurus. 4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan
sambil menggelecek bola. Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus. 17
18. 5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B
memperoleh bola tersebut. A --------------10 meter-------------- B 6. Teruskan latihan
dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar
mahir. 7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel. 8. Pelajar
dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter. 9. Pelajar pertama
akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat pusingan lalu patah
balik ke arah kumpulan pelajar. 10. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan
memastikan pelajar kedua memperoleh bola tersebut. 11. Pelajar kedua mengulang
semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar terakhir di
dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini. 4.2 MEMUKUL 18
19. Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding kemahiran-
kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan kemahiran memukul ialah bola
boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh. Jurulatih perlu memastikan ketepatan
pukulan oleh pemain. MEKANIK MEMUKUL BUTIRAN MENGAJAR -
Letakkankepala kayu hoki di atas tanah - Tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan
digenggam secara longgar Pegangan - Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri. -
Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk ‘V’ apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-
dua tangan selari dengan jari kayu hoki. - Bahu kiri menghadap sasaran atau arah
pukulan. Cara berdiri - Kedudukan badan seimbang. - Kaki dijarakkan lebih kurang lebar
bahu. - Jari kaki kanan bersudut 19
20. tegak dengan bahu manakala jari kaki kiri lebih kurang 30° - 40°. - Kedudukan bola
selari dengan jari kaki dan Bola berjarak selesa. - Pukulan lurus, ayunan bermula dari
ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak. - Pada masa kayu hoki dihayun ke
belakang, pinggul berputar dan Ayunan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke
kai hadapan sambil bola dipukul. - Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan
rata agar bola bergerak ke tempat yang dituju. - Pada masa bola dipukul, berat badan
berada pada Badan kaki kiri begitu juga semasa badan kita ikut lajak. - Tumit kanan
dinaikkan dengan putaran di atas 20
21. jari kaki. - Momentum badan dan pemindahan berat badan perlu tepat agar kuasa untuk
memukul lebih tinggi. - Selain daripada momentum dan pemindahan berat badan,
kekuatan bahu dan Kuasa untuk memukul bola lengan, kelajuan dengan pecutan ayunan
ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul juga menjadi faktor
penting untuk memperoleh kuasa untuk memukul bola hoki. Bagi memantapkan
kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan dengan latihan ansur maju terlebih dahulu.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL 21
22. 1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu langkah ke hadapan lalu
memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua atau tiga. 2. Ulang
semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari. 3. Menolak bola, kemudian berlari dan
seterusnya memukul bola kepada pasangan. 4. Berdiri dengan bola tiga langkah di
hadapan dan di luar kawasan D. Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu
mengejarnya. Pukul bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di
dalam kawasan D. 5. Memukul bola yang bergerak dari kanan. a) Secara berempat: A
menolak bola ke B B memukul bola ke C C menolak bola ke D D memukul bola ke A
Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat
dengan D. B C A D b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak
bola kepada pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol. 22
23. c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri. Namun, pastikan pelajar
mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah
ketika membuat latihan seperti di (c). 6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5
biji di hadapan pintu gol. 4.3 MENGUIT/MENGUIS Kemahiran ini selalunya
dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan. Kemahiran adalah strok tolakan yang
dinaikkan dan berpusing. Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama
seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada ayunan
kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki, memerlukan pergelangan tangan yang
kuat dan mengikut lajak dengan baik. Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan.
Berat badan bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum
dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan
tangan turut memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga
gol untuk mengawal kehadiran bola dari arah hadapan. Semasa menyentuh bola, kayu
hoki perlulah menghadap ke atas sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran
ini ialah ketika melakukan putaran. Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan
kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan 23
24. menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah bola. Seterusnya,
kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan ‘jari’ kayu hoki.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS 1. Satu garisan 60 cm dari
lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan menguit di atas garisan pada dinding
tersebut. 2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan
lalu kuit bola yang berada di hadapan. 3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan
lakukan kuitan. 4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut. 5. Gelecek
bola lebih kurang dalam 3 – 5 langkah lalu menguit bola. Peringatan. Berhenti sebentar
antara menggelecek dengan menguit. Namun, selepas latihan yang berulangan, pelajar
akan mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak untuk lakukan
kemahiran ini tanpa berhenti. 5.0 PENUTUP 24
25. Sukan hoki merupakan sukan yang menyeronokkan. Namun, untuk memperoleh
keseronokan maksimum, kemahiran-kemahiran perlu dipelajari terlebih dahulu selain
daripada memastikan diri sendiri di dalam keadaan yang baik. Sukan hoki tidaklah terlalu
merbahaya sekiranya pemain atau pelajar bermain secara berhati-hati dan memakai
perlindungan yang disarankan oleh jurulatih atau guru Pendidikan Jasmani. Pemain hoki
juga perlulah menjaga kesihatan diri mereka dengan mengamalkan pemakanan yang
sesuai dengan diet harian seorang pemain hoki dan melakukan latihan kecergasan supaya
dapat mengekalkan kecergasan diri. Kepentingan melakukan aktiviti memanaskan badan
juga penting supaya badan kita benar-benar bersedia untuk melakukan latihan hoki. Oleh
yang demikian, setiap pemain atau pelajar perlu memastikan diri mereka telah melakukan
aktiviti memanaskan badan dengan menumpukan pada bahagian badan yang digunakan
dalam sukan hoki. 6.0 REFLEKSI 25
26. Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Pendidikan Jasmani Akademik pada semester
kali ini saya telah memilih untuk membuat penulisan mengenai sukan hoki. Hal ini
kerana saya ingin sesuatu kelainan daripada minat saya yang tertumpu kepada sukan
dalam gelanggang. Bagi subjek Pendidikan Jasmani Akademik, kami telah dibahagikan
kepada 4 kelas dan sukan berlainan untuk mempelajari setiap sukan yang diajar. Setiap
kelas mempunyai seorang pensyarah yang akan mengajar teknik setiap jenis sukan.
Setiap kelas akan mempelajari setiap jenis sukan, namun kami mengamalkan sistem
pusingan agar setiap pelajar menghasilkan hasil yang lebih produktif. Disebabkan saya
memilih untuk membuat penulisan mengenai sukan hoki, saya akan menceritakan
pengalaman saya mengenai kelas hoki yang telah dipantau oleh Encik Othman Che Man.
Sepanjang berada di dalam kelas beliau, saya dapati bahawa beliau merupakan jurulatih
terbaik kerana tidak mengajar kami hanya untuk mengambil peperiksaan, tetapi untuk
jatuh cinta dengan sukan hoki. Niat saya bukan untuk memperoleh markah yang tinggi di
dalam penulisan kali ini, tetapi begitulah hakikatnya. Beliau sentiasa memastikan setiap
pelajar di bawah pantauannya untuk melakukan aktiviti memanaskan badan dengan betul
dan matanya juga cekap mengenal pasti kesilapan kami semua. Saya kembali jatuh cinta
dengan sukan hoki selepas 4 tahun saya meninggalkan sukan ini gara-gara kawan baik
saya mengalami kecederaan kekal ketika perlawanan persahabatan antara sekolah saya
dengan Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas di Stadium Pantai dahulu. Stadium itu
menjadi saksi saya mengucapkan kalimah selamat tinggal hoki kepada jurulatih saya
waktu itu. Walaupun peristiwa itu masih berlegar di ingatan saya, setelah menghadiri
kelas kendalian Encik Othman, saya memperoleh aspirasi untuk terus berada di dalam
sukan ini semula. 26
27. Penulisan saya kali ini juga dipengaruhi oleh kelas yang dikendalikan oleh Encik
Othman. Kebanyakan ansur maju yang telah saya titipkan adalah melalui pengalaman
saya sendiri menerusi kelas beliau. Saya juga mencari maklumat di bahagian English di
dalam perpustakaan selain bergantung kepada hasil carian menerusi internet. Kebanyakan
maklumat yang saya peroleh di dalam bahasa Inggeris dan memerlukan saya untuk
menggunakan kamus dan translasi bahasa kira-kira 45%. Saya juga cuba merujuk kepada
kawan-kawan yang mempunyai maklumat tambahan mengenai sukan hoki. Secara
keseluruhannya, saya berpuas hati dengan usaha yang telah saya lakukan untuk menulis
mengenai hoki ini. Bohonglah sekiranya saya menyatakan bahawa saya tidak kisah
dengan markah yang bakal diberikan, namun saya hanya boleh mengatakan bahawa
semua keputusan dibuat oleh penilai yang saya pasti seorang yang bijak dan pakar di
dalam sukan. Saya sebagai pendatang baru di dalam dunia sukan hanya mampu untuk
redha dan perbaiki diri dari semasa ke semasa. Sekian. 7.0 BIBLIOGRAFI 27
28. 1) Sumber rujukan utama: Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006). Siri Sukan
Popular: Hoki. Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006) 2) Sumber rujukan kedua: Taverner; Claire
Mitchell. (cetakan pertama, 2005). Field Hockey: Techniques & Tactics. (2005). .Human
Kinetics 3) Sumber rujukan ketiga: Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006) Kamus
Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4) Sumber
rujukan keempat: Internet. Diakses pada 29 Jun 2009.
http://en.wikipedia.org/wiki/Hockey 5) Sumber rujukan kelima: Internet. Diakses pada 29
Jun 2009. http://www.fihockey.org/ 6) Sumber rujukan keenam: Internet. diakses pada 3
Julai – 15 Julai 2009. http://apps.citcat.com/en/translate 28

You might also like