You are on page 1of 2

Tamadun Melayu

Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat


khausunya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan
‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T)
selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah
dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu (dalam bahasa
Indonesia istilah peradaban lebih popular penggunaannya). Dari sudut etimologinya ia
berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka
bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini
diterbitkan perkataan madaniyang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat
sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti
yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madanisendiri sebenarnya berasal
daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua perkara yang penting
iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara
lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan
pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti S&T, kesenian,
kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan
peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji
untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk
memberi maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan
civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan
peradaban,civilization juga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara
ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

Di antara penulis yang boleh dianggap pelopor dalam bidang pengajian ini
antaranya adalah Jurji Zaydan dan Farid Wajdi, di samping beberapa tokoh lain seperti
Muhammad Abduh dan Malik Bennabi. Bagaimana pun penulis yang lebih awal
mengupas dan mengenengahkan idea pengajian ketamasunan ini adalah Ibn Khaldun. Ibn
Khaldun menggunakan istilah ‘umran bagi menjelaskan makna dan maksud tamadun
yang merangkumi organisasi sosial dan budaya. Istilah tamadun diperkenalkan secara
khusus bagi pengajian ini oleh Jurji Zaydan apabila beliau menerbitkan karyanya yang
masyhur Tarikh al-Tamaddun al-Islami. Muhammad Abduh menggunakan istilah
madaniyyah (daripada akar perkataan yang sama dengan tamaddun).

Dalam korpus berbahasa Melayu pula, sekurang-kurangnya dua istilah yang


sering digunakan iaitu “tamadun” dan “peradaban”. Kedua-dua istilah itu juga bukanlah
kata asal bahasa Melayu. Kedua-duanya adalah pinjaman perkataan Arab. Dalam korpus
penulisan berbahasa Melayu, sebelum kedatangan Islam perkataan yang dugunakan bagi
maksud peradaban adalah budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai dan kehalusan
budi. Hal ini dicerminkan dalam adat resam dan tradisi bangsa Melayu zaman berzaman.
Pada ketika ini kalimah Melayu yang sering digunakan bagi menggambarkan
peningkatan kehidupan masyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan. Namun
begitu perkataan maju dan kemajuan ternyata mempunyai konotasi yang jauh lebih
sempit daripada tamadun. Sesudah kedatangan Islam istilah-istilah bahasa Arab diguna
dengan meluas dan kemudiannya diiktirafkan dan diterima pakai sebagai perkataan atau
istilah Bahasa Melayu.

You might also like