You are on page 1of 1

Kisah mereka yang memilih 

Islam

16 09 2009

Ikuti Kisah-kisah pengislaman Dr. Gary Miller (Pakar Matematik Kanada), Aminah
Assilmi (Bekas Kristian dan Aktivis Pembebasan Wanita), Idris Tawfiq(Bekas
Paderi), Estanislao Soria (Bekas Paderi), Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-
Yahudi Amerika), Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian London)….
Saya percaya masih ramai yang belum membaca atau mengetahuinya.

Dr. Gary Miller


(Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)

Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan
seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada
tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula
menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran.

Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim
yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang
bertajuk “The Amazing Quran” (Quran Yang Mengagumkan). Dalam tulisan ini beliau
membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh
manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.

Antara tulisannya ialah, “Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam
selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka
jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang
pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad.

Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya.
Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari
padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka
menyedari bahawa ia tidak seperti itu….

Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak
diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu
menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang
memerlukan bukti.

Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan


mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui
beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu
untuk membuktikan bahawa ia adalah benar.

Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu
membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak
lagi benar”.

You might also like