You are on page 1of 3

Tekanan dalam kehidupan berkeluarga

Kali ini saya nak berkongsi tentang Tekanan dalam kehidupan berkeluarga yang
sering berlaku hampir dalam setiap hubungan kekeluargaan. Tekanan boleh
menyebabkan pelbagai masalah yang merupakan gangguan emosi, proses
pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Tekanan boleh berpunca daripada
pelbagai faktor di antaranya:

Halangan Komunikasi

Berlaku apabila suami isteri tidak memahami mesej yg hendak disampaikan itu
dengan jelas. Misalnya terdapat perbezaan pemikiran, pemahaman, pandangan
dah bahasa (dialek dan penggunaan istilah yg tidak sesuai). Ia juga boleh berlaku
apabila satu pihak tidak menggunakan kemahiran mendengar dengan berkesan,
seperti suami atau isteri tidak memberikan perhatian kepada apa yang
disampaikan oleh pasangan.

Penggunaan bahasa yang tdk sesuai boleh menyinggung perasaan pasangan,


seperti sindiran, gurauan yg melampau, penggunaan bahasa yg kesat, ugutan,
ungkitan dan seumpamanya.

Hubungan Seks

Tekanan akan berlaku kepada suami isteri apabila mereka gagal mendapat
kepuasan dalam hubungan seks. Antara sebab yang membuatkan mereka tidak
berupaya memberikan kepuasan adalah kerana mereka menghadapi masalah
lemah tenaga batin, dingin seks, cepat mengalami ejakulasi, tidak memberikan
layanan yang baik, dipengaruhi video lucah dan kecurangan.

Keinginan seksual yang tidak seimbang deperti suami @isteri mempunyai


keinginan seksual yg tinggi atau ketidakupayaan disebabkan menghidap penyakit
kronik. Selain itu, tingkah laku seksual yg agresif juga blh mengakibatkan
penderaan.
Perbezaan Sahsiah

Perbezaan sahsiah seperti latar belakang pendidikan, kerjaya, keturunan,dan


persekitaran yg berlainan, boleh menimbulkan tekanan. Contohnya, seorang isteri
yang mempunyai latar belakang asuhan dan didikan keluarga yg penuh kasih
sayang, apabila mendapat suami yg tidak penyayang dan tdk memahami, isteri
akan menghadapi tekanan. Manakala seorang suami yg mendapat isteri yg
cerewet dan mementingkan diri sendiri akan tertekan sekiranya suami gagal
menyesuaikan diri.

Pengabaian Tanggungjawab dalam Keluarga

Menyebabkan tekanan seperti suami yg tidak memberi nafkah (keperluan


rumahtangga) yg sewajarnya dn isteri pula terpaksa memikul beban
tanggungjawab tersebut. Begitu juga pengabaian tanggungjawab seorang isteri
seperti tidak memberi layanan yg sewajarnya kepada suami.

Akhlak dan tingkah Laku yg Buruk

Tingkah laku suami yg suka berfoya-foya, berjudi, terlibat dengan jenayah, terlibat
dalam seks bebas, menagih dadah, minum arak, malas, ego yang keterlaluan,
panas baran dan suka berhutang. Sementaraakhlak buruk isteri ialah suka
berleter, mengeluarkan kata-kata kesat, keluar rumah sesuka hati, terlalu sensitif,
panas baran, ego keterlaluan dan suka berhutang.

Karenah Anak-Anak

Karenah anak pada peringkat awal seperti suka menangis dan meragam boleh
juga menimbulkan tekanan. Selain itu, anak-anak peringkat remaja yg terlibat
dalam kegiatan tidak bermoral akan menyebabkan suami isteri saling
menyalahkan antara satu sama lain.
Gangguan Keluarga

Gangguan keluarga seperti campur tangan dalam pengurusan rumahtangga, suka


mengkritik dan memandang rendah kepada menantu, pilih kasih, tidak adil, tidak
suka kepada menantu, membebankan menantu dari kewangan dan lain-lain.

You might also like