You are on page 1of 77

PANTUN ENAM KERAT

Maksud
Rangkap1
Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya
amat mendalam.
Rangkap2
Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana
itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.
Rangkap3
Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang
lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.
Kekecewaan dalam hidup.

Persoalan
1.Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1)
2. Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2)
3. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3)

Bentuk
1. Mempunyai 3 rangkap
2. Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap
3. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan – rangkap 3)
4. Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
5. Rima abcabc
6. Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa
1. Unsur bunyi
Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’
Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan
‘t’

2. Peribahasa
Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)

3. Sinkope
Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)
4. Repitisi
Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)

5. Unsur alam
Haiwan – ikan cencaru, ikan gelamaTumbuhan – kelapa, kedondong, buluh,

Nilai
1.Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir.
2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.

Pengajaran
1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa.
2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir.
3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.
PANTUN LAPAN KERAT
Maksud
Rangkap 1
-Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan
terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.
Rangkap 2
-Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/
pemimpin di muka bumi Allah.
Rangkap 3
-Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah
dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.

Tema
Keagamaan

Persoalan
1.Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2.Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)

Bentuk
1. Mempunyai 3 rangkap.
2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Di tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan – rangkap 1)
4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa
1. Unsur bunyi
-Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
-Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

2. Sinkof
-Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)
3. Kata ganda
-Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
-Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
-Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
-Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)

4. Unsur alam
-Tumbuhan – kubis, papaya
-Haiwan – ikan , ketam, lelabi
-Alam – hutan, langit, bumi

Nilai
1.Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.

2.Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita.

3.Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.

Pengajaran
1.Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.

2.Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.

3.Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.


 
SYAIR MAKNA RIAK
Maksud
Rangkap 1:
Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang
ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik.
Rangkap 2:
Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap
dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan
kepentingan diri.
Rangkap 3:
Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal
dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.
Rangkap 4:
Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya.
Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan
salah semua dicampur aduk.
Rangkap 5:
Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah
membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin
menjadikannya sebagai menantu.
Rangkap 6:
Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah
sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih.
Rangkap 7:
Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya
keterlaluan seolah-olah dialah ketua.
Rangkap 8:
Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan
sifat riak.

Tema
Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.

Persoalan
1.Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan.
2.Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang
kelebihan diri.
3.Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri
4. Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan – amalan
tidak diterima oleh Allah.

Bentuk
1.Rima akhir aaaa.
2. Syair ini mengandungi lapan rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara empat hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata setiap baris.

Gaya Bahasa
1. Diksi (Bahasa Arab)
Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya.
2. Simile
Contoh: Terkadang jazbah seperti gila.
3. Asonansi
Contoh: supaya disangkanya ianya wali (pengulangan vokal ’a’)
4. Aliterasi
Contoh: Tetapi hatinya ke dunia bertali (pengulangan konsonan ‘t)
5. Inversi
Contoh – akan dunia tidak peduli.

Nilai
1. Nilai kesyukuran
Contoh: bersyukur dengan ilmu yang dimiliki.
2.Nilai kesederhanaan
Contoh: bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk.

Pengajaran
1.Kita janganlah bersifat riak.
2. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita.
3. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar.
4. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas.
5. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik.
SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI
Maksud
Rangkap 1:Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera
untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang
peraturan dan hukuman.

Rangkap 2:Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh


memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.

Rangkap 3:Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri
yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.

Rangkap 4:Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara
laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.

Rangkap 5:Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.

Rangkap 6:Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut
perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.

Rangkap 7:Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi


keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.

Rangkap 8:Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang
gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan
bondanya.

Rangkap 9:Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat
berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan
rakyat jelata.

Rangkap 10:Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi
mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora.

Tema
Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana
melaksanakan perintah raja.

Persoalan
1.Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin.
2.Persoalan mematuhi arahan pemerintah.
3.Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat.
4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.

Bentuk
1.Rima akhir aaaa
2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris.

Gaya Bahasa
1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik)
Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya.

2. Asonansi
Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’)

3. Aliterasi
Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’)

4. Kata ganda
Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.

Nilai
1. Nilai kesetiaan
Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara

2. Nilai amanah
Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara.

3. Nilai cinta akan negara


Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara.
 
Pengajaran
1.Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.
4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.
5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya
mendatangkan kebaikan kepada orang lain.
GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
Maksud
Rangkap 1:Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan
membazirkan masa.
Rangkap 2:Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih.
Rangkap 3:Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira.
Rangkap 4:Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu
dilakukan dengan bijaksana.
Rangkap 5:Peribadi unggul dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan .
Rangkap 6:Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan.
Rangkap 7:Pemimpin yang baik menjadi ikutan.
Rangkap 8:Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.
Rangkap 9:Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.
Rangkap 10:Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang
situasi.
Rangkap 11:Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi.
Rangkap 12:Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.
 
Tema
Nilai-nilai murni dalam kehidupan.Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai
murni yang perlu ada dalam diri seseorang.

Persoalan
1.Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1)
2.Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2)
3.Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7)
4.Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10)
5.Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)

Bentuk
1. Mempunyai 12 rangkap.
2.Setiap rangkap mengandungi 2 baris
Contohnya : Hendak pandai menghargai masa
Jangan dinanti esok lusa
3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris
Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif:
4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata
Contohnya ; Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa – 9 sukukata sebaris
Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an – 14 sukukata sebaris
5. Rima akhir aa
Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.

Gaya Bahasa
1.Simpulan bahasa – baik hati (rangkap 6 baris 1)
2.Unsur Bunyi
Asonansi – pengulangan vokal a
Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1)
Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1)
3. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan n
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4 baris 2)

Nilai
1.Nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja.
2. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan
tanggungjawab.
3. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan dalam kehidupan.:
4. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran menghadapi cabaran.

Pengajaran
1.Kita hendaklah bertindak secara bijaksana
2. Kita hendaklah menghargai masa
3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik
4. Kita janganlah suka membazir.
5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan
SELOKA SI LUNCAI
Maksud
Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda.
Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak
diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun.
Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.
Tema: Sikap negatif menyebabkan kerugian
Persoalan1.Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian
2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.
3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada.
Bentuk
1.Mempunyai satu rangkap sahaja.
2. Mempunyai 12 baris.
3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris.
Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11)
Ada kuat tiada buat (4 perkataan – baris 10)
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan – baris 1)

Gaya Bahasa
1.Anafora
Contoh:Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilataih
2. Repitisi
Contoh:Biarkan...biarkan
3. Unsur bunyi
Contoh:Asonansi – Ada mata tiada kuasa (baris 9) (pengulangan vokal ‘a’)
Aliterasi – Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya (baris 12) (pengulangan
konsonan ‘n’)

Nilai
1. Nilai bertanggungjawab.
Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
2. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja.
Pengajaran
1.Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya.
2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal.
3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan
itu.
DIRGAHAYU BAHASAKU

Maksud
Rangkap 1:Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa
Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan
amanah.
Rangkap 2:Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan
agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah
digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan
silaturahim.
Rangkap 3:Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan
bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-
mana sahaja mereka berada.
Rangkap 4:Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai
pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau
dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.
Rangkap 5:Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula
diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa
Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.

Tema:Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan


supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan
oleh semua pihak.

Persoalan
1.Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu
dimartabatkan di negara ini.
2.Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa
dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
3.Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mempunyai sejarah
kegemilangannya yang tersendiri.
4.Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu
berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.

Bentuk
1.Bebas
2.Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
-Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
-Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab
-Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc
-Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
-Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa
Nada
Patriotik

Gaya Bahasa
1.Ayatnya pendek-pendek
Contohnya :setia dan amanah
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya; warga yang berbudi
3. Aliterasi – perulangan konsonan’m’
Contohnya : hak bangsaku memilikimu
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya : Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
5. Sinkope Contohnya: mu, ku, tak
6. Metafora Contohnya : lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu
7. Perlambangan Contohnya ; pejuangku, pelautku, pulau
8. Personifikasi Contohnya : bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh.
9. Anafora Contohnya ; hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu
10. Epifora Contohnya ; hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu

Nilai
1.Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi
bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi.
2. Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat
ditunjukkan.
3.Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.Warisan bangsa perlu
dipertahankan.
4.Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai
bahasanya sendiri.
5.Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama Penggunaan bahasa
yang sama dapat memupuk nilai bersatupadu..
6.Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan.Sifat ini penting
agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan.

Pengajaran
1.Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa.
2.Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu
3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat
perhatian masyarakat dunia.
KECEK – (V)

Maksud
Rangkap 1:Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul
kekayaan dengan hasil simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu
licik pecah amanah dan menggelapkan wang. Perbuatan jenayah itu telah lama
dilakukan.
Rangkap 2:Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan.
Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak
pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar dari belenggu
kemiskinan.
Rangkap 3:Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan.
Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga
tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupan
yang semakin lama semakin menghimpit.
Rangkap 4:Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan
dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah
dijanjikan.
Tema
Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh
digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali
pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.

Persoalan
1.Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
2.Persoalan golongan miskin terus dibenggu kemiskinan dan hidup susah.
3.Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh
Allah.
Bentuk
1.Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 8 baris ayat
- Rangkap 2 - 11 baris ayat
- Rangkap 3 - 12 baris ayat
- Rangkap 4 - 5 baris ayat
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abbcddba
- Rangkap 2 – abcdccedccb
- Rangkap 3 – abcccdebcfgc
- Rangkap 4 – abcbd
Nada:Sinis.
Gaya Bahasa
1.Ayatnya pendek-pendek
Contohnya ; di kampong
2. Diksi – mudah difahami
Contohnya: seorang nelayan
3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya :di dalam pagar sengsara
5. Perulangan perkataan ’di’
Contohnya :di sebuah, di pantai
6. Metafora
Contohnya : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara,
pusaran nasib, papan hidupnya, rumah keadilan
7. Perlambangan
Contohnya ; akaun, musim berlumut.

Nilai
1.Nilai amanah dalam menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan
dengan penuh amanah.
2.Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal.Bertanggungjawablah
untuk mencari yang halal.
3.Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan
melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki.
4.Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada.Perasaan ini perlu wujud
terhadap golongan kurang berada.
5.Nilai rasional dalam peredaran kehidupan.Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan
amat diperlukan.

Pengajaran
1.Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.
2.Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki yang
halal.
3. Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain
BANGKITLAH
Maksud
Rangkap 1:Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai
kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin maju.
Rangkap 2:Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut
kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka.
Rangkap 3:Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka
tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan.
Rangkap 4:Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkis terus
ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata.
Rangkap 5:Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit
dan berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar
arus pembangunan.

Tema:Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus
pembangunan selepas kemerdekaan. Mereka harus merebut kemakmuran negara agar
tidak menyesal.

Persoalan
1.Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan.Arus pembangunan perlu
disedari dan diikuti oleh anak-anak.
2. Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang
leka.Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapapun.
3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.Hal ini perlu
disedari oleh semua orang.
4. Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka. Kelekaan anak bangsa
merunsingkan penyajak tentang masa depan mereka.

Bentuk
1.Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
-Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
-Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abbbc
-Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abccd
-Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abcde
-Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd

Nada:Patriotik

Gaya Bahasa
1.Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : bangkitlah
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya : Anak-anak yang sedang lena
3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : burung-burung berterbangan di udara
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya: : Anak-anak yang sedang lena
5. Sinkope
Contohnya; kau
6. Perlambangan
Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak gunung, madu bumi, perut belantara
7. Personifikasi
Contohnya : burung-burung belum menjamah awan.

Nilai
1.Nilai kegigihan.. Kegigihan diperlukan untuk mengejar kekayaan..
2. Nilai kerjasama ..Semangat ini diperlukan untuk merebut peluang yang ada.
3. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk memajukan diri.

Pengajaran
1.Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka.
2. Kita perlulah merebut peluang yang ada.
3. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju.
4. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita dan terus
dihimpit kemiskinan
PASAR PERASAAN
Maksud
Rangkap 1:Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk
pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula
dikuasai oleh emosi.
Rangkap 2:Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan
bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran.
Rangkap 3:Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang
makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal.
Rangkap 4:Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi
tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan.
Rangkap 5:Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan
mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda
walaupun tidak membawa kebaikan.
Rangkap 6:Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau
mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding
fakta dan ilmu.
Rangkap 7:Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk
mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak
membawa makna.
Tema:Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai
tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya
sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana
dikuasai emosi.

Persoalan
1.Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan
kata-kata dan meluahkan perasaan.
2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.
3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis.
4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.

Bentuk
1.Bebas
2. Terdapat 7 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
- Rangkap 1 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb
-Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abcd
-Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcd
-Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
-Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
-Rangkap 6 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
-Rangkap 7 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab

Nada:Sinis

Gaya Bahasa
1.Ayatnya pendek-pendek
Contohnya ; ini pasar perasaan
2. Diksi – mudah difahami dan puitis.
Contohnya :bagai ranting kering
3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya :: di tengah-tengah penjual dan pembeli
4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : kususuri sungai sibuk ini
5. Personifikasi
Contohnya : ini pasar tidak berakal
6. Metafora
Contohnya : pasar perasaan , sungai manusia
7. Simile
Contohnya : bagai kayu buruk.
8. Epifora
Contohnya ; kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini

Nilai
1.Nilai rasional . Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat.
2. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai
kemahiran
3. Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat
4. Nilai kesabaran . Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup..
5. Nilai keprihatinan . Keperihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan..

Pengajaran
1.Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat.
2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta
3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan
diri sendiri.
DI BAWAH LANGIT YANG SAMA
Maksud
Rangkap 1:Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita
menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun
sama.
Rangkap 2:Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan
tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap
serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keisimewaan tersendiri juga didiami
oleh manusia.
Rangkap 3:Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan
hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan
keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan
keamanan.
Rangkap 4:Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan
untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa.
Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan
dunia serta mengikis rasa benci dan dendam .
Tema
Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu
berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan
yang aman dan harmoni.
Persoalan
1.Persoalan keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat. Setiap tempat mempunyai
keindahan alam semulajadi yang tersendiri.
2. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan
harmoni.Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman
dan harmoni.
3. Persoalan garis sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia.Manusia
dipisahkan oleh faktor geografi.
4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia. Nilai ini
penting dalam kehidupan.

Bentuk
1.Bebas
2. Terdapat 4 rangkap dalam sajak ini.
3. Rima akhir baris-baris ayat
-Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabbaa.
-Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rimanya aabbbca
-Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abcabbbb
-Rangkap 4 terdapat 9 baris ayat. Rima akhirnya aabbbcdeb

Nada:Sinis
Gaya Bahasa
1.Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : Di bawah langitnya
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London.
3. Kata pinjaman bahasa Inggeris
Contohnya :i visa, pasport,
4. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : : pohon-pohon hijau atau aneka warna
5. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : berkongsi siang miliki malam
6. Sinkope
Contohnya : mu, ku
7. Perulangan
. Contohnya Di bawah langit ini.
8. kata ganda
. Contohnya : pohon-pohon, peta-peta

Nilai
1.Nilai menghargai keindahan alam. Keindahan alam perlu dihargai.
2. Nilai hormat- menghormati sesama manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan
seharian.
3. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Toleransi penting dalam kehidupan
bermasyarakat.
4. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.Kerjasama penting untuk menjayakan
sesuatu.

Pengajaran
1.Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun
mereka berada.
2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri.
3. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan dibezakan oleh
sempadan waktu dan tempat
4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.
5. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.
ARKITEK KOTA
Rangkap 1:Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar
bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan
tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak
dibangunkan.
Rangkap 2:Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya.
Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak
yang menghuni kota tersebut.
Rangkap 3:Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar.
Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu
dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.
Rangkap 4:Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja
luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas.
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.

Persoalan 
1.Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting
supaya sesuatu keadaan dapat difahami.
2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan
kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut.
3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.
4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai
idea-idea baru yang bernas.

Bentuk 
1.Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 7 baris ayat
- Rangkap 2 - 6 baris ayat
- Rangkap 3 - 5 baris ayat
- Rangkap 4 - 2 baris ayat
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abacdea
- Rangkap 2 – aabcdd
- Rangkap 3 – abcad
- Rangkap 4 – ab

Nada:Sinis
Gaya Bahasa
1.Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : perasaan musim
2. Diksi – mudah difahami
Contohnya : pemerhati tasik
3. Aliterasi – perulangan konsonan’p’
Contohnya : perenung di perpustakaan
4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : fiil langit dan sabar bumi
5. Kata ganda
Contohnya : berbagai-bagai
6. Metafora
Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim
7. Perlambangan
Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar
Nilai
1.Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.
2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama
di kota.
3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. .
4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat
keputusan.
5. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek.

Pengajaran
1.Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa
merancang pembangunan.
2 Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..
3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.
4.Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat
pembangunan kota..
5.Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas
dan alternatif.
HIKAYAT LANGLANG BUANA
Sinopsis
Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang
pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak
mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera
Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah
bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok
kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah
menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri telah mengarahkan
dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila
kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan
Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan
hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan.
Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang
bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang
menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya
menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling
berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah
menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka.
Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja
Indera Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan
bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya
menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang
hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka
dengan kekalahan tersebut lalu mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja
Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin.
Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat.
Tema:Percintaan anak raja
Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk
menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya.

Persoalan
1.Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar
Untuk Menentang Hulubalang Raja Bahrum .
2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri
Menjadi Seekor Burung Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna
Dewi.

WATAK PERWATAKAN
1.Raja Indera Bumaya
-Anak raja dari Negeri Lela Gambar
-Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia
dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
-Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna
Dewi dalam istananya memadu kasih.
-Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik)
matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.
-Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang
mengepungnya .
-Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna
Dewi.

2. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi


-Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.
Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri
ketika berbedak dan berlangir
Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan
Sangat mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera
Bumaya mati.

3. Raja Bahrum Dewa


Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya.
Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang
memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya.
Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri
Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan
memalukan baginda.

 
Latar Masa
-Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang
pengasuhnya. Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.
-Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir

Latar Tempat
-Kolam tempat Tuan Puteri mandi
-Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.
-Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya.

Latar Masyarakat
-Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
-Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja
Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya.
-Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja
Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya.

Nilai
1. Nilai keberanian
Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa.

2. Kasih sayang
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga
sanggup mati bersama-samanya.

3. Nilai bekerjasama
Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya.

4. Nilai kebijaksanaan
Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati tuan Puteri
Mandu Ratna Dewi.

5. Nilai ketaatan
Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan rakyat Raja Bahrum
Dewa.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya


sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri .
2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan
rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya.
3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya
menjelma sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri.
HIKAYAT SIAK
Sinopsis
 
Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada
Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian
keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan
anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan
Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti.
Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada
keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja
Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang
mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk .
Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang
Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri
Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja
Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng
Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka
baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai
Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor
memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut
bela atas kematian ayandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik
anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi
membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang , rakyat
Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar.
Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus
bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha
Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan
“daulat”. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama
anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang
Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda
hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam Istana. Baginda dimaklumkan bahawa
Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa
bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita
tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku
Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak
bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan
Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul
Jalil Syah.
 
Tema
Pengembaraan anak raja.
Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi
membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum
Mangkat Dijulang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor.
 
Persoalan
 
1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan.
2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya.
 
WATAK DAN PERWATAKAN
 
1. Yang Dipertuan Raja Kecik.
 
 Keturunan Raja Johor
 Nama asalnya Tuan Bujang.
 Berkahwin dengan Tengku Kamariah
 Ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
 Berani
Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan
Tengku Tengah.
 Gigih
Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu
tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda
Marhum Mangkat Dijulang.
 
LATAR
 
Latar Masyarakat
 
1. Golongan masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
 
2. Golongan masyarakat istana.
Contoh: Masyarakat yang tinggal di istana .
 
Latar Masa
 
1. Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada
zaman Kesultanan pemerintahan Raja Siak.
 
Latar Tempat
 
1. Rawas
Contoh: Tempat Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching.
 
2. Siak
Contoh: Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda
malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk.

3. Johor
Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan
gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
 
Gaya bahasa
 
1. Penggunaan bahasa Arab
Contoh:
Allah Ta’ala,
 
2. Penggunaan bahasa istana
Contoh:
Patik, baginda,hulubalang, titah
 
3. Penggunaan kata ganda
Contoh:
Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing
 
 
NILAI
 
1. Nilai kegigihan
Contoh:
Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi
membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum
Mangkat Dijulang.
 
2. Nilai keberanian
Contoh:
Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku
Tengah.
 
3. Nilai ketaatan
Contoh: Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja
Kecik setelah mengetahuai baginda ialah keturunan raja.
 
PENGAJARAN
 
1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
 
2.Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal.

3.Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.


DUA GELIGA HIKMAT
Sinopsis

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga


berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik
daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera
berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera
mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang
kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang
bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu
Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar.
Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila
raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam
rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup
memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan
Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin,
ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah
melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke
Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram.
Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan
puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan
puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan
puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan
puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri
berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya.
Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga,
seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi
semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat
kepada Inderaputera.

Tema

Pengembaraan seorang anak raja


Inderaputera sangggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti
bagi mendapatkan batu gemala hikmat.

Persoalan

1. Persoalan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. Inderaputera telah


mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan
Tuan Puteri.

2. Persoalan keberanian menghadapi musuh. Inderaputera bukan sahaja tidak takut


dengan peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap
rumbut peri tersebut.
3. Persoalan berpegang kepada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada
Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera.

Watak dan Perwatakan

1. Inderaputera

 Ayahandanya Maharaja Bikrama Puspa


 Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi
 Paras rupa yang menarik
 Bijaksana. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal
Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
 Berani. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam
tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.
 Berpegang pada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk
memberikan geliga kepada Inderaputera.

2. Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran

 Ayahandanya Maharaja Syah Tokan


 Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa
 Rupa paras yang amat cantik
 Berpegang pada janji. Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada
seperti yang dijanjikannya

Latar Tempat

Tasik - tempat peri tinggal.


Mahligai - tempat tinggal Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Balai Rangga Puspa Berahi - Tempat yang disediakan oleh Tuan Puteri kepada
Inderaputera untuk beradu

Latar Masa

Waktu fajar - Tuan Puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh
Waktu malam - Tuan Puteri Seri Ratna Gembala Nehran mengenakan baju
antakesuma dan pakaian yang sangat cantik
Tengah malam - Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

Latar masyarakat

1. Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.


2. Masyarakat yang menepati janji. Peri telah menyerahkan gemala hikmat kepada
Inderaputera seperti yang dijanjikannya jika Inderaputera melepaskannya.

Nilai
1. Nilai keberanian
Contoh:
 Indeputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat.

2. Nilai kebijaksanaan
Contoh:
 Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan mengambil
peluang mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya.

3. Nilai menepati janji


Contoh:
 Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan memberikan batu
gemala hikmat kepada Inderaputera.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar. Inderaputera


tidak gentar menghadapi peri sehingga dapat menangkap peri tersebut.
2. Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Inderaputera
mencuri baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dapat bertemu Tuan
Puteri.
3. Kita hendaklah berpegang pada janji. Tuan Peteri Seri Ratna Gemala
Nehran telah mengembalikan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang
dijanjikannya.
HIKAYAT OPU DAENG MENAMBU
Sinopsis

Bab III

Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu
Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan
anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani
menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Upu Daeng
Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad
Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju.

Bab IV

Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhamad


Zainudin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan
Agung. Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita
kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu
Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng
berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus
keris untuk bertikaman. Upu Deang Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan
Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz
berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng
berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan.
Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Upu Daeng berlima
telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah
dibawa mengadap Sultan Muhamad Zainudin oleh Upu Daeng berlima.

Bab V

Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman.
Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang
Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Upu
Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila menjadi Yang Amtuan Besar, baginda
harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah
orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu
negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng
berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang
dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik
menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda
Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.
 
Bab VI
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta
pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara
sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan
berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu
Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari
Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata
bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Upu Daeng.
Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja
Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan
Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan
negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan
pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari
tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak
kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan
saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka.

Bab VII

Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan
antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya
dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Upu Daeng Menambun
menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi.
Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan
disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil
menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan
Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang
daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng Menambun
mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan
sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah dilantik
menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.

Bab VIII

Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke
negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan
sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan
Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran
dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri
penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti
Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk
memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya
berkahwin dengan anak Raja Mempawah.

Bab IX

Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli


Panembahan Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik
menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besarann di negeri Matan.
Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat
balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengirng raja
perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ.
Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum
Panembahan Sangkawak.

Tema
Kepahlawanan
Kepahlawan Upu Daeng lima bersaudara dalam menakluki dan menawan negeri-
negeri Melayu dan akhirnya menjadi raja di negeri-negeri Melayu.

Persoalan

1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan


2. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat.
3. Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.

Watak dan Perwatakan

1. Upu Daeng Menambun


 anak raja
 mempunyai 4 saudara yang lain iaitu Daeng Parani, Daeng Kemasi,
Daeng Merewah dan Daeng Celak.
 berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau
 dilantik menjadi raja di Mempawah

2. Daeng Perani
 saudara yang tertua antara lima bersaudara
 beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan
 mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah

3. Daeng Kemasi
 beristerikan anak Raja Mempawah
 dilantik menjadi raja di Sambas

4. Daeng Chelak
 dilantik menjadi raja di Riau
 berkahwin dengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman

5. Daeng Merewah
 menjadi Yang Amtuan Muda di Riau
 berkahwin dengan Ungku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung

Latar Masyarakat

1. Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .

2. Masyarakat Istana
Contoh : Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja.

 Latar Tempat
1. Riau
Contoh: Upu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman
menyerang Siak.

2. Siak
Contoh: Peperangan antara Upu Daeng berlima dengan orang Siak.

3. Negeri Matan
Contoh : Tempat Puteri Kesumba diraikan dengan besar-besaran setelah dilantik
menjadi Ratu Agung Senuhun.

Latar Masa

1. Tujuh hari tujuh malam


Contoh: Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun.

2. Hari Jumaat
Contoh: Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar.

Gaya Bahasa
1. Bahasa istana
Contoh: sultan, ayahanda, patih,paduka.dayang-dayang

2. Bahasa pinjaman bahasa Arab


Contoh: warith, Allah Subhanahu Wa Ta’ala, tulisan jawi, Rahmatullah Ta’ala

3. Kata ganda
Contoh: berkasih-kasihan, dibagi-bagi, betul-betul

Nilai

1. Nilai keberanian
Contoh:Upu Daeng berlima berani menentang musuh.

2. Nilai tolong-menolong
Contoh: Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.

3. Nilai menepati janji


Contoh: Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan
kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan takhta.

4. Nilaii bekerjasama
Contoh: Upu Daeng lima berkerjasama dalam menyelesaikan sesuatau masalah.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh . Upu Daeng berlima berani menentang
musuh.
2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Ratu Sultan
bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun.
PAHLAWAN BUNTUNG

Sinopsis
 
Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas
berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman
Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat.
Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang
tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang
kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain
terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau
bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah
menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.
 
Tema
 
Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta
mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.
 
Persoalan
 
1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa
kesusahan hidup.
2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang
musuh.
3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas
 
Plot
 
Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu;
 
(i) Permulaan
 
Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan
yang telah berlaku berdasarkan fizikal.
 
(ii) Perkembangan
 
Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap
peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain
berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang
diserang oleh tentera Jepun.
 
(iii) Konflik
 
Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat.
Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain
ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa
barang-barang di rumahnya.
 
(iv) Klimaks
 
Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak
Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat
yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah
membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan
menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.
 
(v) Peleraian
 
Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang
ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali
segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh
serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.
 
Teknik Penceritaan
 
1. Pemerian
ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah
timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa
langkah para nelayan ke gigi ombak…
 
2. Dialog
“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik
kebetulan ada.”
“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.
Teknik Plot
 
3. Suspens
Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal
dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak
seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan.
Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang
dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya
juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…
 
4. Imbas kembali
…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas
tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis
kampungnya…
 
Latar
 
Latar Masa
 
 30 tahun lalu (situasi perang)
 Tahun 1941 – 1973
 Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
 Semasa zaman penjajahan Jepun
 
Latar Tempat
 
 Kampung Pulau Pak Amat
 Kampung Tok Lukup
 Sungai Gali
 Kampung Dal
 Jalan Bayam
 
Latar Masyarakat
 
 Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
 Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan
 Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga
 Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan
 
Watak Utama
 
Pak Hussain
 Berusia 60 tahun
 Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
 Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
 Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah
mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang
Kampong Pulau Pak Amat.
 Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa
menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh
pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
 Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah
memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain
juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.
 
Watak Sampingan
 
1. Khalid (aku)
 
 Anak Pak Hasan
 Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak
Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk
kampong
 
2. Fatimah
 Ibu Khalid
 Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana
ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.
 
Gaya Bahasa
 
1. Kata ganda
Contoh: berjabu-jabu
 
2. Metafora
Contoh : gebar kebingungan
 
3. Hiperbola
Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa
 
4. Personifikasi
Contoh : ombak pagi yang malas
 
 
Nilai
 
1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk
menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain
ketika mereka berpindah.
4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk
mempertahankan tanah air.
 
Pengajaran
 
1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.
PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW
HONG
 Sinopsis
 
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat
selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang
mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap
Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat
awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh
membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu
dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut
mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan
segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum
dia meninggal dunia.
 
Tema
 
Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota
(Pungut)
 
Persoalan
 
1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan
tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
 
2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah
tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
 
3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah
hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia
tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.
 
4. Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak
Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum
mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut.
 
Plot
 
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
 
(i) Permulaan
 
Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang
kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.
 
(ii) Perkembangan
 
Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan
mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana
tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang.
 
 (iii) Konflik
 
Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan
mencadangkan agar Pungut dihantar ke rumah kebajikan.
 
(iv) Peleraian
 
Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu
sebelum dirinya.
 
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
 
 
1. Pemerian
Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-
denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas.
Kemudian dia meluru masuk bilik…
 
2. Monolog
“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah.
 
3. Dialog
“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.
“Siew Lan.” Jawabnya lambat.
 
4. Imbas kembali
..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu…
 
Watak dan Perwatakan
 
Watak Utama
 
1. Mak Timah
 
 Perempuan tua
 Selalu sakit-sakit
 Ibu angkat Pungut
 Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih
hidup.
 Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan
kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.
 
 Watak Sampingan
 
2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong
 Berusia 24 tahun.
 Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama
oleh doktor.
 Anak angkat Mak Timah.
 Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu).
 
3. Bibik
 Nenek Pungut.
 Berbangsa Cina peranakan.
 Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya
kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.
 
Latar
 
Latar Masa
 
1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan
2. 24 tahun selepas Pungut dewasa
 
Latar Tempat
 
1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah
2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah.
 
Latar Masyarakat
 
1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an
keluarga Mak Timah.
2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya
dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan.
3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan
dengan nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya
 
Gaya Bahasa
 
1. Kata ganda
Contoh: digeleng-gelengkan
 
2. Bahasa pasar
Contoh: sueh, loktang
 
3. Sinkope
Contoh: nak, kau
 
4. Personifikasi
Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung
 
Nilai
 
1. Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak
angkatnya Pungut.
2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan
ikhlas.
3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati
dengan nasib Pungut.
4. Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah
bertegur sapa dengan Bibik.
5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian
emak mereka.
 
Pengajaran
 
1 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat
sahaja, contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga
sudah berusia 24 tahun.
2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas
memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah
yang bersimpati dengan nasib Pungut.
4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur
sapa dengan Bibik.
5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah
yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.

IDOLA
Sinopsis
 
Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya.
Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara
hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia
berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan
menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga
panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia
perlu melakukan perubahan diri.
 
Tema
 
Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan
kehidupan sebenar.
 
Persoalan
 
1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si
penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .
2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung
sentiasa beranggan-anggan menjadi hero.
3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si
penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut
perjuangan yang sesungguhnya.
4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung
cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas
kehidupan sebenarnya.
 
Plot
 
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
 
(i) Permulaan
 
Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri
setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu
sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari
segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas
tengah malam.
 
(ii) Perkembangan
 
Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero
sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja
selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya
yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang
masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini
yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah
menjelang remaja.
 
(iii) Konflik
 
Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang
walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero
yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog
serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan
lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung
kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui
penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.
 
(iv) Klimaks
 
Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas
pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa
kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang
sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.
 
(v) Peleraian
 
Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding
sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.
 
Teknik Plot
 
1. Pemerian
Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingas
matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding
kaku bercat kelabu itu…
 
2. Monolog
“aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung
kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak.
 
3. Dialog
“Err… tidak,”
“Bercakap benarlah saudara.”
Err… ya…ya…”
 
4 Suspens
Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya.
Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding.
Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding.
 
 
Watak Utama
 
Si Penjaga Panggung
 
 Bekerja sebagai penjaga panggung.
 Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.
 Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi
kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang
watak hero.
 
Watak Sampingan
 
1. Si Hero
 
 Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya
dan meminta memuji diri sendiri.
 Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)
 Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan
bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung
melupakan kehidupan di dalam panggung.
 
2. Isteri Penjaga Panggung
 
 Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba
menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.
 Mempunyai 10 orang anak.
 
 
Latar Masa
 
1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.
2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari
menjelang tengah malam.
 
Latar Tempat
 
1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga
panggung.
2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh
sampah.
 
Latar Masyarakat
 
1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi
pelakon pentas.
2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga
panggung.
3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung
semasa pementasan.
4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal
ingin menjadi seperti hero.
 
Gaya Bahasa
 
1. Kata ganda
Contoh: putera-puteri
 
2. Metafora
Contoh: kawah lupa diri
 
3. Simpulan Bahasa
Contoh: merendah diri
 
 4. Hiperbola
Contoh: suaranya bak halilintar
 
5. Personifikasi
Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku
 
6. Falsafah
Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak
 
Nilai
 
1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui
adalah berbeza dengan lakonannya.
2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi
kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.
3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi
cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san
tinggal di kawasan setinggan.
 
Pengajaran
 
1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu
kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.
2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam
rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu
mengagong-agongkan hero.
3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-
anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu
walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.
PENANGGUNGAN
Sinopsis
 
Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa
Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa
menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten
Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang
berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.
 
Tema
 
Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan
Masnah atas ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian
Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh
Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas
geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua
anaknya setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap
kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..
 
Persoalan
 
1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa
mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.
 
2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana
Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..
 
3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati
terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .
 
4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan
ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.
 
Plot
 
Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
 
(i) Permulaan
 
Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat
di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan
peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu
terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.
 
(ii) Perkembangan
 
Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia
terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu
terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika
menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi
Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang
sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang
menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.
 
(iii) Konflik
 
Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan
memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih
setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika
dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya
bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.
 
(iv) Klimaks
 
Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap
dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika
itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah
berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat
sementara waktu.
 
(v) Peleraian
 
Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat
berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat
pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung
dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah..
 
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
 
1. Imbas kembali
Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya.
Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. …
 
2. Suspens
“Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya
berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu
berpanjangan kepada anaknya.”.
 
Watak dan Perwatakan
 
Watak Utama
 
Kapten Mamat
 Bekerja sebagai kapten kapal.
 Seorang pesara.
 Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap
nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..
 Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada
Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.
 
 
Watak Sampingan
 
1. Masnah
 
 Janda Baharum.
 Mempunyai dua orang anak.
 Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat
menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
 Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia
kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.
 
2. Isteri Kapten Mamat
 
 Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa
Masnah.
 Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk
mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.
 
3. Bahar
 
 Anak Baharum
 Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap
 
Latar
 
Latar Masa
 
1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat
berterbangan dan dia membuka bajunya.
 
Latar Tempat
 
1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya
dihembus angin.
2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke
anjung.
3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.
 
Latar Masyarakat
 
1. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat
ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum.
2. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum,
kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.
3. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan
prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat
bergantung...
4. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu
dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.
 
 Gaya Bahasa
 
1. Kata ganda .
Contoh: :tulang-tulang.
 
2. Simpulan bahasa
Contoh : tulang belakang, mengikat perut.
 
3. Penggulangan kata
Contoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.
 
4. Personifikasi
Contoh : badannya dihembus angin.
 
5. Simile
Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam
 

Nilai

1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa
Masnah dan anak-anaknya.

2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat
sukar menerima kematian suaminya.
 
3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di
laut.
 
Pengajaran
 
1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga
sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan
anak-anaknya setelah kematian Baharum.
 
2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah
mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap
mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
 
3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam
keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan
terutama ketika laut bergelora.
HUTAN RIMBA
Sinopsis
 
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan
kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil
pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing.
Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya
yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya
Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat
resort keluarga di hutan simpan miliknya.
 
Tema
 
Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti
pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit
luas saujana mata memandang..
 
Persoalan
 
1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan
telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna.
 
2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana
pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan
khazanah hutan musnah,
 
3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah
berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing..
 
4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.Pembangunan
dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.
 
Plot
 
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
 
(i) Permulaan
 
Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar
yang mengeluaran asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut
menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat
semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata.
 
(ii) Perkembangan
 
Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air
mata ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun
yang lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk
mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba
memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu
telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya.
Sepanjang membesarkan anak-anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk
anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman
mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan.
Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan
walaupun perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk
Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu
jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan itu.
 
(iii) Konflik
 
Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya.
Pada waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat
menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca
surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu
dipungut oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-
buahan hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua
didatangi
Plot
pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah berturap. Konflik
timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang menjadikan tanah dusun
itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah dan dusun buah-
buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong
negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi.
 
(iv) Klimaks
 
Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu
balak yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik
untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan.
 
(v) Peleraian
 
Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang
kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah
bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan alam.
 
Watak Utama
 
Pak Tua
 
 Pemandu jentolak jenama Caterpillar.
 Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai
perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.
 Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung
Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang
kedua, Bakar bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya
yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang
bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
 Bangga dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah
Berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.
Watak dan Perwatakan
 Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah
menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.
 Kesal atas pencerobohan hutan.Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah
terlibat dengan aktiviti pembalakan.
 
Watak Sampingan
 
1. Mak Tua
 
 Isteri Pak Tua.
 Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara..
 Pandai memasak.Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.
 Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati
kedua orang tua mereka..

2. Ajam
 
 Anak sulung Pak Tua
 Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota..
 Pakar dalam dunia perniagaan.
 Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya..
 Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka
kawasan pelancongan

3. Bakar
 
 Anak kedua Pak Tua.
 Berkelulusan Sarjana Pertanian.
 Pengurus ladang estet kelapa sawit.
 
4. Melati
 
 Anak ketiga Pak Tua.
 Pensyarah IPT.
 
5. Budi
 
 Anak bongsu Pak Tua.
 Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
 
Latar Masa
 
1. 30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak.
2. Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan.
 
Latar Tempat
 
1. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua
2. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan
3. Sungai Kinabatangan, Sabah
 
Latar Masyarakat
 
1. Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi
semua ahli keluarganya.
2. Masyarakat beriman.., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.
3. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya
anak-anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi..
4. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan,
Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin
menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan.
 
Teknik Penceritaan / Teknik Plot 
 
1. Pemerian
Contoh :
Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga
dengan gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada yang tak sempat
menyelamatkan diri…
 
2. Dialog
Contoh:
“Bapa telah melestarikan harta warisan alam.” Bakar mencelah kagum.
“Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat
dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu.”…
 
3. Imbas Kembali
Contoh:
Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari
jemarinya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak
memori…
 
4. Suspens
Contoh:
“Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran.
Kehancuran hutan rimba.” Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama
linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa
tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam…
 
Gaya Bahasa
 
1. Kata ganda Contohnya pohon-pohon
2. Metafora Contohnya ;hutan dara, busana hijau
3. Hiperbola Contohnya…jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan
mengoyak hasil busana hutan…
4. Personifikasi Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan
suasana
5. Repetisi Contohnya : Dia menangis kini. Dia menangis setelah…
6. Paradoks Contohnya : …kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran…
 
Nilai
 
1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan
keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-
masing..
 
2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling
menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang
keputusan.
 
3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara
kehidupan keluarganya.
 
4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan
berhijrah meninggalkan kampung halamannya.
 
Pengajaran
 
1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua
bertanggungjawab untuk membesarkan dan member pendidikan yang sempurna
kepada anak-anaknya..
 
2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan
oleh anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan
untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.
 
3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini
dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-
anak dan isterinya.
 
4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua
yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.
TANGGAR AMANAT
Sinopsis
 
 
Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa
yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang
ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman
Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan
Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan
kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam
kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi
jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan olah janin dalam
kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke
Malaysia.
 
Tema
 
Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.Halunisasi janin
dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malayisa mengikut
suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman
Nasional Melayu Ahmad Abdullah.
 
Persoalan
 
1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di
Yellowstone, Amerika Syarikat..
2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia
berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat..
3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama
dengan kehidupan di tanah air sendiri.
4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang
berlaku adalah ketentuan Allah.
 
Plot
 
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
 
(i) Permulaan
 
Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Hawa yang mengalami alahan semasa
mengandung. Dia terkenangkan Adam yang entah ke mana setelah gagal memujuknya
agar meninggalkan tempat itu setelah ada ramalan bahawa Yellowstone akan dilanda
bencana.
 
(ii) Perkembangan
 
Setelah ditinggalkan Adam, Hawa mula berhalusinasi bahawa dia berada di alam
rahim dan berkomunikasi dengan janinnya sendiri.
 
(iii) Konflik
 
Konflik timbul apabila janin membangkang keputusan Hawa untuk kekal di tempat
itu
 
(iv) Klimaks
 
Hawa mula sedar bahawa keselamatan janinnya lebih penting berbanding kepentingan
mempertahankan perusahaan di Yellowstone.
 
(v) Peleraian
 
 Hawa tersedar dari halusinasinya kerana mendengar Adam memanggil namanya
berkali-kali.

Teknik Plot / Teknik Pemerian


 
1. Pemerian
Contohnya :
..Roma tengkuknya meremang. Topi jaket di tarik ke kepala yang pening semenjak
subuh tadi. Dunia bagai diayun. Berdiri bagai tidak jejak bumi. Loya menganggu
tekak, tetapi dia…
 
2. Suspens
Contohnya ;
Istighfarnya berenang dalam lautan merah. Hangat terasa. Di mana? Dalam lahar
Yellowstone? Tidak mungkin. Ini bukan hangat kawalan api Yellowstone. Tidak
mungkin dia hidup dalam tumbuhan gelegak lava. Kalimah Lailahaillallah
terdengar…
 
Watak dan Perwatakan
 
Watak Utama

1. Hawa

 Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah


 Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan
suaminya, Adam.
 Seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya.
 Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
 Isteri kepada Adam
 
Watak Sampingan
 
1. Adam
 
 Suami Hawa
 Seorang yang penyabar.Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke
Malaysia.
 Mempunyai sifat patriotik yang tinggi . Ingin kembali dan menetap ke Malaysia..
 
2. Janin
 
 Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.
 Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya.Berani
memberi pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.
 Ikhlas memberi pandangan.Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya.
 Mempunyai semangat patriotik yang tinggi.Mempunyai semangat patriotik terhadap
tanah tumpah darah ayahnya, Adam.
 
Latar
 
 Latar Masa
 
1. Lapan tahun menunggu zuriat.
2. Generasi kelapan Ahmad Abdullah.
 
Latar tempat
 
1. Yellowstone.
2. Devils Tower.
3. Canyon Village.
 
Latar Masyarakat
 
1. Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan, iaitu Hawa yang
menyayangi janinnya.
2. Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga, Contohnya Hawa yang
berkeras mahu mempertahankan perusahaan keluarganya.
3. Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan, Contohnya Perusahaan Taman
Nasional Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan.
4. Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan, Contohnya janin yang
mendengar degupan jantung yang berzikir kepada Tuhan.
 
Gaya Bahasa
 
1. Kata ganda
Contohnya : tiba-tiba.
 
2. Metafora
Contohnya :perut bumi.
 
3. Hiperbola
Contohnya : kita akan terpelanting, lebur, berkecai entah ke mana.
 
4. Simile
Contohnya : lidah merah melahap bagai naga menyemburkan api.
 
5. Personifikasi
Contohnya ; kita kembangkan sayap warisan di tempat lain.
 
6. Kata pinjaman
Contohnya :
Bahasa Arab (Kun Fayakun).
 
Nilai
 
1. Nilai kasih sayang, Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang
telah diwarisi turun-temurun.
 
2. Nilai kesabararan. Contohnya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa
menghadapi pertentangan pendapat.
 
3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran
hidup di tempat orang.
 
Pengajaran
 
1. Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga.
Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di
Yellowstone.
 
2. Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan
kedegilan Hawa.
 
2. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh
dugaan hidup di perantauan.
TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
Sinopsis

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati
hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri,
Shahrul, Sabriah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan
perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani
agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah
tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang
panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya (Jumaat) yang terus turun
ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu
bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran
mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik
dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa
emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas
menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya
menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka.
Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam
keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta
mencuri barangan mangsa tsunami.

Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani
sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau
bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput
Jumaat. Sabriah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak
Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah,
maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap
walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam
masa dia dan isterinya sunyi.

Pemikiran

Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga
(suami/bapa) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab
mereka sebagai anak-anak.

Persoalan

1. Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
2. Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
3. Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
4. Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
5. Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
6. Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan
orang lain.

Plot
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita
bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.
Pembinaan Plot
Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu;

(i) Permulaan

 Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas
nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.

(ii) Perkembangan

 Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga
Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan yang sempurna.
 Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang
mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke kuala Lumpur walaupun bapa
mereka belum ditemui lagi.

(iii) Konflik

 Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah (ibu mereka) agar menerima kenyataan
bahawa bapa mereka telah meninggal di laut semasa kejadian tsunami.
 Sabriah yang tidak puas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun
dia telah mengirimkan wang kepada bapanya untuk menyara kehidupan mereka.
 Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah
kepada Sani dan dia menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga.
 Sabriah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat menumpang
kehidupan mereka.
 Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabriah yang hanya mementingkan
kerjaya dan diri sendiri sahaja.

(iv) Klimaks

 Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di dalam bank dan


meminta mereka pulang ke tempat masing-masing walaupun Pak Jumaat belum
ditemui.

(v) Peleraian

 Jumaat dijumpai terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi
banyak kesedaran kepada anak-anak Jimah bagi memohon maaf atas kesalahan
masing-masing. Jimah meminta anak-anaknya juga memohon maaf daripada Sani
yang banyak dihina oleh mereka. Pak Man bersyukur dengan situasi yang ceria itu
dan dia juga bersyukur dikurniakan cucu angkat seperti Man Bengap.

Teknik Plot / Teknik Penceritaan

1. Pemerian
 Dia budak lurus. Putih, putihla yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah yang dia kata.
Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung…(ms 439)

2. Suspens
 Man: Orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.

3. Kejutan
 … Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan.
Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare. Mahu? (ms
434)

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

1. Jimah
 Isteri Jumaat, berusia 55 tahun
 Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi
pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.
 Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan
sejak kejadian suaminya hilang di laut.

2. Sani
 Anak angkat Jimah – seorang doktor dan telah beristeri
 Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya
terutama ketika bapanya hilang di laut.

3. Sabri
 Anak sulung Jimah
 Mengetuai ahli keluarga
 Penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa
mereka tidak dijumpai.

4. Sabariah
 Graduan ekonomi bekerja di London
 Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak
berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.
 Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-
mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa
Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

5. Shahrul
 Anak ketiga dalam keluarga
 Seorang akauntan di Kuala Lumpur
 Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat
bapanya belum dijumpai.
 Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir menyindir dengan Sani ketika dia
pulang ke rumah emaknya.
6. Salmah
 Seorang pereka fesyen
 Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya
memakai skirt.
 Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan
pekerjaan.

7. Wan Malin
 Isteri Sani
 Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan
bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

8. Man Bengap
 Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan
dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa.
 Cucu angkat Pak Man

9. Pak Man
 Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak
Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang
akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.
 Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak
Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.

10. Mak Jah


 Isteri Pak Man
 Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga Jimah
menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut.

11. Wahid dan Senin


 Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci
kerugian yang di hadapi mangsa Tsunami.
 Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat
semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.

Latar

Latar masa

 Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
 Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
 Senja di rumah Jimah

Latar tempat

 Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
 Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah.
 Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib
emaknya

Latar masyarakat

 Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan


Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada
usia emas.
 Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang
menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
 Masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan
kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul
sebagai akauntan.
 Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke
Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.
 Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini
yang menghormati Jimah dan Jumaat.

Gaya Bahasa

1. Diksi
 Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey, HQ)

2. Falsafah
 Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga

3. Simile
 .. air matanya itu macam anak air mengalir

4. Metafora
 Ombak susu, gigi ombak

5. Repetisi
 Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah

Nilai

1. Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya


berterusan.
2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti
suaminya yang hilang.
3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati
Sabariah walaupun kerap dimarahinya.
4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina
Sani anak angkat emaknya.
5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini
terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.
Pengajaran

1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan


kepada anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan
kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.

2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya
menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.

3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf
atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.

4. Kita perlu bertsyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap
bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.

5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.

6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit
yang dikirim oleh anak-anaknya.
1400
 Sinopsis
 

Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang
menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya
dan mengubah pendirian orang kampung.

Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil
pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah
bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai
pembantu bernama Doli.
 
Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya
Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung.
Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik
perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang
surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah
menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan
sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat
pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang
menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.
Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti
Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari
kampung tersebut.
 
Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau.
Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua
harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal.
Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan
Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.
 
Pemikiran
 
Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan
yang lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang
hina oleh masyarakat . justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah
hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering
menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran
sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia
juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa
daratan.
 
Persoalan
 
1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan
membawa penyakit
4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu
 
Plot
 
Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
 
(i) Permulaan
 
 Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi
bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya
menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas
membantu dan jangan mencari rezeki haram.
 
(ii) Perkembangan
 
 Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi
mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang
yang mewah.
 
(iii) Konflik
 
 Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya.
 Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar
sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung.
 Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu
dibuang.
 
(iv) Klimaks

 Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang
meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya.
 
(v) Peleraian
 
 Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah
yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.
 
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
 
1. Kejutan
 
 Dollah bertemu dengan mayat ibunya
 Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh
 
2. Suspens
 Dollah disondol binatang ganjil
 
3. Pemerian
 Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang,
matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap ...
 
4. Imbas Kembali
 Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam,
sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air.
Pantai tak jauh.
 
5. Monolog
 Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah,
ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.
 
Watak dan Perwatakan
 
1. Dollah

 Capik, miskin dan dihina masyarakat


 Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak
mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.
 Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya
membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..
 Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua
pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.
 
2. Intan Siti Rahimah
 
 Isteri Dollah
 Perempuan yang cantik
 Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah
menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.
 
3. Abu Lahab
 
 Broker tanah
 Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu
Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu
orang-orang kampung.
 
4. Pak Sudin
 
 Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah
sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah.
 
Latar 
 
1. Latar masa
 
 Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
 Minggu depan – Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di
surau
 Petang – di surau, Dollah berbual dengan Pak Long
 
2. Latar tempat
 
 Kampung Kuala dan Kampung Kenanga – tempat Dollah membeli tanah dan
memelihara kuda-kuda
 Sungai Nenek–airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda
 Surau – tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji
 Di rumah pawang – Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi
kaya
 
3. Latar masyarakat
 
 Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang
kampung demi mengumpul harta kekayaan.
 Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong
dengan kekayaan yang dimiliki .
 Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan
Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
 Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan
Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.
 Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga
pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.
 
Gaya Bahasa

1. Simpulan Bahasa
 Besar hati, naik kepala, duri dalam daging
 
2. Repetisi
 Mereka, merekalah…
 Cakap, cakap, cakap, cakap ...
 
3. Personifikasi
 Kambing-kambing tersenyum
 
4. Kata Pinjaman
 Bahasa Inggeris
Order, secret,you, I
 Bahasa Arab
Fajar, sidik, hijrah
 
Nilai
 
1. Nilai kesabaran
Contoh:
 Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.
 
2. Nilai tolong-menolong
Contoh:
 Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.
 
3. Nilai menghargai barangan tempatan
Contoh:
 Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah
sebaliknya memilih batu mamar dari Itali.
 
4. Nilai kasih sayang antara suami isteri
Contoh:
 Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
 
5. Nilai ketaatan
Contoh:
 Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa
mengandung.
 
Pengajaran
 
1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta
dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam
tahanan.
 
2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh
masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya
kerana dia capik dan miskin.
 
3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.Dollah mencemarkan sungai dengan
najis-najis kuda yang dipeliharanya.
 
4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah
supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.
 
5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan.
Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka
berjanji akan memulangkan harta orang kampung semul
DATO’ ONN
Sinopsis

Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang
penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas
kematian isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi
jodoh mereka tidak panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’
Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah
Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas.
Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.

Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk
menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara
halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-
sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan
Malayan Union.

Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas
Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih
pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta
benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu
pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh
dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka
berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa
pertumpahan darah.

Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan
hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian
kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga
namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman.
Dato’ Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.

Pemikiran

Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit


menentang sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’
Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi
pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya
menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui
akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai
kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting Dato’ Onn tetap
bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan
Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato’ Onn terpaksa keluar parti kerana
berlainan pendapat.

Persoalan
1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat
melalui watak Dato’ Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan
anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun.

2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting


untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam
drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato’ Onn
menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union
dibatalkan.

3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato’ Onn sanggup dipecat daripada


menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang
menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa
berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan.

4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak
komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan
memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan
harta benda.

5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan


keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato’ Onn sanggup
mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak
sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar
dan merempat.

6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini.
Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan
wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan
bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang
pekerjaan.

7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu
daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini.
Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah
keluarga Dato’Onn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak
berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah
Sultan Johor kepada bapa Dato’ Onn.

8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato’ Onn berjaya membentuk
fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui
akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan
menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union.

Plot

Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu :

(i) Permulaan
 Pada peringkat ini, watak Dato’ Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-orang
Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan
tinggi dan berjiwa rakyat. Dato’ Onn juga pernah berkahwin dengan perempuan
daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka gagal.

(ii) Perkembangan

 Pada bahagian ini, watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air
berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya
Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut
cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan
hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan
beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan
dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada
ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-
hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis. Dato’ Onn tetap berusaha
menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan
kekerasan.

(iii) Konflik

 Perkahwinan Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa
berpisah.
 Dato’ Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di
negeri itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah
dan rumah keluarganya dirampas.
 MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA
bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh
bertindak balas. Huru-hara berlaku.
 MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-
orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.
 Dato’ Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan
Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA
menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.

(iv) Klimaks

 Dato’ Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang
jauh ketinggalan.

(v) Peleraian

 Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak
pihak, Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato’ Onn sempat
mendengar berita kemerdekaan tanah air.

Teknik Plot / Teknik Penceritaan

1. Pemerian
 Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang
harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah
penjajahan…

2. Imbas Kembali

 Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak pun
tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku…

3. Dialog

 Onn: “Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum

 Watak dan Perwatakan

1. Dato’ Onn b Jaafar

 seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung


 Menteri Besar
 Pengasas kemerdekaan
 Seorang yang bertanggungjawab. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya
Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya
kerana mereka kerabat dan darah daging beliau.
 Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan
pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil.

Watak Sampingan

2. Halimah

 isteri Dato Onn


 seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato’ Onn mancari nafkah
dengan menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja.
Watak dan Perwatakan

3. Cik Kah

 seri panggung
 Penari yang dapat menarik perhatian Dato’ Onn

4. DJ Campbell

 Pegawai Inggeris
 Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang pentadbiran
British selepas menerima teguran dari Dato’ Onn.

5. Dr Burhanuddin
 Pemimpin KMM
 Pengasas Parti PAS
 Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato’ Onn. Lebih rela
dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn.tidak bersetuju
bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.

Latar

Latar Masa

1. 1927, Dato Onn menjadi nelayan


2. 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.
4. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. 1951 Dato Onn berucap
6. 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Latar Tempat

1. Singapura Dato Onn menjadi nelayan.


2. Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union
4. Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap
6. Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air

Latar Masyarakat

1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air
Contohnya Dato Onn.
2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh
ketinggalan.
3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang
dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell
4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan
KMM

Gaya Bahasa

1. Diksi
Kata pinjaman (bahasa Inggeris)
Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club
Kata pinjaman (bahasa Arab)
Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah

2. Peribahasa
Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Nilai

You might also like