You are on page 1of 2

Pembahagian kuasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers"


merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam
negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
Kehakiman.

Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan


doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan,
kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-
bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa
tersebut.

Isi kandungan
[sorokkan]

 1 Sejarah
 2 Konsep pembahagian kuasa
 3 Semak dan seimbang
 4 Pautan luar

Sejarah
Konsep Pembahagian Kuasa (juga lebih dikenali sebagai Konsep Pengasingan Kuasa)
bermula sejak zaman Yunani lama. Aristotle berminat dengan kerajaan gabungan
berkomposisi monarki, aristokrasi, dan demokrasi, melihatkan setiap elemen secara
sendirinya tidak mampu menjalankan operasi kerajaaan secara sendirian, tetapi campuran
ketiga-tiga elemen mengambil aspek terbaik dari elemen masing-masing. Pada 1656 James
Harrington dalam bukunya Oceana, telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan
sistem berdasarkan konsep ini. John Locke, dalam "Civil Government, second treatise" pada
1690, telah membahagikan kuasa kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif.
Manakala, Montesquieu dalam karyanya "Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea
Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman. Dikatakan orang Inggeris mewujudkan
kaedah sebenar pembahagian kuasa ini dengan lebih formal, yang mereka gelar sebagai
“Instrumen Kerajaan”.

Konsep pembahagian kuasa


Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang, iaitu:

 Legislatif atau penggubal undang-undang


 Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang
 Kehakiman atau pelaksana undang-undang
Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu
cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang
yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat
keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap badan
mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang
lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan
hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman
mempunyai kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman.
Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin
pembahagian kuasa amat nyata di negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling
memeriksa penyalahgunaan kuasa satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen
semak dan seimbangnya masing-masing. Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan
bebas yang lain. Disamping itu, badan legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan
misalnya di Malaysia yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam
penggubalan undang-undang.

Semak dan seimbang


Sistem Semak dan Seimbang merupakan satu elemen demokrasi di mana setiap cabang
kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya melalui
sistem ini, tiada suatu cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran
sesebuah negara. Setiap cabang berkuasa untuk “menyemak” cabang-cabang yang lain untuk
memastikan kuasa diagihkan secara seimbang dan samarata diantara ketiga-tiga cabang iaitu
eksekutif, legislatif dan kehakiman.

You might also like