You are on page 1of 10

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUBANG PASU

FOLIO
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
2011
PERMAINAN HOKI

NAMA : NAZRUL HAFIZ BIN AHMAD MISMAN

KELAS : 401 AUSPICIOUS

NO MAKTAB : 11682

NO K/P : 9502225-06-5673

GURU PENYALARAS : EN ZAHRUL JOHARI BIN MISNAN

T/TANGAN MURID T/TANGAN GURU

…………………….. …………………….
ISI KANDUNGAN
 PENGENALAN
 TEKNIK-TEKNIK HOKI
- ASAS PERMAINAN
- KEMAHIRAN MENOLAK

- KEMAHIRAN MENAHAN ATAU MENYERKAP BOLA

- KEMAHIRAN MEMUKUL

- KEMAHIRAN MENGUIS

- KEMAHIRAN MENCEDOK

- KEMAHIRAN MENGGELECEK

- KEMAHIRAN MENJAGA GOL

 FAUL
 PENUTUP
PENGENALAN

Permainan hoki amat popular di kalangan pelajar-pelajar dan remaja. Seseorang


yang bermain hoki haruslah menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran
memukul, menolak, menguis, menahan dan menyerkap, menggelecek, mencedok,
menjaga gol.

Dalam permainan hoki, aspek keselamatan haruslah dititikberatkan.


Terdapat 3 jenis kayu hoki iaitu ringan, sederhana dan berat. Kepala kayu hoki
diperbuat daripada kayu ash atau mulberry yang mempunyai permukaan rata di
sebelah kiri. Berat bola hoki pula ialah antara 156 gram hingga163 gram yang telah
diluluskan oleh Persatuan Hoki Antarabangsa. Pakaian haruslah dipakai mengikut
keselesaan pemain. Pakaian lain ialah kasut, ball guard, stoking, mouth guard,&
shin guard.Pakaian penjaga gol pula ialah pengalas dada, helmet, leg guard and
kickers, ball guard & glove.
TEKNIK – TEKNIK HOKI
a) Asas Permainan

- Terdiri daripada 11 pemain dan seorang penjaga gol


- Sistem bentuk yang popular ialah pyramid
- Lima forward, tiga hafbek, dua bek, dan seorang penjaga gol
- Terdapat juga formasi yang selalu digunakan seperti 3-3-3-1 dan 4-4-2
- Pemain hanya dibenarkan menggunakan kayu hoki untuk memainkan bola
- Hanya penjaga gol dibenarkan menggunakan tangan, kaki dan anggota badan
- Durasi permainan ialah 35 minit bagi separuh masa pertama dan kedua
- Rehat diberikan tidak melebihi 10 minit

b) Kemahiran Menolak

- Digunakan untuk hantaran, clearance dan menjaringkan gol.


- Teknik menolak ;-
- berdiri dalam keadaan bersedia
- pegang kayu dengan tangan kiri di bahagian pemegang dan tangan kanan di
bahagian tengah kayu mengikut keselesaan
-bola berada di hadapan badan di antara kaki kiri dengan kaki kanan
-rapatkan permukaan kayu supaya berada di belakang bola. Kayu hoki dipegang
bersudut 45 dengan permukaan padang
-gunakan kekuatan tangan kanan untuk menolak bola dan tangan kiri menekan kayu
ke belakang untuk memberi kuasa tolakan
-berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke hadapan
- siku kanan diluruskan dan kayu dihalakan ke arah sasaran
-ikut lajak

,
c) Kemahiran Menahan dan Meyerkap Bola

Kemahiran ini digunakan untuk mengawal dan memberhentikan bola yang bergerak sama
ada hantaran kawan atau lawan. Terdapat tiga teknik mengenai kemahiran ini :-
 Teknik menahan bola dari arah hadapan
-mata sentiasa pandang bola.
- pegang kayu di tangan kiri sementara tangan kanan di tengah kayu bagi
membantu tangan pergerakan tangan kiri.
- muka kayu menghadap arah bola yang datang, kayu dicondongkan ke hadapan
sedikit ketika menahan untuk mengelakkan bola daripada melantun ke atas.
- bergerak ke hadapan untuk memudahkan menahan atas menyerkap bola apabila
perlu. Serap daya semasa bola menyentuh kayu.

 Teknik menahan bola di sebelah kanan


-mata pandang bola yang datangke arah kita
-pegangan kayu berjarak seperti dari arah hadapan.
-dalam keadaan diri sedia.
-badan dibongkokkan dan berpusing ke kanan untuk bergerak ke arah bola yang
datang. Bahu kiri menghadap bola dan lutut dibengkokkan sedikit.
-kayu hoki digerakkan ke arah bola untuk menahan bola. Kepala kayu berada di
tanah di sebelah kaki kanan. Bola melintasi badan dan ditahan di hadapan kaki
kanan. Apabila bola menyentuh kayu hoki, tukar posisi untuk tindakan
selanjutnya.

 Teknik menahan bola kilas kayu


-mata pandang bola yang datang ke arah kita
-pegang kayu seperti teknik menahan bola dari arah hadapan
-dalam keadaan diri sedia
-badan dibongkokkan ke kiri dan kilas kayu untuk menahan bola

d) Kemahiran memukul

-terdapat tiga jenis pukulan iaitu memukul, kontrak dan ikut lajak
-teknik memukul :-
-diri sedia
-pegang kayu di bahagian atas dengan kedua-dua tangan dirapatkan. Tangan kanan
berada di sebelah bawah tangan kiri.
-berdiri mengiring dengan bahagian bahu kiri mengarah ke sasaran bola sambil badan
dalam keadaan seimbang. Buka kaki seluas bahu.
-bola berada di sebelah bahu kiri selari dengan kaki kiri.
-ayun kayu ke belakang, kontrak dan ikut lajak
e) Kemahiran Menguis

-membolehkan bola dihantar melalui udara


-juga digunakan ketika melakukan strok penalty dan jaringkan gol
-teknik menguis :-
-diri sedia dengan bahu menghadap ke arah sasaran. Cara pegangankayu lebih kurang
sama dengan pegangan menolak
-jarak kaki dilebarkan sedikit daripada keluasan bahu. Lutut dibengkokkan dan badan
direndahkan. Bola berada di dekat di kaki kiri.
-condongkan kayu dengan permukaannya menghadap ke atas
-kuis bola dengan berat badan dipindahkan daripada kaki kanan ke kaki kiri. Ikut lajak

f) Kemahiran Mencedok

-hampir serupa dengan kemahiran menguis tapi kecondongan permukaan kayu lebih tinggi
-mengahantar bola lebih jauh ke udara
-teknik menguis ada dua:-
 Teknik mencedok lurus
-pegang kayu seperti pegangan menguis
-pastikan kedudukan bola dan badan seperti lakuan menguis
-condongkan kayu lebih daripada lakuan menguis untuk mendapatkan cedokan
yang lebih tinggi

 Teknik mencedok ‘shovel’


-diri sedia
-pegang kayu seperti pegangan menguis
-mata pandang bola semasa mencedok
-dari keadaan diri sedia, langkahkan kaki kanan ke hadapan hampir dengan bola.
-letakkan permukaan kayu di bawah bola
-lakukan cedokan dengan menggunakan kekuatan daripada pergelangan tangan
dan lengan supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh

g) Kemahiran Menggelecek

-cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk melepaskan diri dengan bola
daripada kawalan pihak lawan.
-terdapat tiga teknik menggelecek iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek India
-teknik menggelecek:-
-bola sentiasa di hadapan pemain
`-tangan kiri dicekak kemas di bahagian pemegang kayu manakala tangan kanan di
bahagian tengah kayu
-semasa menggelecek, permukaan kayu digerakkan oleh tangan kiri dan dikawal oleh
tangan kanan.

 Kelecek longgar
Digunakkan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak
lawan berada jauh daripada bola

 Kelecek rapat
Digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini amat
berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar
bola kepada rakan

 Kelecek india
Merupakan asas bagi semua gerakan dengan bola dalam permainana hoki. Muka
kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badan
dengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan
muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala
tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk mengTeknik ini
dilaksanakan di hadapan badan dengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan
silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa
menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas
untuk menggerakkan bola.

h) Kemahiran Menjaga Gol

-terdapat 5 teknik asas menjaga gol iaitu


-kemahiran asas berdiri dan pergerakan melintasi gol
-kemahiran menggunakan kaki dan pad
-kemahiran menggunakan tangan dan glov
-kemahiran menggunakan badan sebagai benteng
-kemahiran menggunakan kayu hoki
-penjaga gol amat penting dalam sesebuah permainan hoki
-penjaga gol haruslah berani, tinggi konsentrasi, kepantasan, masa tindak balas dan
fleksibiliti yang bagus
-perkara utama yang diutamakan ialah cara berdiri dalam keadaan bersedia di hadapan
pintu gol
 Diri sedia (stance)
-buka kaki seluas bahu, lutut dibengkokkan sedikit dan berat badan di atas bebola
kaki
-badan dibengkokkan sedikit dan mata pandang bola
-hulur tangan kiri ke tepi dengan siku bengkok sedikit tapak tangan menghala ke
hadapan
-tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki pada paras pinggang

-selain keadaan sedia, penjaga gol harus mahir ketika menahan dengan
menggunakan double padding, single padding,kayu dan glov.
-double padding guna kedua-dua kaki sebagai padding.
-Single padding guna sebelah kaki sahaja
-tindakan seterusnya ialah mengeluarkan bola dari kawasan gol sama ada dengan
menyepak atau memukul.
-menampan bola dengan tangan juga kemahiran yang harus dikuasai oleh penjaga
gol

i) Faul

Jenis-jenis faul :-
-menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola
-memainkan bola melebihi paras bahu
-menggunakan tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan bola
-menyerang, menyepak, atau menolak pihak lawan dan memegang pakaiannya dengan
tujuan mengganggu atau mencederakannya.

 Hukuman terhadap faul

1. Faul di luar kawasan D


-pihak lawan dapat pukulan percuma
-pihak lawan dapat pukulan sudut penalti, jika pasukan bertahan dengan sengaja
membuat sebarang jenis faul dalam kawasan 25 ela

2. Faul dalam kawasan D


-pasukan bertahan dapat pukulan percuma jika penyerang buat faul
-penyerang dapat sudut penalti jika bertahan buat faul
-penyerang dapat strok penalti jika pihak bertahan buat faul dengan sengaja
PENUTUP

Mutu permainan akan lebih berkualiti jika kemahiran-kemahiran asas dikuasai oleh setiap
pemain hoki. Semasa perlawanan, setiap pasukan mempunyai 11 pemain termasuk
seorang penjaga gol. Pelbagai sistem formasi boleh digunakan seperti 4-4-2, 3-3-3-1 dan
sistem piramid. Kemahiran menggelecek adalah asas bagi semua gerakan bola. Ciri-ciri
penjaga gol yang yang handal ialah keberanian, kepantasan, reaksi fleksibiliti dan
konsentrasi yang baik.
LAMPIRAN

You might also like