You are on page 1of 3

Interpol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Interpol (International Criminal Police Organization) ialah badan antara kerajaan yang
ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama di antara pihak berkuasa polis di seluruh dunia
dan untuk membangunkan cara berkesan menentang jenayah. Diasaskan di Vienna pada tahun
1923 dan disusun semula pada tahun 1923, Interpol adalah badan bukan politik dan dilarang
mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti bersifat keagamaan, perkauman atau
ketenteraan. Majoriti negara-negara di dunia menganggotai Interpol dan hanya badan polis
yang diluluskan kerajaan boleh menganggotainya. Perhimpunan agung berjumpa setiap tahun
untuk memutuskan dasar dan memilih jawatankuasa eksekutif. Sekretiat Interpol berpusat di
Lyon, Perancis yang juga merupakan ibu pejabat tetapnya. Interpol menyelaras aktiviti
anggotanya, menyimpan rekod jenayah antarabangsa, dan menganjurkan perjumpaan di mana
mereka bertukar-tukar maklumat. Interpol dibiaya oleh negara anggota.

Untuk mengekalkan keneutralan politiknya, perlembagaan Interpol melarang penglibatan


badan ini dalam jenayah yang tidak bertindan dengan beberapa negara anggota dan jenayah
politik, ketenteraan, keagamaan atau perkauman. Interpol hanya menumpukan kepada
keselamatan orang awam, keganasan, jenayah terancang, jenayah ke atas kemanusiaan,
genosid, jenayah perang, pelanunan, pengeluaran dadah haram, penyeludupan dadah,
penyeludupan senjata, pemerdagangan manusia, wang haram, pornografi kanak-kanak,
jenayah kolar putih, jenayah komputer, jenayah harta intelek dan korupsi.

Cara Interpol bekerja


Interpol berbeza daripada kebanyakan agensi penguatkuasaan undang-undang. Agen-agen
Interpol tidak membuat penangkapan dan tiada penjara bagi penjenayah yang ditahan. Agensi
ini berfungsi sebagai penghubung pentadbiran di antara agensi penguatkuasaan undang-
undang di negara anggota dengan memberikan bantuan komunikasi dan pangkalan data.
Perkara ini penting dalam memerangi jenayah antarabangsa kerana perbezaan bahasa, budaya
dan birokrasi boleh menyukarkan pegawai daripada negara berbeza untuk bekerja bersama.
Contohnya, pegawai Polis Diraja Malaysia menjejaki penjenayah berada di Itali dan mereka
tidak tahu siapa harus dihubungi dalam pasukan polis di Itali. Dan sama ada polis di Itali
mempunyai jurisdiksi dalam kes itu atau siapa dalam kerajaan Itali yang perlu diberitahu
tentang penglibatan PDRM. PDRM boleh menghubungi Biro Interpol di Itali yang menjadi
penghubung di antara agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia dan Itali.

Pangkalan data Interpol membantu pegawai penguatkuasa undang-undang mendapat


gambaran jenayah antarabangsa. Walaupun agensi lain mempunyai pangkalan data jenayah
yang tuntas, maklumat itu jarang melangkaui sempadan antarabangsa. Interpol boleh
menjejaki penjenayah dan trend jenayah di seluruh dunia. Mereka menyimpan koleksi cap jari
dan gambar muka, senarai orang dikehendaki, sampel DNA dan dokumen perjalanan.
Pangkalan data dokumen perjalanan yang hilang dan dicuri mereka saja mengandungi lebih
daripada 12 juta rekod. Interpol juga menganalisis semua data ini dan memberikannya
maklumat mengenai trend jenayah kepada negara anggota.

Rangkaian komunikasi dunia Interpol yang selamat membolehkan agen dan negara anggota
berhubung sesama sendiri pada bila-bila masa. Rangkaian ini dikenali dengan I-24/7
menyediakan akses kepada pangkalan data Interpol. Sementara Biro Pusat Kebangsaan adalah
akses utama ke rangkaian ini, beberapa negara anggota memperluaskannya kepada kawasan
penting lain seperti lapangan terbang dan pintu masuk sempadan. Negara anggota juga boleh
mengakses pangkalan data negara anggota lain melalui sistem I-24/7.

Jika berlaku bencara antarabangsa, serangan pengganas atau pembunuhan orang ternama,
Interpol boleh menghantar pasukan mereka. Pasukan ini menawarkan pelbagai kepakaran dan
akses ke pangkalan data bagi membantu mengenal mangsa, mengenal suspek dan penyebaran
maklumat kepada agensi penguatkuasaan undang-undang negara lain. Dan dengan permintaan
pihak berkuasa tempatan, mereka boleh bertindak sebagai pusat operasi pemerintahan dan
logistik bagi menyelaras agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang terlibat dalam
sesuatu kes.

Negara anggota dan biro kecil


Biro kecil ditunjukkan dalam teks condong.

 Afghanistan  Cyprus  Latvia  Rusia


 Albania  Czech Republic  Lebanon  Rwanda
 Algeria  Denmark  Lesotho  St. Kitts and
  American Samoa  Djibouti  Liberia Nevis
 Andorra  Dominica  Libya  St. Lucia
 Angola  Dominican  Liechtenstein  St. Vincent and
  Anguilla Republic  Lithuania the Grenadines
 Antigua dan  East Timor  Luxembourg  Samoa
Barbuda  Ecuador  Macau  São Tomé dan
 Argentina  Mesir  Macedonia Príncipe
 Armenia  El Salvador  Madagascar  Arab Saudi
 Aruba  Equatorial  Malawi  San Marino
 Australia Guinea  Malaysia  Senegal
 Austria  Eritrea  Maldives  Serbia
 Azerbaijan  Estonia  Mali  Seychelles
 Bahamas  Ethiopia  Malta  Sierra Leone
 Bahrain  Fiji  Marshall Islands  Singapura
 Bangladesh  Finland  Mauritania  Slovakia
 Barbados  Perancis  Mauritius  Slovenia
 Belarus  Gabon  Mexico  Somalia
 Belgium  Gambia  Moldova  Afrika Selatan
 Belize  Georgia  Monaco  Spain
 Benin  Germany  Mongolia  Sri Lanka
  Bermuda  Ghana  Montenegro  Sudan
 Bhutan  Gibraltar  Montserrat  Suriname
 Bolivia  Greece  Morocco  Swaziland
 Bosnia dan  Grenada  Mozambique  Sweden
Herzegovina  Guatemala  Myanmar
 Botswana  Guinea  Namibia  Switzerland
 Brazil  Guinea-Bissau  Nauru  Syria
  British Virgin  Guyana  Nepal  Tajikistan
Islands  Haiti  Netherlands  Tanzania
 Brunei  Honduras  Netherlands  Thailand
 Bulgaria  Hong Kong Antilles  Togo
 Burkina Faso  Hungary  New Zealand  Tonga
 Burundi  Iceland  Nicaragua  Trinidad and
 Cambodia  India Tobago
 Niger
 Cameroon  Indonesia  Tunisia
 Nigeria
 Canada  Iran  Turkey
 Norway
 Cape Verde  Iraq  Turks and Caicos
 Oman
  Cayman Islands  Ireland  Turkmenistan
 Pakistan
 Central African  Israel  Uganda
 Panama
Republic  Itali  Ukraine
 Chad  Jamaica  Papua New
Guinea  United Arab
 Chile  Japan Emirates
 Republik Rakyat  Jordan  Paraguay
 Peru  United Kingdom
China  Kazakhstan  Amerika Syarikat
 Colombia  Kenya  Filipina
 Poland  Uruguay
 Comoros  Korea Selatan  Uzbekistan
 Republik Congo  Kuwait  Portugal
 Puerto Rico  Vatican City
 Congo  Kyrgyzstan
 Qatar  Venezuela
(Democratic Rep.)  Laos
 Romania  Vietnam
 Costa Rica
 Yemen
 Côte d'Ivoire
 Zambia
 Croatia
 Zimbabwe
 Cuba

Negara bukan anggota

 Palau
 Kepulauan Solomon
 Kiribati
 Federated States of Micronesia
 Tuvalu
 Vanuatu
 Korea Utara
 Taiwan

You might also like