You are on page 1of 8

KEJOHANAN OLAHRAGA TERTUTUP KEBANGSAAN 2011

1.

PERATURAN PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan IAAF dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Sekiranya timbul sebarang kekeliruan maka peraturan di dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

2.

PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada ahli ahli gabungan KOAM.

3.

TARIKH DAN MASA

Hari Pertama : 23 Julai 2011 ( Sabtu ) 7.30 pagi hingga 11.00 pagi 3.00 petang hingga 6.00 petang Hari Kedua : 24 Julai 2011 ( Ahad ) 7.30 pagi hingga 10.45 pagi 2.30 petang hingga 4.45 petang 4. TEMPAT

Kejohanan akan diadakan di Stadium Kangar, Perlis

5.

ACARA ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN

LELAKI Balapan = 100 meter 200 meter 400 meter 800 meter 1500 meter 5000 meter 10,000 meter 110 meter Lari Berpagar 400 meter Lari Berpagar 3000 meter Lari Berhalangan 20 km Jalan kaki 4 x 100 meter 4 x 400 meter Lompat Tinggi Lompat Jauh Lompat Kijang Lompat Galah Lontar Peluru Lempar Cakera Merejam Lembing Baling Tukul Besi Dekathlon

WANITA 100 meter 200 meter 400 meter 800 meter 1500 meter 5000 meter 100 meter Lari Berpagar 400 meter Lari Berpagar 3000 meter Lari Berhalangan 20 km Jalan Kaki 4 x 100 meter 4 x 400 meter Lompat Tinggi Lompat Jauh Lompat Kijang Lompat Galah Lontar Peluru Lempar Cakera Merejam Lembing Baling Tukul Besi

Padang

6.

PENYERTAAN

6.1 Acara perseorangan : Semua negeri di benarkan mendaftar atlet untuk acara acara seperti berikut :

a ) 100meter 800meter b ) 1500meter ke atas c ) Acara padang d ) Dekathlon 6.2

= 2 orang = 3 orang = 3 orang = 3 orang

Acara lari berganti ganti : Satu pasukan setiap negeri

7.

PERMOHONAN MASUK 7.1 Semua permohonan masuk hendaklah dibuat dalam dua ( 2 ) salinan dalam borang yang disediakan. Nama-nama peserta dalam HURUF BESAR hendaklah diisi dengan penuh dalam borang permohonan masuk. Borang borang yang tidak lengkap tidak akan diterima. Borang borang yang diterima lewat tidak akan diterima. Semua borang borang masuk hendaklah dihantar kepada :Pengerusi Pertandingan Kejohanan Olahraga Terbuka Kebangsaan 2011 Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia ( KOAM ) 2.10.12, Level 1 Stadium Nasional Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil 57700 Sri Petaling Kuala Lumpur Tel : 03-89941880 Fax : 03-89941634

7.2

7.3 7.4 7.5

8.

TARIKH TUTUP Tarikh tutup borang pendaftaran ialah pada 14 Julai 2011.

9.

PENGESAHAN KEMASUKAN Semua kemasukan akan disahkan pada MESYUARAT PENGURUS PASUKAN pada 22 Julai 2011, jam 4.00 petang di Stadium Kangar, Perlis.Penyertaan Baru tidak dibenarkan selepas tarikh tutup.

10.

PENGGANTI

10.1 Pengganti yang telah berdaftar dibenarkan mengambil bahagian dalam acara acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri. 10.2 Peserta yang menarik diri dari sesuatu acara di anggap menarik diri dari segala pertandingan dan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam acara lain. 10.3 Semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara lari berganti ganti juga hendaklah didaftarkan dalam borang masuk. 10.4 10.5 Penggantian adalah berdasarkan kepada acara dan bukan peserta. Kemasukan baru untuk perseorangan dan berpasukan tidak dibenarkan.

10.6 Nama peserta untuk acara lari berganti ganti yang tidak didaftarkan tidak boleh digantikan dalam Mesyuarat Pengurus Pasukan.

11.

SISTEM PERTANDINGAN 11.1 Pertandingan bagi acara balapan 100 meter hingga 200 meter akan dijalankan di Peringkat Saringan, Separuh Akhir dan Akhir manakala acara balapan 400meter akan dijalankan di peringkat Separuh Akhir dan Akhir. 11.2 Acara 800meter ke atas akan dijalankan di peringkat Akhir.

11.3 Separuh Akhir 2 peserta ( Pertama dan Kedua ) dari setiap separuh akhir dan dua lagi peserta yang mencatat masa terpantas dari ketiga tiga separuh akhir layak ke peringkat akhir. 11.4 Separuh Akhir 3 peserta ( Pertama, Kedua dan Ketiga ) dari setiap separuh akhir dan dua lagi peserta yang mencatat masa terpantas layak ke peringkat akhir.

12.

MASA MELAPORKAN DIRI 12.1 Acara balapan : Peserta hendaklah melaporkan diri kepada Ketua Hakim panggilan 30 minit sebelum sesuatu acara dimulakan. Bilik

12.2 Acara Padang : Peserta hendaklah melaporkan diri kepada Ketua Hakim Bilik panggilan 45 minit sebelum acara dimulakan. 12.3 Semua atlit akan di beritahu jika terdapat pertukaran masa bagi acara acara dalam jadual permulaan. 12.4 Satu Papan Kenyataan akan diletakkan dengan masa permulaan acara dan masa untuk melaporkan diri peserta di BILIK PANGGILAN untuk peserta atau wakilnya.

13.

MENARIK DIRI 13.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri ke pusingan berikut tidak boleh menarik diri daripadanya

. 13.2 Jika berlaku peserta itu akan disingkirkan daripada pertandingan, kecuali dengan kebenaran Referi atau Doktor Kejohanan jika kecederaan.

14. KENAIKAN PALANG 14.1 Lompat Tinggi ( Lelaki ) Ketinggian akan di tetapkan pada 1.65 meter untuk latihan manakala untuk pertandingan ialah 1.70 meter dan seterusnya naik tidak kurang daripada 2cm. 14.2 Lompat Tinggi ( Wanita ) Ketinggian palang akan ditetapkan pada 1.40meter untuk latihan, manakala untuk pertandingan ialah 1.45 meter dan seterusnya dinaikkan tidak kurang daripada 2cm. 14.3 Lompat Bergalah ( Lelaki ) Ketinggian palang akan ditetapkan pada 3.70 meter untuk latihan manakala untuk pertandingan ialah 3.80 meter dan kenaikan 5cm untuk lompatan seterusnya. 14.4 Lompat Bergalah ( wanita ) Ketinggian palang akan ditetapkan pada 2.95 meter untuk latihan manakala untuk pertandingan ialah 3.00 meter dan kenaikan 5cm untuk lompatan.

15. HADIAH DAN UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH 15.1 Tempat pertama hingga ketiga untuk acara perseorangan dan berpasukan akan dihadiahkan seperti berikut : Tempat Pertama : Pingat Emas Tempat Kedua : Pingat Perak Tempat Ketiga : Pingat Gangsa 15.2 Upacara penyampain hadiah akan diadakan selepas acara tersebut. Atlet atlet yang menerima hadiah mesti berpakaian sesuai dan berkasut dan melapor kepada Penyelia Hadiah sejurus tamat acara.

16.

BANTAHAN

16.1 Sebarang bantahan mengenai sesuatu keputusan hendaklah dilaporkan kepada Referi berkenaan secara lisan oleh peserta atau wakilnya selepas selesai acaranya. Referee berkenaan akan menyiasat dan memberi keputusan. Jika masih tidak berpuas hati bantahan seterusnya dibuat secara bertulis dan dikemukakan tidak melebihi 30 minit selepas pengumuman rasmi acara tersebut. Bantahan hendaklah dihantarkan kepada Jemaah Juri Rayuan dengan wang pertaruhan RM 100.00. Jika bantahan tersebut didapati tidak munasabah wang tersebut tidak akan dipulangkan. Keputusan Jemaaah Juri Rayuan mengenai sesuatu bantahan adalah muktamad.

17. KEMALANGAN / KECEDERAAN 17.1 Jawatankuasa Pengelola akan mengambil langkah langkah keselamatan untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa ini tidak akan bertanggungjawab terhadap kemalangan dan kecederaan atlit semasa kejohanan ini.

18.

DOPING 18.1 Jawatankuasa Doping akan mengendalikan pengujian dadah secara rambang.

19.

PERKARA PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 19.1 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam peraturan ini atau peraturan KOAM dan keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

You might also like