You are on page 1of 40

Saya tertarik dengan emel yang saya terima baru-baru ini mengenai kronologi peningkatan harga minyak petrol

di Malaysia semenjak tahun 1990 hingga 2008. Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri mengenai kronologi ini, namun bagi saya kenaikan harga petrol ini sesuatu yang lumrah cuma soalnya setinggi mana harga yang sanggup kita bayar tanpa menjejaskan kehidupan seharian. Sebelum 90 RM 0.89 Tahun 1990 RM 1.10 (kenaikan RM 0.21) 01/10/2000 RM 1.20 (kenaikan RM 0.10) 20/10/2001 RM 1.30 (kenaikan RM 0.10) 01/05/2002 RM 1.32 (kenaikan RM 0.02) 31/10/2002 RM 1.33 (kenaikan RM 0.01) 01/03/2003 RM 1.35 (kenaikan RM 0.02) 01/05/2004 RM 1.37 (kenaikan RM 0.02) 01/10/2004 RM 1.42 (kenaikan RM 0.05) 05/05/2005 RM 1.52 (kenaikan RM 0.10) 31/07/2005 RM 1.62 (kenaikan RM 0.10) 28/02/2006 RM 1.92 (kenaikan RM 0.30) 05/06/2008 RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

28/2/11- http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/02/28/harga -minyak-dunia-meningkatkepada-usd-11450-setong/

Harga minyak dunia meningkat kepad a USD 114,50 setong

Terjemahan Google

Harga minyak naik di pasaran dunia sebanyak 2% dengan latar belakang kebimbangan rusuhan di banyak negara di Timur Tengah dan Afrika Utara ke negara-negara lain di rantau ini, terutama Arab Saudi, yang menduduki posisi pertama dalam pengeluaran minyak mentah dan eksport. Harga minyak Brent Isnin hingga 114,50 dolar per barel sebelum harga menetap, sementara harga minyak mencapai 99,50 US light crude berputar barel. Dan penurunan pengeluaran minyak mentah Libya oleh 75% dianggarkan sejak pecahnya peristiwa di negara ini pada tarikh 17 Februari Arab Saudi mengumumkan bahawa mereka akan memberi pampasan kepada kekurangan kerana rusuhan di sana.

Dan pada tahap yang sama, sesuai dengan U. S. Bank Merrill Lynch bahawa rusuhan di Libya telah berhenti pengeluaran minyak dalam negeri selama beberapa bulan mendatang. Laporan Bank menambah bahawa laporan awal menunjukkan bahawa pengeluaran minyak daripada beberapa bidang di atas tanah Libya, atau kapasiti pengeluaran dianggarkan sekitar 1.2 juta barel per hari, telah ditangguhkan.

Di pasaran saham Saudi jatuh 5% setelah seorang gadis 120 nyata, dari berbagai arah dan ladang, surat kepada raja di mana mereka dituntut untuk reformasi menyeluruh, terutama pelaksanaan raja berperlembagaan.

Indeks daripada perdagangan untuk harga saham telah turun 10% dalam dua minggu terakhir, peringkat terendah dalam enam bulan terakhir, beberapa pelabur meminta Saudi untuk mendesak kerajaan untuk campur tangan untuk menstabilkan pasaran, atau bahkan mematikan mereka.

Telah diketahui bahawa Arab Saudi memainkan peranan penting dalam bekalan minyak global.

Perkembangan ini datang pada malam pembukaan kembali pasaran saham Mesir selepas penutupan selama sebulan kerana pemberontakan popular di Mesir January 25 Januari

Kata CHeDet ttg Pengeluaran Minyak Malaysia


Petikan artikel dari www.chedet.com Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export. Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih. 250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit). Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang.

HARGA MINYAK (Oleh Tun Dr Mahathir @ chedet.com)


June 6th, 2008 at 4:03pm |

(Petikan dari chedet.com 5 Jun 208)

Harga Minyak

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.

Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!

Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.

Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.

Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai

Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri

Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.

Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.

Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.

Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.

Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya penasihat Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.

Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.

Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.

Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak hedge funds yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.

Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.

Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.

EKSKLUSIF ADAKA A AL
Writte by Badut Rakyat Thursday, 19 May 2011 13 00

ARGA

INYAK PETROL

ALAYSIA

1 Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?

TIDAK. Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai gasolin di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej):

Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura de ngan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97. Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perband ingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sam a.

2. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di Brunei? Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi -60 bandar Seremban iaitu hanya 407,000 orang.7 Malaysia pula berada di tangga ke dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang8:

Kekayaan sesebuah negara boleh diukur melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun, yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut. Ia adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi untuk melihat kebajikan per kapita dan membandingkan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara -negara9. Data di atas diperolehi daripada IMF (International Monetary Fund)10. 3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Murah Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak? Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama. Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11 Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minya lain, tanpa membandingkan k jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah

tidak wajar. Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia12:

Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke4 termurah (sila klik untuk besarkan imej):

Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri sebelum akhir tahun 2011.21

Harga petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON 97.5, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada Clarin.com) ANDA INGIN TAHU SELANJUTNYA ??? KLIK DI SINI KEPADA PAKATAN,TAK PERLU NAK PSYCHO RAKYAT MALAYSIA DENGAN MENGATAKAN MINYAK DI MALAYSIA LEBIH MAHAL DARI LUAR NEGARA !!!

INI ADALAH BUKTI BAHAWA MINYAK MALAYSIA LEBIH MURAH DARI NEGARA LUAR DAN SEPATUTNYA KITA BERSYUKUR !!! ADAKAH ANDA PAKAI RON 97 ??? KALAU MACAM ITU KIRA KAYA JUGA YER PUAK-PUAK PAKATAN NI ???

seo from webdesign seo.

Baca Selanjutnya... EKSKLUSIF ADAKAH HARGA MINYAK PETROL MALAYSIA MAHAL

TUESDAY, JULY 3, 2007

Kepupusan Bekalan Minyak Petrol Dan Diesel: Cabaran Dan Harapan


Pengenalan Industri minyak di zaman moden ini bermula pada tahun 1859 apabila minyak dijumpai di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Industri minyak menjadi lebih maju dengan dipacu oleh pembinaan enjin pembakar-dalaman (internal combustion engine), yang menjadi asas kepada industri kereta dan jentera pengangkutan dan jentera-jentera yang lain. Sejak itu pembangunan industri minyak berkembang dengan cepatnya.

Industri Amerika Oleh kerana minyak yang ada begitu banyak dari bumi Amerika (terutamanya di Texas), Amerika menjadi sebuah negara gergasi industri yang berasaskan besi, iaitu industri jentera berat, industri otomobil, industri senjata, dan lain-lain. Semasa Perang Dunia Kedua, permintaan alat senjata seperti senapang, meriam, peluru berpandu, kapal-kapal perang, kenderaan berat seperti truck dan jeep melambung dan ini mengembang dan memajukan lagi industri besi Amerika. Selepas perang, industri pembinaan dan industri pembinaan pula berkembang. General Motors (GM) menjadi sebuah syarikat otomobil Amerika yang terkemuka di dunia ketika itu. Banyak syarikat minyak Amerika menjadi syarikat gergasi daripada keuntungan industri minyak lumayan. Antaranya Exxon, Mobil, Texaco. Syarikat minyak gergasi Eropah pula ialah Shell dan BP (British Petroleum).

Negara-Negara Utama Pengeluar Minyak Di Dunia Mengikut perangkaan tahun 1988, sepuluh negara pengeluar minyak mentah terbesar dunia ialah Soviet Union, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mexico, China, Iraq, UK, Iran, Venezuela dan Canada. Dari segi simpanan minyak pula (crude reserves) pula sepuluh negara teratas ialah Arab Saudi, Iraq, UAE, Iran, Kuwait, Soviet Union, Venezuela, Mexico, Amerika Syarikat dan China. Pada tahun 2002 sepuluh negara pengeluar minyak mentah terbesar di dunia ialah Amerika Syarikat, Arab Saudi, Russia, Mexico, Iran, China, Norway, Canada, Venezulea dan United Kingdom. Dari segi penggunaan minyak petrol pula, enam negara pungguna utama (consumption) ialah Amerika Syarikat, Canada, United Kingdom, Jepun, Mexico dan China.

OPEC Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC - Organization of Petroleum Exporting Countries) ditubuhkan pada tahun 1960 untuk menjaga kepentingan negara-negara pengeksport minyak petrol. Keahlian OPEC terdiri daripada Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, dan Venezuela. Antara tahun 1960 dan 1975 keahlian OPEC bertambah dengan penyertaan Qatar, Indonesia, Libya, UAE, Algeria dan Nigeria. Pada mulanya Ecuador dan Gabon juga ahli OPEC tetapi keluar dari OPEC pada tahun 1992 (Equador) dan 1995 (Gabon). Buat masa ini, OPEC mengeluarkan 40% dari semua keperluan minyak mentah dunia. Semua negara OPEC lebih banyak mengekspot dari mengimport minyak, kecuali Indonesia. Kebanyakan negara-negara bukan OPEC pula lebih banyak mengekspot daripada mengimport minyak.

Syarikat-Syarikat Minyak Terbesar Dunia

Enam syarikat minyak terbesar di dunia ialah ExxonMobil, Shell, BP, Total, ChevronTexaco and ConocoPhillips. Exxon Mobil dan ChevroTexaco adalah dari Amerika; Shell dari Belanda, manakala BP adalah dari Britain. Total adalah sebuah syarikat Perancis manakala Conoco adalah syarikat China.

Sektor Yang Terlibat Minyak menjadi sumber tenaga yang berharga murah bagi menggerakkan berbagai sektor kehidupan moden. Antaranya ialah sektor otomobil dan pengangkutan awam, di mana petrol dan diesel menjadi bahanapi bagi kenderaan pengangkutan seperti kapalterbang,keretapi, bas, lori, kapal dan jentera pembinaan. Di sektor pertanian pula diesel digunakan untuk kenderaan pembajak, penuai dan pengangkutan hasil pertanian dari ladang ke pasar dan pasar raya. Juga hasil dari penapisan minyak mentah menghasilkan urea yang menjadi bahan penting di dalam baja dan racun serangga yang digunakan di dalam pertanian. Tidak dilupakan juga sektor penjanaan kuasa letrik yang menggerakkan industri perkilangan, pengedaran barangan, pembuatan, pejabat, perhotelan, industri pelancungan dan berbagai-bagai lagi. Tidak syak lagi minyak petrol adalah penggerak tamadun zaman moden ini. Ia menjadi sumber tenaga kepada segenap sektor dan industri. Negara-Negara pengeluar minyak menjadi negara yang kaya raya. SyarikatSyarikat minyak pula menjadi syarikat gergasi dunia. Sebab itulah minyak petrol juga digelar sebagai emas hitam, kerana membawa kekayaan.

Tanda-Tanda Merosotnya Bekalan Minyak Petrol dan Diesel Namun di dalam keghairahan mengejar kemajuan hidup di zaman industri moden yang berasaskan minyak petrol sebagai sumber tenaga ini, ramai para-para saintis yang melahirkan kebimbangan akibat kemerosotan pengeluaran minyak nanti. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah minyak petrol adalah hasil bumi, dan setiap hasil bumi akan habis juga akhirnya. Contoh yanag nyata bagi negara kita ialah bijih timah. Di tahun 1960'an dan tahun 1970'an Malaysia merupakan antara pengeluar utama bijih timah di dunia. Sekarang di manakah bijih timah kita. Begitulah ibaratnya kepada hasil minyak mentah ini. Seawal tahun 1956 lagi, Dr M King Hubbert, salah seorang pakar kajibumi (geologist) yang bertugas dengan Shell telah membuat kajian tentang hasil minyak petrol di Amerika. Beliau menggunakan teknik kajian kaji bumi, berserta matematik dan fizik dan hasil kajian beliau menunjukkan pengeluaran minyak di sesebuah telaga minyak akan mengikut geraf berbentuk loceng (bell curve). Ini bererti pengeluaran minyak akan menjadi semakin banyak sehingga bila 50% daripada minyak dikeluarkan dari telaga minyak, akan mencapai kemuncaknya, dan akan menurun selepas itu. Mengikut kajian itu juga, beliau menjangkakan pengeluaran minyak di Amerika akan mencapai kemuncaknya pada tahun 1970'an. Apabila kertas kerja kajian tersebut diumumkan, banyak pihak merpertikaikannya, tak kurang juga mencemuh beliau, sehingga ada suara-suara sumbang yang menuduh beliau kurang siuman dan sebagainya. Beliau tetap mempertahankan hasil kajian itu dan tidak berganjak dari pendapat tersebut. Pada tahun 1970, ternyata pendapat beliau tidak meleset, tahun itu berlakunya kemuncak pengeluaran minyak petrol dari bumi Amerika, pada tahun-tahun berikutnya pengeluaran merosot setiap tahun. Tahap kemuncak pengeluaran tersebut dikenali sebagai Hubbert Peak Oil, sempena nama Dr M King Hubbert. Sekiranya kita buat andaian yang sama, maka tidak dapat tidak kita akan mencapai kesimpulan bahawa telaga minyak di mana-mana pun akan menghadapi nasib yang serupa, iaitu: pengeluaran menaik sehingga memuncak

sekitar 50% dari jumlah minyak yang ada di telaga tersebut, kemudian menurun. Ertinya setiap negara pengeluar minyak akan mengharungi Hubbert Peak Oil ini. Dengan lain perkataan seluruh dunia akan menghadapi kekurangan minyak petrol dan seluruh dunia akan menerima akibatnya dari Hubbert Peak Oil ini. Satu lagi tanda akan benarnya Hubbert Peak Oil ini, ialah kalau kita lihat sejak dari tahun 1998 sehingga tahun 2005, terdapat sepuluh pergabungan syarikat-syarikat minyak iaitu: BP dan Amoco pada Disember 1998; Amoco dan Arco April 1999; Exxon dan Mobil Disember 1999; Chevron dan Texaco Oktober 2000; Phillips dan Conoco November 2001; Shell membeli Penzoil-Quaker State pada September 2002; Frontier Oil dan Holly Februari 2003; Marathon membeli 40% dari saham Ashland pada Mac 2004; Westport Resources dan Kerr-McGee April 2004; ChevronTexaco akan mengambil-alih syarikat Unocal. Kenapa berlaku sedemikian rupa? Tidak lain dan tidak bukan selain dari kerana sumber telaga minyak yang baru tidak dijumpai lagi. Apa yang dikeluarkan sekarang ialah dari telaga-telaga minyak yang dijumpai pada tahun-tahun 1960'an dan sebelumnya. Oleh kerana tidak lagi dijumpai telaga-telaga minyak yang baru, maka syarikat-syarikat minyak ini, mahu tidak mahu terpaksa bergabung demi "menyelamatkan diri" dari menanggung kerugian akibat kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerana eksplorasi minyak tetapi tidak menjumpainya.

Mengapa Tidak Meneroka Bidang Bahanapi Alternatif dan Fakta Penurunan Bekalan Minyak Dunia Disembunyikan? Kita tentu tertanya-tanya mengapakah syarikat-syarikat minyak gergasi ini seolah-olah tidak mengambil langka-langkah serius bagi mencari sumber tenaga alternative; dan pada masa yang sama fakta berkurangnya bekalan minyak ini seolah-olah disembunyikan oleh syarikat-syarikat dan industri petroleum. Pertama, kalau pengguna sedar hakikat penurunan bekalan minyak, pengguna akan mengurangkan penggunaan minyak petrol dan diesel secara mendadak. Dengan ini bekalan minyak di pasaran akan melebihi dari permintaan pengguna. Ini akan menurunkan harga minyak, maka keuntungan syarikat-syarikat minyak akan terjejas. Harga yang tinggi adalah baik bagi syarikat-syarikat minyak. Ini jelas terbukti bila kita baca berita tentang keuntungan Petronas berlipat ganda yang disiarkan di media baru-baru ini! Kedua, sekiranya pelabur-pelabur syarikat minyak menyedari bekalan minyak di dunia semakin pupus, mereka akan berpendapat pelaburan di dalam industri minyak tidak akan memberikan pulangan yang lumayan, malah mungkin merugikan. Maka pelabur-pelabur akan mengeluarkan wang mereka dari industri minyak dan melabur di dalam sector perniagaan yang lebih menguntungkan. Ini juga akan menjejaskan perniagaan industri minyak! Ketiga, adalah lebih baik pengguna dan pelabur diyakinkan supaya terus setia dengan penggunaan minyak dan pelaburan industri minyak, bila harga minyak terus meningkat, kerana ini akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Pelabur mesti diyakinkan bahawa kekurangan bekalan ini bersifat hanya sementara. Ini akan menjadikan pengguna-pengguna terus bergantung dengan minyak walaupun keadaan semakin gawat akibat bekalan meruncing!

Bio Diesel & Ethanol Buat masa ini ada dua bahan yang dilihat sebagai pengganti, bio diesel bagi diesel dan ethanol bagi petrol. Bio diesel dihasilkan melalui proses transesterification dari minyak kelapa sawit, minyak soya, minyak dan lain -lain

minyak masak seperti minyak kelapa, minyak jagung, lemak binatang, malah minyak lebihan dari restoran boleh digunakan. Ethanol pula dihasilkan melalui pemerosesan bahan organic seperti air tebu, jerami padi, bahan lebihan dari kayu balak dan sebagainya. Proses ini dipanggil fermentation atau pemeraman. Ini sama seperti kilang-kilang arak yang memproses alkahol dari ubi, jagung dan sebagainya. Untuk pengeluaran bio diesel di Malaysia, tentulah minyak sawit yang paling sesuai kerana Negara ini merupakan salah satu pengeluar minyak sawit di dunia. Bagi ethanol, maka syarikat-syarikat arak di negara ini yang telah begitu lama beroperasi boleh memberikan satu sumbangan bermanafaat dan tentunya lebih baik dari membikin arak yang membawa mudharat kepada masyrakat! Sesungguhnya usaha ke arah pengeluaran bio diesel dan ethanol secara besar-besaran sedang giat dijalankan di luar negara. Di Malaysia kita dapati Cuma dua buah kilang yang akan dibina untuk pengeluaran bio diesel. Satu di Labu, Negri Sembilan di bawah tajaan MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) yang dijadualkan mulai beroperasi pada tahun 2007, manakala sebuah lagi di Lumut, Perak di atas usaha-sama Capital Investment Bank (Labuan) dan sebuah syarikat tempatan, Loreno Sdn Bhd; yang dijangka mulai beroperasi pada tahun 2008. Sayugia disebutkan bahawa bio diesel yang dikeluarkan oleh kilang MPOB di Labu itu akan diekspot ke Eropah dan Turki, bukan untuk jualan di pasaran tempatan. Buat masa ini usaha-usaha membangunkan bio diesel dan ethanol sebagai bahanapi alternative kepada diesel dan petrol di negara ini masih di peringkat permulaan. Sedangkan para saintis dan pihak NGO yang berkesedaran tinggi terhadap masalah dunia ini, telah meramalkan kemuncak pengeluaran minyak dunia akan berlaku di dalam masa lima atau enam tahun sahaja lagi. Pada tahun 2004, harga minyak mentah di pasaran ialah USD35 setong (USD35 per barrel). Pada bulan Mac 2005, harga mencecah USD55 setong dan di akhir Jun 2005, harga mencecah ke paras USD60 setong. Bila Petronas mengumumkan keuntungan yang berlipat kali gandi, apa perasaan rakyat jelata? Apa perasaan pengguna minyak petrol? Sudahkah mereka lupa tak sampai sebulan diumukan kenaikan harga minyak petrol dan diesel, syarikat minyak negara mengumumkan keuntungan besar?! Mungkinkah apabila harga minyak mentah meningkat ke paras USD100 setong DAN harga petrol menjadi RM2.50 seliter baru rakyat akan sedar?!

KESIMPULAN Sebagai persediaan menghadapi krisis ini, adalah dicadangkan perkara-perkara seperti berikut: Suatu undang-undang perlu digubal pelalui Akta Parlimen, atau apa jua langkah perlu yang mencakupi: Pertama, mewujudkan skim pengecualian cukai atau geran Kerajaan Persekutuan bagi R & D (Research and Development) bagi pihak swasta, IPTA, IPTS, Kolej swasta atau invidu yang memerlukan bagi pembangunan bio-diesel dan ethanol. Kedua, memberi subsidi baja, racun, serta jentera bagi sektor pertanian negara bagi menanam kelapa sawit, kelapa, jagong, tebu dan lain-lain tanaman sebagai sumber asas untuk memproses bio-diesel dan ethanol. Bagi ladang yang sedia ada perlu ditingkatkan lagi hasil pengeluaran kerana industri pertanian perlu menyokong industri pengeluaran makanan dan juga industri bio-diesel dan ethanol. Ketiga, pihak pengangkutan awam seperti bas, keretapi, kapalterbang, feri, teksi perlu diberi sokongan agar

semua kenderaan baru yang dibeli mesti dapat menggunakan bio-diesel atau ethanol sebagai bahanapi. Ini akan menukar pergantungan terhadap diesel dan petrol kepada bio-diesel dan ethanol. Keempat, bagi pihak pengeluar elektrik, sama ada TNB atau IPP (independent power providers) perlu menukar secara berperingkat-peringkat stesyen janakuasa letrik kepada yang menggunakan bio-diesel atau ethanol sebagai bahanapi. Ini bagi mengalih pergantungan kepada bio-diesel/ethanol daripada petrol/diesel. Kelima, bagi industri automatif, pihak Perodua atau Proton atau Naza perlu diberi insentif bagi membangunkan kereta/kenderaan yang menggunakan ethanol/bio-diesel. Mereka perlu diberi pengecualian cukai selama lima tahun atau lebih bagi membangunkan sektor automatif negara. Kerajaan perlu mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan yang menggunakan bio-diesel, tidak semahal seperti kenderaan diesel. Keenam, syarikat petroleum negara (Petronas) diberi peranan besar bagi mewujudkan saluran pengedaran bagi ethanol dan bio-diesel. Pihak FELDA juga boleh mewujudkan saluran yang sedia ada, iaitu kedai FELDA yang wujud di setiap tanah rancangan FELDA. Lain-lain agensi kerajaan atau swasta seperti MPOB, PORIM, PORLA, PORAM diberi tugas penting bagi menggerakkan industri bio-diesel dan ethanol ini. Syarikat-syarikat arak seperti Anchor, Guiness dan sebagainya ditawarkan pengecualian cukai dan insentif yang tinggi agar mereka menggunakan kilang-kilang yang mengeluarkan alcohol untuk pengilangan arak bagi pengeluaran ethanol untuk industri ethanol/bio-diesel negara. Tentunya kilang-kilang mereka boleh diubahsuai secara minima bagi mengeluarkan ethanol. Ketujuh, kerajaan Malaysia mestilah pengaruhnya di dalam pertubuhan OIC serta NAM bagi membuat pemuafakatan dengan negara-negara OIC dan NAM bagi menjalankan perniagaan atau pemindahan teknologi antara satu sama lain bagi membangunkan industri bio-diesel/ethanol. Sesungguhnya Brazil merupakan pengeluar utama dunia bagi ethanol yang diproses dari tebu. Malaysia sendiri boleh menjadi pengeluar utama bio-diesel. Dengan yang demikian kita tidak perlu lagi dikuasai oleh Amerika/Britain di dalam hal ini. Peranan rakyat ke arah menyedari hakikat dan masalah yang akan menimpa tamadun moden kita ini adalah penting agar segala langkah positif dan konkrit dapat dimulakan oleh kerajaan. Badan NGO juga mesti memainkan peranan berkesan menyedarkan rakyat dan kerajaan, semoga kerajaan segera mengambil langkah berkesan menghadapi krisis yang bakal berlaku ini. Semoga kerajaan tidak lagi terlalu terpengaruh oleh janji-janji manis serta tekanan ekonomi oleh syarikatsyarikat gergasi minyak, sama ada Petronas atau yang lain-lain lagi. Setiap sektor dan industri yang bergantung kepada minyak (hamper semua sektor awam, swasta, NGO adalah terlibat!!) perlu juga mengambil langkah-langkah pro-aktif menghadapi krisis besar zaman moden ini.

http://elaksamana.blogspot.com/2011/06/sejarah-soviet-union-1922-1991.html

C7KH6HYHQ6LVWHUVCERQHND$PHULND
6(/(3$6EHUDNKLUQ\D3HUDQJ'XQLD.HGXDPLQ\DNPXODPHQMDGLLGDPDQNXDVD %DUDWGDQNHPXGLDQPXQFXOWXMXKV\DULNDW PLQ\DNDQWDUDEDQJVD7XMXKV\DULNDWWHUEDELWLDODK2LORI1HZ-HUVH\5R\DO'XWFK6KHOO$QJOR3HUVLDQ2LO&RPSDQ\ %3  6WDQGDUG2LORI&DOLIRUQLD &KHYURQ 6WDQGDUG2LORI1HZ<RUN ([[RQ0RELO *XOI2LOGDQ7H[ DV2LO&RPSDQ\ 7H[DFR   3DNDUWHQDJD,WDOL(QULFR0DWWHLPHQDPDNDQNHWXMXK WXMXKV\DULNDWJHUJDVLPLQ\DNLWXVHEDJDLC7KH6HYHQ6LVWHUVC   0DMDODKSHUQLDJDDQWHUNHPXND)RUWXQHGDODPVDODKVDWXHGLVLNHOXDUDQQ\DSDGDPHQ\DWDNDQC7KH6HYHQ6LVWHUVC  GLNXDVDLSHPRGDO<DKXGL%HUSXOXKWDKXQVHEHOXPODKLUQ\D3HUWXEXKDQ1HJDUD3HQJHOXDU0LQ\DN 2SHF PHUHND PHQGRPLQDVLVHEDQ\DNSHUDWXVLQGXVWULSHQJHOXDUDQPLQ\DNGXQLD.HODKLUDQ2SHFSDGDPHPEHULNDQVDLQJDQ NHSDGDC7KH6HYHQ6LVWHUVCNHUDQDQHJDUD$UDEVHFDUDEHUDQVXUDQVXUPXODEHUXSD\DPHQJXUXVGDQPHQJHQGDOLNDQ SHQJHOXDUDQPLQ\DNPHUHNDVHQGLUL   3HUNHPEDQJDQLQLSDVWLQ\DWLGDNGLVHQDQJLNXDVD%DUDWWHUXWDPD$PHULND6\DULNDW $6 $6\DQJPXODPXQFXOVHEDJDL NXDVDXQLSRODUVHOHSDVUXQWXKQ\D6RYLHW8QLRQ LGHRORJLNRPXQLV PXODPHQMDGLUDNXVGDQJHORMRKXQWXNPHQJXDVDLQHJDUD 7HOXNNDZDVDQSHQJHOXDUDQPLQ\DNGXQLD   ,QLVHODULGHQJDQCGRNWULQPLQ\DNC$6VHMDNEHUODNXQ\DSHUDQJ$UDE ,VUDHO%HULNXWDQVHNDWDQPLQ\DN$UDENHWLNDLWX PHQGRURQJ$6PHQMDGLNDQPLQ\DNVHEDJDLSHUDQFDQJDQVWUDWHJLNGDVDUOXDUQ\D-XVWHUXWLGDNKDLUDQODK$6VHULQJ PHPEHULNDQWHNDQDQNHSDGD2SHFGDQ$UDE6DXGLWHUXWDPDGDODPSHQJHOXDUDQPLQ\DN:DODXSXQSROLWLN$UDE6DXGL GLNDWDNDQEHUNLEODW$6GDODPKDOSHQJHO XDUDQPLQ\DNQHJDUDLWXWLGDNPXGDKWXQGXNNHSDGDWXQWXWDQ$6   $UDE6DXGLSDGDDZDOSHQHPXDQPLQ\DNQ\DGLZLOD\DKDO +DVDWLGDNPHPSXQ\DLNHSDNDUDQWHNQRORJLGDQSHQJXUXVDQ GDODPSHQJHOXDUDQPLQ\DN-XVWHUXQHJDUDEHUNHQDDQPHPEHULNDQNRQVHVLPHQJXVDKD NDQLQGXVWULPLQ\DNQ\DNHSDGDGXD V\DULNDWPLQ\DNGDUL$6LDLWX6WDQGDUG2LO&RPSDQ\RI&DOLIRUQLD  GDQ7H[DV2LO&RPSDQ\     3DGDNHGXDGXDV\DULNDWPLQ\DNEHUNHQDDQEHUJDEXQJGDQGLNHQDOLVHEDJDL&DOWH[6HOHSDVLWXLDEHUJDEXQJGHQJDQ EDGDQ\DQJPHQJXUXVKDOHKZDOPLQ\DN$UDE6DXGL*DEXQJDQLQLGLNHQDOLVHEDJDL$UDELDQ$PHULFDQ2LO&RPSDQ\ $UDPFR \DQJEHUWDQJJXQJMDZDEPHQJXUXVLQGXVWULPLQ\DN$UDE6DXGLVHKLQJJDNLQL   .HPXQFXODQWXMXKV\DULNDWJHUJDVLEDUXLDLWX$UDPFR $UDE6DXGL  1,2& ,UDQ *D]SURP 5XVVLD 3'96$ 9HQH]XHOD  &13& &KLQD 3HWUREUDV %UD]LO GDQ3HWURQDV 0DOD\VLD PHPEHULFDEDUDQNHSDGDC7KH6HYHQ6LVWHUVC7KH)LQDQFLDO 7LPHV  PHQXOLVPHQJHQDLNHEDQJNLWDQV\DULNDWJHUJDVLPLQ\DNEDUXLQLGHQJDQWDMXN7KH 1HZ6HYHQ6LVWHUV1DPXQ 7KH1HZ<RUN7LPHV -XQ PHODSRUNDQEDKDZD6KHOO%3([[RQ0RELO7RWDOGDQ&KHYURQPDVLKWHWDSEHUWHQDJD PHQGRPLQDVLSHQJHOXDUDQPLQ\DNGXQLD   7KH1HZ<RUN7LPHVPHQJDQJJDSNHOLPD OLPDV\DULNDWDVDOLWXVHEDJDLSHZDULV7 KH6HYHQ6LVWHUV/DSRUDQC7KH5ROHRI $VLDQ2LO&RPSDQLHVCPHQ\DWDNDQSHQJXDVDDQSHPDLQEDUXGDODPLQGXVWULPLQ\DNJOREDOPDVLKNHFLO VHNLWDUGXDSHUDWXV  GDULSDGDSHQJHOXDUDQPLQ\DNJOREDOSDGD  3RVLWLIQ\D%DGDQ7HQDJD$QWDUDEDQJVD (,$ PHUDPDONDQWDKXQDNDQGDWDQJPHUHNDGLMDQJNDPDPSXPHQ\DLQJL V\DULNDWJHUJDVLPLQ\DNGXQLD\DQJDVDO   C7KH6HYHQ6LVWHUVCPHQRODNDSD\DQJGLQDPDNDQVHEDJDLQDVLRQDOLVPHPLQ\DN,UDTSDGDHUD6DGGDP+XVVHLQ6HUDQJDQ $6NHDWDV,UDTSDGDDGDODKXVD KDQHJDUDEHUZDWDNCNRERLCLWXPHQJXDVDLSHQJHOXDUDQPLQ\DNGXQLDGDQVHNDOLJXV PHPDVWLNDQC7KH6HYHQ6LVWHUVCWHUXVPHQGRPLQDVLSHQJHOXDUDQPLQ\DN   $6PHPERKRQJLGXQLDNRQRQQ\D,UDTPHPLOLNLVHQMDWDSHPXVQDKEHVDU :0' .LQLWXGXKDQFXEDGLNHQDNDQNH DWDV,UDQ GDQNHWHJDQJDQKXEXQJDQ$6,UDQVHPDNLQPHPXQFDN  $PDWMHODVVHOHSDVPHQJRUEDQNDQUDWXVDQULEXQ\DZDSHQGXGXN,UDT$6PXODPHQJXDVDLNDZDVDQWHODJDPLQ\DNGDQJDV ,UDTC7KH6HYHQ6LVWHUVCDNDQPHQMDGLCDQDNHPDVCPHQDQGDWDQJDQLWUDQVDNVLSH QJHOXDUDQPLQ\DNEHUQLODLUDWXVDQMXWDGRODU XQWXNNHUMDPHQJHNVSORUDVLPLQ\DN,UDTWHUXWDPDGL%DVUD\DQJPDPSXPHQJHOXDUNDQGXDMXWDWRQJPLQ\DNVHKDUL   $SDNDKMDQMLEDNDOFDORQ3UHVLGHQ$6%DUDFN2EDPDXQWXNPHPEDZDNHOXDUVHPXDWHQWHUDQ\DGDUL,UDT PHQMHODQJ DNDQWXUXWPHQJHPEDOLNDQNHGDXODWDQHNRQRPL,UDTNKXVXVQ\DGDODPSHQJXDVDDQPLQ\DN"5DVDQ\DVXNDUEDJL$6EHUEXDW GHPLNLDQNHUDQDCGRNWULQPLQ\DNCPHQMDGLVHEDKDJLDQGDULSDGDGDVDUOXDUQ\D  %HULWD+DULDQ5DEX-XODL 

Petroleum dan lagendanya

Industri minyak di zaman moden ini bermula pada tahun 1859 apabila minyak dijumpai di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Industri minyak menjadi lebih maju dengan dipacu oleh pembinaan enjin pembakar-dalaman (internal combustion engine), yang menjadi asas kepada industri kereta dan jentera pengangkutan dan jentera -jentera yang lain. Sejak itu pembangunan industri minyak berkembang dengan cepatnya.
chumpon posted at 28-7-2005 14:00 2 #

Industri Amerika

Oleh kerana minyak yang ada begitu banyak dari bumi Amerika (terutamanya di Texas), Amerika menjadi sebuah negara gergasi industri yang berasaskan besi, iaitu industri jentera berat, industri otomobil, industri senjata, dan lain-lain. Semasa Perang Dunia Kedua, p ermintaan alat senjata seperti senapang, meriam, peluru berpandu, kapal -kapal perang, kenderaan berat seperti truck dan jeep melambung dan ini mengembang dan memajukan lagi industri besi Amerika. Selepas perang, industri pembinaan dan industri pembina an pula berkembang. General Motors (GM) menjadi sebuah syarikat otomobil Amerika yang terkemuka di dunia ketika itu. Banyak syarikat minyak Amerika menjadi syarikat gergasi daripada keuntungan industri minyak lumayan. Antaranya Exxon, Mobil, Texaco. Syarikat minyak gergasi Eropah pula ialah Shell dan BP (British Petroleum).
chumpon posted at 28-7-2005 14:01 3 #

Negara-Negara Utama Pengeluar Minyak Di Dunia Mengikut perangkaan tahun 1988, sepuluh negara pengeluar minyak mentah terbesar dunia ialah Soviet Union, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mexico, China, Iraq, UK, Iran, Venezuela dan Kanada. Dari segi simpanan minyak pula (crude reserves) pula sepuluh negara teratas ialah Arab Saudi, Iraq, UAE, Iran, Kuwait, Soviet Union, Venezuela, Mexico, Amerika Syarikat dan China. Pada tahun 2002 sepuluh negara pengeluar minyak mentah terbesar di dunia ialah Amerika Syarikat, Arab Saudi, Russia, Mexico, Iran, China, Norway, Kanada, Venezulea dan United Kingdom.

Dari segi penggunaan minyak petrol pula, enam negara pungguna utama (consumption) ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Jepun, Mexico dan China.
chumpon posted at 28-7-2005 14:04 4 #

OPEC Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC - Organization of Petroleum Exporting Countries) ditubuhkan pada tahun 1960 untuk menjaga kepentingan negara-negara pengeksport minyak petrol. Keahlian OPEC terdiri daripada Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, dan Venezuela. Antara tahun 1960 dan 1975 keahlian OPEC bertambah dengan penyertaan Qatar, Indonesia, Libya, UAE, Algeria dan Nigeria. Pada mulanya Ecuador dan Gabon juga ahli OPEC tetapi keluar dari OPEC pada tahun 1992 (Equador) dan 1995 (Gabon). Buat masa ini, OPEC mengeluarkan 40% dari semua keperluan minyak mentah dunia. Semua negara OPEC lebih banyak mengekspot dari mengimport minyak, kecuali Indonesia. Syarikat-Syarikat Minyak Terbesar Dunia Enam syarikat minyak terbesar di dunia ialah ExxonMobil, Shell, BP, Total, ChevronTexaco and ConocoPhillips. Exxon Mobil dan Chevr oTexaco adalah dari Amerika, Shell dari Belanda, manakala BP adalah dari Britain. Total adalah sebuah syarikat Perancis manakala Conoco adalah syarikat China.
chumpon posted at 28-7-2005 14:05 5 #

Sektor Yang Terlibat Minyak menjadi sumber tenaga yang berharga murah bagi menggerakkan berbagai sektor kehidupan moden. Antaranya ialah sektor otomobil dan

pengangkutan awam, di mana petrol dan diesel menjadi bahanapi bagi kenderaan pengangkutan seperti kapalterbang,keretapi, bas, lori, kapal dan jentera pembinaan. Di sektor pertanian pula diesel digunakan untuk kenderaan pembajak, penuai dan pengangkutan hasil pertanian dari ladang ke pasar dan pasar raya. Juga hasil dari penapisan minyak mentah menghasilkan urea yang menjadi bahan penting di dalam baja dan racun serangga yang digunakan di dalam pertanian. Tidak dilupakan juga sektor penjanaan kuasa elektrik yang menggerakkan industri perkilangan, pengedaran barangan, pembuatan, pejabat, perhotelan, industri pelancungan dan berbagai -bagai lagi. Tidak syak lagi minyak petrol adalah penggerak tamadun zaman moden ini. Ia menjadi sumber tenaga kepada segenap sektor dan industri. Negara -Negara pengeluar minyak menjadi negara yang kaya raya. Syarikat -Syarikat minyak pula menjadi syarikat gergasi dunia. Sebab itulah minyak petrol juga digelar sebagai emas hitam, kerana membawa kekayaan. Tanda-Tanda Merosotnya Bekalan Minyak Petrol dan Diesel Namun di dalam keghairahan mengejar kemajuan hidup di zaman industri moden yang berasaskan minyak petr ol sebagai sumber tenaga ini, ramai para saintis yang melahirkan kebimbangan akibat kemerosotan pengeluaran minyak nanti. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah minyak petrol adalah hasil bumi, dan setiap hasil bumi akan habis juga akhirnya. Contoh yang nyata bagi negara kita ialah bijih timah. Dalam tahun 1960 -an dan tahun 1970-an Malaysia merupakan antara pengeluar utama bijih timah di dunia. Sekarang di manakah bijih timah kita? Begitulah ibaratnya kepada hasil minyak mentah ini.
chumpon posted at 28-7-2005 14:06 6 #

Seawal tahun 1956 lagi, Dr M King Hubbert, salah seorang pakar kajibumi (geologist) yang bertugas dengan Shell telah membuat kajian tentang hasil minyak petrol di Amerika. Beliau menggunakan teknik kajian kaji bumi, berserta matematik dan fizik dan hasil kajian beliau menunjukkan pengeluaran minyak di sesebuah telaga minyak akan mengikut geraf berbentuk loceng (bell curve). Ini bererti pengeluaran minyak akan menjadi semakin banyak sehingga bila 50% daripada minyak dike luarkan dari telaga minyak, akan mencapai kemuncaknya, dan akan menurun selepas itu. Mengikut kajian itu juga, beliau menjangkakan pengeluaran minyak di Amerika akan mencapai kemuncaknya pada tahun 1970 -an. Apabila kertas kerja kajian tersebut diumum kan, banyak pihak mempertikaikannya, tak kurang juga mencemuh beliau, sehingga ada suara suara sumbang yang menuduh beliau kurang siuman dan sebagainya. Beliau tetap mempertahankan hasil kajian itu dan tidak berganjak dari pendapat tersebut.
chumpon posted at 28-7-2005 14:07 7 #

Pada tahun 1970, ternyata pendapat beliau tidak meleset; tahun itu berlakunya kemuncak pengeluaran minyak petrol dari bumi Amerika, pada tahun-tahun berikutnya pengeluaran merosot setiap tahun. Tahap kemuncak pengeluaran tersebut dikenali sebagai Hubbert Peak Oil, sempena nama Dr M King Hubbert. Sekiranya kita buat andaian yang sama, maka tidak dapat tidak kita akan mencapai kesimpulan bahawa telaga minyak di mana -mana pun akan menghadapi nasib yang serupa, iaitu pengeluaran menaik sehingga memuncak sekitar 50% dari jumlah minyak yang ada di telaga tersebut, kemudian menurun. Ertinya setiap negara pengeluar minyak akan mengharungi Hubbert Peak Oil ini. Dengan lain perkataan seluruh dunia akan menghadapi kekurangan minyak petrol dan seluruh dunia akan menerima akibatnya dari Hubbert Peak Oil

ini. Satu lagi tanda akan benarnya Hubbert Peak Oil ini, ialah kalau kita lihat sejak dari tahun 1998 sehingga tahun 2005, terdapat sepuluh pergabungan syarikat-syarikat minyak iaitu: BP dan Amoco pada Disember 1998; Amoco dan Arco April 1999; Exxon dan Mobil Disember 1999; Chevron dan Texaco Oktober 2000; Phillips dan Conoco November 2001; Shell membeli Penzoil -Quaker State pada September 2002; Frontier Oil d an Holly Februari 2003; Marathon membeli 40% dari saham Ashland pada Mac 2004; Westport Resources dan Kerr McGee April 2004; ChevronTexaco akan mengambil -alih syarikat Unocal. Kenapa berlaku sedemikian rupa? Tidak lain dan tidak bukan selain dari kerana sumber telaga minyak yang baru tidak dijumpai lagi. Apa yang dikeluarkan sekarang ialah dari telaga -telaga minyak yang dijumpai pada tahun-tahun 1960'an dan sebelumnya. Oleh kerana tidak lagi dijumpai telaga -telaga minyak yang baru, maka syarikat-syarikat minyak ini, mahu tidak mahu terpaksa bergabung demi "menyelamatkan diri" dari menanggung kerugian akibat kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerana eksplorasi minyak tetapi tidak menjumpainya.
chumpon posted at 28-7-2005 14:11 8 #

Mengapa Tidak Meneroka Bidang Bahanapi Alternatif dan Fakta Penurunan Bekalan Minyak Dunia isembunyikan ?

Kita tentu tertanya-tanya mengapakah syarikat-syarikat minyak gergasi ini seolah-olah tidak mengambil langka -langkah serius bagi mencari sumber tenaga alternative; dan pada masa yang sama fakta berkurangnya bekalan minyak ini seolah-olah disembunyikan oleh syarikat -syarikat dan industri petroleum. Pertama, kalau pengguna sedar hakikat penurunan bekalan minyak, pengguna akan mengurangkan pengg unaan minyak petrol dan diesel secara mendadak. Dengan ini bekalan minyak di pasaran akan melebihi dari permintaan pengguna. Ia akan menurunkan harga minyak, maka keuntungan syarikat syarikat minyak akan terjejas. Harga yang tinggi adalah baik bagi sya rikat-

syarikat minyak. Ini jelas terbukti bila kita baca berita tentang keuntungan Petronas berlipat ganda yang disiarkan di media baru -baru ini! Kedua, sekiranya pelabur -pelabur syarikat minyak menyedari bekalan minyak di dunia semakin pupus, mere ka akan berpendapat pelaburan di dalam industri minyak tidak akan memberikan pulangan yang lumayan, malah mungkin merugikan. Maka pelabur -pelabur akan mengeluarkan wang mereka dari industri minyak dan melabur di dalam sektor perniagaan yang lebih menguntungkan. Ini juga akan menjejaskan perniagaan industri minyak! Ketiga, adalah lebih baik pengguna dan pelabur diyakinkan supaya terus etia dengan penggunaan minyak dan pelaburan industri minyak, bila harga minyak terus meningkat, kerana ini akan mem beri keuntungan yang berlipat kali ganda. Pelabur mesti diyakinkan bahawa kekurangan bekalan ini bersifat hanya sementara. Ini akan menjadikan pengguna -pengguna terus bergantung dengan minyak walaupun keadaan semakin gawat akibat bekalan meruncing!
chumpon posted at 28-7-2005 14:12 9 #

Bio Diesel & Ethanol Buat masa ini ada dua bahan yang dilihat sebagai pengganti, bio diesel bagi diesel dan ethanol bagi petrol. Bio diesel dihasilkan melalui proses transesterification dari minyak kelapa sawit, minyak soya, minyak dan lain lain minyak masak seperti minyak kelapa, minyak jagung, lemak binatang, malah minyak lebihan dari restoran boleh digunakan. Ethanol pula dihasilkan melalui pemerosesan bahan organic seperti air tebu, jerami padi, bahan le bihan dari kayu balak dan sebagainya. Proses ini dipanggil fermentation atau pemeraman. Ini sama seperti kilang -kilang arak yang memproses alkahol dari ubi, jagung dan sebagainya. Untuk pengeluaran bio diesel di Malaysia, tentulah minyak sawit yang

paling sesuai kerana negara ini merupakan salah satu pengeluar minyak sawit di dunia. Bagi ethanol, maka syarikat -syarikat arak di negara ini yang telah begitu lama beroperasi boleh memberikan satu sumbangan bermanafaat dan tentunya lebih baik dari membik in arak yang membawa mudharat kepada masyrakat! Sesungguhnya usaha ke arah pengeluaran bio diesel dan ethanol secara besar besaran sedang giat dijalankan di luar negara. Di Malaysia kita dapati cuma dua buah kilang yang akan dibina untuk pengeluaran bio diesel. Satu di Labu, Negri Sembilan di bawah tajaan MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) yang dijadualkan mulai beroperasi pada tahun 2007, manakala sebuah lagi di Lumut, Perak di atas usaha -sama Capital Investment Bank (Labuan) dan sebuah syarika t tempatan, Loreno Sdn Bhd; yang dijangka mulai beroperasi pada tahun 2008. Sayugia disebutkan bahawa bio diesel yang dikeluarkan oleh kilang MPOB di Labu itu akan diekspot ke Eropah dan Turki, bukan untuk jualan di pasaran tempatan. Buat masa ini usaha-usaha membangunkan bio diesel dan ethanol sebagai bahanapi alternatif kepada diesel dan petrol di negara ini masih di peringkat permulaan. Sedangkan para saintis dan pihak NGO yang berkesedaran tinggi terhadap masalah dunia ini, telah meramalkan kemuncak pengeluaran minyak dunia akan berlaku di dalam masa lima atau enam tahun sahaja lagi.
chumpon posted at 28-7-2005 14:14 10 #

Pada tahun 2004, harga minyak mentah di pasaran ialah USD35 setong (USD35 per barrel). Pada bulan Mac 2005, harga mencecah USD55 setong dan di akhir Jun 2005, harga mencecah ke paras USD60 setong. Apabila Petronas mengumumkan keuntungan yang berlipat kali gandi, apa perasaan rakyat jelata? Apa perasaan pengguna minyak petrol? Sudahkah mereka lupa tidak sampai seb ulan diumumkan kenaikan harga minyak petrol

dan diesel, syarikat minyak negara mengumumkan keuntungan besar! Mungkinkah apabila harga minyak mentah meningkat ke paras USD100 setong dan harga petrol menjadi RM2.50 seliter baru rakyat akan sedar?!
chumpon posted at 28-7-2005 14:15 11 #

Kesimpulan Sebagai persediaan menghadapi krisis ini, adalah dicadangkan perkara perkara seperti berikut:

Peranan Kerajaan Suatu undang-undang perlu digubal pelalui Akta Parlimen, atau apa jua langkah perlu yang men cakupi: Pertama, mewujudkan skim pengecualian cukai atau geran Kerajaan Persekutuan bagi R & D (Research and Development) bagi pihak swasta, IPTA, IPTS, Kolej swasta atau invidu yang memerlukan bagi pembangunan bio -diesel dan ethanol. Kedua, memberi subsidi baja, racun, serta jentera bagi sektor pertanian negara bagi menanam kelapa sawit, kelapa, jagung, tebu dan lain -lain tanaman sebagai sumber asas untuk memproses bio -diesel dan ethanol. Bagi ladang yang sedia ada perlu ditingkatkan lagi hasil p engeluaran kerana industri pertanian perlu menyokong industri pengeluaran makanan dan juga industri bio-diesel dan ethanol. Ketiga, pihak pengangkutan awam seperti bas, keretapi, kapalterbang, feri, teksi perlu diberi sokongan agar semua kenderaan bar u yang dibeli mesti dapat menggunakan bio-diesel atau ethanol sebagai bahanapi. Ini akan menukar pergantungan terhadap diesel dan petrol kepada bio -diesel dan ethanol. Keempat, bagi pihak pengeluar elektrik, sama ada TNB atau IPP (independent

power providers) perlu menukar secara berperingkat-peringkat stesen janakuasa letrik kepada yang menggunakan bio -diesel atau ethanol sebagai bahanapi. Ini bagi mengalih pergantungan kepada bio -diesel/ethanol daripada petrol/diesel. Kelima, bagi industri automatif, pihak Perodua atau Proton atau Naza perlu diberi insentif bagi membangunkan kereta/kenderaan yang menggunakan ethanol/bio-diesel. Mereka perlu diberi pengecualian cukai selama lima tahun atau lebih bagi membangunkan sektor automatif negara. Kera jaan perlu mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan yang menggunakan bio -diesel, tidak semahal seperti kenderaan diesel. Keenam, syarikat petroleum negara (Petronas) diberi peranan besar bagi mewujudkan saluran pengedaran bagi ethanol dan bio -diesel. Pihak FELDA juga boleh mewujudkan saluran yang sedia ada, iaitu kedai FELDA yang wujud di setiap tanah rancangan FELDA. Lain -lain agensi kerajaan atau swasta seperti MPOB, PORIM, PORLA, PORAM diberi tugas penting bagi menggerakkan industri bio-diesel dan ethanol ini. Syarikat-syarikat arak seperti Anchor, Guiness dan sebagainya ditawarkan pengecualian cukai dan insentif yang tinggi agar mereka menggunakan kilang -kilang yang mengeluarkan alkohol untuk pengilangan arak bagi pengeluaran ethanol untuk ind ustri ethanol/bio-diesel negara. Tentunya kilang -kilang mereka boleh diubahsuai secara minima bagi mengeluarkan ethanol. Ketujuh, kerajaan Malaysia mestilah menggunakan pengaruhnya di dalam pertubuhan OIC serta NAM bagi membuat pemuafakatan dengan neg ara-negara OIC dan NAM untuk menjalankan perniagaan atau pemindahan teknologi antara satu sama lain bagi membangunkan industri bio -diesel/ethanol. Sesungguhnya Brazil merupakan pengeluar utama dunia bagi ethanol yang diproses dari tebu. Malaysia sendiri boleh menjadi pengeluar utama bio -diesel. Dengan yang demikian kita tidak perlu lagi dikuasai oleh Amerika/Britain di dalam hal ini.
chumpon posted at 28-7-2005 14:16 12 #

Peranan rakyat ke arah menyedari hakikat dan masalah yang akan menimpa tamadun moden kita ini adalah penting agar segala langkah positif dan

konkrit dapat dimulakan oleh kerajaan. Badan NGO juga mesti memainkan peranan berkesan menyedarkan rakyat dan kerajaan, semoga kerajaan segera mengambil langkah berkesan menghadapi krisis yan g bakal berlaku ini. Semoga kerajaan tidak lagi terlalu terpengaruh oleh anji-janji manis

serta tekanan ekonomi oleh syarikat -syarikat gergasi minyak, sama ada Petronas atau yang lain-lain lagi. Setiap sektor dan industri yang bergantung kepada min yak (hampir semua sektor awam, swasta, NGO adalah terlibat) perlu juga mengambil langkah langkah pro-aktif menghadapi krisis besar zaman moden ini.
peace posted at 21-10-2005 15:21 13 #

bagus.. bagi kredit sikit pada source : http://harakahdaily.net/print.php?sid=14502


chumpon posted at 21-10-2005 16:06 14 #
Originally posted by peace at 21-10-2005 03:21 PM bagus.. bagi kredit sikit pada source : http://harakahdaily.net/print.php?sid=14502

Pandailah kau Peace harakahdaily eh? ;);););)

Aku pun dapat dari yahoogroups .. Kau selalu baca

chumpon posted at 21-11-2005 10:10 15 #

Minyak mentah adalah satu komoditi yang diperdagangkan di dunia.. serupa macam kopi, teh, getah, kelapa sawit dsb. Basic rule - high demand low supply akan menyebabkan harga naik... low demand high supply akan menyebabkan harga turun.... Tapi disebabkan minyak mentah merupakan sumber terpenting yang menyumbang ke kehidupan kita sebab tu la perubahan harga minyak petrol terutamanya membuatkan kita mengeluh dan sakit kepala..

Bukan soal kita ada minyak sendiri atau apa pun.... masa harga getah turun, harga kelapa sawit turun, semua peneroka/petani/peladang mengeluh sebab kehilangan sebahagian besar pendapatan... walhal... kita tanam sendiri semua tu... tuai hasil sendiri semua tu... ada pikir ke kenapa? Semua komoditi tu adalah common resource in the world.. sem ua orang kat dunia ni guna minyak... semua orang kat dunia ni guna produk dari getah/kelapa sawit.. semua orang kat dunia ni minum kopi/teh.... oleh kerana berlakunya transaksi global.. so kita perlu tetapkan harga jual beli supaya takde orang/negara yang tertindas atau menindas... sebab tu semua benda tu diperdagangkan sebagai komoditi... so bila dah ada satu harga standard.. semua negara pembekal dan pembeli perlu ikut lah.... walaupun kita sendiri yang jadi pembekal... dan juga pembeli... lagipun setakat bekalan minyak di Malaysia sebenarnya tak cukup untuk menampung demand yang ada... dan Petronas sendiri banyak melombong di negara luar... dan setakat nak harap kilang pemproses di Paka tu memang tak cukup untuk bekalan tempatan...

Sebelum menghentam k erajaan yang decide naikkan harga minyak petrol tu.. penah ke terfikir kenapa harga minyak mentah naik mendadak dari bawah RM100 setong kepada hampir RM150 setong? Banyak perbezaan tu.... tak tahu la saya kalau awak duduk bawah tempurung..tapi apa yang ber laku di timur tengah yang merupakan lombong minyak mentah terbesar di dunia memang memberi kesan yang amat besar... bom di Riyadh, perang Iraq -AS dan sekutu yang tidak pernah tamat... Israel menekan Palestin... bila berlaku semua ni... bekalan menjadi terhad... dan macam yang saya kata tadi... high demand low supply.. harga naiklah... jadi tak adil la kalau nak salahkan kerajaan Malaysia... salahkan dahulu AS dan sekutunya, salahkan Israel.. yang tak habis habis nak merebut kuasa di timur tengah dan seterusnya menguasai lombong emas hitam di situ...
rapid posted at 18-3-2006 09:35 16 #

sejarah rege minyak di malaysia ...............

harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 15 tahun - sejak 1990)

sebelum 90 - RM 0.89

tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

Nota : (ayat2 standard)

1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.


Dunhill. posted at 23-3-2006 13:15 17 #

Kenaikan harga Petrol: Bantahan besar -besaran esok Beh Lih Yi Mar 2, 06 7:55pm Terjemahan Satu perhimpunan besar -besaran membantah kenaikkan harga minyak, akan diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tengah hari esok. ami menjangka kira-kira 5,000 orang akan hadir membawa sepanduk dan kain rentang, kata ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Hatta Ramli. amai yang marah dan penjelasan (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri) Najib

(Tun Razak) di televisyen malam tadi juga gagal meredakan kemarahan mereka, kata Dr Hatta ketika dihubungi malaysiakini. Menurutnya, PAS telah memulakan langkah untuk menganjurkan demonstrasi tersebut yang kemudiannya turut mendapat sokongan parti -parti politik lain serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengajak rakyat menyertai bantahan tersebut. Ini termasuk parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), badan hak asasi manusia Suaram dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit). Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan rakan sejawatannya dari PKR, Dr Syed Husin Ali (foto), juga dijangka turut serta menghadi ri bantahan esok. ni bukanlah hal PAS sahaja. Setiap orang yang marah dengan kenaikan harga minyak mesti datang, tegasnya. Beliau juga menggesa pihak polis supaya membenarkan orang ramai melaksanakan hak mereka untuk berhimpun dan angan menyemarakkan lagi kemarahan orang ramai, dengan bertindak terhadap mereka yang menyertai perhimpunan aman, katanya. Perhimpunan bermula jam 2 petang Beliau menyifatkan bantahan tersebut sebagai signifikan kerana ia akan diadakan di Menara Kembar KLCC, milik syarikat minyai negara, Petronas, yang turut menempatkan ibu pejabatnya. Mereka yang mahu menyertai bantahan tersebut diminta berkumpul di halaman KLCC berhampiran Jalan Ampang pada jam 2 perang. Mereka akan disertai orang ramai dari Masjid KLCC selepas sembahyang Jumaat. Sementara, parti PSM menggesa rakyat Malaysia supaya erhenti bersungut mengenai kenaikan harga minyak, tetapi sebaliknya keluar menyatakan bantahan mereka esok.

ami menyeru semua orang supaya meluangkan masa mereka u ntuk menyertai bantahan tersebut bersama-sama beribu-ribu orang lagi, kata parti itu dalam satu kenyataan. Selasa lalu, kerajaan telah menaikkan harga minyak antara 18.5 peratus hingga 23 peratus. Dalam tempoh tidak sampai dua tahun, kos petrol telah na ik 40 peratus manakala harga diesel pula naik 102 peratus. Kenaikan harga unasabah

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan langkah kerajaan menaikkan harga minyak dengan menyatakannya ia unasabah dan kerajaan dapat menjimatk an RM4.4 bilion daripada subsidi bahan api. Wang tersebut, katanya, akan dapat digunakan untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam serta projek pembangunan yang lain. Sementara itu, Najib pula menegaskan malam tadi, jika kadar penggunaan bahan api tidak diambilkira, Malaysia akan menjadi pengimport minyak dalam tempoh empat tahun lagi. Manakala Pemuda Gerakan salah sebuah parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan semalam, telah menyuarakan kekecewaannya terhadap langkah kerajaan menaikkan harga minyak.

SAMA-SAMA PE GE LEBIH TI GGI?


Malaysia Harga Petrol : RM 2.90 Malaysia pengeluar ke-27 di dunia. Qatar Harga Petrol : RM 0.75 Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

AR MI YA TAPI HARGA ME GAPA

Posted on May 24, 2011 by afyassin| 4 Comments

Bandingkan harga petrol di Malaysia dengan

di Oman Harga Petrol : RM1.00 Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir Harga Petrol : RM 1.06 Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran Harga Petrol : RM 0.35 Iran pengeluar ke-8 di dunia..

Terima Kasih Muhyidin Yassin~! RAKYAT DIDAHULUKANdan memberikan harga bandingan dengan negara-negara di Asia Tenggara seperti di Singapura, Thailand dan filipina yang tentunya lebih tinggi dari di Malaysia. Sebab mereka bukan negara pengeksport minyak seperti Malaysia. atau negaranegra seperti di atas.

Tanhiah Najib Razak, Kerana berjaya mendot..dotkan rakyat yang dah semakin cerdik !!!

Perbandingan ini adalah dari sumber yang layak dipercayai. Harap-harap rakyat dapat menilai dan harap juga kerajaan tidak memberi alasan kononnya gunakan subsidi minyak untuk membantu rakyat yang miskin tegar. Rakyat yng miskin tegar itu siapa dan bukankah dengan kurangnya subsidi petrol maka harga barang akan naik secara keseluruhannya. Dengan demikian bertambah ramai rkyat akan msuk kategori miskin tegar. Bukankah begitu ? Buknkah lebih baik kenaikan harga minyak itu digunakan untuk menambahkan lagi subsidi minyak dn ini sekligus dapat mengurangkan harga barang. Barangkali Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh belajar sifir ini dan kurangkan beban rakyat. Sebaiknya harga RON 95 diturunkan lagi. Kalau perlu naikkan harga RON 97. Ini baru namnya rakyat didahulukan dn tidak diperbodohkan. Setuju wahai YB Menteri!

http://ms.wikipedia.org/wiki/Petrol http://ms.wikipedia.org/wiki/Petronas_dan_subsidi_minyak

Harga petrol Malaysia mahal? Oleh ABU ZAYD SHAMSUL PENULIS ialah eksekutif di syarikat konglomerat. JIKA dibandingkan dengan tujuh buah negara jiran di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia ialah yang kedua termurah. Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (S$2.12) seliter bagi RON 95, diikuti Thailand (RM3.91), Filipina (RM3.90), Indonesia (RM3.18), Vietnam (RM3.14) dan yang paling murah ialah Brunei (RM1.28 untuk RON 97).

Sesetengah orang tidak suka menukar harga-harga petrol negara jiran kepada mata wang ringgit untuk tujuan perbandingan. Namun begitu, walaupun mata wang tidak ditukar, harga petrol di Malaysia masih juga antara yang termurah.

Sebagai contoh, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan S$3,000 sebulan masih perlu membayar S$2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

Bagaimanapun, harga petrol di Malaysia tidaklah semurah di Brunei kerana negara berkenaan mampu memberikan subsidi yang lebih untuk petrol. Tidak seperti Malaysia, hampir keseluruhan pendapatan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei juga memiliki populasi kecil yang tidak sampai pun jumlah populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000. Malaysia sebaliknya memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.

Berdasarkan data Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei ialah negara keenam terkaya di dunia, satu tangga di belakang Amerika Syarikat dalam senarai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita terbanyak.

Malaysia hanya berada pada tangga ke-60 senarai ini. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun yang dib ahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut.

Pembahagian ini penting untuk perbandingan yang lebih tepat kerana sebagai contohnya walaupun pendapatan Malaysia lebih besar daripada Brunei, jumlah penduduk Malaysia juga ialah 68 kali ganda lebih besar. Maka KDNK (PKB) adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi bagi membandingkan kebajikan per kapita dan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara -negara.

Malaysia sememangnya ialah negara pengeluar minyak, namun ia bukanlah pengeluar yang ut ama. Malaysia tidak pun layak untuk menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kerana ia lebih banyak mengimport minyak untuk kegunaan sendiri daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.

Berdasarkan maklumat Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia dengan jumlah pengeluaran 703,920 tong sehari. Jika dibandingkan dengan sepuluh negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol keempat termurah.

Negara yang memiliki harga termurah (RM0.82 untuk RON 97) antara sepuluh negara tersebut ialah Qatar, yang juga merupakan anggota OPEC. Ia diikuti oleh Oman (RM0.93 untuk RON 95). Kedua-dua negara tersebut memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia.

Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir (RM1.38 untuk RON 95), namun dalam mata wang Mesir harganya ialah EGP2.75. Bayangkan sekiranya rakyat Malaysia perlu membayar RM2.75 untuk petrol gred terendah di pasaran, mungkin rusuhan sebesar di Mesir pula berlaku di sini.

Malaysia tidak mampu untuk menambah subsidi bagi menurunkan harga petro kerana berdasarkan data l Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), jumlah subsidi minyak Malaysia sudah pun yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4 peratus daripada KDNK. Brunei, negara yang memiliki harga petrol terendah di Asia Tenggara pun sekadar membelanjakan 2.2 peratus sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) jauh lebih kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).

Pada November 2010, sidang kemuncak negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase -out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.

Menurut IMF, subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerjanya yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap unit sumber yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 unit atau lebih digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berken aan turut mencadangkan subsidi minyak dihapuskan. Perbelanjaan untuk subsidi kemudiannya boleh dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya turut meningkatkan permintaan minyak sekali gus mendorong kenaikan harga borong. Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.

China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga merupakan pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit). Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak perlu membayar harga sebenar untuk minyak, kerana mereka menerima subsidi 3.9 peratus daripada kos sebenar.

Situasi ini sudah pasti akan menggalakkan pembaziran minyak, seterusnya meningkatkan permintaan untuk bekalan yang lebih. Bayangkan apabila berjuta-juta pengguna kereta di negara terbesar di dunia menuntut bekalan minyak yang lebih, tidakkah ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada harga minyak dunia? Apabila China menaikkan harga petrol sebanyak 20 peratus pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun AS$5 setong.

Tekanan daripada G20 telah menyebabkan China mula mengambil langkah untuk mengurangkan subsidi. Harga produk-produk minyak telah diindekskan kepada harga-harga wajar minyak mentah antarabangsa pada 2008. Harga gas asli telah dinaikkan sebanyak 25 peratus pada Mei 2010, manakala tariff kuasa untuk industri intensif buruh telah dihapuskan.

Ketika kuasa ekonomi dan politik gergasi seperti China pun terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat kuasa-kuasa kerdil dalam negara kononnya lebih bijak apabila menabur janji untuk mencipta keajaiban menurunkan harga petrol serta-merta. Apa yang lebih pelik, walaupun janji mereka ini langsung tidak berpijak di bumi nyata, berduyun-duyun orang mempercayai janji ini, termasuklah golongan terpelajar.

Lihatlah betapa mudah janji ditabur oleh pihak yang tidak perlu memikul sebarang beban tanggungjawab untuk menjaga masa hadapan negara. Inilah contoh permainan politik populisme keji yang hanya bakal menjahanamkan negara.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0509&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&p g=re_05.htm&arc=hive

http://layarminda2.blogspot.com/2011/05/senarai-10-negara-harga-petrol-termurah.html http://drhalimahali.wordpress.com/category/oil-export/ http://ko-kr.facebook.com/note.php?note_id=176395979081599 http://fida1409.blog.friendster.com/2008/04/perbandingan-ekonomi-malaysia-dengan-negarajiran/ http://jakjobs.com/search/kerjaya-dalam-industri-petroleum/

You might also like