You are on page 1of 6

Bahagian A

1. Kertas soalan ini mempunyai 30 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan, iaitu A,B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu

jawapan sahaja. Soalan 1 hingga Soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Dato Onn Jaafar merupakan antara ________ yang gigih memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. A cendekiawan B sejarawan C negarawan D bangsawan

2. Jumlah _______ yang membanjiri Teluk Danga bersempena dengan program Jom Heboh itu mencecah ratusan ribu orang. A peminat B pengunjung C peserta D penonton

3. Permukaan kompang itu telah ________ dan menyebabkan bunyinya kurang A bengkok B lentur C lendut D kendur

4. Nabila bergegas kembali ke tanah air ________ menerima berita tentang kemalangan ayahnya. A sejurus B sewaktu C sudah D seketika

5. _______, inilah padahnya jika enggan mendengar nasihat! A Ah B Eh C Nah D Aduh

6. Pengerusi majlis itu memulakan ucapan alu-aluannya dengan se _______ pantun. A baris B untai C bentuk D patah

7. _______ hidup di pekan ini pun banyak memakan belanja, _______ hidup di kota ataupun di bandar raya. A Baik .. mahupun C Baik .. ataupun C Jangankan .. pun D Sedangkan .. apatah lagi

Soalan 8 hingga Soalan 15 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat yang berkenaan. 8. Bercucuran air mata Puan Azah semasa menyambut kepulangan anaknya yang telah lama di perantauan. A B C Tiada kesalahan. D 9. Jalan utama ke pusat peranginan Genting Tanah Tinggi ditutup kepada pengguna sebagai akibat berlakunya A B kejadian tebing runtuh di laluan tersebut. Tiada kesalahan. C D 10. Pak Mail memberi saya dan Kheng seng seikat buah rambutan ketika kami hendak meninggalkan dusun A B beliau. Tiada kesalahan. C D 11. Menurut ibu, dia mengidam untuk makan berbagai jenis ulam semasa mengandungkan adik ketiga saya A B lapan tahun lalu. Tiada kesalahan. C D 12. Setahu saya, orang yang berfikiran waras biasanya akan berfikir dengan matang dan teliti sebelum A B C melakukan sesuatu tindakan. Tiada kesalahan. D 13. Pihak Jabatan Alam Sekitar perlu mengambil tindakan tegas terhadap penternak-penternak yang membuang A pelbagai sisa-sisa kotoran ke dalam sungai kerana dikhuatiri akan menjelaskan kualiti air sungai dan B dan membunuh hidup-hidupan di dalam sungai itu. Tiada kesalahan. C D 14. Kain sutera batik bekas tangan penduduk setempat itu dikagumi oleh pelancong dari Asia Timur itu. A B C Tiada kesalahan. D. 15. Kerja-kerja rumah yang diberikan Cikgu Latif tidak sempat saya siapkan kerana suntuk masa. A B C Tiada kesalahan. D

Soalan 16 hingga Soalan 20 Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 16 I Beliau banyak menabur jasa kepada penduduk tempatan. II Arif menolong neneknya menabur padi untuk ayam-ayam kampung itu. III Sepasukan ahli bomba sedang menabur air di kawasan yang terbakar itu. IV Ayah menasihati Azlina agar menabur wang ke dalam bank. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D II dan IV sahaja

17 I Kesat air mata awak itu, kata Nurain kepada Vivi. II Janganlah menggunakan kata-kata yang kesat apabila berkomunikasi. III Lutut adik berdarah kerana terjatuh di atas simen yang kesat. IV Rambut adik susah disikat kerana kesat. A I dan III sahaja B II dan III sahaja C I, II, dan III sahaja D I, III, dan IV sahaja

18 I Encik Hanan mengeluh kerana pen kesayangannya telah bocor. II Kasut yang bocor itu masih dipakai oleh Azliah ke sekolah. III Perahu itu tenggelam kerana bocor. IV Tolong simpan rahsia ini agar tidak bocor. A I dan III sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja

19 I Kawasan tanah runtuh itu memeang terletak di lereng bukit yang berisiko tinggi. II Buah mangga yang runtuh itu dikutip oleh ayah Ali untuk dijual di pasar malam. III Gedung pakaian yang baharu dibuka itu menawarkan harga runtuh kepada pelanggan. IV Budak yang runtuh daripada basikalnya itu mengalami patah tangan. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I dan IV sahaja D II dan IV sahaja

20 I Semua kakitangan kerajaan perlu berjimat cermat untuk meringankan beban kerajaan. II Bakul yang dibuat daripada rotan itu tidak dapat menahan beban yang berat. III Kita tidak boleh beban kalau gagal untuk mencapai kejayaan dalam hidup. IV Di dalam beban itu, terdapat banyak anak-anak ayam yang baru menetas. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I dan IV sahaja D II dan IV sahaja

Soalan 21 hingga Soalan 25 Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 21 Nicol Ann David merupakan pemain skuasy negara yang terkemuka pada masa kini. A yang paling terkemuka sekali pada masa kini C yang betul terkemuka pada masa kini. D yang terkemuka pada masa kini. 22 Jurulatih itu begitu yakin benar mereka akan memenangi perlawanan itu kerana mereka telah gigih berlatih sejak tahun lepas lagi. A yakin begitu benar mereka B begitu yakin bahawa mereka C begitu yakin benar sekali bahawa mereka D begitu yakin benar mereka 23 Agenda terakhir dalam mesyuarat itu adalah membincangkan lain-lain hal yang dikemukakan oleh ahli. A membincangkan lain hal B membincangkan hal lain-lain C membincangkan hal-hal lain D membincangkan lain-lain hal 24 Penyanyi baru itu mampu menyampaikan pelbagai rentak-rentak lagu sama ada lagu lama mahupun lagu terkini. A pelbagai rentak lagu B berbagai rentak-rentak lagu C rentak-rentak pelbagai lagu D pelbagai rentak-rentak lagu 25 Perpaduan dan keharmonian Negara kita hendaklah berteras Rukun Negara. A berteraskan kepada Rukun Negara B berteraskan pada Rukun Negara C berteraskan Rukun Negara D berteras Rukun Negara

Soalan 26 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 26 Wah, cantik sungguh arca-arca yang dipamerkan itu, kata Maizatul kepada Rina. . A Maizatul memuji kecantikan arca-arca yang dipamerkan ini kepada Rina. B Maizatul memberitahu Rina bahawa dia terpegun melihat arca-arca yang dipamerkan itu. C Dengan perasaan hairan, Maizatul menyatakan kepada Rina bahawa arca-arca yang dipamerkan itu sangat cantik. D Dengan perasaan kagum, Maizatul memberitahu Rina tentang kecantikan arca-arca yang dipamerkan itu. 27 Najib, belakangan ini kamu sering tidak hadir ke sekolah tanpa alasan, kata Cikgu Suhairi kepada Najib. A Akibat kerap ponteng sekolah tanpa sebab, Najib dimarahi oleh Cikgu Suhairi. B Cikgu Suhairi meminta Najib memberikan alasan tentang punca dia ponteng sekolah akhir-akhir ini. C Cikgu Suhairi menegur Najib kerana kerap ponteng sekolah tanpa sebab sejak belakangan ini. D Najib memberikan alasan kepada Cikgu Suhairi tentang sebab dia ponteng sekolah beberapa hari yang lalu. 28 Surat khabar lama itu tidak perlu dibuang kerana dapat dijual atau dikitar semula. A Pembuangan surat khabar lama membolehkan pihak tertentu menjualnya atau mengitarnya semula. B Pembaziran dapat dielakkan seandainya surat khabar lamar itu dijual atau dikitar semula. C Penjualan atau pengitaran semula surat khabar lama menyebabkan surat khabar itu tidak perlu dibuang. D Surat khabar lama yang tidak dapat dijual atau dikitar semula perlulah dibuang. 29 Pergerakan perompak itu sungguh licik namun pihak polis mampu mengesannya. A Kemampuan polis untuk menjejaki perompak usah diragui kerana mereka cukup terlatih untuk mengesannya. B Walaupun sehebat mana pergerakan perompak namun mereka pasti akan dikesan oleh pihak polis. C Pihak polis berjaya mengesan kelicikan perompak itu walaupun mereka cuba diperdaya. D Pihak polis berjaya mengesan kelicikan perompak itu walaupun penjenayah tersebut memiliki pergerakan yang terancang. 30 Peniaga itu dikompaun oleh pihak penguatkuasa kerana dia tidak menitikberatkan aspek kebersihan gerainya. A Pihak berkuasa amat menitikberatkan aspek kebersihan gerai bagi mengelakkan para peniaga didenda. B Sebagai akibat tidak mengutamakan aspek kebersihan gerai, peniaga itu didenda oleh pihak berkuasa. C Faktor kebersihan gerai menjadi perhatian utama sebelum pihak berkuasa mengenakan denda terhadap para peniaga. D Oleh sebab kurang memebrikan perhatian terhadap aspek kebersihan gerai, para peniaga merayu agar mereka tidak didenda oleh pihak penguatkuasa.

You might also like