You are on page 1of 1

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh intergrasi nasional di Negara kita?

Tidak dapat dinafikan bahawa institusi pentadbiran misalnya, Majlis Perbandaran, Dewan Bandaraya, Majlis Bahagian mahupun FELDA dan sebagainya, memainkan peranan penting dalam menjana intergasi nasional di negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotism hendaklah dihayati dan diterapkan demi menyatupadukan rakyat. Institusi pentadbiran dapat memperkukuh intergrasi nasional melalui kakitangankakitangan sektor awam yang perlu mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur dalam pentadbiran.Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam perlu ditangani dengan senyuman tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah perpaduan nasional. Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa, menghormati lambang-lambang negara, lagu kebangsaan dan jata negara serta menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara. Mereka akan menjadi contoh kepada orang awam supaya menghormati pemimpin dan raja, menghormati lambing, lagu serta jata kebangsaan. Kehormatan penting kerana ini akan menjadi teras kepada intergrasi nasional. Seperkara lagi, nilai bersatu padu dan harmoni merupakan nilai penting dalam melahirkan rakyat berjiwa patriotik. Oleh hal yang demikian, kakitangan institusi kerajaan haruslah bergabung tenaga dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah. Ini mewujudkan rakyat yang sentiasa bersefahaman dan bermuafakat dan bekerjasama dan tolong-menolong.Apabila wujudnya perpaduan antara kedua-dua pihak ini,sudah pasti intergrasi nasional dapat dikecap nikmat.Di samping itu,saya dapat kaki tangan awam tempatan berbangsa Melayu,Cina dan India bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa. Ini menyebabkan wujudnya semangat muhibah antara satu sama lain. Sementelahan, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjwab kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua pengurusan dan pentadbiran. Dalam hal ini, kakitangan awam harus tidak terjebak dalam kancah rasuah. Hal ini demikian, rakyat memang sangat bencikan pecah amanah dan korupsi. Dengan rasuah dihapuskan, rakyat akan mencintai negara serta hidup dengan bersatu padu. Akhir sekali, sebarang masalah yang dihadapi oleh rakyat patut menjadi prioriti kepada institusi pentadbiran. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi oleh orang awam. Apabila masalah masyarakat tidak wujud, maka rakyat akan hidup dengan bersatu padu. Konklusinya, unsur-unsur patriotism dalam institusi pentadbiran tempatan perlulah diterapkan demi mencapai hidup harmoni dan bersatu padu. Dalam konteks ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1 Malaysia dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan.

You might also like