You are on page 1of 6

Pengenalan

Buku kecil ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami Pelan Takaful Pendidikan Anak (PTPA). Maklumat yang diberikan di sini hanyalah secara umum sahaja kerana setiap pengendali takaful mempunyai produk yang berlainan. Walau bagaimanapun, ia memberikan maklumat asas untuk membolehkan anda mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu PTPA.

Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak?


PTPA ialah pelan takaful yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Anak anda akan disediakan dengan manfaat kewangan jika anda ditimpa tragedi yang dilindungi di bawah pelan berkenaan. Pada masa yang sama anak anda akan mempunyai simpanan jangka panjang (dana pendidikan)

ika sekiranya anda menyertai PTPA, anda layak memperoleh pelepasan cukai pendapatan sehingga maksimum RM3,000 setahun bagi kombinasi kedua-dua pelan perubatan dan pendidikan.

Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak


Pada umumnya terdapat dua konsep utama yang digunakan di bawah PTPA. Konsep yang pertama ialah anda akan memcarum (bagi pihak anak anda) ke dalam dua dana takaful yang berasingan. Di bawah konsep ini, anda akan memeterai kontrak ( aqad ) bagi membolehkan sebahagian caruman anda dilaburkan oleh pengendali takaful dan dimasukkan ke dalam dana yang dipanggil Akaun Peserta (AP), manakala sebahagian lagi caruman adalah dalam bentuk caruman penyertaan ( tabarru' ). Tabarru' ini akan dimasukkan ke dalam dana dipanggil Akaun Khas Peserta (AKP) yang akan digunakan bagi memenuhi obligasi anda untuk saling membantu sekiranya ada di kalangan peserta ditimpa nasib malang berikutan kematian atau hilang upaya kekal. Keuntungan daripada AP akan dikongsi antara anak anda dan pengendali takaful mengikut nisbah yang telah dipersetujui terlebih dahulu.

Konsep kedua ialah anda akan mencarum (bagi pihak anak anda) ke dalam dana tunggal. Berbeza dengan konsep yang pertama di atas, di bawah konsep ini semua caruman anda akan dilaburkan oleh pengendali takaful dan ditempatkan di dalam Akaun Khas Peserta (AKP). Jika anak-anak anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan, mereka akan berhak

mendapat sejumlah wang di bawah pelan (diberi di bawah konsep hibah menurut Syariah) ditambah dengan bahagian keuntungan bersih daripada dana, sekiranya ada.

Jenis Perlindungan
PTPA boleh dikelompokkan seperti berikut::
Takaful Pendidikan Anak Biasa: Anda dan anak anda akan menerima manfaat kewangan berikutan kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (dana pendidikan), dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan apabila berlaku tuntutan, matang atau penyerahan awal.

Takaful Pendidikan Anak Berkaitan Pelaburan Sebahagian daripada caruman anda digunakan untuk membeli saham, seperti saham ekuiti atau sekuriti berpendapatan tetap. Sebagai tambahan kepada perlindunagn takaful biasa yang melindungi kematian dan hilang upaya kekal, unit-unit pelaburan ini akan dijual apabila berlaku tuntutan, matang atau penyerahan awal.

Terdapat juga rider takaful keluarga atau tambahan kepada perlindungan asas untuk kedua-dua anda dan anak anda. Rider ini memperuntukkan perlindungan terhadap kemalangan diri dan hilang upaya, manfaat penghospitalan, belanja pengkebumian dan penyakit kritikal.

Manfaat asas yang dilidungi di bawah pelan Takaful Pendidikan Anak


Manfaat-manfaat daripada PTPA dibayar kepada anda seperti berikut:
Apabila matang dan jika anak anda masih hidup, manfaat yang boleh dibayar bagi semua produk PTPA ialah nilai perlindungan yang telah dipersetujui di bawah pelan (diberikan di bawah konsep hibah menurut Syariah) ditambah perkongsian lebihan yang terkumpul. Walau bagaimanapun, jika PTPA anda disertai dengan ciri-ciri berkaitan pelaburan saham, anak anda akan menerima nilai pelaburan saham di samping nilai perlindungan yang telah dipersetujui di bawah pelan.

Sekiranya anda meninggal dunia sebelum PTPA matang, caruman pelan itu akan dibayar oleh pengendali takaful bagi pihak anda sehinggalah tarikh matang pelan. Pada tarikh matang, anak anda akan berhak menerima amaun yang terkumpul di dalam AP, lebihan daripada AKP dan bahagian keuntungan daripada pelaburan (sekiranya berkaitan). Walau bagaimanapun, jika

semua caruman dimasukkan ke dalam AKP, bergantung kepada skim takaful yang anda sertai, cara pembayaran tersebut di atas diguna pakai atau nilai perlindungan akan boleh dibayar terus kepada satu akaun di bawah nama anak anda dan diurus oleh pemegang amanah yang dilantik. Nilai yang dibayar adalah manfaat (berasaskan hibah ) beserta dengan bahagian lebihan yang terkumpul (sekiranya ada) apabila pelan matang.

Sekiranya anak anda (selaku peserta pelan) meniggal dunia, bergantung kepada skim takaful yang disertai, anda selaku pemegang sijil akan menerima nilai yang dilindungi di bawah pelan (diberi di bawah hibah menutrut Syariah) ditambah dengan bahagian lebihan yang terkumpul atau anda mungkin perlu menyerahkan sijil untuk mendapatkan nilai serahan atau anda boleh menamakan anak anda yang lain sebagai peserta.

Terma dan Syarat Utama


Mustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam PTPA. Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen atau pengendali takaful anda. Oleh kerana sijil pelan adalah kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa tuntutan dibuat.

Sebahagian daripada terma-terma yang penting ialah:

Caruman - Ini ialah sejumlah wang yang anda bayar secara berkala kepada pengendali takaful. Anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan atau tahunan.

Tempoh Tangguh - Anda dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran caruman takaful yang belum dijelaskan akan dtolak daripada manfaat takaful anda.

Tempoh Matang - Lazimnya PTPA matang apabila anak anda mencapai umur 18 hingga 22 tahun.

Ciri- ciri Utama Pelan Takaful Penddidikan Anak

Sebahagian daripada ciri-ciri utama PTPA ialah:

Terbuka kepada semua individu berumur 18 hingga 55 tahun dan anak-anak berumur 15 hari hingga 17 tahun. Pilihan tempoh matang yang terhad. Tidak ada rampasan jika berlaku pembatalan. Kemudahan pengeluaran sebahagian. Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful. Memperuntukkan simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Pengecualian

Lazimnya PTPA tidak melindungi perkara-perkara berikut :

Mencuba membunuh diri atau mencederakan diri sendiri sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman. Jika anda melanggar undang-undang. Jika anda menyebabkan serangan. Jika anda di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Jika anda dihidapi AIDS atau HIV. Sebab-sebab lain yang ditegah oleh Syariah.

Beritahu penama ( wasi ) anda

Beritahu penama anda tentang PTPA yang anda sertai, sebarang perubahan yang telah dibuat dan tempat di mana anda menyimpan dokumen-dokumen berkenaan. Simpan dokumen-dokumen tersebut di tempat yang selamat. Letakkan maklumat-maklumat asas seperti nama pengendali takaful, jenis pelan, nombor sijil dan nama-nama penama di tempat yang berasingan.

Pastikan anda memaklumkan alamat penama anda dan pertukaran, jika ada, kepada pengendali takaful anda.

Bagaimanakah saya membuat tuntutan?


Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda, anak anda atau penama anda bergantung kepada terma dan syarat sijil anda. Semasa membuat tuntutan;

Maklumkan kepada pengendali takaful anda dengan segera. Untuk tuntutan matang, sediakan salinan sijil takaful pendidikan anak. Untuk tuntutan kematian, penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut: Salinan sijil kematian yang disahkan. Salinan fotostat kad pengenalan simati. Sijil takaful pendidikan anak yang asal. Bukti hubungan antara orang yang menuntut dengan simati. Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.

Bagaimanakah saya membuat aduan?


Anda mungkin tidak berpuas hati apabila pengendali takaful menolak tuntutan anda atau dengan tawaran penyelesaian yang dibuat. Pertama sekali, anda hendaklah membuat aduan kepada pengendali takaful anda.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat, anda boleh merayu kepada Biro Pengantaraan Kewangan ["Financial Mediation Bureau (FMB)"] atau Bank Negara Malaysia.

Anda mestilah mengemukakan rayuan kepada FMB dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan pengendali takaful dibuat. FMB hanya boleh mengendalikan jumlah tuntutan sehingga RM100,000 setiap tuntutan PTPA. Bagi kes-kes yang tidak termasuk di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh merujuk kes tersebut kepada Bank Negara Malaysia.

Anda juga boleh memilih untuk membawa kes anda terus ke mahkamah.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana membuat aduan di dalam buku kecil bertajuk "Asas-asas Insurans dan Takaful" atau daripada laman web kami di
www.insuranceinfo.com.my.

Perkara yang perlu dan jangan dilakukan

Apabila memohon untuk menyertai PTPA

Perlu

Isytihar semua fakta matan mengenai risiko yang hendak dilindungi. Baca 'Notis Mustahak' di dalam Borang Cadangan Jawab semua soalan dengan lengkap dan tepat. Lengkapkan dan tandatangan Borang Cadangan anda sendiri.

Jangan

Biarkan soalan di dalam Borang Cadangan tidak dijawab. Gunakan tanda pangkah dan sempang untuk menjawab soalan yang memerlukan jawapan yang lengkap.

Rahsiakan atau beri gambaran yang salah mengenai fakta matan. Sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah, bermakna tuntutan boleh ditolak.

Untuk memastikan PTPA anda sentiasa sah:

Perlu

Patuhi semua terma, syarat dan pengendorsan sijil.

Jangan

Terlupa untuk membayar caruman mengikut terma yang ditetapkan oleh pengendali takaful.

You might also like