You are on page 1of 5

UMMU SYIFAK BINTI ISMAIL SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, KAJANG

KESELAMATAN MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH ANDA


Pada tahun 2007 sehingga bulan Oktober, sebanyak 11,226 kes melibatkan keracunan makanan di seluruh negara telah dilaporkan, sebanyak 67% kes berlaku di sekolah. Makanan mudah tercemar dan menjadi tidak selamat untuk dimakan.Malah, pencemaran makanan juga boleh berlaku apabila makanan yang dimasak bercampur dengan jus daging mentah tanpa sengaja, atau apabila makanan terdedah kepada habuk,kimia,bakteria,virus atau patogen lain.Hal ini biasanya berlaku apabila kita tidak mengendalikan makanan dengan selamat atau tidak mengamalkan kebersihan dengan sempurna.Memakan makanan yang tercemar membolehkan kita tidak sihat. Kita boleh mendapat keracunan makanan yang ringan hingga tenat.Oleh itu,kita boleh membantu menjaga kesihatan diri dengan lebih berhati-hati dalam memastikan makanan yang dimakan adalah sihat.Seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan satu Jawatankuasa Bersama yang telah ditubuhkan di bawah dua Kementerian iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.Di bawah Jawatankuasa tersebut, dua Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan dan salah satunya Jawatankuasa Promosi.Hal ini demikian kerana kerajaan ingin membudayakan amalan keselamatan makanan yang baik dalam kalangan warga sekolah.Jadi kantin di sekolah saya telah mengamalkan beberapa aspek yang penting dalam menjaga keselamatan makanan di sekolah. Bagi memastikan masalah keracunan makanan dapat ditangani, semua pihak yang terlibat dalam rantaian penyediaan makanan perlulah mempunyai pengetahuan asas mengenai aspek pengendalian makanan yang bersih dan selamat.

Dalam usaha memastikan pengendali makanan di semua sekolah mempunyai pengetahuan asas dalam aspek kebersihan dan keselamatan makanan, program Latihan Pengendali Makanan telah diperkenalkan.Bagi memastikan latihan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara, ianya dijalankan oleh Sekolah Latihan Pengendali makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.SLPM ini terdapat di seluruh negara dan pengendali makanan boleh menghadiri kursus di mana-mana SLPM.Keseragaman latihan diterima oleh pengendali makanan dapat dipastikan dengan mewajibkan semua tenaga pengajar mengikut ujian dan kursus tertentu sebelum layak menjadi tenaga pengajar di SLPM. Sekolah saya akan memastikan semua pekerja di kantin akan menerima kursus latihan ini secukupnya. Selain daripada memberitahu atau mengajar bagaimana mengelakkan keracunan makanan, sekolah saya akan memastikan langkah-langkah praktikal telah dijalankan oleh pegawai-pegawai yang terlibat. Contohnya dengan memastikan mereka ini melawat sekolah kami,seterusnya mengajar para pelajar dan guru secara terangterangan di hadapan tanpa menggunakan bantuan alat-alat tayangan lain untuk mengetahui secara mendalam tentang sebab-sebab dan cara-cara untuk mengelak keracunan makanan dan menjalankan tindakan mengikut undang-undang. Langkah pertama yang telah diamalkan oleh semua pihak sama ada pelajar,guru, pihak-pihak sekolah, mahupun pihak kantin sekolah saya ialah kami perlu menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan sehingga bersih dengan menggunakan sabun terlebih dahulu sebelum membeli atau menyentuh makanan, selepas menyentuh binatang dan selepas menggunakan tandas.Hal ini demikian kerana tangan boleh menjadi perantaraan untuk memindahkan mikro organisma ke

makanan kita dan seterusnya mengelakkan pencemaran makanan oleh bakteria najis. Seterusnya, bagi pengusaha kantin,mereka akan memastikan susu dan makanan ringan yang dibeli belum capai tarikh tamatnya kerana makanan akan menjadi tidak selamat untuk dimakan apabila sudah melebihi tempoh tamat yang ditetapkan. Selain itu,mereka akan memastikan peti sejuk yang menyimpan air sentiasa sejuk dan tidak terdapat pemeluwapan pada bungkusan makanan.Hal ini demikian kerana produk tenusu mudah rosak dan apabila bungkusannya terbuka atau terkoyak,bakteria akan tumbuh dengan cepatnya.Bagi pengusaha kantin, mereka dilarang mempersiapkan hidangan masakan terlalu awal kerana takut makanan akan dijangkiti bakteria yang terdedah di udara dan akan hilang khasiatnya apabila makanan sudah sejuk. Pengendali makanan juga akan mencuci tangan selepas mengelap meja hidangan atau pun tersentuh apa-apa jua perkakas lain sebelum menghidangkan makanan.Mereka juga dilarang menyentuh makanan yang telah masak dengan tangan yang tidak beralas.Malah,mereka dikehendaki menggunakan penyepit,tisu hidangan ataupun sarung tangan plastik termasuk membawa hidangan dalam pinggan dan elakkan menyentuh pinggan hidangan,cawan,sudu-garpu dan lain-lain perkakas hidangan. Langkah kedua yang telah diamalkan adalah dengan memastikan kantin sekolah sentiasa dalam keadaan bersih,teratur dan penjual makanan sentiasa berpakaian rapi dan kemas.Kebersihan diri setiap pengendali makanan ini sentiasa dititikberatkan oleh pihak pengurusan atau majikan.Mereka akan dilatih untuk membersihkan tangan dengan cara yang betul.Cara pembersihan tangan yang betul perlu diberi perhatian kerana sekiranya salah, hal ini akan mengakibatkan gejala keracunan yang serius. Mereka juga harus mencuci tangan dengan sabun,membilas

dengan air yang bersih dan harus dikeringkan dengan tuala kertas atau alat pengering. Penjual makanan akan memakai sarung tangan yang bersih semasa memegang makanan dan mereka akan memastikan mereka tidak memakai sarung tangan yang sama untuk mengambil wang kerana pemakaian dan persekitaran yang bersih boleh membantu mengurangkan risiko pencemaran makanan.Pemakaian pekerja kantin amatlah dititikberatkan,mereka perlulah memakai apron yang bersih sebelum mulakan kerja.Apron tersebut mestilah dibasuh setiap hari selepas tamatnya kerja untuk memastikan kebersihan setiap pekerja sentiasa terjamin. Selain itu, kuku jari mereka mestilah sentiasa pendek dan bersih, pemakaian cincin tidak dibenarkan sama sekali ketika bekerja dan rambut mestilah sentiasa kemas dan pendek. Bagi mereka yang berambut panjang,mereka diwajibkan untuk mengikat rambut tersebut supaya tidak memasuki makanan. Di samping itu, kami sentiasa mengamalkan amalan yang baik untuk memastikan keselamatan makanan di sekolah sentiasa terjamin.Setiap pelajar pastinya mempunyai botol masing-masing sebagai bekalan air sepanjang di sekolah.Kami perlulah sentiasa menutup botol air selepas minum untuk mencegah habuk dan bahan pencemar lain daripada memasuki air tersebut.Selain itu,bagi makanan yang terjatuh di atas lantai atau di atas meja kantin, kami telah diajar supaya tidak mengambilnya untuk mencegah pencemaran makanan oleh habuk,bakteria atau pencemar lain yang mungkin wujud diatasnya.Malah, kami juga tidak boleh meletakkan beg di atas meja kantin kerana beg akan menjadi kotor dan seterusnya akan mencemarkan makanan. Bagi mereka yang tidak ingin membeli makanan dari kantin sekolah kerana khuatir akan khasiat makanan tersebut,mereka bolehlah membawa bekal dari rumah dan pastikan

makanan di dalam bekal tersebut tahan lama dan makanan berada dalam keadaan yang bersih sebelum memasukkannya ke dalam bekal.Jadi, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memantau keadaan anak-anak selain daripada guru-guru sekolah untuk sentiasa menjamin keselamatan mereka di sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Intihanya,semua pihak perlulah menekankan aspek keselamatan makanan di kantin sekolah supaya tidak berlaku lagi perkara yang tidak diingini kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Semua langkah perlu diambil untuk menjamin keselamatan murid-murid di kantin sekolah dari aspek fizikal, mental,emosi dan rohani dalam usaha kita mewujudkan sekolah selamat.Pihak sekolah perlulah memastikan premis kantin sentiasa bersih,kemas dan teratur, pengusaha dan pembantu kantin sentiasa dalam keadaan sihat, pengusaha kantin perlulah sentiasa mematuhi panduan penyediaan makanan bermasak yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka perlulah memastikan semua pengendali makanan menghadiri kursus pengendalian makanan bermasak, mengadakan kempen atau penerangan tentang keselamatan makanan dan bahaya keracunan makanan kepada warga sekolah secara berkala dan berterusan.Namun begitu,amalan keselamatan makanan masih terdapat beberapa kekurangan di sekolah-sekolah.Justeru,amalan ini perlu dititikberatkan oleh pengendali-pengendali kantin bagi memastikan makanan yang disediakan terjamin kebersihan dan keselamatannnya.

You might also like