You are on page 1of 16

TAJUK KAJIAN

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

M/S 1 dari 16

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK KAJIAN ................................ ................................ ................................ ................................ . 1 SENARAI KANDUNGAN ................................ ................................ ................................ ................... 2 PENGHARGAAN ................................ ................................ ................................ ............................... 3 OBJEKTIF KAJIAN ................................ ................................ ................................ ............................ 4 KAEDAH KAJIAN ................................ ................................ ................................ .............................. 5 HASIL KAJIAN ................................ ................................ ................................ ................................ .. 6 RUMUSAN ................................ ................................ ................................ ................................ ....... 13 LAMPIRAN ................................ ................................ ................................ ................................ ...... 14 RUJUKAN ................................ ................................ ................................ ................................ ........ 16

M/S 2 dari 16

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ilahi kerana saya telah menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini dengan tempoh yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya, En.Hishamudin b. Othman kerana telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Saya berterima kasih juga kepada ibu saya, Alina bt. Yahya dan ayah saya , Shaharin b. Hashim yang telah memberikan semangat dan sumber kewangan sepanjang kajian ini berjalan. Ucapan terima kasih kepada raka-rakan saya iaitu Muhd Aiman Faris b. Omar, Muhd Adam b. Rahmat dan Muhd Hafiz b. Zahrullai yang telah memberikan tunjuk ajar, cadangan dan bantuan kepada saya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa kerja kursus ini berjalan.

M/S 3 dari 16

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki untuk menjalankan satu kajian mengenai institusi pentadbiran tempatan di negara Malaysia. Pentadbiran yang dipilih oleh saya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut:

1) Untuk mempelajari latar belakang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan lebih lanjut
sebagai sebuah institusi pentadbiran tempatan.

2) Untuk mengetahui peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada Kuala Lumpur. 3) Untuk mengkaji perkembangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam mentadbir Kuala
Lumpur.

4) Untuk mengetahui fungi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada Kuala Lumpur.

M/S 4 dari 16

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Antara kaedah yang saya gunakan adalah seperti yang berikut :

1)

Menganalisis Dokumen
y

Saya telah menganalisis beberapa dokumen mengenai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti majalah dan akhbar.

2)

Mengakses Internet
y

Saya telah mengakses beberapa laman web mengenai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, contohnya Laman Web Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3)

Menonton VCD
y

Saya telah menonton VCD korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

M/S 5 dari 16

HASIL KAJIAN

1)

Institusi pentadbiran tempatan


Nama rasmi Nama ringkas Lokasi : : : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL Bangunan DBKL,Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan,50350. Visi DBKL : Merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020 dengan menjadi PBT terunggul yang dapat memenuhi citarasa wargakota. Misi DBKL : Untuk mencapai kemajuan,kemakmuran dan kesejahteraan ibu Kota Kuala Lumpur merusi programpembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan

perbandaran secara terancang dan terselaras berteraskan kepada tadbir urus yang cemerlang. Objektif DBKL : Memastikan dan mempercepatkan pelaksanaan pencapaian status bandar raya bertaraf dunia yang unggul dan cemerlang. SloganDBKL : Bersedia Menyumbang, Bandar Raya Cemerlang. 03-2617 9634

No.Telefon DBKL:

M/S 6 dari 16

M/S 7 dari 16

2)

Latar Belakang DBKL


Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan. Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972. Tan Sri Dato' Lokman Yusof bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal dunia pada 15.5.1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10 tahun. Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar pada 1.2.1983. Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato' Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17.11.1992. Tan Sri Dato Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14.12.1995 hingga 13.12.2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Y. Bhg. Kol. Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek yang dilantik pada 14.12.2001. Kemudian, daripada 14.12.2004 sehinggalah 13.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang ketujuh telah disandang oleh Y Bhg. Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan. Bermula dari 14.12.2006 hingga 13.12.2008, jawatan Datuk Bandar yang kelapan telah disandang oleh Y Bhg. Datuk Seri AB Hakim bin Borhan. Kini, jawatan Datuk Bandar kesembilan pula disandang oleh Y Bhg. Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail yang memulakan tugasannya pada 14.12.2008.
M/S 8 dari 16

3)

Peranan DBKL: y Ekonomi


JPEPP bertanggungjawab menyelaras perancangan projek-projek pembangunan, penyediaan peruntukan pembangunan dan pengagihan sumber kewangan berkenaan kepada Jabatan-jabatan pelaksana. JPEPP juga memainkan peranan sebagai penyelaras projek-projek penswastaan dan usahasama disamping menjalankan projekprojek penyelidikan sosio-ekonomi.JPEPP dipertanggungjawabkan untuk memastikan perlaksanaan projek-projek pembangunan seperti yang telah dirancang dan diluluskan di dalam Bajet Tahunan DBKL dan Rancangan Malaysia Ke 9 mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Antara projek-projek yang dilaksanakan adalah projek -projek infrastruktur, pusat-pusat perniagaan, pasar & pusat penjaja, kemudahan-kemudahan awam & rekreasi, perumahan awam & penempatan setinggan, projek-projek kecil dan kemudahan sosial serta projek-projek penswastaan dan usahasama serta kajian penyelidikan sosio-ekonomi.JPEPP dapat menstabilkan ekonomi di negara ini
y Kemasyarakatan

Jabatan Perkhidmatan Bandar mula ditubuhkan pada tahun 1971. Fungsi utama adalah merancang dan melaksanakan perkhidmatan pembersihan. Pada 1997 tiga daripada peranan jabatan diserahkan kepada Alam Flora Sdn. Bhd. melalui Dasar Penswastaan Sisa Pepejal Seluruh Negara iaitu Kerja-kerja kutipan sampah, Kerjakerja pembersihan jalan dan longkang, Operasi dan penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah Taman Beringin (telah ditutup sepenuhnya pada 15 Mac 2006). Pada bulan Januari 2001, Jabatan Perkhidmatan Bandar telah dicantumkan dengan Jabatan Seni Taman dan Pengindahan Bandar dan dinamakan Jabatan Seni Taman dan Kawalan Pembersihan Bandar.Dengan adanya Alam Flora kebersihan kawasan perumahan amat bersih.

M/S 9 dari 16

y Pelancongan

Jabatan ini pada asalnya dikenali sebagai Bahagian Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan yang terletak di bawah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Kemudahan Sosial. Pada 1 April 2003 ia telah dinaiktaraf sebagai sebuah jabatan yang tersendiri dan dikenali sebagai jabatan kebudayaan, kesenian, pelancongan dan sukan. Jabatan ini mempunyai 5 bahagian utama iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Bahagian Sukan. Bahagian Kebudayaan dan Kesenian. Bahagian Muzik. Bahagian Pelancongan. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Dengan adanya jabatan ini sektor pelancongan dikawal dengan rapi.
y Kebajikan

Jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan mengawal selia sistem perparitan induk serta sungai-sungai utama dan sungai-sungai besar yang mengalir di dalam persekitaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam usaha mempertingkatkan kebersihan, keupayaan kapasiti aliran dan juga meringankan masalah banjir. Jabatan ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu: 1. 2. 3. 4. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Bahagian Pengurusan Sungai. Bahagian Parit dan Kawalan Pembangunan. Bahagian Projek.

Jabatan ini akan membuat kebajikan denagan memelihara sungai sungai di Kuala Lumpur.
M/S 10 dari 16

4) Perkembangan DBKL:
y Sumber kewangan

Jabatan Bendahari diwujudkan pada tahun 1956 dan nama jabatan ini ditukarkan kepada Jabatan Kewangan mulai tahun 2003. Fungsi Jabatan Kewangan adalah untuk mengendalikan pengurusan kewangan DBKL yang terlibat dari segi pengurusan kutipan hasil, perbelanjaan, belanjawan dan penyediaan kewangan DBKL. Jabatan Bendahari juga mengawal semua pengutipan dan perbelanjaan yang dibuat ileh negara.

y Kemajuan yang dicapai

Pembinaan jejambat Jalan Dewan Bahasa-Jalan Hang Tuah.Jalan Hang Tuah dan Jalan Dewan Bahasa merupakan sebahagian jalan lingkaran dalam Kuala Lumpuur dan satu daripada jaringan jalan yang penting untuk pengguna jalan raya dari arah selatan ke pusat perniagaan dan komersial di kawasan Bukir Bintang. Pembangunan pesat di kawasan ini telah menyebabkan kesesakan berlaku di persimpangan Jalan Dewan Bahasa, Jalan Hang Tuah, Jalan Maharajalela dan Jalan Loke Yew.Justeru, Jabatan Kerja Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil inisiatif dengan membina jejambat Jalan Dewan Bahasa- Jalan Hang Tuah. Jejambat yang disiapkan ini mewujudkan laluan terus(uninteruppted flow) dari Jalan Istana / Jalan Dewan Bahasa ke Jalan Hang Tuah dan sekaligus, dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan ini.Pada 18 Januari 2010,Jejambat ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Dato Raja Nong Chik b. Raja Zainal Abidin.
y Perancangan masa hadapan

Perancangan pameran 1 Wilayah Persekutuan Menjuarai Transformasi sempena sambutan hari Wilayah Persekutuan 2011. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan
M/S 11 dari 16

kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dan agensi-agensi dibawahnya akan menganjurkan Pameran 1 Wilayah Persekutuan Menjuarai Transformasi sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011. Pameran ini akan diadakan di Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur bermula pada 1 hingga 31 Mac 2011. Ianya dibuka pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari pada tarikh berkenaan. Antara yang dapat dilihat adalah pembangunan kesemua wilayah di bawah KWPKB bermula sejak ianya diteroka sehingga era pembangunan masa kini dan perancangan masa hadapan.

y Keunikan

Keunikan DBKL adalah daripada segi bangunannya yang pernah dicatat di dalam Malaysia Book of Records. Tercatatnya nama DBKL di dalam Malaysia Books of Records kerana telah memasang skrin video terbesar di luar bangunan DBKL. Objektif pemasangan skrin besar ini kerana ingin menayangkan kejohanan bola sepak piala dunia. Projek ini telah menarik lebih kurang 60,000 penonton menyaksikan perlawanan akhir kejohanan bola sepak piala dunia antara Belanda dan Sepanyol Datuk bandar . Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail telah menerima sijil bagi Skrin video LED di luar bangunan terbesar untuk menyaksikan perlawanan piala dunia di Malaysi . a Memang terbuktilah reka bentuk bangunanya yang unik dan stabil ini membuatkan ramai pelancong tertarik sama ada pelancong di kalangan warganegara mahupun pelancong dari negara asing.

M/S 12 dari 16

RUMUSAN
Saya Amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengalaman dan nilai yang telah saya pelajari. DBKL adalah pentadbiran yang sangat penting bagi bandaraya Kuala Lumpur di negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan DBKL ini mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara.Dengan cara pentadbiran yang diuruskan oleh DBKL ini telah berjaya menjadi ikon kepada bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa aktiviti penting yang dianjurkan seperti aktiviti bergotong-royong dan membuat kelas malam (kelas NADI). Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini sehingga sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang pentadbiran DBKL.

M/S 13 dari 16

Bangunan DB

alan Raja Laut uala Lumpur,Wilayah Persekutuan,50350.

Skrin yang menayangkan perlawanan bola sepakpiala dunia yang dibuat oleh pihak DB L(kiri , sambutan Hari Kemerdekaan dihadapan bangunanDBKL(tengah) dan sambutan pada Hari Earth Hour oleh pihak DBKL (kanan).

M/ 1 dari 16

Lokasi bangunan DBKL. Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50350.

M/S 15 dari 16

RUJUKAN 1) Orang sumber y En.Hishamudin b. Othman,Guru Sejarah Tingkatan 3, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. 2) Internet
y y y

http://www.scribd.com/doc/13777110/KERJA-KURSUS-SEJARAH http://shw.kenitra1975.fotopages.com/7015935/Bangunan-DBKL-penuh-disalutJalur-Gemilang.html http://lp.moe.gov.my/files/kerjakursus/2011/PMR/21-2%202011/2011%20212%20kk.pdf

3) Buku y Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, Ramlah binti Adam, Abdul Hakim bin Samuri, Muslimin bin Fadzil.

M/S 16 dari 16

You might also like