You are on page 1of 25

SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (A)Alatan fizikal Bahagian ini akan membantu pelajar untuk member fokus bagaimana

a persekitaran sekolah itu dibentuk Aktiviti 1 Data Sekolah Kebangsaan Titi Gantong (SKTG)

Bilangan murid keseluruhan :

232

purata murid dalam kelas : Saiz kelas :

30

30X20

Bilangan bilik darjah :

Lelaki 11

Perempuan 09

Bilangan guru :

Nama Sekolah

Sekolah kebangsaan Titi Gantong, Sg Limau 09100, Baling Kedah.

Kedudukan Sekolah:

Luar bandar

Aktiviti 2 SUASANA BILIK DARJAH Lukiskan pelan 2 buah bilik darjah yang anda lawati semasa orientasi ini. Bagi setiap kelas, jawab soalan berikut : PELAN BILIK DARJAH (A) KELAS 1 CERDIK (PENDIDIKAN ISLAM)

X Meja Guru

PAPAN TULIS

PINTU

SUDUT BACAAN

PINTU

ALMARI BAHAN

PAPAN KENYATAAN

Petunjuk: X

Kerusi

Murid sederhana

Murid Cerdas 2

Murid Lemah

PENURUAAPELAN BILIK DARJAH (B) KELAS 2 cerdik (PENDIDIKAN ISLAM)

PINTU

SUDUT BACAA N
PAPAN KENYATAAN

MEJA GURU PINTU PAPAN TULIS

Petunjuk: Murid Cerdas X Kerusi

Murid Sederhana

Murid Lemah

(1) Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di kelas dan bagaimana ianya digunakan ?

Sumber

asas

papan

tulis

dihadapan

kelas.Guru

merancang

dan

bijak

mengunakannya supaya murid dapat membaca dan memahami apa yang tertera di papan tulis.

Sumber elektronik seperti radio,LCD digunakan pada permulaan pelajaran dalam proses kemahiran mendengar dan bertutur. -Guru memperdengarkan rakaman kepada murid-murid. -Murid mendengar perkataan dengan baik dan dapat menyebut dan bertutur perkataan tersebut.

Sumber bukan elektronik seperti kad imbasan dan kad suku kata. -Guru mempamerkan kad imbasan serta menyebut perkataan yang tertera pada kad imbasan tersebut. -Murid mendegar serta mampu menyebut dengan betul. -Guru membahagikan kepada empat kumpulan. -Murid diminta membentuk kad suku kata supaya menjadi perkataan. Sumber elektronik digunakan disudut pandang dengar di hadapan kelas dan disimpan di pusat sumber selepas digunakan. Sumber bukan elektronik digunakan di waktu pembelajaran dan dilekatkan di papan kenyataan selepas tamat pembelajaran .Supaya murid boleh membuat rujukan bahan bacaan.

(2) Apakah bahan yang murid boleh gunakan bila mereka memerlukan?

Bahan-bahan bercetak seperti gambar,kad suku kata, kad perkataan dilekatkan di papan kenyataan Sebagai bahan pengajaran bilik darjah dipamerkan untuk dijadikan bahan bacaan tambahan disamping menjadi ransangan murid untuk menjalankan aktiviti tambahan sama ada dengan tanpa pengawasan guru.

Buku-buku cerita dan majalah kanak-kanak diletakkan di sudut bacaaan sebagai bahan tambahan kepada buku teks dan menjadi bahan bacaan di waktu lapang.

Bahan elektronik seperti LCD yang digunakan di bawah kawalan guru di waktu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai bahan ransangan untuk aktiviti pembelajaran seterusnya.

(3) Sejauh mana pengerakan murid dibenarkan? Murid dapat bergerak bebas dibawah pengawalan guru. Murid diberi tugasan, serta adakan permainan yang berkaitan dengan

pembelajaran mereka.

(4) Kenalpasti caramana murid diletakkan dalam kumpulan? Terdiri daripada murid-murid pelbagai kebolehan didalam satu kumpulan. Tidak dilebelkan murid cerdas,sederhana dan lembab. Dibentuk berasakan aktiviti atau tugasan yang diberikan kepada mereka. Murid yang agak lemah dan nakal ditempatkan dibarisan hadapan kelas kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada guru serta proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. (5) Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas? Kelas Pertama Tahun 1 cerdik

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik yang terbaik bagi menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran didalam kelas.

Kedudukan

murid

dalam

kumpulan

mengikut

tahap

pencapaian

masing-

masing,supaya guru dapat menumpukan perhatian kepada murid yang lemah. Keadaan didalam kelas agak kurang terkawal.

Kelas Kedua Tahun 2 cerdik

Kurang mempelbagaikan pengunaan alatan atau bahan bantu mengajar. Kedudukan murid didalam kelas tidak mengikut tahap pencapaian dan kebolehan mereka. Kawalan didalam kelas agak baik.

(6) Apakah yang membuatkan ianya berbeza? Perbezaan ini berlaku disebabkan

Cara penyampaian guru untuk menarik minat murid. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti ABM, kad imbasan dan sebagainya dapat membantu murid-murid dalam memahami dan mengikuti pelajaran yang diberikan

Kawalan kelas yang berkesan dari guru memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran .

(C)Peraturan dan Disiplin Sekolah Aktiviti 3 1) Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah. Perkara 1 : Kehadiran. 1.1 Tiap-tiap pelajar mesti hadir ke sekolah pada hari-hari persekolahan. 1.2 Bagi pelajar-pelajar yang tidak hadir selama TIGA hari berturut-turut tanpa surat keterangan dari ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah akan menyiasat dan menulis surat kepada ibu bapa atau penjaga berkenaan. 1.3 Jika seseorang pelajar itu tidak hadir atas sebab-sebab tertentu, ibu bapa atau penjaganya mestilah menghantar surat-surat doktor kepada guru kelas berkenaan. 1.4 Pelajar-pelajar juga diwajibkan hadir untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang berkenaan. Perkara 2 : Kedatangan. 2.1 Pelajar tidak dibenarkan datang lewat. Pelajar-pelajar diwajibkan berada di dalam sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan. 2.2 Pelajar-pelajar yang datang lewat tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan disiplin Perkara 3 : Perhimpunan. 3.1 Semasa perhimpunan sekolah, tiap-tiap pelajar diwajibkan hadir. Pelajar-pelajar hendaklah beratur mengikut kelas dan berjalan dengan teratur ke tempat perhimpunan. Di tempat perhimpunan mereka hendaklah duduk berbaris mengikut kelas masing-masing seperti yang ditetapkan. 3.2 Semua pelajar dikehendaki mengaminkan bacaan doa dan apabila menyanyikan lagu kebangsaan NEGARA KU,lagu negeri kedah dan lagu sekolah berdiri dengan teratur dan penuh semangat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar menghormati lagu kebangsaan dengan berdiri tegak apabila lagu ini dinyanyikan. 3.3 Semua ucapan dan pengumuman yang dibuat, semua pelajar dikehendaki sentiasa senyap dan memberikan perhatian.
7

3.4 Setelah perhimpunan selesai pelajar-pelajar mestilah berjalan kembali ke kelas mengikut baris berpandukan kepada arahan pengawas.

Perkara 4 : Pakaian seragam. 4.1 Setiap pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang telah ditetapkan semasa berada di sekolah pada setiap masa. Pakaian mestilah bersih dan kemas. 4.2 Pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian yang kemas dan seragam ini dari rumah, dari awal waktu persekolahan sehingga pulang ke rumah. 4.3 Semasa diadakan pendidikan jasmani pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian khas yang telah ditetapkan oleh Guru Pendidikan Jasmani. Perkara 5 : Rambut dan kuku . 5.1 Pelajar-pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek (bersikat). 5.2 Pelajar lelaki yang melanggar peraturan 5.1 akan dikenakan tindakan disiplin, iaitu rambut pelajar berkenaan boleh dipotong oleh guru disiplin. 5.3 Pelajar-pelajar perempuan dinasihatkan berambut pendek dan bertudung. 5.4 Pelajar-pelajar dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat atau sebagainya. Perkara 6 : Tatatertib & Kesopanan 6.1 Dalam Bilik Darjah 6.1.1 Tidak di benarkan buat bising,merayau tanpa tujuan serta mengganggu rakanrakan sekelas semasa ketiadaan guru dan lain-lain pelakuan yang boleh mengganggu suasana. 6.1.2 Mesti patuh kepada arahan ketua kelas 6.13 Menjaga kebersihan kelas berdasarkan jadual bertugas yang di tetapkan. 6.14 Sentiasa beratur semasa keluar dari kelas untuk ke kelas lain dan waktu rehat 6.15 Meminta kebenaran guru atau ketua darjah untuk keluar masuk kelas semasa ketiadaan guru. 6.16 Memastikan semua kerusi di angkat ke atas meja sebelum pulang.

6.2 Waktu Rehat (kantin) 6.2.1 Berbaris semasa membeli makanan/minuman. 6.2.2 Makan dan minum dengan cermat. 6.2.3 Ikut arahan pengawas yang bertugas. 6.2.4 Jangan berlari-lari dan membuat bising di kantin 6.2.3 Apabila loceng berbunyi menandakan habis waktu rehat, pelajar-pelajar dikehendaki dengan segera masuk ke kelas masing-masing tanpa membuat bising. 6.3 Dalam Bilik Guru: 6.3.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik guru tanpa arahan atau kebenaran dari guru. 6.3.2 Mengambil apa-apa barang dalam bilik guru tanpa kebenaran atau arahan guru adalah satu kesalahan. 6.4 Dalam Bilik Pusat Sumber: 6.4.1 Bilik Perpustakaan adalah tempat bermutalaah. Tiap-tiap pelajar dikehendaki memelihara dan mematuhi peraturan-peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan serta mematuhi arahan-arahan Pengawas Pusat Sumber bertugas. 6.5 Dalam Bilik Sains & Bengkel Kemahiran Hidup: 6.5.1 Setiap pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan di bilik-bilik tersebut, sebagaimana yang telah ditetapkan. 6.5.2 Para pelajar dikehendaki beratur dengan tertib di luar kelas sebelum bergerak masuk ke makmal sains atau bengkel selepas diarahkan oleh guru berkenaan. Pelajarpelajar tidak dibenarkan membuat bising semasa menuju ke tempat tersebut. 6.6 Persatuan / Kelab dan Unit Berpakaian Seragam: 6.6.1 Para pelajar bertanggungjawab ke atas kejayaan sesuatu persatuan / pertubuhan yang dianggotainya. 6.6.2 Para pelajar yang terlibat dengan aktiviti Persatuan Kelab / Pasukan Beruniform mestilah hadir pada waktu yang ditetapkan.

6.6.3 Para pelajar yang hadir untuk menyertai sebarang aktiviti Persatuan / Kelab / Pasukan Seragam sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah mestilah berpakaian seragam yang lengkap. 6.7 Latihan / Permainan Untuk Rumah / Sekolah: 6.7.1 Para pelajar dikehendaki patuh kepada Persatuan atau arahan guru yang bertanggungjawab mengenai latihan / permainan rumah atau sukan. 6.7.2 Pelajar-pelajar dilarang berkeliaran di kaki lima bangunan sekolah, para pelajar hendaklah berada di kawasan padang sahaja. 6.7.3 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah dan membawa pakaian yang sesuai untuk permainan dan latihan. 2) Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan tersebut? Pelajar-pelajar di sekolah ini tidak dibekalkan buku disiplin tetapi hanya pengawas sekolah sahaja dibekalkan buku disiplin. Ini kerana pelajar-pelajar sering mengabaikan buku disiplin dan tidak membacanya. Oleh sebab itu, peranan pengawas-pengawas sekolah amat penting bagi membantu mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Peranan pengawas sekolah ialah: i) Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh pelajar-pelajar sekolah ini. ii) Pengawas-pengawas perlu menjalankan tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani ketika menjalankan tugas. 3) Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah

Murid yang di dapati melakukan kesalahan akan di kenakan hukuman setelah di dapati dengan sengaja melanggar peraturan-peraturan sekolah atau mana-mana peraturan yang di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan atau jabatan pendidikan negeri kedah.

Hukuman / Tindakan Tatatertib Yang Dicadangkan: KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN

1.0 Amaran / Peringatan

Sebahagian besar daripada komponen guru bergantung kepada kemampuannya menguruskan bilik darjah. Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada isi ini

10

termasuklah persediaan, merancang, menstruktur pengajaran, pengurusan strategi pengajaran dan hubungan dengan murid. a) Pengurusan Bilik Darjah Pengalaman pembelajaran seseorang murid itu adalah dipengaruhi oleh bagaimana ianya di perkenalkan kepadanya. Murid akan hilang tumpuan jika sesuatu aktiviti itu dijalankan pada jadual waktu yang terlalu lama. Mereka memerlukan rangsangan untuk bertahan. Peranmulaan dan penutup sesuatu pelajaran iaitu adalah fasa-fasa kritikal dalam perancangan seseorang guru. Pergerakan dari satu aktiviti kepada satu aktiviti yang lain dan memulakan dan menghabiskan tugasan memerlukan kemahiran seorang guru. 1) Bagaimana murid memberi tumpuan. Guru (A) Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan sehala. Ini kerana penyusunan bilik darjah tersebut menggunakan pendekatan pemusatan guru. Komunikasi sehala ini berlaku di mana pelajar mendengar sahaja penerangan yang diberikan oleh guru. Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik.

Guru (B) Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan sehala. Ini kerana penyusunan bilik darjah tersebut menggunakan pendekatan pemusatan guru. Komuniksai sehala ini berlaku di mana pelajar mendengar sahaja penerangan yang diberikan oleh guru. Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik kerana guru melibatkan penglibatan semua pelajar .

2) Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan? GURU (A)

11

Semua murid terlibat dalam perbincangan. Guru melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana muridmurid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat .

Murid yang aktif kemungkinan amat meminati subjek yang diajar atau menyenangi cara guru mengajar. Dengan ini mereka aktif bertanya pelbagai soalan dan guru ini juga sentiasa mengajukan soalan kepada murid-murid tersebut supaya menjawab.

GURU (B) Semua murid terlibat dalam perbincangan. Guru melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana muridmurid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat lagi.

Murid-murid lebih prihatin, aktif dan memberi tindakbalas yang baik dalam aktiviti perbincangan kerana guru mengunakan bahan ABM.

3) Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?

GURU (A)

Guru ini melakukan pengajaran melalui penerangan, tunjuk cara dan amali. Ia juga melibatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Guru ini memberi latihan dan kerja rumah kepada murid-murid supaya dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila guru memberi tekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya turut berubah turun/ naik. Sekiranya guru ini tidak mengunakan kaedah ini, kemungkinan murid sukar untuk membezakan antara perkara yang penting atau tidak penting.

12

GURU(B) Guru memulakan pelajaran dengan memberitahu pelajar tentang objektif yang akan dicapai. Fakta-fakta penting dijelaskan dengan contoh yang tepat. Guru ini memberi latihan dan kerja rumah kepada murid-murid supaya dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila guru meberi tekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya turut berubah. Sekiranya guru ini tidak mengunakan kaedah ini, kemungkinan murid sukar untuk membezakan antara perkara yang penting atau tidak penting.

4) Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan GURU (A)

Ya. Guru ini dapat memberikan arahan dengan baik melalui pertuturan yang jelas dan tepat. Buktinya, sekiranya murid-murid tidak dapat memahami pengajaran tersebut mereka akan meminta guru tersebut mengulanginya.

Sewaktu berkomunikasi di dalam kelas, guru ini memastikan sebutan yang digunakan mengikut bahasa melayu baku yang boleh diterima oleh semua murid.

Guru ini menekankan konsep kejelasan suaranya ketika mengajar di dalam kelas. Oleh itu suara guru perlulah cukup kuat supaya didengar oleh semua murid. Sekiranya murid-murid dibahagian belakang tidak dapat mendengar suara guru dengan jelas sudah tentu mereka juga sukar memberi perhatian apa yang diajar oleh guru . Akhirya masalah disiplin pula akan timbul seperti membuat bising didalam kelas dan sebagainya.

GURU (B)

13

Ya. Guru ini menggunakan sebutan yang baik dan suara yang lantang. Buktinya, keseluruhan murid dapat mendengar dengan baik dan guru akan menyoal sama ada murid faham atau tidak.

Sewaktu berkomunikasi di dalam kelas, guru ini memastikan sebutan yang digunakan mengikut bahasa melayu baku yang boleh diterima oleh semua murid.

Guru ini menekankan konsep kejelasan suaranya ketika mengajar di dalam kelas. Oleh itu suara guru perlulah cukup kuat supaya didengar oleh semua murid. Sekiranya murid-murid dibahagian belakang tidak dapat mendengar suara guru dengan jelas sudah tentu mereka juga sukar memberi perhatian pada apa yang diajar. Akhirnya masalah disiplin lain pula timbul seperti kebisingan dan sebagainya.

5) Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif? GURU (A) Guru ini memberikan arahan dengan tepat dan jelas kepada murid-murid supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan efektif melalui cara pengajaran secara verbal (lisan). Guru ini melihat cara murid melakukan tugasan yang diberi supaya murid-murid tidak tersilap melakukan tugasan. Sekiranya terdapat kesilapan dalam melakukan tugasan murid-murid ini ditegur secara baik dan diminta oleh guru supaya dapat memperbaiki kembali.

14

GURU (B) Guru ini memberikan arahan dengan tepat dan jelas kepada murid-murid supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan efektif melalui cara persembahan bahan (surat khabar). Guru ini melihat cara murid melakukan tugasan yang diberi supaya murid-murid tidak tersilap melakukan tugasan. Sekiranya terdapat kesilapan dalam melakukan tugasan murid-murid ini ditegur secara baik dan diminta oleh guru supaya dapat memperbaiki kembali.

6) Bagaimanakah guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid telah siap tugasan? GURU (A)

Guru ini dapat mengelola dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan disiplin bilik darjah terutamanya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan. Di awal proses pengajaran dan pembelajaran guru ini telah memperingatkan muridmurid supaya menghantar tugasan yang lepas di akhir waktunya. Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreatif dan gaya pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas.

GURU(B) Guru ini tegas apabila memberi tugasan kepada murid. Murid-murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan yang lepas diarahkan supaya menyatakan sebab kerja tersebut tidak dapat disiapkan. Guru tersebut memberi amaran yang tegas kepada murid-murid yang tidak mempunyai alasan yang kukuh dan berharap mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut. Guru ini memberi penegasan bahawa beliau tidak akan menyemak tugasan muridmurid sekiranya jumlah buku latihan yang dihantar tidak mencukupi. Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreatif pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas dan gaya

15

7) Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain? GURU (A) Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak segera untuk menguruskan murid dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain. Guru ini menyedarkan murid-murid apabila guru ingin berubah dari satu tajuk ke tajuk yang lain ataupun daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain. Langkah ini perlu kerana murid-murid perlu mengadakan persediaan mental sebelum menerima maklumat baru. Kemungkinan juga murid-murid yang terlalu menumpukan perhatian kepada latihan yang diberikan terlepas penerangan guru melibatkan timbul kekeliruan apabila menyedari perkara yang dibincangkan pada masa itu tidak releven dengan apa yang dipelajarinya sebelumnya.

GURU (B) Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak segera untuk menguruskan murid dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain. Guru ini menyedarkan murid-murid apabila guru ingin berubah dari satu tajuk ke tajuk yang lain ataupun daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain. Langkah ini perlu kerana murid-murid perlu mengadakan persediaan mental sebelum menerima maklimat baru. Kemungkinan juga murid-murid yang terlalu menumpukan perhatian kepada latihan yang diberikan terlepas penerangan guru melibatkan timbul kekeliruan apabila menyedari perkara yang dibincangkan pada masa itu tidak releven dengan apa yang dipelajarinya sebelumnya.

16

8) Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi? GURU (A) Guru ini memberi peringatan kepada murid-murid supaya mereka dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Dalam hal ini murid-murid akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja lain. Misalnya, murid-murid tidak bersedia menonton rancangan televisyen kegemaranya selagi tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Walaubagaimanapun, tahap kepatuhan bergantung kepada taraf kematangan murid-murid dan jenis tugasan yang diberikan. Tugasan yang menarik dengan tempoh yang sesuai dan sesuai pula dengan taraf kematangan dan umur murid menjadikan disiplin arahan kerja terlaksana.

GURU (B) Guru ini memberi peringatan dengan tegas kepada murid-murid supaya mereka dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Dalam hal ini murid-murid akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja lain. Misalnya, murid-murid tidak bersedia menonton rancangan televisyen kegemaranya selagi tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Walaubagaimanapun, tahap kepatuhan bergantung kepada taraf kematangan murid-murid dan jenis tugasan yang diberikan. Tugasan yang menarik dengan tempoh yang sesuai dan sesuai pula dengan taraf kematangan umur murid.

17

9) Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya? GURU (A) Guru membuka sesi persoalan kepada murid-murid tentang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sebelum guru ini menamatkan pengajarannya, beliau membuka sesi persoalan kepada murid-murid untuk memastikan kefahaman murid. Guru mengingatkan pelajar apa yang perlu dibawa pada minggu hadapan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

GURU (B) Guru membuka sesi persoalan kepada murid-murid tentang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan Guru mengingatkan pelajar dengan tegas supaya dapat menyiapkan kerja rumah yang dibuat pada hari tersebut. Guru memberi motivasi dan nasihat kepada murid-murid di akhir waktu pengajaran dan pembelajarannya.

B. Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran Guru mempunyai kemahiran yang pelbagai. Ada yang jelas, seperti menulis dengan kemas dan jelas di papan tulis. Guru yang berkemahiran akan membuatkan sesuatu yang susah itu kelihatan mudah. Oleh yang demikian, adalah wajar seseorang bakal guru itu memiliki kemahiran ini memerlukan banyak latihan.

18

Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar. 1) Penggunaan soalan GURU (A)

Teknik soal jawab secara lisan. Soalan-soalan yang diberi berdasarkan topik yang lepas. Penggunaan tatabahasa, tanda soal. Contoh: "APAKAH?."

GURU (B) Di awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru melakukan kemahiran penyoalan yang membantu pelajar mengingatkan kembali ilmu pengetahuan yang lepas. Kemahiran penyoalan yang digunakan dapat mengcungkil fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Perkataan dan istilah soalan yang digunakan diajukan dengan lebih mudah difahami oleh murid-murid. Bentuk soalan yang diberikan adalah ringkas, padat dan jelas.

2) Memberi penerangan GURU (A) Penerangan yang jelas tentang topik yang dipelajari. Penerangan yang dibuat disertakan dengan contoh dan cerita supaya dapat menarik perhatian murid.

GURU (B) Guru memberi penerangan yang baik kepada murid-murid tentang isi pelajaran dengan menggunakan contoh dan ABM. Guru menerangkan dan membaca isi pelajaran dengan menunjukkan buku teks.

19

Guru menerangkan topik tersebut berdasarkan pengetahuan murid-murid terhadap pelajaran yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna.

Selepas aktiviti penerangan guru menggalakan murid-murid bertanya mana-mana perkara yang mereka kurang faham.

3) Pengerakan penyampaian dalam pengajaran GURU (A)

Guru membuat latihan praktikal bersama murid. Guru banyak melakukan pergerakan dalam kelas dari hadapan ke belakang semasa menyampaikan supaya dapat memberi keterangan yang jelas kepada pelajar.

GURU(B) Guru melakukan perubahan pergerakan langkah di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cara bergerak ke kiri dan ke kanan serta ke hadapan dan ke belakang. Guru juga melakukan pergerakan anggota seperti menggerakan tangan dan kepala dan ianya dapat menarik minat murid-murid. 4) Pengunaan alatan GURU (A) Tiada penggunaan ABM.

GURU (B) Guru mengajar murid-murid dengan menggunakan ABM dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya penyampaian pengajaran lebih mudah, tepat, cepat serta menarik .

5) Respons kepada kerja murid GURU (A)

20

Guru menitik beratkan kerja-kerja murid dan sentiasa memberi respons yang baik dengan member pujian kepada murid yang membuat tugasan dengan baik.

GURU (B)

Guru amat tegas dalam aspek tugasan atau kerja rumah yang di berikan kepada para murid. Guru akan memastikan semua buku latihan di hantar oleh para murid sebelum menyemak lebaran kerja yang telah di berikan.

6) Pengunaan suara dan eye contact GURU (A)

Penggunaan suara guru amat jelas dan akan mengulangi setiap yang diperkatakan. Penggunaan eye contact guru sangat baik kerana ia tidak melihat kepada segelintir pelajar sahaja tetapi kepada keseluruhan pelajar.

GURU (B) Pertuturan suara guru amat jelas dan tepat. Guru ini menggunakan suara yang lantang. Pandangannya tertumpu pada satu tempat sahaja dan mengambil masa untuk mengalihkan pandangan ke tempat lain.

7) Pengerakan badan GURU (A) Guru banyak menggunakan pergerakan tangan kerana ia bersesuaian dengan topik yang diajar. Guru sentiasa bergerak melihat dan memantau keadaan murid.

21

GURU (B) Guru melakukan banyak pergerakan anggota badannya yang melibatkan tangan dan kepala supaya dapat menarik minat dan kecenderungan murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

AKTIVITI 6 Hasilkan daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan kelemahan, persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan apa yang anda dapat pelajari daripadanya. KEKUATAN
Guru mempunyai daya kemahiran dan kecekapan mengajar yang tinggi

Guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan untuk meningkatkan minat murid mengikut mata pelajaran. Menghargai dan memuji murid-murid yang berkelakuan baik ataupun menunjukkan prestasi dan pencapaian baik dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dan melayan soalan dan idea murid dengan sikap terbuka

22

Guru mengingati setiap nama murid dalam kelas,mereka sedar bahawa guru benar-benar mengenali mereka masing-masing dan memberi perhatian dengan baik.
Mengunakan strategi pemusatan murid

dan bahan-bahan semasa menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru bersifat penyayang dan sering tunjuk air muka yang manis demi merapatkan hubungan guru dengan murid. Guru mengajar murid kumpulan dan individu. KELEMAHAN
1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik akan menjadikan murid

berdasarkan kebolehan mereka khasnya dalam aktiviti

murid merasa bosan dan mula membuat bising ,dan seterusnya menimbulkan masalah displin yang mengganggu komunikasi guru dengan murid dalam bilik darjah. *Cara mengatasi:
Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik menggunakan

strategi pemusatan murid dan bahan pelajaran untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2)

Guru tidak mahir mengunakan alat dan bahan pengajaran dengan baik .Mereka mungkin tahu memilih alat dan bahan bantu yang sesuai dengan pelajaran tetapi mereka tiada kepakaran dalam menghasilkan bahan atau mengolah alat disebabkan kurang pengetahuan atau pendedahan tentangnya. * Cara mengatasi
Guru perlu ada pendedahan tentang cara mengunakannya dan membuat

persediaan awal sebelum mengajar agar pengurusan masa berjalan dengan baik mengikut apa yang dirancang.
3)

Kadang-kadang guru menggunakan nada suara yang membosankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran * Cara mengatasi:

23

Untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan guru harus menggunakan nada

bervariasi rangsangan demi menarik perhatian murid untuk mendengar.


4) Guru yang jarang merancang pelajarannya secara sistematik atau tidak Mengikut

rancangan pelajaran yang disediakan dan mengajar sesuka hati akan menjadikan murid-murid tidak dapat memahaminya atau menimbulkan kekeliruan kerana pelajaran yang disampaikan secara tidak sistematik. * Cara mengatasinya :
Guru perlu merancang dan membuat persediaan mengajar lebih awal dan

melaksanakan rancangan pelajaran mengikut sistematik ,menarik dan bermakna. KELAINAN


1) Penggunaan

sukatan yang diberikan secara

sumber

eletronik

sebagai

bahan

bantu

mengajar

untuk

menyampaikan makna dan konsep dengan lebih jelas lagi disamping merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran. 2) Memasukkan unsur nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan diiringi muzik.
3) Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku diluar bilik darjah sekitar sekolah.

3. Kemudahan Fizikal Dan Peralatan Buat lawatan di sekolah dan perhatikan apakah kemudahan dan alatan yang disediakan bagi kegunaan guru dan murid yang boleh menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Berikan cadangan bagaimana ianya boleh digunakan semaksimanya. Apakah kemudahan dan alatan yang anda rasa perlu ada di sekolah itu tetapi belum diwujudkan. Buat nota ringkas

Bil. 1.

Bentuk kemudahan / alatan Makmal Teknologi Maklumat dan Komputer (ICT)

Ada/ tiada Ada

Cadangan
Memperbaiki komputer dan

talian internet yang rosak sekian lama. Semua pelajar perlu diberi peluang untuk

24

menggunakannya. 2. Pusat Sumber Ada Menambah buku-buku keagamaan.

3.

Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Ada

Membimbing pelajar-

pelajar yang bermasalah Tiada


Dewan ini perlu di bina

4.

Dewan Besar

untuk kemudahan menjalankan aktiviti sekolah. 5. Surau Ada


Supaya dapat

mengubahsuai surau tersebut supaya kelihatan lebih ceria 6. Bilik Kemahiran Hidup Ada Supaya dapat mengubahsuai bilik tersebut secepat mungkin untuk kemudahan muridmurid mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan baik.
Meningkatkan. tahap

kemasan dan susunan barang dalam bilik. 7. Makmal Sains Ada Mengaktifkan daya fungsi bilik sains sekolah

25

You might also like