You are on page 1of 19

SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud

Institusi Pentadbiran Tempatan Majlis Daerah Samarahan(MDS)

Nama murid : Nur Hidayah binti Jamail Tingkatan : 3 Maliki Guru : En.Bakri

Tandatangan murid,

Tandatangan guru,

Senarai Kandungan

Bilangan 1 2 3 4 5 6 7 8

Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Rujukan Lampiran

Muka Surat 3 4 5 6 7 15 16 17

Penghargaan
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaNYA saya dapat menyiapkan

kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa diberikan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Ayahanda Junaidi ,Pengetua Sekolah Menengah Pesantren Abdul Taib Mahmud kerana memberi keizinan kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, ucapan terima kasih saya tujukan kepada guru matapelajaran sejarah saya iaitu Cikgu Bakri kerana sudi member tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya bagi menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya di atas sokongan moral dan kewangan yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu, Nur Anniesa, Nurafshaniza dan juga Nur Aidatul Mazlin. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi membantu dan memberikan kerjasama dengan saya sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali,saya ucapkan terima kasih kepada penduduk tempatan dan juga para responden diatas kesudian memberikan maklumat-maklumat yang saya perlukan bagi menyiapkan kajian ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Pendahuluan

Nama saya Nur Hidayah binti Jamail, merupakan pelajar dari kelas 3 Maliki SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud. Bagi memenuhi mata pelajaran Sejarah, saya telah diwajibkan untuk membuat satu kajian. Saya telah memilih tajuk Pihak Berkuasa Tempatan dan saya telah memilih Majlis Daerah Samarahan sebagai institusi kajian saya kali ini. Saya memilih institusi ini kerana maklumat mengenainya amat mudah untuk diperolehi. Di samping itu, jarak di antara kawasan saya dengan lokasi kajian adalah tidak begitu jauh. Jadi, amatlah mudah bagi saya untuk membuat kajian serta pemerhatian bagi tajuk kajian saya kali ini. Tempoh bagi kajian saya kali ini ialah dua bulan. Dalam masa yang telah diberikan, saya dikehendaki menyiapkan kajian ini dengan sebaik mungkin dan dihantar pada waktu yang telah ditetapkan.

Objektif Kajian
Sebagai Syarat Pengambilan Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR)

3.1

Objektif kepada kajian yang telah saya lakukan pada kali ini adalah sebagai tugasan dan syarat untuk saya mengambil ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2011 bagi subjek Sejarah.

3.2

Memupuk Semangat Cintakan Daerah

Selain itu, kajian ini dilakukan bagimemupuk semangat cintakan daerah serta kesejahteraannya. Malah kajian ini dapat mewujudkan semangat bertanggungjawab di dalam diri seorang pelajar bagi menjaga dan memelihara daerah yang didiami.

3.3

Memupuk Semangat Kerjasama

Semasa kajian ini dilakukan, saya dan juga rakan-rakan telah bersama-sama mencari maklumat dan bahan-bahan yang diperlukan bagi menyiapkan kajian ini. Melalui tugasan ini,

kami telah memupuk semangat kerjasama diantara ahli kumpulan. Perkara ini secara tidak langsung telah membantu kami menyiapkan kajian ini dengan lebih mudah dan cepat.

Kaedah Kajian

Bagi melaksanakan tugasan Sejarah ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian seperti yang berikut:

4.1 Kaedah Pemerhatian

4.1.1 Saya telah melawat Majlis Daerah Samarahan. 4.1.2 Disini saya telah memerhati sekitar kawasan Majlis Daerah Samarahan bagi memperolehi maklumat yang diperlukan.

4.2 Kaedah Rujukan

4.2.1 Saya ada membuat sedikit rujukan mengenai institusi kajian saya. 4.2.2 Saya telah melayari internet ke laman web (MDS) dan memuat turun maklumat-maklumat yang berkaitan. 4.3.3 Di samping itu,saya juga ada merujuk kepada buku teks Sejarah Tingkatan 3 tentang cara-cara untuk membuat kerja kursus Sejarah ini.

Hasil Kajian

5.1.Institusi Pentadbiran Tempatan:

Dalam kajian ini, saya telah memilih institusi pentadbiran Majlis Daerah Samarahan atau nama ringkasnya MDS. Majlis Daerah Samarahan terletak di daerah Samarahan yang kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuching. Majlis Daerah Samarahan telah diwartakan pada 27 Disember 1984 dan melaksanakan kuasa untuk mentadbir kawasan-kawasan di bawah jagaannya bermula 1 Januari1985.

Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kawalan Majlis Daerah Samarahan termasuk Daerah kecil Asajaya dan Daerah kecil Sadong Jaya. Pengerusi Majlis atau lebih dikenali sebagai Wali-kota, mengetuai Majlis Daerah Samarahan berdasarkan peruntukan di bawah Ordinan kuasa-kuasa Tempatan (The Local Authority Ordinance). Daerah Samarahan mempunyai keluasan 593.9 kilometer persegi. Berdasarkan kepada Banci Penduduk 2000, jumlah penduduk bagi Daerah Samarahan adalah (46,966) dan Asajaya (28,513) ialah 75,476. Rupa bentuk muka bumi di Daerah Samarahan adalah rata dan kebanyakannya terdiri dari tanah pamah atau gambut. Keadaan tanah seperti inilah yang sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian dan disinilah projek IADA dijalankan. Antara komoditi yang dihasilkan ialah tanaman limau manis, kelapa, kelapa sawit dan nanas. Terdapat juga tanaman kontan yang popular iaitu padi sawah, tembikai, jagung manis dan sayur-sayuran. Namun begitu terdapat juga kawasan perindustrian (Samarahan Industrial Zone) yang terletak bersebelahan Kampung Tanjung Bundong. Keluasan Zon Perindustrian Samarahan ialah seluas 62.213 hektar.

Visi utama MDS ialah untuk menjadikan MDS Kearah Sebuah PBT Ynag Berkesan Sebagai Pemangkin Pembangunan Ideal Kota Samarahan serta Kawasan-kawasan di Bawah Pentadbirannya Menjelang Tahun 2015.

Bagi mencapai Visi yang ditetapkan, MDS mempunyai beberapa misi seperti berikut sebagai cabaran-cabaran untuk dilaksanakan antaranya ialah:

5.1.1 Kearah merealisasikan MDS sebagai sebuah agensi yang boleh menepati citarasa dan aspirasi masyarakat tempatan melalui sokongan dan kerjasama pihak KASKA dan juga Kerajaan Negeri, secara amnya. 5.1.2 MDS bertanggungjawab terhadap pengwujudan sebuah bandar yang sejahtera, kondusif dan mempunyai persekitaran yang bersih, indah dan cantik melalui penyeliaan yang baik dan berterusan terhadap semua perkhidmatan Majlis dan juga program-program landskapnya. 5.1.3 MDS bertanggungjawab membantu di dalam pembangunan Bandar dan penyediaan infrastruktur asas, kemudahan awam serta rekreasi dan juga pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan awam bagi menjamin taraf hidup yang sihat bagi penduduk tempatan. 5.1.4 MDS bertanggungjawab membantu pihak kerajaan di dalam program-program pembangunan serta perlaksanaan kerja, projek ataupun skim-skim pihak Kerajaan yang dilaksanakan di dalam kawasan tadbirannya. 5.1.5 Berusaha kearah meralisasikan Kota Samarahan sebagai Kota Ilmu dan juga Zon Pengeluaran Makanan/Pertanian menjelang tahun 2015.

MDS diketuai oleh Yang Berhormat Walikota bersama 24 orang Ahli Majlis. Pengerusi Majlis Daerah Samarahan atau lebih dikenali sebagai Walikota yang bertanggungjawab dalam mengetuai Majlis Daerah Samarahan. Pejabat Majlis Daerah Samarahan dibahagikan kepada tiga bahagian utama yang mempunyai peranan masing-masing. Ketiga-tiga bahagian ini bertanggungjawab terus kepada pengerusi dan setiausaha Majlis Daerah Samarahan.

Walikota merupakan seorang ahli politik yang dilantik oleh Yang Di Pertua Negeri berdasarkan peruntukan di bawah Ordinan Kuasa-Kuasa Tempatan (The Local Authority Ordinance).

Majlis Daerah Samarahan terdiri daripada 25 orang ahli yang dilantik termasuk Walikota. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada ahli yang berasal dari komponen Barisan Nasional. Kesemua jawatan ahli majlis merupakan jawatan lantikkan politik mengikut peruntukan di bawah ordinan kuasa-kuasa tempatan.

Ahli-ahli Majlis Daerah Samarahan Nama 1. YB Frederick Bayoi ak Maggie 2. Kr Zakiah binti Haji Basah 3. Kr Hj. Sepawi bin Samat 4. Kr Zol bin Nono 5. Kr Maznah binti Mail 6. Kr Benking ak. Dakak 7. Kr Belland ak Kantol 8. Kr Encik Edward Minggu @ Irwan Abdullah 9. Kr Liu Tek Kong 10. Kr Chew Kian Peng 11. Kr Antan ak Kamis 12. Kr Haji Bujang bin Dillah 13. Kr Haji Bostari bin Brahim 14. Kr Tegak bin Mat 15. Kr JDaily ak Joseph 16. Kr Awg Seperi bin Awang Lee 17. Kr Boniface Nyeik ak Mawin 18. Kr Bakar bin Suut 19. Kr Semawi bin Sulong 20. Kr Jamaiah binti Adeni 21. Kr Lawrence Juh ak Kar 22. Kr Jackson Melintang ak Budit 23. Kr Chin Vui Khun 24. Kr Edward Brandah ak Madi 25. Kr Thomas Ong Hock Eng 26. Kr Sandi ak Bael Jawatan Walikota Timbalan Pengerusi Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli

10

11

5.2 Latar Belakang

Pada awalnya, Daerah Samarahan bermula sebagai daerah kecil yang terletak di bawah Daerah Kuching. Kemudiannya, Majlis Daerah Samarahan (MDS) diwartakan sebagai salah sebuah Majlis Tempatan di Sarawak di bawah peruntukan Local Authorities Ordinance Cap. 117 pada 1 Januari 1985. MDS merupakan satu badan yang digelar Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk di bawah bidangkuasa Kementerian Perumahan Negara Dan Kerajaan Tempatan. MDS melaksanakan kuasa yang diberikan dibawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan dan berkuasa untuk menggubal undang-undang (Local Authority By-Law) di bawah kawasan jagaannya. Penduduk tempatan adalah tertakluk di bawah jagaan Pihak Berkuasa Tempatan. MDS terletak di Daerah Samarahan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Kuching. Majlis Daerah Samarahan telah diwartakan pada 27 Disember 1984 dan melaksanakan kuasa untuk mentadbir kawasan-kawasan di bawah jagaannya bermula pada 1 Januari 1985. Kawasan yang terletak di bawah kawalan MDS termasuklah Daerah Kecil Asajaya dan Daerah Sadong Jaya. Dalam tempoh kira-kira 10 tahun sahaja, banyak pembangunan dan kemajuan yang telah dapat dicapai kesan daripada usaha daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi-agensi Kerajaan dan penglibatan masyarakat setempat dalam melakukan perubahan sedemikian rupa. Kini, wawasan kerajaan ialah supaya Bahagian Samarahan menjadi pusat penyelidikan dan pengajian di negeri ini yang seterusnya menjadi pusat pendidikan yang bertaraf antarabangsa. Ini dapat dilihat melalui beberapa jenis pembinaan pusat pendidikan, latihan dan penyelidikan seperti (Kampus Tetap) Universiti Malaysia Sarawak ,Universiti Teknologi Mara (UITM), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian Samarahan (ILP), Taman Teknologi Sarawak, dan Pusat Perubatan Antarabangsa Sarawak (SIMC). Kesemuanya ini pada suatu hari nanti akan menjadikan Samarahan sebagai salah satu pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan, latihan dan penyelidikan yang pesat di Malaysia.

12

5.3 Peranan 5.3.1 Menyediakan Infrastruktur Asas dan Perkhidmatan Majlis Daerah Samarahan (MDS) berperanan menyediakan infrastruktur asas dan perkhimatan yang cekap untuk memberi keselamatan dan keharmonian kepada orang ramai. Oleh yang demikian, MDS telah merancang, melaksanakan dan mengawal semua pembangunan fizikal dengan berasaskan kepada kehendak undang-undang dan polisi kerajaan dan Majlis.

5.3.2 Menyediakan Peluang Pekerjaan Selain itu, MDS juga telah menyediakan dan meningkatkan peluang-peluang perniagaan. Malah mereka turut menyediakan kemudahan infrastruktur dan rekreasi yang selesa dan harmoni dengan memberi penekanan kepada usaha menambahbaik dan memulihkan kemudahankemudahan yang sedia ada.

5.3.3 Menyediakan Kemudahan Kebersihan dan Pengindahan Bandar Di samping itu, MDS turut menyediakan kemudahan kebersihan dan pengindahan bandar yang secukupnya untuk mewujudkan suasana kehidupan yang selesa dan harmoni. MDS juga telah menguatkuasakan undang-undang Majlis dan undang-undang lain yang diguna pakai untuk mengatasi dan mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi.

5.3.4 Mengawal Urusetia dan Pengurusan Am Organisasi Dari bahagian pentadbiran, MDS bertanggungjawab dalam bidang surat-menyurat dan juga pengurusan am organisasi. Selain itu, MDS turut mengawal selia sistem fail dan pembangunan dan pengurusan sumber manusia. MDS juga bertanggungjawab mengawal urusetia mesyuarat majlis. Di samping itu, MDS turut merancang dan mengawal pengkomputeran pejabat disamping menjaga keselamatan pejabat dan menyelia fungsi-fungsi pejabat.

5.3.5 Menyediakan Kemudahan Perpustakaan Dari bahagian pendidikan pula, MDS telah menyediakan kemudahan perpustakaan disamping dapat membuat pembelian buku. Disini, MDS telah menyelia 20 buah perpustakaan desa dan majlis. Ditambah lagi MDS telah menyediakan kemudahan perpustakaan jalur di kesemua perpustakaan termasuk awam dan desa.

13

5.4 Perkembangan

5.4.1 Ditubuhkan Sejak Tahun 1984 Majlis Daerah Samarahan (MDS) telah diwartakan pada tahun 27 Disember 1984 dan telah banyak berkhidmat untuk penduduk di Kota Samarahan. Institusi Pentadbiran Tempatan ini mempunyai bangunan sendiri yang terletak di daerah Samarahan.

5.4.2 Mengembangkan Pentadbiran Melalui Dana MDS mempunyai sumber kewangan daripada cukai pintu dan juga kerajaan negeri. Di samping itu, MDS juga memperolehi sumber kewangan daripada lesen-lesen kerajaan,sewa tapak perniagaan dan juga sewa tapak letak kereta. Melalui dana yang diterima ini, MDS dapat mengembangkan lagi pentadbirannya.

5.4.3 Mempunyai Bangunan Pentadbiran Sendiri MDS telah banyak berkembang terutamanya dalam bahagian prasarana dan juga fizikal. Ini dapat dilihat dengan wujudnya bangunan MDS sendiri dan juga pejabat-pejabat yang dikhususkan untuk pentadbirannya.

5.4.4 Menjalankan Aktiviti di Dewan Suarah Aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Suarah termasuk kegiatan kebudayaan, kesenian, sukan, rekreasi, sosial dan aktiviti bercorak ilmiah. Antara kemudahan yang disediakan di Dewan Suarah adalah seperti dewan serba guna, dewan pameran, mini muzium, perpustakaan, kompleks stadium sukan, auditorium, gimnasium, asrama, bilik mesyuarat dan bilik orang kenamaan. Hal ini telah memberikan faedah terhadap semua pihak di daerah Samarahan kerana setiap invidu mendapat manfaat masing-masing daripada hasil perkembangan MDS.

14

Rumusan

Kajian Sejarah saya pada kali ini melibatkan Institusi Pentadbiran Tempatan dan saya telah memilih Majlis Daerah Samarahan sebagai kawasan kajian saya pada kali ini. Sesungguhnya kajian pada kali ini telah banyak membantu saya untuk mengenali dan mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai Institusi Pentadbiran Tempatan yang terdapat di Daerah Samarahan. Saya mendapati bahawa Institusi Pentadbiran Tempatan yang terdapat di Daerah

Samarahan iaitu Majlis Daerah Samarahan telah banyak berkhidmat untuk penduduk tempatan. Hal ini telah memberikan kesedaran sivik kepada saya supaya lebih bertanggungjawab dan bersyukur diatas segala kemudahan serta khidmat yang telah MDS telah curahkan. Selain itu, kajian ini telah membantu saya untuk menanam semangat patriotisme didalam diri saya. Malah saya belajar untuk menghargai dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan setelah mengetahui penat lelah MDS untuk menyediakan segala kemudahan tersebut. Kajian ini sedikit-sebanyak juga telah melahirkan semangat kecintaan saya terhadap daerah yang saya diami ini. Disamping itu, saya secara tidak langsung juga telah melahirkan semangat kerjasama diantara rakan-rakan yang terlibat didalam kajian ini. Kami menjadi bertambah rapat dan hubungan silaturahim diantara menjadi semakin kukuh.

15

Rujukan

7.1. Orang sumber: (i) En. Jamail bin Zaini (ii) Rakan Sekelas 3 Maliki

7.2. rujukan internet: http://www.samarahandc.sarawak.gov.my/

16

8.

17

Gambar MDS

18

Elemen 3- Esei
Tidak dapat dinafikan bahawa institusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah, memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di Negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan,elemen-elemen patriotisme hendaklah diamalkan demi menyatupadukan rakyat.

Salah satu unsur patriotisme yang hendaklah diterapkan ialah kakitangan awam dalam institusi pentadbiran tempatan,seperti Majlis Daerah perlu berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Tindakan haruslah diambil secara adil saksama serta dengan sikap bertimbang rasa. Contohnya,tindakan undangundang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini,rakyat jelata akan bersetuju untuk bersatu tenaga dengan pihak berkuasa sekaligus mewujudkan perpaduan rakyat. Selain itu, unsur bersatu padu dan harmoni merupakan unsur penting dalam melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Oleh hal yang demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bersefahaman dan bermuafakat. Apabila wujudnya kerjasama dan tolong-menolong antara keduadua pihak ini, sudah pasti integrasi nasional dapat dikecap nikmat. Dalam hal ini pihak kerajaan haruslah saling hormatmenghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan perasaan muhibah.

Akhir sekali, unsur patriotisme yang perlu diamalkan ialah sikap berdisiplin. Pihak berkuasa haruslah menunjukkan sikap berakhlak mulia agar rakyat jelata dapat mencontohi sikap tersebut. Konklusinya,unsurunsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita hendak rakyat hidup harmoni dan bersatu padu. Kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1 Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.

19

You might also like