You are on page 1of 5

Tingkatan 6, peluang untuk menjejakkan kaki ke u lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada

pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik. Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek ting 6 penting kerana biasanya setiap kursus di universiti minima memerlukan gred yang baik dalam 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong pointer. Pelajar perlu jelas di dalam strategi memilih mata pelajaran. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah juga akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM.

Kelebihan Tingkatan 6 Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah; Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia. Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah. Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok. Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki dah di universiti kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni. Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek. Sastera pun susah, sains pun susah. Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk tidak berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan, layari laman web spa.gov.my. Semua jawatan diploma boleh cuba dipohon.

Sukatan Pelajaran > Muat Turun Sukatan Pelajaran STPM 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 900 Pengajian Am 910 Bahasa Malaysia 911 Bahasa Cina 912 Bahasa Tamil 913 Bahasa Arab 920 Literature In English 922 Kesusasteraan Melayu 930 Syariah 931 Usuluddin 940 Sejarah 942 Geografi 944 Ekonomi 946 Pengajian Perniagaan 948 Perakaunan 950 Mathematics S 954 Mathematics T 956 Further Mathematics T 958 Computing 960 Physics 962 Chemistry 964 Biology 966 Sains Sukan 970 Seni Visual

KADAR BAYARAN DAN CAJ PEPERIKSAAN STPM 2011 1. Bayaran Peperiksaan* Bayaran asas Bayaran bagi setiap mata pelajaran Bayaran pembelian Pin MEC RM55.00 RM35.00 satu mata pelajaran RM1.00

Nota: * Calon sekolah kerajaan (calon jenis 1) sahaja yang dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan STPM.

2.

Perpindahan Pusat Peperiksaan Permohonan perpindahan dari satu pusat peperiksaan ke pusat yang lain dikenakan bayaran khas sebanyak RM50.00 dibuat secara kiriman wang/draf bank.

3.

Calon Menumpang Calon yang menumpang di sesuatu pusat peperiksaan, iaitu yang lain dari pusat asalnya atas sebab-sebab peribadi dianggap sebagai calon berpindah pusat peperiksaan dan akan dikenakan bayaran RM50.00. Calon yang menumpang untuk mengambil peperiksaan di sesuatu pusat peperiksaan atas sebab-sebab peribadi mestilah mendapat kelulusan MPM terlebih dahulu. Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika kertas soalan di pusat berkenaan mencukupi.

4.

Pertukaran Mata Pelajaran Calon yang ingin menukar mata pelajaran/kertas yang telah didaftarkan dikenakan caj sebanyak RM50.00.

5.

Pembetulan Butir-Butir Mata Pelajaran Bagi calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu pembetulan maklumat peribadi pada LPKC/1 hendaklah dibuat selewat-lewatnya 30 Jun 2011 (tidak termasuk calon yang gagal memasuki IPTA). Pembetulan selepas tarikh tersebut akan dikenakan caj sebanyak RM50.00.

6.

Penambahan Mata Pelajaran Calon yang ingin menambah mata pelajaran dikenakan caj sebanyak RM50.00 di samping bayaran sebanyak RM35.00 bagi setiap mata pelajaran yang ditambah.

7.

Kebenaran Khas Mengambil peperiksaan STPM Calon yang dibenar menangguhkan peperiksaan melalui surat yang dikeluarkan oleh MPM dikehendaki menghubungi MPM sebelum mendaftar menduduki peperiksaan STPM. Calon dikehendaki membayar semula Bayaran Asas (sebanyak RM55.00) semasa mendaftar menduduki STPM. Butir-butir kelulusan (No. rujukan surat dll.) hendaklah dimaklumkan kepada MPM.

STPM Akan Dirombak Tahun 2011- Majlis Peperiksaan Malaysia Majlis Peperiksaan Malaysia akan memperkenalkan satu sistem modular bagi menggantikan sistem penggal Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menjelang 2011, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata sistem modular yang berasaskan kepada tiga semester adalah serupa seperti sistem di universiti, dengan pelajar hanya perlu menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding dengan sistem penggal, pelajar perlu mengingati fakta yang dipelajari dari Tingkatan Enam Bawah sehinggalah ke hari terakhir mereka di Tingkatan Enam Atas. "20 hingga 30 peratus akan berasaskan kepada tugasan kursus atau projek dan penilaian lain di samping kerja amali. "Dan 70 hingga 80 peratus adalah berasaskan peperiksaan pusat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Khamis. Penilaian STPM - Sistem Modular Ganti Sistem Terminal

Majlis Peperiksaan Malaysia akan melaksanakan sistem modular bagi menilai prestasi pelajar mengikut semester menggantikan kaedah terminal sedia ada untuk calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ketua Eksekutifnya, Omar Abu Bakar, berkata pihaknya sedang menyiapkan sistem itu dan pelaksanaannya akan diumumkan Menteri Pelajaran tidak lama lagi. Beliau berkata, sistem digunakan sedia ada dilaksanakan sejak 1982 menggantikanHigher School Certificate (HSC) itu perlu diubah bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa supaya terus berday saing. a Kajian semula sistem sedia ada itu juga katanya, dilaksanakan berikutan kemerosotan jumlah calon yang mengambil peperiksaan berkenaan sejak beberapa tahun lalu. Pencapaian pelajar Tingkatan Enam dikaji sepanjang tempoh pengajian Kaedah taksiran modular yang akan dilaksanakan itu, kata Omar mengambil kira empat komponen iaitu: 1. 2. 3. 4. penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali, dan ujian berasaskan sistem peperiksaan 'open book'. "Berbanding sistem peperiksaan terminal ini, pelajar perlu mengikuti pengajian selama tiga semester sebelum melayakkan mereka menduduki peperiksaan STPM. "Sistem baru ini akan menilai pencapaian pelajar berdasarkan prestasi mereka mengikut semester sepanjang tempoh pengajian Tingkatan Enam bawah dan atas. "Pendekatan sedemikian lebih berdaya saing dalam usaha melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah. Ia selaras hasrat kerajaan mewujudkan sistem pendidikan holistik," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Berikutan perubahan itu, Omar berkata, kos taksiran dijangka meningkat dan pihaknya akan mengemukakan peruntukan baru kepada kerajaan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

Beliau berkata, markah pelajar setiap semester dikumpul dan kecemerlangan mereka berdasarkan pencapaian tertinggi bagi ketiga-tiga penilaian.

You might also like