You are on page 1of 2

Institusi Pentadbiran Tempatan

Kerja kusus untuk sejarah saya memilih untuk membuat kajian mengenai felda. Nama rasmi bagi felda ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan singkatannya ialah FELDA. Lokasinya ialah di Tingkat Bawah Wisma FELDA. Matlamat penubuhan felda yang peryama ialah menjalankan dan malaksanakan projek pembangunan tanah;memaju,memudah dan melaksanakan pembangunan,pegurusan dan perkhidmatan ekonomi,sosial,pertanian,penempatan,perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan di mana FELDA di beri kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. Selain itu,ia juga melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan di mana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran,pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan. Matlamat yang terakhir ialah membantu,membimbing,menasihati,mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial tempatan,pertanian,industri dan komersial dalam kawasan FELDA. Felda mempunyai lapan misi iaitu meningkatkan kesejahteraan hidup warga peneroka melalui penghasilan kebun yang tinggi,menyediakan kemudahan dan infrastruktur moden,meningkatkan potensi dan kualiti modal insan,mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti,mempelbagaikan sumber bagi menjana pendapatan tinggi,memperkasakan pembanggunan jenerasi baru,memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia dan yang terakhir memupuk budaya kecermelangan. Visi FELDA pula ialah FELDA sebagai peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi. Carta organisasi FELDA bermula dari lembaga terbahagi kepada dua iaitu audit dalam Felda dan pengurusan risiko/integriti,dibawahnya pula Pengarah besar dibahagikan pula empat bahagian yang terdiri dari urusetia lembaga,unit undang-undang,perhubungan awam/hal ehwal korporat dan Latihan/KPL dan KRA. Seterusnya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama Timbalan pengarah besar(perladangan dan perkebunan,dibahagikan

kepada perkebunan dan hal ehwal tanam semula,dibawahnya gedung makanan negara dan seterusnya wilayah.Wilayah pula dibahagikan kepada II wilayah iaitu Kuantan,Trolak,Raja Alias,Johor Bharu,Alor Star,Sahabat,Mempaga,Terengganu,Gua Musang,Jengka dan Segamat. Keduanya ialah Timbalan pengarah besar(pengurusan dan kewangan) dibawahnya pula terdiri dari Sumber Manusia,kewangan, tanah dan Tadbiran. Ketiga ialah Timbalan pengarah besar(pembangunan komuniti) yang dibawahnya pembangunan komuniti dan kordinasi,pembangunan usahawan dan inovasi dan pembangunan generasi baru untuk lebih jelas lihat muka sebelah.

You might also like