You are on page 1of 10

Tajuk Kajian:

Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Guchil, Kuala Krai, Kelantan.

Penghargaan
Assalamualaikum W.B.R Setinggi-tinggi syukur saya panjangkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,saya dapat menyiapkan kerja khursus Geografi PMR 2011,yang ditugaskan kepada saya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Norazura Binti Ahmad selaku guru geografi saya kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Selain itu,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya Ramli Bin Harun dan Zaleha Binti Zakaria kerana banyak memberi dorongan dan semangat untuk menyiapkan kerja kursus saya ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat ahli kumpulan saya yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini iaitu Mohamad Hadizul Aquan Bin Adek Rosli dan Mohamad Akif Bin Razman.

Pendahuluan
Tajuk kajian saya ialah Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Guchil, Kuala Krai, Kelantan. Saya memilih kawasan Guchil sebagai kawasan kajian kerana ia berhampiran dengan kawasan tempat tinggi saya. Ini memudahkan saya dan rakan-rakan sekumpulan mengumpul data dan membuat kajian di sini. Tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah selama 6-8 minggu iaitu bermula bulan Februari.

Objektif Kajian
Kajian saya merangkumi objektif objektif berikut: Dapat mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar. Dapat menyata jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Dapat mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Dapat menyatakan kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Dapat mencadangkan langkah-langkah menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme. I. II. III. IV. V.

Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah kawasan Guchil yang terletak di daerah Kuala Krai, Kelantan. Kawasan Guchil telah dibuka sekitar awal tahun 40-an. Asalnya ia merupakan kawasan tanaman kelapa sawit. Ia terletak di Utara bandar Kuala Krai, kira-kira 4 kilometer dari pusat bandar. Jarak dari sekolah pula kira-kira 6 kilometer. Biasanya tambang bas yang dikenakan ialah RM 2.00 bagi pergi dan pulang dari sekolah dan masa lebih kurang 10 minit. Umumnya bentuk muka bumi kawasan Guchil adalah beralun dan pamah yang menjadi faktor kepada kepelbagaian aktiviti ekonomi seperti perniagaan,pertanian,perkilangan dan lainlain.

Peta Daerah Kuala Krai.

Peta Lakar Kawasan Kajian

Kaedah Kajian
Bagi menyiapkan kajian Geografi Tempatan PMR 2011 saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian, diantaranya ialah seperti berikut:-

1) Pemerhatian Saya menjalankan pemerhatian sebanyak 2 kali bersama rakan saya untuk melihat pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian. 2) Soal Selidik Saya telah menyediakan borang soal selidik bersama-sama dengan rakan. Saya dan ahli kumpulan telah menjalankan soal selidik kepada 20 responden(penduduk Guchil) 3) Temu Bual Saya telah menemubual beberapa orang penduduk yang tinggal di Guchil untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai masalah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dan mereka memberi kerjasama yang baik. 4) Rujukan Saya telah merujuk buku teks geografi Tingkatan 1,2,dan 3,buku rujukan,melayari laman web dari internet,majalah dan surat khabar untuk mendapat sumber yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar.

Dapatan Kajian
8.1) Konsep Pencemaran Alam Sekitar

8.2) Jenis-jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian.


Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kawasan Guchil telah mengalami beberapa jenis pencemaran udara,air,tanah,bau dan bunyi. Pencemaran yang paling ketara ialah pencemaran udara dan bau. Pencemaran udara ialah akibat daripada asap dan debu. Contohnya asap dari kilang kayu yang memproses kayu. Selain itu, debu yang berterbangan akibat daripada pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil.

C ) Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian 1. Peningkatan Jumlah Kenderaan Bermotor Jumlah kenderaan semakin bertambah dari hari ke hari terutama musim-musim perayaan. Ini kerana kawasan Guchil merupakan laluan utama pengguna jalan raya untuk ke Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Kenderaan bermotor seperti kereta,lori,motosikal dan keretapi yang menggunakan bahan fosil menghasilkan asap dan bunyi bising. Ini merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara dan bunyi.

2. Pembakaran Terbuka Dikawasan kajian, pembakaran pokok tua di kawasan ladang getah dan kelapa sawit untuk tujuan penanaman semula banyak membebaskan partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang menyelubungi ruang udara di kawasan kajian. Ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya. Disamping itu terdapat juga kilang-kilang kayu yang berhampiran telah membakar sisa-sisa kayu dengan sewenangnya terutama pada waktu pagi telah membebaskan asap. 3. Sisa Domestik Jumlah isi rumah penduduk di Guchil adalah kira-kira 4-7 orang. Mereka telah menghasilkan banyak sisa-sisa domestik. Ini termasuklah sampah sarap,sisa-sisa makanan,pampers,dan lain-lain. Mereka tidak bertanggungjawab pula telah membuang sisa domestik ini merata-rata. Adakalanya tong sampah yang disediakan tidak mencukupi. Tapak pelupusan sampah juga tidak dapat menampung jumlah sisa domestik yang banyak. Ini mengakibatkan pencemaran bau di kawasan kajian disamping menjejaskan pemandangan cantik.

Status Penduduk di Kampung Guchil Bil 1 2 3 4 5 Jenis Pencemaran Udara Bunyi Air Tanah Bau Jumlah Bilangan 13 2 9 4 2 30 Peratus 42 7 30 14 7 100

Sumber: Hasil selidik daripada 30 orang responden di Kawasan Guchil

Rumusan
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, saya dapat rumusankan jenis pencemaran alam sekitar yang utama di Kawasan Guchil ialah pencemaran Udara dan Air. Saya juga mendapati punca pencemaran alam sekitar di kawasan Guchil ialah penambahan blok-blok Sekolah Kebangsaan Guchil. Ia menggunakan jentera berat untuk membinanya

You might also like