P. 1
BMM3104

BMM3104

|Views: 6,263|Likes:
Published by Strawbery Rainy

More info:

Published by: Strawbery Rainy on Jun 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

Sections

  • KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
  • BERTUTUR:
  • C)Objektif Kemahiran Bertutur:- murid-murid dapat;
  • D) Aktiviti Kemahiran Bertutur:-
  • MENDENGAR
  • B) Peringkat Proses Mendengar:-
  • C) Objektif Kem. Mendengar-:
  • D) Bentuk Kemahiran Mendengar
  • KEMAHIRAN LISAN-BAB 2
  • Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan
  • PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR
  • UNSUR2 DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN LISAN
  • PRINSIP PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
  • BMM3104 ²KEM. MENDENGAR DAN BERTUTUR (Bab 3
  • A) Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
  • B) Kaedah Pengajaran Kem. Bertutur
  • 2. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
  • Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran
  • Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan
  • Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran
  • Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur
  • Peringkat ²Peringkat Kemahiran Bertutur
  • Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
  • Kakitangan pos : ´Pak cikµ?
  • Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur
  • Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
  • Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur
  • Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur
  • Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur:
  • Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan
  • Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian
  • Objektif Pengajaran i. Kemahiran Peneguhan Tugasan
  • Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
  • Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
  • Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
  • (a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada
  • (a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog
  • TEKNIK
  • MENGUJI
  • KEMAHIRAN
  • MENYEBUT
  • BAHASA MELAYU
  • Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat
  • PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN
  • KONSEP BACAAN EKSTENSIF
  • SKIMMING
  • SCANNING
  • PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
  • PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN
  • BAHASA MELAYU:
  • Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas
  • Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
  • KAEDAH
  • PANDANG SEBUT
  • ABJAD
  • FONETIK
  • TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
  • TEKNIK PENGAJARAN
  • KEMAHIRAN MEMBACA
  • (c) (KWLH); dan lain-lain
  • KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
  • L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
  • RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:
  • R(Review/Research) - Menyemak/ Menyelidik
  • Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar
  • RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan
  • TEKNIK BERCERIT A

BMM3104 Ringkasan Modul KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR BERTUTUR: A)Kemahiran Bertutur: merupakan proses komunikasi yang kompleks

yang mana penutur dapat menghasilkan bunyi bahasa yang bermakna dengan menggunakan unsur-unsur prosodi dan para linguistik dengan sempurna. Ia juga melibatkan proses mental; memahami,menakul,memadan,menyesuai dan memberi gerakbalas tertentu. B)Aspek Pertuturan: termasuklah:‡ Sebutan ‡ Tekanan ‡ Mora ‡ Jeda ‡ Intonasi ‡ Nada ‡ Tatabahasa ‡ Kelancaran kefasihan ‡ Laras bahasa C)Objektif Kemahiran Bertutur:- murid-murid dapat; o Menyebut dengan jelas o Menyampaikan idea o Melaporkan peristiwa o Memberi penerangan dan alasan o Bertemu ramah o Bertutur secara bertatasusila o Bertukar-tukar pendapat D) Aktiviti Kemahiran Bertutur:i Menjawab soalan i Membina soalan i Memberi arahan i Bercerita i Simulasi i Drama i Taklimat.

MENDENGAR A) Kemahiran mendengar; merupakan satu proses minda dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. B) Peringkat Proses Mendengar:Mendengar deretan bunyi bahasa Memahami bunyi Menilai bunyi Bertindak balas C) Objektif Kem. Mendengar-: š Memperoleh idea š Mencari isi š Melakukan arahan š Mengecam isi š Mentafsir makna D) Bentuk Kemahiran Mendengar ‡ Secara pasif ‡ Secara aktif ‡ Secara bertelau-telau ‡ Secara menebuk-nebuk ‡ Secara beremosi ‡ Secara berhati-hati E) Prinsip-prinsip Mendengar š Melalui latihan š Melalui pengalaman š Dapat menyatukan idea dengan cara berkesan š Dipengaruhi oleh aspek fizikal,neorologi dan psikologi š Mendengar untuk apresiasi

KEMAHIRAN LISAN-BAB 2 Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan A) Peringkat Penerimaan-dengar, faham tanpa tindak balas B) Peringkat Tindakbalas=dengar, faham dan bertidakbalas PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR i) Peringkat Awal-pengucapan bertatasusila,mengajuk,menyoal,membuat teguran,memberi arahan ii) Peringkat Pertengahan-membuat deskripsi,cerita,bersoaljawab,memembaca iklan,komen mudah. iii) Peringkat Maju-bercerita,perbincangan,ceramah,mendeklamasi puisi, drama dan perbahasan

UNSUR2 DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN LISAN 1. Kecerdasan 2. Kesihatan 3. Fizikal 4. Persekitaran 5. Jantina ²pertumbuhan berbeza 6. Dwi bahasa-kanak-kanak dwi bahasa sering terganggu PRINSIP PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR 1. Perlu diajar bersama-sama dengan kemahiran bertutur,membaca dan menulis 2. Perlu dirancang menjurus kepada satu aktiviti 3. Disampaikan dalam pelbagai aktiviti 4. Diajar berperingkat-peringkat-mudah ke sukar, konkrit ke abstrak 5. Diajar secara tak langsung 6. Murid perlu diberi peluang 7. Motivasi Soalan spot: Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid. BMM3104 ²KEM. MENDENGAR DAN BERTUTUR (Bab 3 A) Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur 1. Pendekatan Situasi |š Berlandaskan teori behaviouris dan struktural š Murid perlu menguasai kemahiran asas ; membuat tanggapan, membunyikan perkataan dan aspek struktur bahasa 1.1 Prinsip Pendekatan Situasi ‡ Guru perlu memberi peneguhan ‡ Perlu memandu menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul ‡ Dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat ‡ Kem. Bertutur mesti diajar di peringkat awal pengajaran ‡ Perlu ada latih tubi 2. Pendekatan Komunikatif š Murid boleh menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan komunikasi dalam sesuatu interaksi bahasa. 2.1 Prinsip Pendekatan Komunikatif ‡ Murid menguasai kecekapan berbahasa dan tahu menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa sebenar ‡ Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka ‡ Murid dan guru perlu ada hubungan positif

guru perlu menggunakan ABM š Aspek tatabahasa. nada dan tekanan yang betul.‡ Apa yang dibincangkan mesti di bawah pengetahuan dan pengalaman murid ‡ Perlu menggunakan situasi formal dan tidak formal B) Kaedah Pengajaran Kem. intonasi. Bertutur 1. 3.mementingkan bunyi. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik š Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya. Akhirnya mereka dapat membentuk kelaziman dalam berbahasa. . i Ciri-ciri Kaedah Terus. š Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa š Jika murid tidak faham. š Bacaan Mentalis ² untuk memahami apa yang dibaca. Kaedah Audio-Lingua : š Menggunakan pelbagai alat rakaman š Kanak-kanak perlu meniru dan menghafaz 4.diajar melalui tunjuk cara š Murid perlu membuat kesimpulan i Langkah Pengajaran Mengguna Kaedah Terus i) Memperdengarkan perbualan ii) Murid dilatih berbual iii) Diadakan latih tubi agar murid dapat menguasai sebutan dan intonasi 2. meniru dan mengulangi perlakuan yang dilihat dan didengarnya. Keedah Terus ² murid belajar bertutur dengan cara mendengar. Bertutur: > latih tubi > soal jawab > bercerita > main peranan > simulasi BMM3104 ² KEMAHIRAN MEMBACA (BAB 6) A) JENIS BACAAN: š Bacaan Mekanis. Kaedah Komunikatif š Kanak-kanak menguasai bahasa melalui proses kognitif š Mementingkan penguasaan kecekapan bahasa Teknik Pengajaran Kem.

persekitaran. pengalaman. i) Membaca dengan baik ii) Dapat mentafsir iii) Kepantasan membaca iv) Menilai dan mengulas isi v) Mengesan. menilai. ‡ Bacaan dan Kefahaman ² membaca untuk memahami apa yang dibaca dan dapat membuat tafsiran yang betul dan tepat. . Tujuannya memahami lebih banyak isi.bacaan yang lebih meluas. emosi.utk mendapat maklumat secara umum/hal-hal tertentu sahaja/mdpt bahan perpustakaan o Cara dangkal-utk mendapat kefahaman secara luaran. sinopsis. i) meluaskan lagi perkembangan murid ii) menjelaskan lagi struktur yang sukar dan perkembangan perbendaharaan kata iii) mengkaji ciri-ciri tatabahasa iv) mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan š Tujuan Bacaan Intensif-Membolehkan kanak-kanak. koordinasi psikomotor dan mental. ‡ Bacaan Mekanis-dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.š Bacaan Intensif.di laksanakan di luar bilik darjah B) PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN ‡ Peringkat Kesediaan Membaca-bacaan awal dan asas kanak-kanak. ‡ Bacaan ² kemahiran mengenal abjad hingga dapat membaca ayat.ketajaman pengamatan mata dan telinga. o Cara sekilas. C) TEKNIK BACAAN ‡ Bacaan Intensif-bacaan mentelaah isi dan juga bahasa š Konsep Bacaan Intensif. Isi kandungan dsb.lebih mendalam. Cara bacaannya: o Cara tinjauan-meninjau tentang bab. kecerdasan dan perkembangan kognitif. memahami dan menikmati unsur-unsur estetika vi) Mengenal pasti laras bahasa vii) Membuat rumusan ª Bacaan Ekstensif. ‡ Prabacaan-kesediaan membaca.mementingkan kefahaman bagi tujuan meneliti dan mentafsir š Bacaan Ekstensif ² makin meluas. Dipengaruhi oleh faktor fizikal.

š Konsep Bacaan Ekstensif. o Melatih murid berdikari o Dapat membaca dengan fasih o Dapat pengetahuan meluas dan o Berhibur o Menambah minat o Kaya perbendaharaan i Bacaan Skimming-membaca cepat bagi tujuan mengutip maklumat secara sepintas lalu. Pembaca tidak perlu menghabiskan apa yang dibaca.html . o Di luar kelas o Pelajar seronok o Tanpa bimbingan guru o Bahan bacaan meluas š Tujuan.com/2010/05/ringkasan-modul-bmm3104. Cuma mencari maklumat yang dikehendaki sahaja http://mofa1190. i Bacaan Scanning-bacaan secara cepat bagi tujuan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan.blogspot.

Dalam apa-apapun keadaan. antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi.Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur. guru. Begitu juga. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan. pandangan. seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Ini bermakna dalam proses lisan itu. mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan. Ini bermakna. syarahan dan lain-lain. (d) bersoal jawab ² kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan . 4 (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Antara lain. manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. secara beradab dengan menggunakan kata sapaan. (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan. serta dalam majlis bahas. ibu bapa dan sebagai nya. berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea. di mana atau bagaimana proses ini berlaku. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembe lajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah. Perlakuan bahasa. komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal. menghasilkan permintaan yang mudah ² untuk diri sendiri dan orang lain. orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima. Dalam konteks ini. seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat. (c) menyampaikan ucapan bertatasusila ² meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid. antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami.

Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental ² mendengar dan membaca secara berkesan. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi. sebutan. (f) menyampaikan berita dan laporan ² kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat. /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]. nada dan intonasi. rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan. gaya. (h) berlakon dan melafazkan puisi ² memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon. menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. (g) menyampaikan ucapan dan syarahan ² kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri. /t/. Semasa bertutur. rima dan nada yang sesuai. Misalkan bunyi-bunyi. suku kata. sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak. (d) Aspek fizikal. /a/. jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. persekitaran. selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. (b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi. /b/. intonasi. frasa kata dan ayat. memadan. 5 Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. perkataan. kesihatan. Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf. melafazkan dialog dan puisi (pantun. kecerdasan otak. proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami. intonasi. intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.memperoleh maklumat tertentu. (e) bercerita ² kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti ² ayat. murid-murid . dan suara secara berkesan. sajak mengikut nada. struktur. Walau bagaimanapun. sebutan. yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya. dan (e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi. tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). (c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. menaakul. Dalam hal ini. dan (i) berbincang dan berbahas ² menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan. menggunakan nada. syair. didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat.

Aspek ini penting. Misalnya. Intonasi dalam ayat sama ada menaik. nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina. Fa. Pun demikian dalam bahasa Melayu. ¶jangan/tembak. ¶jangan tembak. sintaksis dan semantik. kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa ² meliputi bidang fonologi. formula. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do. rangkai kata atau ayat. sebaliknya jika jeda digunakan. boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /s mak/ dan seumpamanya. Ti dan Do ² setiap nada mewakili satu suku kata. Mi. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. lancar dan berkesan. (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian ² memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan. ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik. terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak. (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata. (h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik. perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan. jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. kewujudannya lebih jelas. tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu. betul dan betul. Dalam ayat. menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. . La. sebutan dan maknanya. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik. manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.· jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan. (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan. sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas.· bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! 6 (e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya.diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi. (f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Misalnya ungkapan. (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ¶harakat·). So. teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Re.

(o) Teater bercerita. (i) Permainan komunikatif. Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: (a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan. (c) Membina soalan berdasarkan bahan. (g) bertemu ramah. (h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan. Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur. (i) bertutur secara bertatasusila. (n) Simulasi. (h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat. keadaan dan disiplin ilmu berlainan. (d) Memberi arahan kepada rakan. (c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat . dan (j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi. (l) Memberi taklimat dan ceramah. 7 (d) memberi penerangan dan al asan. (e) Menerangkan gambar dan bahan grafik. sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal . (b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi. (b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru. (j) Mengadakan perbahasan. (k) Perbincangan forum. (f) Berbual melalui telefon. (e) menunjuk arah. dan (p) Drama Kemahiran Mendengar Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya. (g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri. (m) Main peranan.(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran muridmurid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi. (f) membina soalan untuk mencari maklumat. antara lain membolehkan seseorang murid: (a) menyebut dengan jelas.

untuk mendapat hiburan (radio. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan . Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Tentu sekali sebelum kanakkanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap. kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya. televisyen. aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. perbincangan dan mesyuarat). memperoleh maklumat (pengajaran guru. mengajuk. murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan. Akhirnya. 8 mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. komunikasi lisan melibatkan dua proses. 9 Dalam erti kata lain ketika mendengar.tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Proses Mendengar Umumnya. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa. filem). aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Di sekolah. alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. lakonan. cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu. Sebenarnya. kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Manakala dalam kehidupan harian pula. mengusai bahasa ² memperoleh. mempelajari. perbincangan. berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama. Ini bermakna. mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Justeru. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. dialog. iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. dialog dan kesusasteraan). Mereka meniru. dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut. Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan.

Dalam usaha merealisasikan hasrat ini. (f) mentafsir makna-makna yang te rsirat. 10 Sehubungan dengannya. kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara. suasana. . bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar. Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu. anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. dan keadaan/ konteks. dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud. difahami dan diingat. (c) melakukan arahan/ tindak balas. boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. antara lain proses mendengar: (a) secara pasif. antara lain: (a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. (d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan. dan (d) berpusatkan idea utama. kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: Justeru sebenarnya. dan neurologi. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar. iaitu seperti memberi yang baik sahaja. huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. dan (h) mengesan ¶pengaruh· penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda. seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. bukti dan estetika. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar. (c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat. memahami. menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar. seseorang itu boleh: (a) memperoleh idea. hujah. untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya. (b) mencari isi-isi penting. kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar. menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. psikologi. (b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal. (g) mengenal pasti ¶mood· penutur. Justeru.digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan. (e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat.

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal 12 Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Peringkat Penguasaan · Unsur dan Faktor Keberkesanan · Prinsip Pengajaran Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar . Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan? 2. (d) secara menebuk-nebuk. Latihan 1. pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyi bahasa. (e) dengan beremosi. supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat. (d) aspek fizikal. memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut.(b) secara bertelau-telau. dan (i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. (g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama. (e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan. psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang. hujah dan bukti tertentu. 11 Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid. bersesuaian dengan mesej yang diterima itu. aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika. (f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan. dan keduanya. dan (g) secara kritikal. (c) tanpa tindak balas. (b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. (f) secara berhati-hati dengan pengamatan. didengar dan dingati. (c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya. (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik.

pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal.dan Bertutur: · Peringkat Penguasaan · Unsur dan Faktor Keberkesanan · Prinsip Pengajaran Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur. tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. aspek kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. aspek sebutan. . (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini. Dengan demikian. Peringkat ²Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur. kelancaran. selain menyedari terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. kaedah. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid. mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat. pendekatan. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat. Hasil Pembelajaran 1. dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. 13 Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan . yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. kefasihan. seperti intonasi frasa dan ayat. latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat. gaya dan isi penyampaian. iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. pertengahan dan maju. Sebagaimana kebiasaan. Telah ditegaskan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.Mendengar dan bertutur (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur. Membaca dan Menulis. antara kemahiran berkenaan. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. tatabahasa.

(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri. (d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. (h) Membuat ayat tentang diri. (c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. (i) Memberi komen secara mudah. (b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar. (d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. memberi pendapat atau pandangan secara mudah. dan (j) Membuat ulasan. berhubung dengan peribadi seseorang. dan (i) Membuat ayat-ayat daripada gambar. (g) Memberi arahan. (e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. ibu dan bapa. masa bersekolah. rakan. (g) Memberi ucapan pendek dan mudah. (h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. (e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya. Peringkat pertengahan (a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar. (c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat. (f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. .Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran 14 Peringkat awal (a) Melafazkan pengucapan bert atasusila. persekitaran dan di rumah. peraturan-peraturan. (f) Membaca iklan.

(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. tahap pendidikan. 15 (k) Menyampaikan komen. forum. faktor. kejadian. Umumnya.Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa. bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan. objek. benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan . (i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan. lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar. syarahan (yang disediakan). pengalaman. makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan. (d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat. (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu. perbincangan. jiran tetangga. tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran. (f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat . (b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. laporan atau ulasan. dan (l) Mengkritik cerpen. dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan. (g) Memberi ceramah. gigi. Antara lain. (j) Mendeklamsi puisi. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid. puisi. (c) Mengambil bahagian dalam perbincangan. novel dan sebagainya. gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyibunyi bahasa. (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh. perbualan atau dialog. kejadian. pendapat. terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah. (c) Fizikal: Hal ini. seminar dan lain-lain. permainan. prosedur dan peraturan. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa. (h) Mengambil bahagian dalam perbahasan. menyampai dan memproses maklumat . bapa dan ahli keluarga keseluruhannya. (e) Menerangkan proses.peringkat. proses dan sebagainya. diskusi.aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa.

seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. membaca dan menulis. (b) Kemahiran mendengar. memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu. 17 Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Kaedah · Teknik Pengajaran . (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. dan (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan. Justeru. (e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan. (g) Paling penting. (e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur. daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkaraperkara yang lebih sukar dan seumpamanya. (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak. kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. daripada yang dekat kepada yang lebih jauh.membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar. kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri. dalam proses pertuturan. didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan 16 perkembangan kanak-kanak lelaki. (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Kaedah. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan. ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga. perlu ditegaskan bahawa pengajaran . Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Pendekatan. Hasil Pembelajaran Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan. kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. kaedah. yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Sinopsis Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran 18 kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.

Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola. perlu dilakukan serentak. Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja. pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi. (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun. Dengan demikian. guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut. mengingat. tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu. guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah ² merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan katakata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga maknamakna yang betul mengenainya. Antara lain. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah (a) Pendekatan Situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965). berurutan dan menyaling. pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur). nada dan intonasi tertentu. menguasai kemahiran membuat tanggapan.kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur). Sehubungan dengannya. 19 (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini . Tegasnya. (d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar.

Melalui pendekatan ini. iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran. guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk . kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Maka. Sebaliknya. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah. penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap. guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Oleh itu. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. 20 (b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua. mengingati. (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua.diajar pada peringkat lanjutan. menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa. (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur. guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat. misalnya oleh guru. Tujuannya. Walau bagaimanapun Walkins (1975).

Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Wanita : Pak cik. pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. lawatan. bil air boleh bayar di kaunter ini ke? Kakitangan pos : ´Pak cikµ? Wanita : (terdiam) Kakitangan pos : Cik adik. (c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar. keratan akhbar. Justeru. Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. (b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa. Dengan demikian. bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan. kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur.menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Dengan demikian. kenapa panggil pak cik? Wanita : Maafkan saya. aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. dan (e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Ini bermakna. (d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. 21 Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. Dia pak cik saya.. yakin dan berkesan. Dengan ini. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi.umur saya ni baru 35 tahun. pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa. murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Saya berkahwin pun . menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut. Contohnya.. Dengan itu.

belum. Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsurbunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, muridmurid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan. Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif. Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda 22 mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut; (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain; (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai; (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang

mengandungi ayat-ayat yang sempurna. (b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. (c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan bai k . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat. 23 Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee - kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskut Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. Subjek Kata kerja Objek Saya I pergi go ke sekolah. to school. Dia He minum

drinks susu. milk. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran; (b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut; (c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru. 24 Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan; (b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman; (c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa; (d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan (e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain. Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing; (b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut; (c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan (d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.

(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur. sumbang saran. pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. perbincangan. Oleh itu. dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. dialog. wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Dalam pengajaran bertutur. kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa). Ini bermakna. bermakna guru tersebut sedang memilih 26 dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Dengan kata lain. terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan . pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah.25 Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Sebenarnya. untuk berkomunikasi dengan berkesan.

(d) Perbualan / dialog/ wawancara (e) Perbincangan. (h) Sumbang saran (i) Drama atau lakonan. Sebagaimana teknik. Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. (b) Bercerita. modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ali menendang bola. dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. . 27 Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa. Ali menendang bola di padang. daki .laki tari . (l) Pengajaran puisi (m) Penyelesaian masalah. Walau bagaimanapun. Antara lain ialah teknik: (a) Latih tubi.lari malu . Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan.oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Bola. (n) Tunjuk cara Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas. lancar dan tepat. sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid.Pandang pandan tepi pagar depan padang. (c) Bersoal jawab. kelemahan menyeb ut fonem /p/ . kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. (j) Melapor berita (k) Permainan bahasa.Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas. dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep.balu . Misalnya. cara pengendalian. Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan. (f) Berbahas/ debat (g) Main peranan dan simulasi.

ii. Minum air kopi. Ali menendang bola. Bola. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. ikut cikgu sebut. . murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. 28 Nyanyian Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul. Pak Abu seorang petani. mengikut rentak dan nada yang tertentu. Di samping itu. Makan kuih di pinggan. Mari kita duduk. Ali «. Dalam latihan ini. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab. Dia bekerja di sawah. i. Sudilah minum. iii. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. carta bergambar. kad imbasan bergambar. bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Apa khabar sekarang. Sila masuk ke dalam. Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan. 29 Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah. Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan.Murid-murid. Selamat datang. Janganlah segan-segan.

Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada. anda tiba di sebuah hotel. aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan 30 untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. Contoh: Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu.Dalam latihan penghasilan pula. dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan. satu bilik Senarai barang yang diberi oleh guru. muridmurid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Hotel mempunyai dua bilik kosong. Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang. Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Sebaik-baiknya. Umumnya. Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. · Khemah · Lampu picit · Makanan kering · Makanan basah · Alat memasak · Pakaian · Baldi · Alat menjahit · Pisau · Kapak · Bantal · Selimut · Air · Susu tin · Cangkul . murid-murid mempunyai jurang maklumat. Tanyakan harga bilik itu. murid-murid diberi petikan untuk dikaji. ada bilik kosong atau tidak. simulasi dan lakonan. perbincangan. Kemudian. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis.

kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut. 32 Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur · Objektif. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru . Harga bilik untuk seorang ialah RM 10. 31 untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan. Langkah-langkah Sebelum.00 dan RM 15. Oleh itu. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Semasa dan Selepas Aktiviti · Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sinopsis Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini. ( Kamaruddin Hussin : 2001) Teliti gambar di bawah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya. selaras dan menyaling. khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi.· Surat khabar · Radio · Mancis api Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Rumusan Perhubungan antara pendekatan. kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Kemahiran Peneguhan Tugasan Isi Pelajaran ii. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum. semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti.sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan. langkah pengajaran sebelum. Hasil Pembelajaran 1. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar. Kemahiran . prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan. semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. dan 2. Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanaka n Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran 33 Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur: Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Penyampaian Penutup Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian Objektif Pengajaran i.

iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain. kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru. psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih). menghuraikan. bahkan secara individu sekiranya perlu. menyatakan. (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad 34 kiu. (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik. mencukupi. Maknanya. berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis. boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya. Kemahiran Variasi Rangsangan v. tepat dan berkesan. mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan. menggunakan dan menyelesaikan). bahan stensilan. guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas. semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P. guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan. guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai. gambar. kumpulan atau berpasangan. Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut: (a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini. (c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti. (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas. Kemahiran Menggunakan Papan Tulis iv.menerangkan Ilustrasi Ulasan Kendiri iii. Cuma. peringkat membuat tindakan susulan . Kemahiran Menyoal Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting. dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. (b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting. kad imbasan.

guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. pendekatan. (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah . guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang). Paling penting sebagai tindakan susulan. status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar. (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. (c) Sesuai dengan kebudayaan. kaedah dan teknik pengajaran. (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan. Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu. adat resam. dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i ² iii). Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada muridmurid. dan (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan. (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak. (b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia . keadaan dan keselamatan murid-murid. Pendekatan.dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada. kaedah dan teknik pengajaran (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia. kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: 35 Kesesuaian dengan perkara Penjelasan Objektif dan matlamat pengajran (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran. Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan yang sesuai Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan).

(v) bahan umum kepada bahan teori. (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang. pemikiran dan tingkah laku. (f) Bahan yang praktikal ² dari segi boleh guna. seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: (b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran). Sehubungan dengannya. (d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Sehubungan dengannya. dan (vi) bahan ² bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji. ekonomik ² digunakan secara berulang kali. (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid. dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi. Antara lain. (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang 36 mengandungi fakta bersepadu. pengalaman murid-murid. kandungan bab kepada bab yang lain. merangsang. perkara yang boleh diberi perhatian. tahap pencapaian. Antara lain. Selain itu. selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar. kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang.murid-murid. isi pelajaran dan bahan. Selain menimbang aspek kesesuaiannya. (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan. (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. (e) Bahan yang jimat dan murah ² perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah). dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi! (c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. saiz. guru. mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai. iaitu aspek rangsangan. bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran. mendorong. minat. ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan. menggerak. kualiti kulit dan cara buku itu dijilid. Dalam hal ini. mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak. ilustrasi dan grafik. (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini . latar belakang. bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya.bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai .semasa. bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas. (ii) urutan susunan bahan perlu teratur ² mempunyai hubungan. kebolehan. (ii) bahan mudah kepada yang kompleks. (g) Bahan yang bersifat luwes . Hal ini demikian kerana reka letak.

dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama. Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Sebenarnya. (d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan.dalam kalangan dan di antara mata pelajaran. Misalnya: (a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas. carta. 37 Aktiviti peniruan dan hafazan Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. dan petikan karangan. dan (f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan. kelas dan antara sekolah dan wilayah. seni kata lagu. kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah. murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan. iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif. Antara lain. (c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan. (b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut. kawasankawasan perindustrian. alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar. mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampai kan sesuatu maksud. rajah. kepala. filem dan slaid. Aktiviti kemahiran komunikatif Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh²contoh sebutan. proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. jadual. Contohnya adalah seperti dialog. gambar-gambar bersiri. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: Aktiviti latih tubi untuk pertuturan Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman. intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Di samping itu. peta. . nada. kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar. Selain itu. (e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman.

Sabah. (e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. Contohnya. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.38 Aktiviti pengumuman lisan Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahanbahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. (f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi. bacaan sajak. Boneka (a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi. (b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai. Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahan²bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Bahan Kartun (a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3. di stesen keretapi.00 petang. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. (c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka. satu kumpulan membaca dialog Tutu. dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka. forum. Pesawat akan berlepas pada pukul 3. dan dalam upacara-upacara tertentu. (c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. 39 (b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan. (d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. wawancara. Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. . syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. berita pengumuman. (d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan. laporan cuaca.

Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik.Video dan Bahan Sastera (a) Murid menonton rakaman drama. Sinopsis Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut. keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. Sesungguhnya. 41 Tajuk 5 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. 40 Gambar Foto (potret) Kesimpulannya Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. takut. marah dan sebagainya. Pun demikian dalam . (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu ² menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur. aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan. Dengan demikian. gembira. aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. (c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah. (b) Murid dibahagikan kepada kumpulan. Anda telah membaca beberapa jenis teknik. memberikan pendapat secara kreatif dan kritis.

Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur. modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih. menentu dan menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan murid. Nada. Selain itu. aspek penilaian terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran 42 Pengenalan Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh. penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek . betul dan berkesan. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan. memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat. Justeru. membuat taakulan. Hasil Pembelajaran 1. dan 2. kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai.pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. frasa dan ayat-ayat. Tegasnya.kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka. z. v. dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul. mempersilakan makan. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan. ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula. sy. penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini. idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. gh. gerak mata. s dan f. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata. suku kata. 43 Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur Penilaian bertutur terbahagi kepada dua: Pertama: penilaian kemahiran menyebut Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal pembelajaran. iaitu tepat dari segi makna dan struktur. meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. dalam kalangan murid-murid bukan Melayu. Dengan itu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. Contohnya. khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul. iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya. Penilaian kemahiran bertutur . memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Misalnya. ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata. Selain itu. Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem. hentian dan intonasi. mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh. Demikian juga. bahasa Melayu mempunyai ujaranujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan. tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan.

diadun pula dengan ciriciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya. Pertamanya. Baiklah. Misalnya. mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. 44 Teknik menguji kemahiran bertutur Bertutur dengan gerak balas terhad Bertutur mengikut arahan Mengikut teknik ini. Dengan itu. Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan dideikriminasikan bunyinya. frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri. kemudian. Guru memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. iaitu untuk melahirkan perasaan. dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan. Keduanya. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita. TEKNIK MENGUJI KEMAHIRAN MENYEBUT Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. Murid mendengar sebutan perkataan. . Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. pendapat.Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa. seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. kehendak dan sebagainya.

intonasi dan gaya mengikut wacana dan konteks ayat-ayat dalam petikan yang dibaca itu. Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali.Kemudian guru memaparkan perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyuruh murid menyebut. Ujian membaca kuat boleh digunakan untuk murid yang telah tahu membaca. Membaca kuat. objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid : Ali. Bertutur berdasarkan gambar Di sini. Dengan membaca kuat. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Pemarkatan. peta. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalansoalan . cikgu akan ke rumah kamu esok. Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini. 45 Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya esok. Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu. Kemudian guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan tersebut. gambar. murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada.

(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek. aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat. Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan terkawal. Bertutur Secara Berpandu Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi. Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas. Misalnya: (a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini? (b) Apa yang sedang mere ka lakukan? (c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis). (b) Bahan .itu. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. dan tekanan yang betul. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit. (e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). 46 Membaca Kuat (a) Aspek yang diuji .sederhana panjang. intonasi. Walau bagaimanpun. iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. batasan masih ada. Oleh itu. dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada. 47 Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara: Main peranan . spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai. Kecekapan menggunakan kata. kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu.sebutan. pertuturan dan intonasi. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah: Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru. (b) Murid membaca senyap. sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. (c) Guru membaca kuat petikan. (d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri.

Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar. murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga. tanpa bimbingan guru 48 Pemarkatan Ujian Bertutur Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur. Temu bual dan Temu duga Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. guru boleh menilai kebolehan sebenar muridmurid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar. Pemarkatan Secara Objektif Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. ataupun menyebut . menjawab soalan-soalan pendek yang mudah. sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid. masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan. di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. tidak jauh dari balai polis itu. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan. · Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah. · Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan.Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu. iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Misalnya: Pilih dua orang murid. Dengan demikian. Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu.

i. Untuk menentukan markat yang sesuai. peristiwa. (e) berinteraksi ² melalui telefon. lakonan. tempat kediaman. Bagaimanakah cara mereka melakukannya? 49 Penilaian kemahiran lisan. Apakah cita-cita kamu? ii. aspek yang berlawanan. isi karangan dll. Wah. Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka? iii. dialog. antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut: (a) memadankan ² memadankan objek dengan tulisan. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu? Bahagian C Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan. prosedur. besarnya rumah awak! Bahagian B Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap. senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan. gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya. (c) menyusun dan melengkapkan ² menyusun maklumat mengikut saiz. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu. (b) megelompok ² misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya. buah-buahan. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu? ii. Bahagian A Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul i. . pelaporan dll. umur. kepentingan dan seumpamanya. menyusun perkataan menjadi ayat. warna. memadankan pasangan. sama dan sebagainya.ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Soalan: i. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu? iii. (d) menyelesaikan masalah ² menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat. Dengan siapa adik bermain bola tadi iv. kumpulan etnik dan sebagainya. forum dll (g) projek ² perbincangan mengenai prestasi. iii. bahan projek: kos. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah ii. forum dll (f) simulasi ² main peranan dalam lakonan.

... menjadi 12....... 14 dan 40.... penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan ..... 7 dan 20... intonasi.......... sebutan..... Markat Bahagian No: Gambar Nombor Soalan 2 1 0 1 2 3 4 A 5 1 2 3 4 5 J= J= 50 Nilai Markat (cadangan) 2 Bagi jawapan yang tepat. darabkan semuanya dengan 2............. 1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan. iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan.............. jika pencapaian murid ialah 6. pemilihan perkataan dan tatabahasa...... pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara..............Senarai Semak untuk Pemarkatan... Nama Murid: . 0 Jawapan salah. intonasi atau tatabahasa... darabkan markat setiap bahagian dengan 2.... Jumlah markatnya = 66. bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini.... Pemarkatan Secara Holistik Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan. Misalnya...... Untuk mengubah markat kepada peratus........ intonasi.. betul sebutan... Di sini..

Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan. awal 51 diajar dan perlu dikuasai oleh murid. Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini. Rumusan Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur). (b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. sedar dan pandai menggunakan pendekatan. sebutan ii. Pada pendapat anda. peringkat bacaan dan teknik bacaan. maka guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya. kelancaran pertuturan. penghasilan bahan. Empat teknik . Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting. (a) Huraikan taktir lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan. Guru mesti faham. kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu. iaitu: i. ketatabahasan iv. guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. Skimming dan Scanning Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. kefahaman iii. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru. dan v. keluasan perbendaha raan kata. guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. kaedah dan te knik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu.bagi setiap pecahan itu. Ekstensif. dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu? 52 Tajuk 6 Kemahiran Membaca · Matlamat dan Jenis Bacaan · Peringkat Pengajaran Bacaan · Teknik Bacaan ² Intensif.

Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Matlamat Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. jenis bacaan dan peringkat pengajaran bacaan 1. pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan. matlamat. Matlamat dan Jenis Bacaan: · Mekanis · Mentalis · Intensif · Ekstensif Peringkat Pengajaran Bacaan: · Kesediaan membaca · Prabacaan · Mekanis · Bacaan dan Kefahaman Teknik bacaan: . skimming dan scanning. Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Walau bagaimanapun. ekstensif.bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif. Hasil Pembelajaran 1. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Daripada kemahiran ini. · Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca. · Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini. kaedah. mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.1 Menjelaskan kemahiran membaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi. sila fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.2 Menghuraikan teknik bacaan. 53 Kerangka konsep Fikirkan: Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah? Arahan: · Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di sekolah.

Anda perlu tahu matlamat anda mengajar kemahiran membaca kepada pelajar-pelajar ! Kini. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul. mengkaji ciri-ciri tatabahasa. membaca mengikut intonasi. fahami pula jenis-jenis bacaan. memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Ekstensif. Skimming dan Scanning 54 Jenis Bacaan Bacaan mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan. memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan Mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti. nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran. 55 Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah.· Intensif · Ekstensif · Skimming · Scanning Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan Aplikasi Teknik Bacaan Intensif. keseronokan dan terhibur. memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. bahan bacaan perlu sesuai dengan murid. menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan. . Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara.

Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran. murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. aktiviti koordinasi psikomotor. latihan menajamkan daya ingatan. kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi emosi. lakukan rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Juriah Long et. keupayaan matanya mengecam bentuk. Prabacaan Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan. suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. pengalaman dan persekitaran. kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan. Dari segi mental pula. 56 Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan. Bacaan Mekanis . dan latihan bahasa pertuturan.al (1994). Pada tahap ini. anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah. Kesimpulannya. Dari segi fizikal. kemahiran pengamatan penglihatan. untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca ini. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal. aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf. emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif.

membaca teliti. membaca pemahaman. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca. 57 Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Sementara membaca telaah bahasa. frasa dan ayatayat mudah. perkataan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda. meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan. Dalam membaca telaah isi. kaedah terus. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru. Bacaan dan Kefahaman Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti. aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa. membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat. Teknik Bacaan Bacaan Intensif Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan. iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya.Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Teknik bacaan ini akan . bunyi kata dan abjad atau mengeja. Banyak bahan yang perlu kita baca ! Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. diskusi umum dan sebagainya. latihan kosa kata. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. suku kata. ditegaskan. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut.

bab. betul dari segi sebutan. Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat. (b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. 58 Konsep-konsep bacaan intensif (a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru. intonasi. (c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. rangka kasar. dan (e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa. Bacaan Ekstensif Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Tujuan (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. atau melihat judul. (e) Mengesan. cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan. dan (g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya. (d) Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat.meningkatkan pemahaman kita. kandungan dan sebagainya. (c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa. (d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca. (f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut: (a) membaca tinjauan (b) membaca sekilas (c) membaca dangkal 59 Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. meneliti indeks. iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya. memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa. lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. daftar kata yang terdapat dalam buku. memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan . (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.

Pertama. Tujuan Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar: (a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain. (b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok. Strategi skimming ini penting kepada . (c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur. umur. pengalaman. (j) Membentuk tabiat gemar membaca. membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan. (f) Menambah minat membaca. (e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif. SKIMMING Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. ungkapan. pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan. struktur ayat dan sebagainya. (h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca. (c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata. KONSEP BACAAN EKSTENSIF (a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru. dan menaakul isi bacaan. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. (b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari. jantina. Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. menambah kemahiran memahami.maklumat dan penerangan. (i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa. Kedua. dan (d) Bahan-bahan yang berbeza. untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan. sikap dan cita-cita pelajar. untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. 60 (d) Memperkaya bahasa .perbendaharaan kata. Melalui bacaan ini. (g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik. (k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa. meningkatkan kepantasan membaca. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. sesuai dengan minat. Ketiga. untuk mendapat halhal tertentu daripada sesuatu bacaan.

Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama. tajuk dan maksud keseluruhan tajuk. Prosedur Langkah-langkah untuk scanning: (a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. (d) Semasa membaca perenggan pertama. fokus perhatian anda di tengahtengah . berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain. SCANNING Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Kecepatan membuat skiming ini. Carilah maklumat tentang pengarang. Kecekapan scanning bergantung kepada penumpu an mental. (c) Untuk mempercepatkan proses scanning. gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). 61 (e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan ² anda akan dapati idea yang penting dan fakta. (b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah.pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. (c) Bacalah perenggan pertama. dan (f) Baca perenggan akhir dn teliti ² di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan. (e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar. teknikal dan sebagainya. walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ¶skim·. (b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain. (d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil. Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. ¶Konteks· ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut. Prosedur Skimming Langkah-langkah skimming: (a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya. perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat. seperti bila dan mengapa teks itu ditulis. cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut.

Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. kaedah abjad dan kaedah fonik Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi. untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Walau bagaimanapun.kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah. Kemudian perkataan akan .1 Menghuraikan kemahiran bahasa. Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata. komunikatif dan pengalaman bahasa. kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa 63 Kerangka konsep PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. kaedah. 62 Tajuk 7 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN · Pendekatan Binaan. Dalam pengajaran kemahiran membaca. Komunikatif dan Pengalaman Bahasa · Kaedah Pandang Sebut · Kaedah Abjad · Kaedah Fonik Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda. Cerakinan. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut. pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca Hasil Pembelajaran 1. pendekatan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan. dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. cerakinan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu.

guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Abjad dan Fonik 64 pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Jadi. Pengajaran kemahiran membaca mengikut Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa : · Binaan · Cerakinan · Komunikatif · Pengalaman bahasa Kaedah Bacaan · Pandang Sebut · Abjad · Fonik Pengajaran Kemahiran BAHASA MELAYU: Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan. Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca. dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal . kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu.membentuk ayat. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Cerakinan. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan. Pendekatan Cerakinan Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsurunsur yang besar. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. Komunikatif dan Pengalaman Bahasa. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan.

terdapat tiga peringkat pemahaman. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Kesimpulannya. (b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka. Pada peringkat interpretasi & inferens. pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan. (d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi. Sebagai contoh. keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya. murid65 murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah. Dalam sesuatu proses membaca. murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. dan penilaian makna. (c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar. (a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep. laras bahasa. pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. (b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana. Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita. jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan. grafik. tatabahasa.yang positif. (d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan . Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. teater pembaca. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras. Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. pada peringkat lateral. Bagi setiap peringkat. interpretasi & inferens. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut. susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. ragam. Prinsip pendekatan komunikatif: (a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya. Sebagai contoh. (c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar. iaitu lateral. laporan/ulasan buku dan choral speaking.

mereka perlu mengenali banyak lambang. Semasa kad diimbaskan. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan. dan (e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca. dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Antara kaedah pengajaran membaca ialah: Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu.al. Menggunakan bahan bantu belajar KAEDAH PANDANG SEBUT Menyebut Perkataan Mencerakinkan perkataan dan kata Membina dan membaca ayat Membaca ayat latiha n 67 . Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek. Menurut Juriah Long et. iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan. murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Mengikut kaedah ini.sebelum aktiviti membaca. 66 Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca.

Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula. pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya.Kaedah Abjad Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad. maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. e. nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ¶a· hingga ¶z· mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. huruf besar dan kecil Menyebut suku kata V dan KV Mengeja suku kata. huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Dalam kaedah ini. 1994). pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000). Setelah murid menghafal semua nama huruf. kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.al. huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et. i. dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menggunakan bahan bantu belajar KAEDAH ABJAD Menyebut nama huruf abjad a ² z. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan. o. perkataan dan frasa Membaca ayat latiha n 68 Kaedah Fonik . biasanya. Latih tubi mengeja perkataan diadakan.

RADAR. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.How. Recite(SQ3R). tatacerita dan teater pembaca.What. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid. Selamat mencuba dan berjaya! Menggunakan bahan bantu belajar KAEDAH FONETIK latiha n Membunyi kan huruf dan asosiasi dengan Membatan g suku kata dan perkataan Membaca frasa dan ayat 69 Tajuk 8 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey.(KWLH). Know. Read. Read. diikuti dengan pengenalan huruf konsonan. Teknik yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R. KWLH. dan lainlain (b) Teknik Bercerita (c) Teater Pembaca Sinopsis Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca.Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Review. Review. pembentukan suku kata.Learn. Question. Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda .Recite (3R). dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Keberkesanan pengajaran .

tajuk-tajuk kecil. S (survey) .Imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) . gambar-gambar atau ilustrasi. Question. Review. Recite(SQ3R). (c) (KWLH). Read. lakaran grafik.What. (b) Know.Baca R (recite) .Soal/tanya R (read) . Question. dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.How. Recite (SQ3R) 1. TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey. SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tuga san yang perlu diselesaikan. Teater Pembaca · Bimbingan Menjangka. 70 Kerangka konsep Survey. membaca perenggan pengenalan.Learn. Hasil Pembelajaran 1. Review. dan lain-lain (a) Lingkaran Soalan. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.Tinjau Q (question) . · Teater Pembaca Teknik . Read.Baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Review. Read.Recite (3R). SQ3R adalah singkatan bagi.bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif. (b) Tatacerita (c) Bimbingan Menjangka.

mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya). Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca 71 Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya.Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) . pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui. berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. What. dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Setelah selesai membaca. How (KWLH) KWLH adalah singkatan bagi yang berikut: K (know) . KWLH . Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca. pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan.Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) . Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut. Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan . Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan . pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Learn. Ketika membaca. Lingkaran Soalan.Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R. melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih).Tatacerita . Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Knowledge.yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Melalui Teknik membaca kritis.Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) . membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir.

idea. . Teater Pembaca Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan. Read. idea atau tempat. Langkah pelaksanaan (a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan. dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat 72 tambahan. Dalam konteks pengajaran. sebutan. Penggunaan suara. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru.Mengaplikasi R(Review/Research) .Menyemak/ Menyelidik Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau 73 suasana cerita. (b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon. idea atau tempat. tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri. Discuss. Review/Researsh (RADAR) RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) . barang. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep.Membaca A (Analogize) . Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan ma klumat lain. pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH. Analogize. R ² Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. D ² Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. (c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog. Apply. A ² Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.Berbincang A( Apply) . nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya. gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.Menganalogi D(Discuss) . Lima langkah RADAR ialah: R ² Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki.apa yang dibaca. barang. A ² Pelajar menerangkan bagaimana konsep .

membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman. dan (h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu. dan (g) Sediakan kad-kad perkataan. Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur. (e) Lakukan latihan. kecerdasan dan minat murid-murid. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. TEKNIK BERCERIT A Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Selain itu. (g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca. suara. gerak laku dan kawalan mata. kemuncak dan kesudahan cerita. penguasaan kemahiran mendengar.(d) Pembaca dapat membaca dengan baik. (f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan. (b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. bertutur. frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang henda k disampaikan. . Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan. (c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa. 74 (d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. nada dan intonasi yang sesuai. (f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan. (e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan. (b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan. perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->