You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA BIL.1/2011 & BIL. 2/2011

28 30 JUN 2011 SOALAN TUGASAN


PENILAIAN SEPANJANG KURSUS

Soalan Tugasan ini mengandungi 4 muka surat bercetak

ARAHAN KEPADA CALON

1.

Buku Tugasan ini terdiri daripada 2 Bahagian: Bahagian A : Tugasan 1 : 3 Soalan Bahagian B : Tugasan 2 : 4 Soalan Anda dikehendaki menjawab mana-mana SATU soalan dalam Bahagian A (Tugasan 1) dan mana-mana SATU soalan dalam Bahagian B (Tugasan 2). Jawapan anda hendaklah dalam bentuk esei yang panjangnya tidak melebihi 750 patah perkataan.

2.

3.

4. Buku Tugasan ini akan diberikan pada sesi taklimat pada 24 Mei 2011 Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia dan skrip jawapan perlu diserahkan pada

Soalan Tugasan PSK KISSM BIL.1/2011 & BIL.2/2011

28 Jun 2011.

BAHAGIAN A TUGASAN 1
Arahan : Anda dikehendaki menjawab mana-mana SATU soalan sahaja dalam bahagian ini. SOALAN 1 (Perintah Am)

Anak kepada seorang kakitangan Awam Gred DG41 yang bertugas di Sabah telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor pakar di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur. Jelaskan kelayakan yang boleh dituntut oleh kakitangan tersebut berdasarkan Perintah Am Bab B, C dan F.

SOALAN 2 (Nilai Dan Etika Perkhidmatan Awam)

Sebagai guru baru yang ditempatkan di sekolah luar bandar, anda perlu memahami, menghayati dan melaksanakan Etika Perkhidmatan Awam. (i) (ii) Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan. Huraikan lima amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut.

SOALAN 3 (Arahan Perkhidmatan Dan Keselamatan)

Encik Y baru sahaja ditukarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara. Beliau diberi tanggungjawab untuk menguruskan sistem fail di jabatan berkenaan. Masalah utama yang dihadapi oleh Encik Y ialah pengesanan fail-fail dengan cepat. Terdapat juga beberapa fail yang telah hilang dan tidak dapat dikesan. (i) (ii) Jelaskan punca berlakunya masalah berkenaan. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Encik Y untuk mengatasi masalah di atas.

Soalan Tugasan PSK KISSM BIL.1/2011 & BIL.2/2011

BAHAGIAN B TUGASAN 2
Arahan : Anda dikehendaki menjawab mana-mana SATU soalan sahaja dalam bahagian ini. SOALAN 1 (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam)

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8, Tahun 1991 menetapkan bahawa


Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) ialah dua dokumen rujukan rasmi yang

perlu ada dalam sesebuah jabatan. Kedua-dua dokumen ini ialah alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti jabatan secara keseluruhannya. (ii) (i) Nyatakan perbezaan antara ciri-ciri MPK dan FM. Huraikan bagaimana kedua-dua dokumen di atas dapat membantu anggota yang baru dilantik atau anggota yang baru bertukar melaksanakan tugasnya dengan cekap dan berkesan. SOALAN 2 (Dasar-Dasar Kerajaan)

Semasa pemerintahan British, sistem pendidikan vernakular yang telah dilaksanakan telah menimbulkan pelbagai masalah, khasnya masalah perpaduan negara. Oleh itu, perjuangan ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan telah dimulakan sejak merdeka melalui Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1961), agar matlamat perpaduan negara dapat dicapai. (i) Huraikan strategi-strategi pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan yang dapat mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu. (ii) Sebagai guru, huraikan peranan yang boleh anda laksanakan untuk menyumbang ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar anda.

SOALAN 3 (Pengurusan Am)

Kepimpinan yang berkesan mempengaruhi produktiviti sesebuah organisasi. (Mahathir Mohamad, 1990 ) Sebagai pemimpin apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan keberkesanan kepimpinan organisasi sesuai dengan saranan di atas.

Soalan Tugasan PSK KISSM BIL.1/2011 & BIL.2/2011

SOALAN 4 (Pengurusan Kewangan)

Mengikut Akta Acara Kewangan 1957 di bawah Seksyen 4 (Prosedur KewanganBab B) menerangkan dengan jelas prosedur pembayaran secara panjar di jabatanjabatan kerajaan. Merujuk kepada prosedur tersebut jelaskan perkara-perkara berikut:
(i)

(ii)

Empat jenis Panjar. Bagaimanakah cara-cara Panjar dikendalikan di jabatan tuan.

Hak Cipta Terpelihara 2011 Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like