You are on page 1of 5

.TARIKH SERAHAN: 9 OKTOBER 2009 HABA PENEUTRALAN. KONSEP SAINTIFIK.

Tindak balas peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air sahaja. Asid + alkali garam + air Haba peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol ion hidrogen, H+ daripada asid bergabung dengan satu mol ion hidroksida, OH- untuk membentuk satu mol air pada keadaan piawai. Semua tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas peneutralan bergantung kepada : i- Kuantiti asid dan alkali ii- Kebesan asid dan alkali iii- Kekuatan asid dan alkali Kuantiti asid dan alkali : kuantiti haba yang dibebaskan dalam tindak balas peneutralan adalah berkadar terus dengan kuantiti asid dan alkali yang digunakan. Kebesan asid dan alkali : i- Kebesan asid menunjukkan bilangan mol ion hidrogen yang dapat dihasilkan oleh satu mol asid dalam larutan akueus. ii- Peneutralan asid dwibes sehingga lengkap membebaskan haba dua kali lebih tinggi daripada peneutralan asid monobes sehingga lengkap.

Kekuatan asid dan alkali : i- Haba yang dibebaskan dalam tindak balas antara asid kuat dengan alkali kuat adalah lebih tinggi daripada haba yang dibebaskan dalam tindak balas antara asid lemah dengan alkali kuat.

Kebiasannya, nilai haba peneutralan yang ditentukan dalam eksperimen adalah kurang daripada nilai teori. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa haba peneutralan antara asid lemah dengan alkali kuat adalah tidak sama dan lebih rendah daripada haba peneutra antara asid kuat dengan alkali kuat. lan OBJEKTIF 1. Pelajar dapat menghuraikan maksud haba peneutralan dengan lengkap. 2. Pelajar dapat menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi tindak balas haba

peneutralan. 3. Pelajar dapat mengaplikasikan konsep haba peneutralan di dalam eksperimen yang dijalankan. 4. Pelajar juga mampu mengaplikasikan konsep peneutralan bagi mengatasi masalah dalam kehidupan seharian. ENGAGE 1.Apakah nama bagi alat dalam rajah di atas? 2. Apakah fungsi alat ini? 3. Apakah hasil yang akan dihasilkan daripada alat ini di akhir eksperimen? 4.Mengapa alat ini dikatakan sangat ringkas? EMPOWER 1. Pelajar diberikan: Cawan polistirena Termometer

Silinder penyukat

Larutan natrium hidroksida 2.0 mol dm-3 Asid etanoik 2.0 mol dm-3 Asid hidroklorik 2.0 mol dm-3 1.Hipotesis : Haba peneutralan antara asid etanoik dengan natrium hidroksida adalah berbeza daripada haba peneutralan antara asid hidroklorik dengan natrium hidrosida. 2. Kesan : Haba peneutralan antara asid lemah dengan alkali kuat adalah berbeza daripada haba peneutralan antara asid kuat dengan alkali kuat. 3. Pembolehubah: a. Dimanipulasikan : Asid berlainan kekuatan b. Bergerak balas : Haba peneutralan c. Dimalarkan : Kepekatan dan isi padu larutan asid dan cawan polistirena

4. Kaedah eksperimen : a.250 cm3 larutan natrium hidroksida 2.0 mol dm-3 disukat ke dalam sebuah cawan polistirena dengan menggunakan silinder penyukat. Suhu awal larutan natrium hidroksida dicatat selepas beberapa minit. b.250 cm3 asid etanoik 2.0 mol dm-3 disukat kedalam cawan polistirena yang kedua dengan menggunakan silinder penyukat yang lain. Suhu awal asid etanoik dicatatkan selepas beberapa minit. c. Dengan cepat dan cermat, asid etanoik dituangkan ke dalam larutan natrium hidroksida. d. Campuran dikacau dengan thermometer dan suhu tertinggi dicatatkan. e.Prosedur a hingga d dilulangi dengna mengunakan 250 cm3 asid hidroklorik 2.0 mol dm-3 untuk menggantikan asid etanoik. Keputusan: http://www.chem.iastate.edu/group/Greenbowe/sections/projectfolder/simDownload/index4.h tml#kinetics a. Asid etanoik dan natrium hydroksida Suhu awal natrium hidroksida Suhu awal asid etanoik Suhu campuran kedua-dua larutan b. Asid hidroklorik dan natrium hidrosida Suhu asid hidroklorik Suhu natrium hidroksida Suhu campuran kedua-dua larutan Soalan: 1.Apakah yang dimaksudkan dengan haba peneutralan? 2. Apakah persamaan kimia bagi eksperimen ini? 3.Berapakah jumlah haba yang telah terbebas semasa proses peneutralan berlaku di antara asid etanoik dan natrium hidroksida, dan asid hidroklorik asid dan natrium hidroksida? Jawapan: 1.Haba peneutralan ialah jumlah haba yang terbebas semasa tindak bals peneutralan antara asid dan bes. 2. a. Asid etanoik dan natriun hidroksida NaOH (ak) + CH3COOH (ak) CH3COOHNa(ak) + H2O (ce) b. Asid hidroklorik dan natrium hidrosida NaOH (ak) + HCl (ak) NaCl (ak) + H2O (ce) 3. Isi padu asid etanoik = 250 ml Kemolaran asid etanoik = 2 mol dm-3 Isipadu natrium hidroksida = 250 ml Kemolaran natrium hidroksida = 2 mol dm-3

Suhu awal asid etanoik = 24.04oC Suhu awal natrium hidroksida = 24.04oC Suhu tertinggi larutan campuran = 33.39oC

Persamaan kimia NaOH (ak) + CH3COOH (ak) CH3COOHNa(ak) + H2O (ce) Bilangan mol = MV 1000 Bilangan mol CH3COOH = 2.0 x 250 = 0.5 mol 1000 Bilangan mol NaOH = 2.0 x 250 = 0.5 mol 1000 Menurut persamaan, 1 mol CH3COOH bertindak balas dengan 1 mol NaOH untuk membentuk 1 mol air. Jadi, 0.5 mol CH3COOH bertindak balas dengan , 0.5 mol NaOH untuk membentuk 1 mol air.

Jumlah isi padu larutan campuran = 250 + 250 = 500 cm3 Jisin larutan campuran, m = isipadu larutan x ketumpatan larutan = 100 cm3 x 1.0 gcm-3 Suhu awal = purata suhu kedua-dua larutan 24.04 + 24.04 = 24.04oC 2 Perubahan suhu larutan, 0 = suhu tertinggi suhu terendah = 33.39 24.04 = 9.35oC

Haba yang dibebaskan oleh tindak balas peneutralan = haba diserap oleh larutan = mc0 = 100g x 4 Jg-1 oC-1 x 9.35oC = 3740 J @ 3.74 kJ

Maka,pembentukan 1 mol air akan membebaskan = 3.74 kJ = 7.48 kJ mol-1 0.5 mol Haba peneutralan bagi tindak balas peneutralan ialah -7.48 kJ mol-1 Isi padu asid hidroklorik = 250 ml Kemolaran asid hidroklorik = 2 mol dm-3 Isipadu natrium hidroksida = 250 ml Kemolaran natrium hidroksida = 2 mol dm-3

Suhu awal asid hidroklorik = 24.01oC Suhu awal natrium hidroksida = 24.00oC Suhu tertinggi larutan campuran = 37.43oC

Persamaan kimia NaOH (ak) + HCl (ak) NaCl (ak) + H2O (ce) Bilangan mol = MV 1000 Bilangan mol CH3COOH = 2.0 x 250 = 0.5 mol 1000 Bilangan mol NaOH = 2.0 x 250 = 0.5 mol 1000 Menurut persamaan, 1 mol HCl bertindak balas dengan 1 mol NaOH untuk membentuk 1 mol air. Jadi, 0.5 mol HCl bertindak balas dengan , 0.5 mol NaOH untuk membentuk 1 mol air.

Jumlah isi padu larutan campuran = 250 + 250 = 500 cm3 Jisin larutan campuran, m = isipadu larutan x ketumpatan larutan = 100 cm3 x 1.0 gcm-3 Suhu awal = purata suhu kedua-dua larutan 24.01 + 24.00 = 24.03oC 2 Perubahan suhu larutan, 0 = suhu tertinggi suhu terendah = 37.43 24.03 = 13.4oC

Haba yang dibebaskan oleh tindak balas peneutralan = haba diserap oleh larutan = mc0 = 100g x 4 Jg-1 oC-1 x 13.4oC = 5360 J @5.36 kJ

Maka,pembentukan 1 mol air akan membebaskan = 5.36 kJ = 10.72 kJ mol-1 0.5 mol Haba peneutralan bagi tindak balas peneutralan ialah -10.72 kJ mol-1 ENHANCE Simen Simen merupakan sejenis bahan yang sangat penting untuk membuat rumah. Akan tetapi, kita tidak pernah mengambil tahu tentang bahan yang terkandung di dalam simen. Sila terangkan kaedah untuk mengkaji kandungan simen. Jawapan : Kita boleh mencari atau mengkaji kandungan yang terdapat di dalam simen dengan menggunakan kaedah haba peneutralan. Natrium acetate - asid asetik glasial buffer digunakan untuk memulakan tindak balas eksotermik dengan kalsium hidroksida yang terdapat di dalam

simen.

A heat of neutralization test method (as modified by the Bureau of Reclamation) for determining cement content of freshly mixed soil-cement is discussed. Once a calibration curve is established, a cement content determination can be made in approximately 15 min, which in field applications has been found to be accurate to within plus or minus 1 percentage point of actual cement content. A sodium acetate-glacial acetic acid buffer solution is used to initiate an exothermic reaction with the calcium hydroxide in the soil-cement test specimen. During construction, test specimens are obtained directly from the spreader as soil-cement is placed, and separation of plus No. 4 (4.75-mm) sieve size material is not required. Results from an interlaboratory testing program were analyzed to establish precision and bias of the suggested test method http://www.scribd.com/doc/21261259/fULL-siMuLaTiOn

You might also like