You are on page 1of 4

DI BAWAH LANGIT YANG SAMA..

MAKSUD SAJAK..
Rangkap 1 :
Tidak kira sama ada di Beirut atau di Kuala Lumpur, semua manusia adalah sama. Mereka
menghirup udara yang sama da berteduh di bawah langit yang sama.
Rangkap 2 :
Penyajak menyatakan bahawa dia suka akan hujan rintik-rintik di kota London. Dia juga penah
juga terpikat akan kedinginan angin di Washington. Dia mendapati pohon-pohon hijau atau
aneka warna di sana tiada bezanya dengan di tempat-tempat lain.
Rangkap 3 :
Orang yang tinggal di Australia atau di Afrika juga tetap berada di bawah langit yang sama.
Rangkap 4 :
Penyajak ingin menyeberangi Laut China Selatan , melayari Lautan Teduh, dan merentasi
Lautan Sutera. Dia ingin berkongsi siang dan malam, menyemaikan rasa cinta sejagat dan
memberikan harapan yang sama kepada warga dunia.
Rangkap 5 :
Meskipun warga dunia dipisahkan olah peta-peta, penyajak berharap agar sempadan yang
memisahkan manusia itu sentiasa dibuka. Visa dan passport hanyalah merupakan dokumen
rasmi bagi pengenalan diri. Atas dasar perpaduan sejagat, manusia perlu membuang perasaan
benci dan melupakan sengketa silam.




Tema
Sajak Dibawah Langit Yang Sama bertemakan Kemanusiaan Sejagat, manusia di atas
muka bumi ini adalah sama kerana semuanya berada di bawah muka bumi yang sama.

PERSOALAN
- Tanggungjawab setiap manusia untuk mengwujudkan keamanan dunia.
- Halangan-halangan hubungan secara baik antara masyarakat dunia.
- Perkongsian Sumber Alam secara adil dan saksama.

BENTUK SAJAK
- Sajak Dibawah Langit Yang Sama berbentuk bebas. Sajak ini tidak
terikat dengan cirri-ciri khusus seperti pantun atau syair.
- Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
- Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama
mengandungi enam baris, rangkap dua mengandungi empat baris, rangkap
ketiga mengandungi tiga baris, rangkap keempat mengandungi lapan baris
dan rangkap kelima mengandungi Sembilan baris.
- Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.
- Bilangan kata dalam setiap baris pun tidak sama juga,iaitu antara satu
hingga enam patah kata dalam satu baris.
- Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama:aabbaa,rangkap
kedua:aabb,rangkap ketiga:aba,rangkap keempat:abcabbbb,dan rangkap
kelima:aabbbcdeb.

Unsur keindahan

1. Pemilihan kata atau diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu
berkesan contohnya:
i. Tiupkan harapan senada rangkap, baris 5
ii. Kita dakapi mimpi tak berbeza rangkap 5 baris 5
GAYA BAHASA
a Pengulangan atau iepetisi
- Di Bawah Langit yang sama Rangkap 1, baris 1 dan 6
b Penggunaan kata pinjaman
i. Visa - Rangkap 5, baris 3
ii. Pasport Dokumen Rangkap 5, Baris 4
c Bipeibola
i. Angin dingin tajam - Rangkap 2, baris 2
ii. Layari Lautan Teduh rentasi Laluan sutera - Rangkap 4, baris 2
u Penggunaan ayat yang panjang
i. Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington Rangkap 2, baris 2

UNSUR BUNYI
a Asonansi
i. Pengulangan bunyi vokal a
- Di bawah langit yang sama Rangkap 1, baris 1
- Tiada bezanya Rangkap 2, baris 4
ii. Pengulangan bunyi vokal i
- Kerana dibawah langit ini - Rangkap 3, baris 2
- Sesama kita warga dunia Rangkap 4, baris 6

(b) Aliteiasi
i. Pengulangan bunyi huruf konsonan K
- Berkongsi sian miliki malam Rangkap 4, baris 3
- Kita dakapi mimpi tak berbeza - Rangkap 5, Baris 5
ii. Pengulangan bunyi konsonan n
- Pernah terpesona angin dingin-dingin tajam di Washington - Rangkap 2,Baris 2
- Anyam cinta pelangikan zaman Rangkap 4, Baris 4


NADA
Sajak Di Bawah langit yang sama bernada romantic. Nada ini sesuai dengan sajak tersebut yang
menggambarkan perasaan penyajak yang menganggap bahawa semua masyarakat dunia ini sama.

NILAI
1. Nilai Kasih Sayang. Contohnya, setiap insan adalah sama dan harus menyayangi atas nama
kemanusiaan.
2. Nilai Perpaduan. Contohnya, perpaduan hidup masyarakat dunia menjamin keharmonian
kehidupan dan dunia.
3. Nilai Muafakat. Contohnya, harapan kehidupan masyarakat dunia apabila harapan itu
dilaungkan secara bersama-sama dan senada.
4. Nilai Persahabatan. Contohnya, manusia di dunia boleh bersahabat baik kerana halangan
yang ada adalah keperluan dan peraturan rasmi yang seketika sahaja.
5. Nilai Berpandangan Positif. Contohnya, sikap benci-membenci dan sejarah hitam dalam
kalangan masyarakat dunia wajar dileburkan.

PENGAJARAN
1. Masyarakat dunia hendaklah bersatu padu dan menerima antara satu sama lain tanpa
mengira keturunan dan asal-usul
2. Perasaan benci membenci mesti dihindari bagi menwujudkan kehamonian hidup sejagat.
3. Pasport, dokumen, visa dan pos sempadan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk
masyarakat dunia mewujudkan perbezaan.
4. Sejarah hitam mesti dikuburkan dan digantikan dengan harapan baru yang baik untuk
dunia.
5. Manusia di dunia ini walaupun berbeza warna kulit, keturunan dan agama tetapi hendaklah
menerima hakikat bahawa semuanya sama iaitu insane dan manusia

You might also like