You are on page 1of 2

LAPORAN MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN 1.

Tugasan: Melaksanakan aktiviti prabacaan


y y y

Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran Melaksanakan aktiviti tangan dan mata

2. Bagaimana bahan dikaitkan dengan aktiviti:


y

Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan

Tajuk Bahan: Kenali Kami (Padankan) Aktiviti: Murid mencabut satu bongkah bentuk yang berbeza saiz, warna dan bentuk bagi setiap satunya. Kemudian dipadankan dengan ruangan kosong yang sama dengan bentuk yang dicabut. Keistemewaaan: Murid seronok bermain dengan bongkah bentuk pelbagai warna menarik dan bentuk, serta secara tidak langsung menguji pengamatan penglihatan mereka daripada pelbagai aspek termasuklah saiz, warna dan bentuk. Tambahan dan pandangan: -Meletakkan tajuk pada bahan

Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran

Tajuk Bahan: Siapa Saya? Aktiviti: Murid mengecam bunyi yang dimainkan, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang dimainkan. Keistimewaan: Memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi apa yang sedang dimainkan. Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik, menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam sistem pendengarannya sebelum belajar untuk membaca. Tambahan dan pandangan: -menggunakan bunyi alam yang sering didengar bagi alternatif lain ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain audio.

Melaksanakan aktiviti pengamatan tangan dan mata

Tajuk Bahan: Jom Menjahit, Kawanku Heroku. Aktiviti: Jom menjahit, murid menggunakan benang bagi menyambung kepingan kad gerabak

kereta api yang dilubangkan. Setelah selesai menjahit, gerabah tadi akan menjadi sebuah kereta api berbentuk kad yang bersambung-sambung. Kawanku Heroku, merupakan permainan mencari jalan keluar bagi menyelamatkan rakan bagi setiap watak kartun. Keistimewaan: Melatih pergerakan tangan murid terhadap apa yang dilihat. Melatih motor halus murid bagi penyediaan aktiviti menulis.

You might also like