You are on page 1of 29

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA 1. Undang-undang pertandingan Kejohanan ini dijalankan mengikut ; 1.1.

Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 1.2. Peraturan-peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Kelantan (MSSMK) Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 1.3. Peraturan-peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 1.4. Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan 1.5. Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. 2. Jenis pertandingan / Kategori / Jarak Laluan 2.1. Pertandingan akan dijalankan secara individu 2.2. Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut ; Kategori Peringkat Umur Jarak A Lelaki bawah 18 tahun 8 km B Perempuan bawah 18 tahun 6 km C Lelaki bawah 15 tahun 6 km D Perempuan bawah 15 tahun 6 km 3. Sila rujuk pelan MERENTAS DESAKELANTAN / MILO untuk tahun yang berkenaaan 4. Semua penyertaan mesti dibuat dalam borang masuk rasmi yang boleh didapati daripada Sekretariat MSSK, Kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Unit Sukan JPN, Wisma Sukan, Jalan Telipot, Kota Bharu atau mana-mana Unit Sukan PPD. 5. Tarikh Tutup 5.1. Tarikh akhir penerimaan borang masuk pertandingan akan ditentukan oleh JK Pengelola. Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan. Borang-borang hendaklah dihantarkan

kepada Setiausaha Agung MSSMK, kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab, 15300 Kota Bharu. 5.2. Tiap-tiap sekolah dikehendaki menghantar borang-borang masuk pertandingan dengan sekaligus sahaja. Sila guna borang berasingan bagi tiap-tiap kumpulan. 6. Nombor-nombor 6.1. Nombor-nombor peserta akan disediakan oleh Urusetia dan boleh diambil di Sekretariat MSSK, Kompleks Sekolah-Sekolah, Kota Bharu. 6.2. Nombor-nombor tidak akan diedarkan pada hari pertandingan. 6.3. Tiap-tiap peserta diberi dua nombor untuk dipakai di hadapan dan di belakang. 6.4. Peserta-peserta yang tidak memakai nombornya sebagaimana yang didaftarkan tidak akan dibenarkan bertanding. 7. Bantahan 7.1. Sebarang bantahan mestilah dibuat tidak lewat daripada 20 minit selepas keputusan rasmi diumumkan. 7.2. Bantahan boleh dibuat secara lisan oleh peserta sendiri atau wakilnya kepada REFERI. Sekiranya tidak puas hati dengan keputusan REFERI, bantahan boleh dibuat kepada JURI RAYUAN secara bertulis mengikut Peraturan KOAM dan MSSM. 7.3. Sebarang permohanan bantahan kepada JURI RAYUAN mestilah dengan secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap peserta berkenaan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200. Wang pertaruhan akan hilang sekiranya bantahan itu didapati tidak berasas. 7.4. Borang berkenaan dan wang pertaruhan mesti diserah kepada Pengurus Pertandingan. 8. Umur Pemenang 8.1. Umur pemenang-pemenang akan diperiksa. Peserta-peserta dikehandaki membawa salinan kad pengenalan pada hari pertandingan yang telah disahkan oleh Pengetua sekolah

berkenaan. 8.2. Hanya 5 000 peserta yang mendaftar awal bagi tiap-tiap kategori sahaja akan diterima untuk mengambil bahagian.9. Masa Melapor Diri Peserta hendaklah melaporkan diri satu jam sebelum acara bermula. 10. Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Kebenaran ibu bapa / penjaga adalah perlu bagi semua peserta. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab bagi murid-murid mendapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga. 11. Keselamatan 11.1. Jawatankuasa Pengelola MERENTAS DESAKELANTAN / MILO tidak akan bertanggungjawab kepada peserta-peserta jika berlaku apa-apa kemalangan / kecederaan / kehilangan nyawa / harta benda sebelum, semasa atau selepas pertandingan dijalankan. Walaubagaimana pun segala langkah keselamatan akan diambil kira oleh Jawatankuasa Pengelola. 11.2. Peserta yang meragui tahap kesihatan dinasihatkan mandapat nasihat doktor sebelum bertanding. 12. Arah jalan Adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta-peserta untuk memahirkan diri dengan arah laluan, semua peserta dinasihatkan berlari mengikut papan tunjuk arah jalan yang disediakan 13. Keluar Dari Pertandingan Peserta-peserta yang meninggalkan perlumbaan secara sukarela atau tidak melalui laluan yang ditetapkan akan dibatalkan. Nombor peserta ini akan ditanggalkan oleh Pegawai Teknikal. 14. Pengiring (Pacers) Pengiring adalah tidak dibenarkan. 15. Hadiah-hadiah Individu 15.1. Mengikut budibicara JK Pengelola. 15.2. Setiap peserta yang menamatkan perlumbaan Merentas Desa Kelantan ini akan menerima sijil

penyertaan PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI MERENTAS DESA DAN LARIAN MINI 1. Pengurus Pertandingan - 1 orang 2. Penolong Pengurus Pertandingan - Jika Perlu 3. Pengurus Teknik - 1 orang 4. Penolong Pengurus Teknik - Bilangan bergantung kepada keperluan 5. Referi - 1 orang atau lebih 6. Ketua Hakim - 1 orang atau lebih 7. Hakim - Bilangan bergantung kepada keperluan 8. Ketua Penjaga Masa - 1 orang atau lebih 9. Penjaga Masa - Bilangan bergantung kepada keperluan 10. Ketua Pengadil (Ronda / Kawasan) - 1 orang atau lebih 11. Pengadil Ronda - Bilangan bergantung kepada keperluan 12. Pengadil Kawasan - Bilangan bergantung kepada keperluan 13. Penyelia Pusat Semakan - 1 orang atau lebih 14. Pencatat Pusat Semakan - Bilangan bergantung kepada keperluan 15. Ketua Penyelia Peserta - 1 orang atau lebih 16. Penyelia Peserta - Bilangan bergantung kepada keperluan 17. Ketua Pengawas Haluan - 1 orang atau lebih 18. Pengawas Haluan - Bilangan bergantung kepada keperluan 19. Penunjuk Arah - Bilangan bergantung kepada keperluan 20. Setiausasa Pertandingan - 1 orang 21. Pegawai Statistik - Bilangan bergantung kepada keperluan PENTING

" Adalah dicadangkan Ketua Hakim / Hakim dan Ketua Penyelia Peserta / Penyelia Peserta adalah orang yang sama untuk menjimatkan tenaga . " Juga dicadangkan supaya 3, 5 atau 7 orang Juri Rayuan yang terdiri daripada orang yang berpengetahuan dalam bidang olahraga. Sekiranya Juri Rayuan tidak dilantik maka keputusan Referi muktamadUNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN LARI BERGANTI-GANTI 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN KEJOHANAN ini dijalankan 1.1 Mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia ( KOAM ), 1.2 Peraturan - Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Kelantan ( MSSMK ) 1.3 Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Lari berganti-ganti Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia Kelantan ( MSSMK ) 1.4 Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Kelantan ( MSSMK ) 1.5 Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Lari berganti-ganti Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia ( MSSM ) 2. ACARA- ACARADAN UKURAN SERTATIMBANGAN ALAT - ALAT PERTANDINGAN LELAKI PEREMPUAN KOD ACARA ACARA (TG2) (TG4) (TG2) (TG4) 01 4 x 100 m X X X X 02 4 x 200 m X X X X 03 4 x 400 m X X X X ACARA TAMBAHAN

KOD ACARA LELAKI PEREMPUAN ACARA 04 4 x 100 m TG 1 TG 1 05 4 x 800 m TG 4 TG 4 3.0 JENIS PERTANDINGAN 3.1 Berpasukan antara Sekolah-sekolah 4.0 PENDAFTARAN PESERTA- PESERTA 4.1 Setiap Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Daerah adalah dikehendaki menghantar minima satu (1 ) dan maksima tiga ( 3 ) pasukan sekolah menengah bagi setiap kategori 4.2 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan 5 orang peserta dari sekolah Menengah sahaja bagi setiap kategori. 4.3 Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara sahaja. 4.4 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dalam satu borang khas yang mempunyai butiran yang dikehendaki dengan gambar setiap peserta yang akan digunapakai daripada kejohanan peringkat Daerah/Bahagian, Negeri dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan. Salinan borang hendaklah sampai ke urusetia pada tarikh yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola. Semua boring mesti mendapat pengesahan terakhir daripada Penyelia Sukan Daerah PPD masing-masing 4.5 MSSD hendaklah menghantar 2 salinan boring masuk rasmi kepada urusetia kejohanan. 4.6 Peserta-peserta adalah WAJIB membawa Kad Pengenalan asal atau setaraf dengannya sebagai Pengesahan Rasmi. Surat Akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA( Rujuk Peraturan Am 4 MSSM )5.0 HADIAH - HADIAH 5.1 Akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola TERBUKATG 1, TG 2, TG 3, TERBUKATG 1,TG 2, TG 3,

6.0 PENGESAHAN PESERTA- PESERTA. 6.1 Mesyuarat Pengundian 6.1.1 Pengundian lorong akan dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan Kejohanan 6.2 Taklimat Pengurus - Pengurus Pasukan Semasa taklimat ini, hanya penarikan diri TANPApenggantian dibenarkan 6.2.1. Penggantian Penggantian dihadkan kepada Satu ( 1 ) orang peserta yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi. Peraturan ini meliputi penyertaan di pusingan Separuh Akhir dan Akhir. Mana-mana peserta yang telah diganti tidak boleh bertanding lagi 6.3 Borang Penamaan lari berganti-ganti dengan susunan pelari hendaklah diserahkan kepada bilik panggilan ( Penyelia Peserta ) 1 jam sebelum pertandingan dijalankan. 7.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA 7.1 - Semua peserta mestilah melaporkan diri kepada Hakim Bilik Panggilan (Penyelia Peserta) sekurang-kurangnya 20 minit bagi acara Balapan dan 30 minit bagi acara Padang sebelum waktu acara tersebut dijadualkan berlangsung. Pengurus / Pegawai Pasukan memastikan peserta melapor diri pada masa tersebut tanpa menunggu hebahan. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan 7.2 - Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dipertandingan tanpa terlebih dahulumelapor diri kepada Hakim Bilik Panggilan ( Penyelia Peserta ) 7.3 - Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan sesuai. Peserta -peserta wajib memakai nombor . Nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing , satu di bahagian hadapan dan satu di belakang. Kecuali bagi acara Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah hanya dibahagian hadapan. 7.4- Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara peserta mestilah bersedia menunjukkan Kad

Pengenalan / Surat Beranak. Jika diminta oleh Hakim Bilik Panggilan ( Penyelia Peserta } Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi peserta berkenaan TIDAK DIBENARKAN menyertai acara itu. 7.5- Kelewatan melaporkan diri sepertimana yang ditetapkan boleh menyebabkan peserta tersebut disingkirkan dalam acara kejohanan tersebut 8.0 CARAMENANDADI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN/PERALATAN 8.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menandakan di tempat - tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita yang disediakan oleh Pihak Pengelola 8.2 Paku Kasut 8.2.1 Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang maksima paku kasut ( spikes ) tidak boleh melebihi 9 mm.dan bilangan tidak meebihi 11 8.2.2 Jika diadak di atas rumput panjang paku tidak melebihi 25 mm dan bilangan tidak melebihi 11 mm 8.3. Blok permulaan akan digunakan untuk semua peringkat umur dalam acara ini 9.0 KELAYAKAN KEPERINGKAT SETERUSNYA 9.1. 4 Separuh Akhir Pemenang tempat pertama setiap separuh akhir dan 4 pencatat masa terpantas dari ke empatempat separuh akhiritu layak ke pertandingan akhir.9.2. 3 Separuh akhir Pemenang tempat pertama dan kedua setiap separuh akhir dan dua ( 2 ) pencatat masa terpantas bagi ke tiga-tiga separuh akhir akan layak ke pertandingan akhir 9.3. 2 separuh akhir Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga setiap separuh akhir dan 2 pencatat masa terpantas bagi ke dua-dua separuh akhir akan layak kepertandingan akhir 10 HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN MSS DAERAH ( SEKOLAH)

10.1. Kad-kad warna dan nombor berikut akan digunakan untuk kelas DANjantina 10.1.1. Tingkatan 2 - Nombor warna hitam atas kain putih 10.1.2 . Tingkatan 4 - Nombor warna merah atas kain putih 10.1.3. Tingkatan 1 - Nombor warna hijau atas kain putih 10.1.4. Terbuka - Nombor warna biru atas kain putih 11 HURUF DAN NOMBOR PESERTA

12 BANTAHAN Semua bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM kecuali perkara-perkara di bawah :12.1 - Jika masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan maka peserta itu boleh bertanding dibawah bantahan dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSMK kelak. 12.2 - Bantahan-bantahan berhubung dengan acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :12.2.1 - Acara diperingkat pusingan awal dan separuh akhir - 5 minit selepas keputusan rasmi diumumkan. 12.1.2 - Acara peringkat akhir - 30 minit selepas keputusan rasmi diumumkan. 12.3 - Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mestilah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) sebagai pertaruhan. Wang tersebut TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN jika bantahan itu gagal. 14. HAK - HAK JAWATANKUASAPENGELOLA 17.1 - Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengurus Pertandingan berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

17.2 - Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang Olahraga KOAM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM dan MSSMK atau Peraturan Kejohanan Olahraga MSSM / MSSMK. 17.3 - Denda akan dikenakan kepada pasukan yang melakukan penyelewengan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) bagi setiap kesalahan di samping denda dalam peraturan 6.3.3. MSSD HURUF / NOMBOR KOTA BHARU K 1 keatas KUALA KRAI A 1 ke atas PASIR MAS / TUMPAT M 1 ke atas PASIR PUTEH / MACHANG P 1 ke atas GUA MUSANG G 1 ke atas BACHOK B 1 keatas TANAH MERAH / JELI T 1 keatasUNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BALAPAN DAN PADANG 1. UNDANG-UNDANG Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Peraturan Am MSSM, Peraturan Pertandingan Olahraga MSSM dan Peraturan Pertandingan Olahraga MSSMK. 2. ACARA-ACARASERTAUKURAN DAN TIMBANGAN ALAT-ALATPERTANDINGAN. KOD ACARA LELAKI ACARA BAWAH BAWAH BAWAH BAWAH BAWAH BAWAH 18 TH 15 TH 12 TH 18 TH 15 TH 12TH 01 100 meter X X X X X X PEREMPUAN

02 200 meter X X X X X X 03 400 meter X X - X X 04 800 meter X X - X X 05 1500 meter X X - X X 06 3000 meter Terbuka - - - X - 07 5000 meter Terbuka X - - - - XX 11 80 meter Lari Berpagar - - 0.762m - - 0.762m XX 12 100 meter Lari Berpagar - - - 0.840m 0.762m XX 13 110 meter Lari Berpagar 0.992m 0.914m - - - XX 14 200 meter Lari Berpagar - 0.840m - - 0.762m XX 15 400 meter Lari Berpagar 0.914m - - 0.762m - 16 2000 meter Lari Berhalangan - - - - - 17 3000 meter Lari Berhalangan - - - - - 21 Lompat Tinggi X X X X X X 22 Lompat Jauh X X X X X X 23 Lompat Kijang X X - X X 24 Lompat Bergalah - - - - - XX X X X X 31 Melontar Peluru 5.45kg 4.55kg 2.72kg 4.0 kg 4.0 kg 2.72kg XX X X X X

32 Melempar Cakra 1.50kg 1kg - 1kg 1kg XXXX 33 Merejam Lembing 700gm 600gm - 600gm 600gm 34 Baling Tukul Besi - - - - - 41 4 X 100 meter X X X X X X 42 4 X 200 meter - - X - - X 44 4 X 400 meter X X - X X 51 3000 meter Jalan kaki - - - - X 52 5000 meter Jalan kaki - X - X - 53 10000 meter Jalan kaki X - - - - 61 Pentathlon - - - - - 62 Heptathlon - - - - - JUMLAH 17 16 8 17 16 82.1 - Acara 80 meter Lari Berpagar ( Kod 11 ) Bilangan Tinggi Pagar Pagar 1 Dari Garisan Jarak Pagar ke Pagar Akhir ke Pagar Permulaan Pagar Garisan Penamat 8 0.762 meter 12.0 meter 8.00 meter 12.0 meter 2.2 - Acara 200 meter Lari Berpagar ( Kod 14 ) Jarak Pagar 1 Dari Jarak Antara Jarak Pagar Akhir Kategori Bilangan Tinggi Pagar Garisan Pagar Berikut ke Garisan Penamat Pagar Tinggi Permulaan Lelaki Bawah 15 Th 10 0.840 meter 16 meter 19 meter 13 meter Perempuan Bawah 15 Th 10 0.762 meter 16 meter 19 meter 13 meter 2.3 - Acara 4 X 200 meter ( Kod 42 )

2.3.1 - Pelari pertama akan bermula di garisan 11/2 stagger seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 meter dan akan berlari dalam lorong sendiri. 2.3.2 - Pelari kedua akan menunggu di garisan 1 stagger ( akan disediakan ) 2.3.3 - Pelari ketiga akan bersedia di garisan stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 meter). Selepas menerima baton dari pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari dalam lorong masing-masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudian beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama . 2.3.4 - Pelari terakhir akan bersedia ditempat menerima baton mengikut kedudukan pelari yang datang dan menerima baton dengan syarat tidak menghalang atau menolak pelari lain. 2.4 - Acara Pentatlon. 2.4.1 - Hari Pertama : 100 meter Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Melontar Peluru 2.4.2 - Hari Kedua : Lompat Jauh dan 800 meter

2.5 - Acara Heptatlon ; 2.5.1 - Hari Pertama : 110 meter Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Melontar Peluru dan 400 meter 2.5.2 - Hari Kedua 3. HADIAH-HADIAH 3.1 - Acara individu sehingga 2000 meter - Pertama, Kedua dan Ketiga 3.2 - Acara individu 3000 meter atau lebih dan acara Heptatlon, Pentatlon - Pertama hingga Keenam. 3.3 - Acara berpasukan - Empat pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya di tempat Pertama, Kedua dan Ketiga. 4. CARAPERTANDINGAN 4.1 - Cara pertandingan ialah individu dan berpasukan antara MSSD : Lompat Jauh, Merejam Lembing dan 1500 meter

4.2 - Setiap MSSD dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH DARI 3 ORANG peserta bagi Setiap acara individu dan SATU PASUKAN sahaja untuk acara berpasukan ( Lari Berganti-Ganti ). Bilangan maksimum penyertaan bagi seseorang peserta adalah seperti berikut :KUMPULAN UMUR INDIVIDU LARI BERGANTI-GANTI

Tingkatan 6 atas 2 ( Termasuk Acara Terbuka ) Bawah 18 Tahun 3 ( Termasuk Acara Terbuka ) 2 Bawah 15 Tahun 3 ( Termasuk Acara Terbuka ) 2 Bawah 12 Tahun 2 2 4.3 - Jika terdapat lebih dari 4 orang peserta individu didaftarkan untuk sesuatu acara oleh oleh mana-mana pasukan , pihak Pengelola akan menyingkirkan nama-nama yang selebihnya tanpa merujuk kepada MSSD. 4.4 - Peserta Heptatlon dan Pentatlon TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam ACARAINDIVIDUyang lain. 4.5 - ACARA TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh peserta-peserta yang berumur 12 tahun atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan. 5 PENDAFTARAN PESERTA 5.1 - Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dalam BORANG MASUK RASMI yang akan dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola atau salinannya. Butir-butir mengenaI seseorang peserta hendaklah lengkap diisi dan disahkan oleh Pengerusi MSSD dan Setiausaha MSSD. Jika butiran yang tidak lengkap, pihak Pengelola berhak menolak penyertaannya. 5.1.1 - Setiap MSSD mesti menyediakan 3 SALINAN BORANG MASUK RASMI. MSSD hendaklah menghantar 2 SALINAN BORANG MASUK RASMI kepada URUS SETIAKEJOHANAN sebelum atau pada masa dan tarikh yang ditetapkan

5.2 - Peserta-peserta bawah 12 tahun mestilah membawa Surat Beranak sebagai pengesahan rasmi. Lain-lain perakuan seperti surat sumpah atau surat akuan yang lain tidak akan diterima. 5.3 - Surat Beranak yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli hanya boleh diterima pakai di peringkat MSSMK sahaja. Mereka tidak boleh mewakili MSSMK ke pertandingan MSSM 5.4 - Peserta 15 dan 18 tahun WAJIB membawa Kad Pengenalan masing-masing atau setaraf dengannya sebagai pengesahan rasmi. 5.5 - Peserta-peserta sekolah swasta yang bergabung dengan MSSMK mestilah disahkan penyertaannya oleh Pengerusi MSSD. Tarikh pendaftaran gabungan yang sah dengan MSSK untuk kejohanan ini ialah sebelum atau pada 03 April. Pelajar-pelajar yang menuntut di IPTA, IPTS atau Metrikulasi tidak boleh mengambil bahagaian. 5.6 - Dua ( 2 )orang pelajar lelaki dan dua ( 2 ) orang pelajar perempuan yang sedang belajar di tingkatan 6 di Sekolah kerajaan / swasta yang berdaftar dengan MSS Negeri dibenarkan mengambil bahagian mewakili MSSD (Rujuk Peraturan Am MSSM terkini) 5.7 - Pelajar yang bukan Warganegara Malaysia boleh mengambil bahagian di peringkat MSSMK sahaja dan tidak boleh menyertai peringkat MSSM. 6 PENGESAHAN PENYERTAAN 6.1 - Mesyuarat / taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan hanya perkara-perkara berikut sahaja yang boleh dibuat :-6.1.1 - Mengesahkan penyertaan 6.1.2 - Penarikan diri tanpa pengganti 6.2 - Pengundian akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan pada tarikh yang akan ditetapkan.. 6.3 - Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan;

6.3.1 - Jika didapati seseorang peserta telah disahkan penyertaanya semasa Mesyuarat Taklima Pengurus Pengurus Pasukan tetapi tidak mengambil bahagian dalam suatu acaranya, (KECUALI jika dapat mengemukakan surat sakit / sakit oleh Pegawai Perubatan) atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. Ini termasuk acara berpasukan lari berganti-ganti 6.3.2 - Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat sakit / cedera dari Pegawai Perubatan easmi / Doktor Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara termasuk acara lari berganti-ganti. 6.3.3 - Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan, hanya boleh mengambil bahagian dalam acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat sakit daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus Kejohanan. 6.4 - Penarikan Dalam Acara Lari Berganti-Ganti ( Relay ) Penggantian dalam acara lari berganti-ganti dihadkan kepada dua ( 2 ) orang peserta yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi. 7. MELAPORKAN DIRI PESERTA 7.1 - Semua peserta mestilah melaporkan diri kepada Hakim Bilik Panggilan ( Penyelia Peserta) sekurang-kurangnya 20 minit bagi acara Balapan dan 30 minit bagi acara Padang sebelum waktu acara tersebut dijadualkan berlangsung. Pengurus / Pegawai Pasukan memastikan peserta melapor diri pada masa tersebut tanpa menunggu hebahanHebahan hanya akan dibuatnsekiranya terdapat sebarangnpinaan dala susunan acara atau program kejohanan 7.2 - Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik di-

tempat pertandingan tanpa terlebih dahulu melapor diri kepada Hakim Bilik Panggilan ( Penyelia Peserta ) 7.3 - Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan sesuai. Peserta - peserta wajib memakai nombor. Nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing , satu di bahagian hadapan dan satu di belakang. Kecuali bagi acara Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah hanya dibahagian hadapan. 7.4 - Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara peserta mestilah bersedia menunjukkan Kad Pengenalan / Surat Beranak Jika diminta oleh Hakim Bilik Panggilan ( Penyelia Peserta } Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi peserta berkenaan TIDAK DIBENARKAN menyertai acara itu. 7.5 - Kelewatan melaporkan diri sepertimana yang ditetapkan boleh menyebabkan peserta tersebut disingkirkan dalam acara kejohanan tersebut 8. MEMANASKAN BADAN. Peserta-peserta dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan. 9. BLOK PERMULAAN 9.1 - Bagi acara-acara yang disenaraikan di bawah untuk peringkat umur 15 dan 18 Tahun (Lelakidan Perempuan) permulaan dekam dan Blok Permulaan ( Starting Block ) MESTI DIGUNAKAN.:-100 meter 200 meter 400 meter 100 meter Lari Berpagar 4 X 100 meter

110 meter Lari Berpagar 200 meter Lari Berpagar 400 meter Lari Berpagar

4 X 400 meter

9.2 - Bagi acara-acara yang disenaraikan di bawah untuk peringkat umur bawah 12 tahun ( Lelaki dan Perempuan) permulaan dekam MESTI DIGUNAKAN tetapi penggunaan Blok Permulaan tidak wajib, terpulanglah kepada peserta itu sendiri. 200 meter 4 X 200 meter

100 meter 80 meter Lari Berpagar 10. PERALATAN. 10.1 - Kasut

4 X 100 meter

10.1.1 - Paku kasut - Balapan Rumput, panjang maksimum paku kasut ialah 9 mm Balapan Sintetik , panjang maksimum paku kasut ialah 9 mm Bilangan Paku - Tidak melebihi 11 paku. 10.1.2 - Peralatan - Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan semua peralatan termasuk Blok Permulaan. Peserta-peserta dibenarkan juga menggunakan peralatan sendiri seperti peluru, cakra, lembing dan sebagainya tetapi peralatan tersebut mestilah diserahkan kepada Pengurus Teknik sekurangkurang 24 jam sebelum acara itu dijalankan. Peralatan tersebut boleh juga digunakan oleh peserta-peserta lain. 10.2 Lompat Bergalah 10.21 - Atlet-atlet dibenarkan menggunakan galah sendiri 11. UKURAN TINGGI PERMULAAN DAN KENAIKAN PALANG LOMPAT

11.1 Bawah 18 Tahun Lelaki 1.50 1.55 1.60 1.64 1.68 1.71 1.74 1.77 1.81 1.83 1.87 1.89 ..

11.2 Bawah 18 Tahun Perempuan 1.20 1.25 1.30 1.34 1.38 1.42 1.45 1.48 1.51 1.54 1.56 1.61 1.63 ..

11.3 Bawah 15 Tahun Lelaki 1.40 1.45 1.50 1.54 1.58 1.61 1.64 1.67 1.71 1.74 1.76 1.78 1.80 1.82 1.84 11.4 Bawah 15 Tahun Perempuan 1.16 1.21 1.26 1.30 1.34 1.38 1.41 1.44 1.47 1.51 1.53 1.55 1.57 1.58 ..

11.5 Bawah 12 Tahun Lelaki 1.22 1.27 1.32 1.36 1.40 1.44 1.48 1.51

1.53 1.55 1.57 1.59 11.6 Bawah 12 Tahun Perempuan 1.10 1.15 1.20 1.24 1.28 1.31 1.34 1.37 1.39 1.41 1.43 1.45 BIL PERINGKAT UMUR KENAIKAN PALANG LOMPAT13. PAPAN LONJAKAN LOMPAT KIJANG Jarak Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang adalah seperti berikut PERINGKAT UMUR LELAKI PEREMPUAN Bawah 18 Tahun 11 / 13 meter 9 meter Bawah 15 Tahun 11 meter 9 meter 13 NOMBOR DAN HURUF MSSD MSSD HURUF / NOMBOR KOTABHARU K 1 keatas KUALAKRAI A1 keatas PASIR MAS / TUMPAT M 1 keatas PASIR PUTEH / MACHANG P1 keatas TANAH MERAH / JELI T1 keatas GUA MUSANG G 1 keatas BACHOK B 1 keatas 14. BANTAHAN Semua bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM kecuali perkara-perkara di bawah 14.1 - Jika masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan maka peserta itu boleh bertanding dibawah bantahan dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSMK kelak. 14.2 - Bantahan-bantahan berhubung dengan acara yang sedang dijalankan hendaklah .

dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :14.2.1 - Acara diperingkat pusingan awal dan separuh akhir - 5 minit selepas keputusan rasmi diumumkan. 14.1.2 - Acara peringkat akhir - 30 minit selepas keputusan rasmi diumumkan. 45.3 - Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mestilah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) sebagai pertaruhan. Wang tersebut TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN jika bantahan itu gagal. 15 CARA-CARAMEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN. 15.1 Pembahagian mata bagi acara individu dan berpasukan adalah seperti berikut :Tempat Pertama - 7 mata Tempat Kedua - 5 mata

Tempat Ketiga - 4 mata Tempat Keempat - 3 mata Tempat Kelima - 2 mata

Tempat Keenam - 1 mata 15.2 Jika berlaku kedudukan seri dalam sesuatu acara, pembahagian mata dibuat mengikut sistem berikut :-15.2.1 Dua peserta / pasukan yang mendapat kedudukan yang sama, contohnya tempat kedua, jumlah mata kedua dan ketiga dicampur dan dibahagikan kepada dua peserta / pasukan itu. Pemenang berikutnya akan diberi tempat yang keempat dan seterusnya. 15.3 Acara Heptatlon dan Pentatlon. 15.3.1 Pemenang ialah peserta yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dalam 5 atau 7 acara mengikut kedudukan berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF walaupun ukuran dan timbangan alat tidak mengikut spesifikasi IAAF. Sekiranya seri kemenangan akan diberikan kepada peserta yang memperolehi mata

tertinggi dalam lebih acara antara peserta-peserta yang seri itu. Jika ini tidak dapat memutuskannya pemenang ialah peserta yang mendapat mata yang tertinggi didalam mana-mana acara tertentu. Keadaan ini digunakan untuk memutuskan seri bagi sebarang tempat dalam pertandingan ini. 15.4 Penentuan Peserta Terbaik. 15.4.1 Pemenang Olahragawan dan Olahragawati akan diberi kepada peserta terbaik berdasarkan pencapaiannya mencatat rekod baru MSS Asean atau MSSM atau MSSMK ( atau mana-mana yang lebih baik pencapaian nya / rekod yang paling lama ) 15.4.2 Sekiranya tiada rekod diatasi / dicatat, jumlah pingat emas dalam acara individu akan diambil kira. 15.4.3 Sekiranya pungutan emas masih sama, pungutan pingat perak dan gangsa dalam acara individu akan diambil kira. 15.4.4 Jika kedudukan masih juga sama, maka keputusan akan dibuat ber- dasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta. 15.5 Johan Setiap Kategori dan Johan Keseluruhannya. 15.5.1 Johan 18 Tahun, Johan 15 Tahun dan Johan 12 tahun akan diberikan. 15.5.2. Pemenang setiap kategori akan diberi berdasarkan jumlah pungutan mata yang terbanyak. 15.5.3. Sekiranya pungutan mata sama,pungutan pingat Emas akan diambil kira 15.5.4. Sekiranya kedudukan masih juga sama, akan diisytiharkan sebagai pemenang bersama.

16. KELAYAKAN KE PERINGKAT SETERUSNYA. 16.1 - Empat ( 4 ) Separuh Akhir. Pemenang tempat pertama setiap separuh akhir dan empat ( 4 ) pencatat masa terpantas

dari keempat-empat separuh akhir itu layak ke Pertandingan Akhir. 16.2 - Tiga ( 3 ) Separuh Akhir; Pemenang tempat pertama dan kedua setiap separuh akhir dan dua ( 2 ) pencatat masa Terpantas bagi ketiga-tiga separuh akhir akan layak ke Pertandingan Akhir. 16.3 - Dua ( 2 ) Separuh Akhir Pemenang tempat pertama , kedua dan ketiga setiap separuh akhir dan dua ( 2 ) pencatat masa terpantas bagi kedua-dua separuh akhir akan layak ke Pertandingan Akhir. 17. HAK-HAK JAWATANKUASAPENGELOLA. 17.1 - Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengurus Pertandingan berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.17.2 - Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang Olahraga KOAM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM dan MSSMK atau Peraturan Kejohanan OlahragaM MSSM / MSSMK. 17.3 - Denda akan dikenakan kepada pasukan yang melakukan penyelewengan sebanyak RM 100.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja ) bagi setiap kesalahan disamping denda dalam peraturan 6.3.3. 18. HAL-HALLAIN. 18.1 - Upacara Penyampaian Hadiah adalah nerupakan sebahagian daripada aturcara pertandingan, oleh itu para penerima hadiah MESTILAH berpakaian sukan yang kemas dan berkasut. Tatasusila semasa menerima hadiah akan diambil kira. 18.2 - Tempat-tempat yang khas akan disediakan untuk peserta dan pegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat khas tersebut. 18.3 - Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHAHAN dengan

diiringi oleh Marshal. 18.4 - Jawatankuasa Pengelola TIDAK BERTANGGUNG JAWAB keatas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota/harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku 18.4.1 - Semasa perjalanan pergi / balik ke tempat pertandingan 18.4.2 - Semasa kejohanan dijalankan. 18.4.3 - Didalam dan diluar kawasan pertandingan 18.4.4 - Di tempat penginapan .. 18.5 - Walau bagaimana pun pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang menasabah.UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN LARIAN MINI ANJURAN DAN PENGELOLAAN 1. Pertandingan ini dikelolakan oleh Unit Sukan Jabatan Pelajaran Kelantan dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan. 2. Pertandingan ini dibuka kepada semua murid sekolah rendah negeri Kelantan. BAHAGIAN, JARAK DAN MASAPERMULAAN 3. Pertandingan ini dibahagikan kepada lapan bahagian seperti berikut ; KOD KATEGORI JARAK KUMPULAN WARNA TEMPAT MULA/ NOMBOR TAMAT A Kanak-kanak Lelaki Tahun 6 *5.5 km Tahun 6 HITAM B Kanak-kanak Perempaun Tahun 6 C Kanak-kanak Lelaki Tahun 5

*5.5 km Tahun 5 BIRU D Kanak-kanak Perempaun Tahun 5 E Kanak-kanak Lelaki Tahun 4 *4.5 km Tahun 4 MERAH F Kanak-kanak Perempaun Tahun 4 G Kanak-kanak Lelaki Tahun 3 *4.5 km Tahun 3 HIJAU H Kanak-kanak Perempaun Tahun 3 *Jarak larian boleh diubah dari semasa ke semasa atas budi bicara Jawatan Kuasa Pengelola. 4. Pelan Larian Mini Kelantan akan disediakan JK Pengelola dan diedarkan kepada semua peserta yang berdaftar. 5. Semua penyertaan mesti dibuat dalam borang pendaftaran penyertaan rasmi yang dihantar oleh pihak Unit Sukan, JPN Kelantan, Wisma Sukan, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu. MINUMAN DAN MAKANAN 6. Peserta dilarang mengambil makanan dan minuman sewaktu pertandingan Larian Mini Kelantan dijalankan. Minuman akan disediakan kepada semua peserta selepas Larian Mini Kelantan oleh pihak penaja / pengelola. TARIKH TUTUP 7. Tarikh akhir penerimaan borang pendaftaran penyertaan rasmi akan ditentukan oleh JK Pengelola. Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan. Borang-borang hendaklah dihantarkan kepada Setiausaha Agung MSSK, Wisma Sukan, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu. 8. Tiap-tiap sekolah dikehendaki menghantar borang-borang pendaftaran penyertaan rasmi dengan sekaligus sahaja. Sila gunakan borang berasingan bagi kategori yang berlainan. Nombor-nombor

Nombor-nombor peserta boleh diambil daripada Unit Sukan, JPN Kelantan, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu. 9. NOMBOR-NOMBOR TIDAK AKAN DIEDARKAN PADAHARI PERTANDINGAN. 10. Setiap peserta diberi dua nombor. Nombor mestilah dilekatkan di hadapan dan belakang baju. 11. Peserta-peserta yang tidak memakai nombornya sebagaimana yang didaftarkan tidak akan dibenarkan bertanding. BANTAHAN. 12. Sebarang bantahan mestilah dibuat tidak lewat daripada 20 minit selepas keputusan rasmi diumumkan. 13. Bantahan boleh dibuat secara lisan oleh peserta sendiri atau wakilnya kepada REFERI. Sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan REFERI, bantahan boleh dibuat kepada JURI RAYUAN. 14. Sebarang permohonan bantahan kepada JURI RAYUAN mestilah dengan secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap peserta berkenaan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200. Wang pertaruhan akan hilang sekiranya bantahan itu ditolak. 15. Keputusan JURI RAYUAN adalah muktamad. Diputuskan oleh JK PengelolaUMUR PEMENANG 16. Peserta-peserta dikehendaki membawa salinan fotostat kad pengenalan / surat beranak yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan sebagai bukti. 17. Hanya 10 000 peserta yang berdaftar awal sahaja akan diterima untuk mengambil bahagian. MASAMELAPORKAN DIRI 18. Peserta hendaklah melaporkan diri tidak lewat 45 minit kepada Penyelia Peserta sebelum acara dimulakan. 19. Menjadi tanggungjawab peserta untuk melapor diri ke tempat yang dikhaskan untuk kategori yang peserta itu bertanding.

KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA. 20. Kebenaran ibu bapa / penjaga adalah perlu bagi semua peserta. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab bagi murid-murid mendapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga dan pengesahan taraf kesihatan yang baik untuk menyertai larian. KESELAMATAN. 21. Jawatankuasa Pengelola LARIAN MINI KELANTAN tidak akan bertanggungjawab kepada peserta-peserta jika berlaku apa-apa kemalangan / kecederaan / kehilangan nyawa / harta benda sebelum, semasa atau selepas pertandingan dijalankan. Walaubagaimana pun segala langkah keselamatan akan diambil oleh Jawatankuasa Pengelola. ARAH JALAN 22. Adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta-peserta untuk memahirkan diri dengan arah laluan, semua peserta dinasihatkan berlari mengikut papan tunjuk arah larian yang disediakan. KELUAR DARI PERTANDINGAN 23. Peserta-peserta yang meninggalkan perlumbaan secara sukarela atau tidak melalui laluan yang ditetapkan akan dibatalkan. Nombor peserta ini akan ditanggalkan oleh pegawai pertandingan. PENGIRING (PACERS) 24. Pengiring adalah tidak dibenarkan. HADIAH 25. Hadiah-hadiah individu akan diberikan kepada peserta yang mendapat tempat PERTAMA hingga ke tempat DUAPULUH. 26. Hadiah bagi tiap-tiap kategori adalah seperti berikut; (i) PERTAMAHingga KELIMA - Medal dan Hamper (ii) KEENAM Hingga DUAPULUH - Medal *SETIAP PESERTA YANG MENAMATKAN PERLUMBAAN LARIAN MINI

KELANTAN AKAN MENERIMASIJILPENYERTAAN. HADIAH SEKOLAH 27. Pemenang untuk hadiah sekolah ialah sekolah yang berjaya menempatkan bilangan peserta yang paling ramai dalam seratus penamat yang terdahulu tiap-tiap kategori. 28. Hadiah akan diberi kepada tempat PERTAMAsahaja bagi tiap-tiap kategori sahaja. HAK JAWATANKUASAPENGELOLA 29. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam peraturan ini dan keputusan adalah muktamad.PANDUAN PENTING PEGAWAI-PEGAWAI KEJOHANAN YANG PERLU DILANTIK PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN 1. Seorang pengurus pertandingan 2. Beberapa orang Penolonng Pengurus Pertandingan ( jika perlu) 3. Seorang Pengurus Teknik 4. Beberapa orang Pengurus Teknik ( mengikut keperluan ) PEGAWAI-PEGAWAI PERTANDINGAN 1. Seorang atau lebih Referi bagi acra-acara balapan 2. Seorang atau lebih Referi bagi acara-acara padang 3. Seorang atau lebih Referi bagi acara-acara bercampur ( jika perlu ) 4. Seorang atau lebih Referi bagi acara-acara di luar stadium ( jika perlu ) 5. Seorang atau lebih Ketua Hakim dan jumlah Hakim yang secukupnya bagi acara-acara balapan 6. Seorang atau lebih Ketua Hakim dan jumlah Hakim yang secukupnya bagi acara-acara padang 7. Seorang Ketua Hakim dan jlima ( 5 ) Hakim bagi acara Lumba Jalan Kaki dalam balapan ( atau stadium ) 8. Seorang Ketua Hakim dan lapan ( 8 ) Hakim bagi setiap acara Lumba Jalan kaki luar balapan ( atau stadium )

9. Pegawai-pegawai Lumba Jalan Kaki yang lain megikut keperluan seperti pencatat-pencatat, opera papan tanda amaran dll. 10. Seorang atau lebih Ketua Pengadil dan jumlah pengadil yang secukup ( juga bertindak sebagai Pencatat Pusingan ) 11. Seorang atau lebih Ketua Penjaga Masa dan jumlah penjaga masa yang secukupnya 12. Seorang Koordinator Pelepas, Pelepas dan Pelepas Panggil Balik yang secukupnya 13. Seorang atau lebihPenolong Pelepas seorang atau lebih ketua Penolong Pelepas boleh dilantik daripada kalangan Penolong Pelepas 14. Seorang atau lebih Setiausaha Kejohanan 15. Seorang atau lebih Marshall 16. Seorang atau lebih Penjaga Alat Penyukat Angin ( jika perlu ) 17. Seorang Ketua Hakim Foto Penamat dan jumlah Penolong Hakim Foto Penamat yang secukupnya ( jika perlu ) 18. Seorang atau lebih Hakim Ukur ( elektronik ) Jika alat digunakan 19. Sorang atau lebih Hakim Balik panggilan PEGAWAI-PEGAWAI TAMBAHAN 1. Seorang atau lebih Juruhebah 2. Seorang atau lebih Pegawai Perangkaan 3. Seorang atau lebih Penyelia Upacara Penyampaian Hadiah PENTING 1. Tiga, lima atau tujuh orang Juri Rayuan 2. Doktor kejohananPANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI MERENTAS DESADAN LARIAN MINI 1. Pengurus Pertandingan - 1 orang 2. Penolong Pengurus Pertandingan - Jika Perlu

3. Pengurus Teknik - 1 orang 4. Penolong Pengurus Teknik - Bilangan bergantung kepada keperluan 5. Referi - 1 orang atau lebih 6. Ketua Hakim - 1 orang atau lebih 7. Hakim - Bilangan bergantung kepada keperluan 8. Ketua Penjaga Masa - 1 orang atau lebih 9. Penjaga Masa - Bilangan bergantung kepada keperluan 10. Ketua Pengadil (Ronda / Kawasan) - 1 orang atau lebih 11. Pengadil Ronda - Bilangan bergantung kepada keperluan 12. Pengadil Kawasan - Bilangan bergantung kepada keperluan 13. Penyelia Pusat Semakan - 1 orang atau lebih 14. Pencatat Pusat Semakan - Bilangan bergantung kepada keperluan 15. Ketua Penyelia Peserta - 1 orang atau lebih 16. Penyelia Peserta - Bilangan bergantung kepada keperluan 17. Ketua Pengawas Haluan - 1 orang atau lebih 18. Pengawas Haluan - Bilangan bergantung kepada keperluan 19. Penunjuk Arah - Bilangan bergantung kepada keperluan 20. Setiausasa Pertandingan - 1 orang 21. Pegawai Statistik - Bilangan bergantung kepada keperluan PENTING " Adalah dicadangkan Ketua Hakim / Hakim dan Ketua Penyelia Peserta / Penyelia Peserta adalah orang yang sama untuk menjimatkan tenaga . " Juga dicadangkan supaya 3, 5 atau 7 orang Juri Rayuan yang terdiri daripada orang yang berpengetahuan dalam bidang olahraga. Sekiranya Juri Rayuan tidak dilantik maka keputusan Referi muktama

You might also like