You are on page 1of 2

RESEPI SATEY KUDANG

Bahan-bahan rempah ratus. 1-Halia debu. 2-Kunyit debu. 3-Ketumbar debu. 4-Jintan manis debu. 5-Jintan putih debu. 6-Serai batang. cara membuat: 1 ekor ayam atau 1kg daging di lapah atau di potong ikut suka anda lepas itu letak isi ayam tadi di dalam satu bekas dan ambil bawang besar yang sederhana sahaja dan 3 ulas bawang putih yang telah siap diblander dan campurkan ke dalam bekas tadi. Ambil 2@3 batang serai dan hancurkan serai itu dan blander dan gaul sekali dengan ayam tadi. Untuk rempah ratus tadi ambil satu sudu kecil halia debu dan jintan manis.2 sudu kecil untuk kunyit debu,jintan putih dan ketumbar tadi. Letak gula 1/4kg gula atau mengikut citarasa anda dan gaul semua bahan-bahan tadi hingga rata dan sebati.Perapkan satey tadi ke dalam peti tunggu selama 1jam dan untuk hasil yang paling baik tunggu sehingga 1hari 1malam (24jam). Dan lepas itu cucuk dilidi satey ikut suka apa lagi bakar laaaa....

KUAH SATEY KUDANG Bahan-bahan: 1-1/4kg kacang tanah yang telah dikisar.kisar dgn kulit. 2-Lada kering 10 biji. 3-Solsoh tomato. Cara-cara membuat kuah kacang mula2 tumis bawang besar dan bawang putih hingga bawang tadi nampak kekuningan dan letak solsoh secukup rasa,halia debu,ketumbar,jintan manis dan putih lepas itu letak lada kering yang sudah diblander dan letak air mengikut cita rasa anda.Blander kacang tadi dan letak ke dalam campuran tadi dan selalu mengacau kuah satay itu hingga masak dan ambil minyak yang akan keluar dari kuah kacang tadi untuk bakar satey. SELAMAT MENCUBA .............

You might also like