You are on page 1of 2

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di Negara kita?

Institusi pentadbiran tempatan di peringkat negeri, daerah, bahagian, kampung atau mukim memainkan peranan yang penting dalam memastikan kestabilan politik, perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial di negara kita yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, agama serta bangsa. Institusi pentadbiran tempatan juga berperanan menyediakan berbagai bagai aktiviti dari segi ekonomi, pendidikan, keagamaan, kemasyarakatan, kebudayaan, pelancongan serta kebajikan bagi masyarakat di kawasan setempat.

Seterusnya, institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di Negara kita dengan menjalankan tugas atau peranan dan fungsi yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab kepada bangsa dan negara. Mereka setia dan mencintai tanah air. Selain itu, mereka peka kepada masalah dan isu masyarakat setempat seperti masalah kejadian jenayah, sampah sarap dan kes denggi. Mereka menangani masalah komuniti setempat tanpa mengira bangsa dan agama. Sebagai contoh, mereka membantu mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor. Institusi pentadbiran tempatan menjalankan tugas mereka dengan adil saksama, jujur, amanah serta bertimbang rasa . Mereka pandai menangani isu perpaduan kaum. Pegawai-pegawai bersikap professional dan tidak mengamalkan rasuah dan diskriminasi kaum. Mereka tidak membangkitkan isu sensitif yang

akan menyinggung perasaan kaum lain dan akan menjejaskan keharmonian masyarakat setempat Di samping itu, institusi pentadbiran tempatan menjalankan aktiviti dan pelbagai projek demi manfaat semua kaum. Buktinya, mereka telah meluluskan projek mendirikan masjid untuk orang Melayu, kuil untuk orang Cina, kuil untuk orang India dan gereja untuk mereka yang beragama Kristian. Mereka juga menggalakkan aktiviti dan projek yang dapat memupuk nilai-nilai seperti bersatu padu,kemasyarakat, bertoleransi, bekerjasama, hormat-menghormati dan bermuafakat. Antara projek yang dianjurkan ialah projek gotong-royong perdana, sambutan hari perayaan dan rumah terbuka. Institusi pentadbiran tempatan juga melaksanakan tugas dengan rajin, gigih dan tabah menghadapi cabaran. Mereka menyokong usaha pembangunan dan berganding bahu membangunkan Negara. Sifat perpaduan kaum dan kepimpinan juga diutamakan. Ini dapat memperkukuh integrasi nasional di Negara kita Institusi pentadbiran tempatan pada semua peringkat biarpun negeri, bahagian atau daerah harus memainkan peranan mereka dengan cekap dan amanah supaya dapat membantu negara kita mencapai wawasan 2020. Mereka dapat menjamin kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial serta senantiasa mengutamakan integrasi kaum. Seterusnya, institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di Negara kita dengan menjalankan tugas atau peranan dan fungsi yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab kepada bangsa dan negara.

You might also like