You are on page 1of 3

A'kum kekawan semua.

Kali ini aku nak berkongsi dgn kekawan sedikit pengetahuan ku yg telah Tuhan anugerahkan ini, tentang cara2 buat bunga. Boleh Letak kat hamper, bungkusan hadiah serta hiasan hantaran penghantin. Klu nak beli satu antaraR1.50 ke RM2.00. Beli reben segulung RM2, buat sendiri je. I gulung reben boleh dapat 10 kumtum bunga.

Mula2 lilit kat tangan reben tu sebanyak 12 lilitan. Potong selebihnya.

Gunting serung (jangan sampai putus) di 4 penjuru.

Alihke bahagian tengah tempat yg dipotong tadi (lihat gambar)

Ikat tengah tempat genting itu 2 kali. Panjang reben pengikat terpulang pada kita.

Hiris serong ke dalam (8 tempat) tepi reben dgn gunting atau pisau dari atas ke bawah seperti dalam gambar. Hiris hanya lebih kurang 1 cm je. Jangan picit hujung reben.Nanti penyek.

Masukkan reben ke jari telunjuk dan kelengkeng.

Keluarkan satu persatu reben bermula di sebelah dalam. Tarik satu ke atas, satu ke bawah sehingga habis. Jangan tarik terlalu kuat. Nanti putus.

Gunakan jari2 yang lain juga untuk menahan semasa menarik keluar reben.

Apabila selesai,gunting hujung reben pengikat bentuk"V" dengan melipat dua hunjung reben. Boleh juga dilakukan dahulu semasa mengikat tadi.

Inilah hasilnya. Selamat mencuba bagi yang ingin mencuba. Salam manis, salam sayang dan salam mesra buat kawan semua. Klu nak belajar buat bunga ros, bunga raya,kupu2, beritahulah ye. Insya Allah, akan ku masukkan di blog akan dtg.

You might also like