You are on page 1of 8

Baka, persekitaran pengaruh personaliti

PERSONALITI atau perwatakan seseorang dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk faktor biologi dan luaran. Contoh faktor biologi ialah baka yang diwarisi, di mana separuh baka ibu dan separuh lagi baka ayah. Sebab itu ada peribahasa yang berbunyi ?bapa borek, anak rintik?. Justeru, ciri-ciri perwatakan atau keperibadian ayah dan ibu akan dapat dilihat pada anak. Fungsi baka atau genetik terhadap perkembangan personaliti lebih ketara pada pasangan kembar seiras. Kajian menunjukkan walaupun pasangan ini dipelihara di tempat berasingan, ciri ciri perwatakan mereka hampir serupa. Ada pendapat mengatakan, faktor genetik menyumbang antara 40 hingga 70 peratus kepada perkembangan personaliti. Satu lagi bukti mengenai peranan baka yang boleh mempengaruhi perkembangan personaliti ialah mereka yang ada gangguan personaliti anti sosial. Golongan seperti ini mudah terbabit dengan jenayah. Kajian membuktikan ramai antara mereka mempunyai ayah yang pernah terbabit dengan jenayah juga. Faktor luaran termasuk didikan, pendedahan kepada rakan sebaya, suasana persekolahan dan media massa yang sedikit sebanyak boleh mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Harus juga diingat, kesihatan ibu ketika mengandung boleh mempengaruhi perkemb angan personaliti seorang insan. Ini kerana perkembangan sistem saraf memainkan fungsi penting bagi menentukan pembangunan perwatakan seseorang. Contohnya, jika ibu menghidap penyakit, perkembangan janin pada masa itu boleh terjejas. Apabila sistem saraf yang terbabit, ia akan memberi kesan dan gangguan kepada perkembangan perwatakan bayi. Selain faktor yang dihuraikan di atas, hormon lelaki seperti testosteron dan hormon perempuan estrogen juga mempengaruhi perkembangan personaliti, terutama pada peringkatumur akil baligh. Personaliti atau keperibadian seseorang melambangkan tabiat, cara berfikir dan perilaku orang berkenaan. Pada zaman kanak-kanak, ciri-ciri personaliti seseorang itu mula dapat dikenal pasti, tetapi ia belum kekal lagi kerana personaliti lebih kekal akan mula bertapak pada peringkat remaja dan awal dewasa. Gangguan perilaku Oleh itu, jika berlaku permasalahan perilaku atau emosi di peringkat kanak -kanak, ia dikatakan gangguan perilaku dan gangguan emosi. Pada peringkat ini, permasalahan se perti ini belum boleh disebut sebagai gangguan personaliti. Seorang individu dikatakan mempunyai personaliti normal dan matang apabila pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya. Oleh itu dia dapat berinteraksi dan bertindak dengan rasional dan penuh kebijaksanaan. Dia tegas dan mampu mempertahankan imej dan maruahnya .Individu yang kurang matang daripada aspek personalitinya pula akan mengalami pelbagai kerumitan dan sukar menyesuaikan diri dengan orang lain. Individu seperti ini, apabila berdepan krisis atau keadaan mendesak, lebih kerap mengalami pelbagai gangguan jiwa, termasuk psikosis bertahap sementara. Psikosis ini berlaku secara mendadak dan boleh pulih dalam sekejap masa. Ada tiga jenis gangguan personaliti yang ada hubung kait dengan gangguan psikosis seperti ini. Gangguan itu ialah personaliti pinggiran, personaliti skizotipal dan personaliti narsisistik. Gangguan personaliti pinggiran bermaksud orang berkenaan tidak mahir menjalinkan persahabatan. Mereka sentiasa kurang yakin dengan rakan dan perilaku mereka impulsif serta mengikut nafsu. Mereka sentiasa dihantui dengan syak wasangka bahawa rakan akan meninggalkan mereka keseorangan. Individu seperti ini apabila dilanda krisis, mudah hilang kewarasan dan boleh menunjukkan tanda tidak siuman. Keadaan psikosis dialami hanya sebentar dan apabila konflik emosi dihadapi dapat diatasi, status mentalnya stabil semula.

Bagi gangguan personaliti skizotipal, mereka yang terbabit turut menunjukkan rasa kurang senang apabila berdamping dengan orang lain. Ini bermaksud mereka lebih suka bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan berangan-angan. Emosi mereka rapuh dan mudah menjadi resah gelisah dan pilu. Jika dilihat latar belakang dan sejarah keluarga mereka, ramai mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami penyakit skizofrenia. Justeru, apabila berdepan tekanan emosi yang mendadak, mereka mudah hilang kawalan diri dan menjadi tidak siuman. Psikosis dialami adalah satu fenomena reaktif, oleh itu ia tidak berkekalan dan akan pulih dalam masa singkat. Gangguan personaliti narsisistik bermaksud mereka sebenarnya tidak banyak pengetahuan dan kemahiran, tetapi gemar menggembar-gemburkan mengenai diri mereka sebagai satu cara untuk menutup kekurangan diri. Ego mereka mudah ranap apabila berdepan krisis, oleh itu pada masa itu mereka akan menunjukkan tanda hilang akal dan berkelakuan seperti orang tidak rasional. Bagaimanapun, ia adalah perubahan mental yang bersifat sementara. Individu yang mempunyai satu daripada tiga gangguan personaliti ini, jik berdepan konflik emosi, a akan mudah mengalami gangguan mental. Apa yang dibicarakan ialah jenis gangguan personaliti yang mudah membuat mereka yang terbabit mengalami psikosis apabila dilanda krisis. Dalam konteks untuk membantu golongan ini, terutama mencegah berlakunya psikosis, ialah dengan mendampingi mereka secara hormat dan cuba mengatasi konflik dihadapi secara rasional dan logik. Ini untuk mewujudkan perasaan mesra di kalangan mereka serta mengukuhkan rasa keyakinan diri mereka bahawa mereka boleh mengharap bantuan apabila perlu. Daripada aspek pendidikan di peringkat zaman kanak-kanak, ramai pakar membuktikan mereka turut mengalami pelbagai deraan fizikal dan mental. Mereka tidak mendapat kasih sayang sewajarnya, oleh itu apabila melangkah ke al dewasa, am mereka masih mencari-cari apakah yang dikatakan personaliti matang dan unggul. Dengan panduan dan tunjuk ajar secara beransur-ansur, mereka boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dan dapat membina serta menjalankan tanggungjawab dengan baik . 4.1 Faktor Kebakaan (Genetik) Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur -struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu. Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di ant generasi manusia. ara Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak -anaknya melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes. Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Tahukah anda mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku? Sifatsifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu. Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat daripada ciri ciri berikut: Ciri-ciri fizikal. Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu

biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kan ak-kanak yang lain. Ciri Fisiologi. Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka. Kecacatan mental. Rencatan mentaladalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini menyebab kan kekurangan enzim yang perlu untuk menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak dalam makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya. Pengaruh baka ke atas ke cerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Kedua dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan seseorang individu tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus. Sahsiah. Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan. Faktor baka banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan -kemudahan akademik akan merangsang perkembangan mental kanak-kanak. 4.2 Faktor Persekitaran. Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir. Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir. Faktor Pralahir Di antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti berikut: Pemakanan. Makanan yang seimbang adalah penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit. Kesihatan Ibu. Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit akan meyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau buta. Penyalahgunaan Dadah. Amalan menyalahgunakan dadah oleh ibu lazimny akan membahayakan a perkembangan biasa seseorang bayi. Contohnya seorang bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat adalah disebabkan penyalahgunaan dadah Thalidomide. Kesan X-Ray. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seseorang ibu kepada X -Ray yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental.

Emosi Ibu. Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang atau tertekan kemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat. Umur Ibu. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia berkemungkinan besar melhirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah. Faktor Selepas Lahir Di antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti berikut: Pemakanan. Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang adalah diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai penyakit. Keluarga. Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir, kanak-kanak dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seo rang kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat layanan dan perhatian yag sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang diminta oleh kanak -kanak itu akan diberi oleh ibu bapanya. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa. Sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak -anak mereka. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mereka mengemukakan pendapata atau cadangan. Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak seperti ini akan menjadi individu-individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa yangmengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar untuk menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan embuat keputusan. Rakan Sebaya. Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yangmempunyai tingkat umur yan sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Biasanya, rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah mahkluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Sekolah. Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang. Kek urangan kemudahan di sekolah-sekolh luar bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta kejeleketan di antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sesebuah sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar pelajar juga dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Sekolah yang hanya menekankan hal hal akademik akan menghasilkan individu yang kurang berminat dalam permainan atau sukan. Tempat Tinggal. Tempat tinggal sseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya. Contohnya, di kawasan bandar, penduduk-penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa, kemesraan dan sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. Penduduk-penduduk di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding deng pendudukan penduduk di luar bandar. Dengan itu, kanak-kanak akan membesar menjadi individu-individu yang juga selalu mengharapkan bayaran atau ganjaran bagi sesuatu tugasan. Sebaran Am. Semua jenis sebaran am seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan dan sikap seseorang terhadap isu isu ekonomi, sosial dan politik. Sebagai contoh, progarm TV Pendidikan seperti Along Bijak banyak membantu kanak-kanak mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa dan matematik.

Pusat Ibadat. Pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil yang terdapat di satu-satu tempat juga mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup seseorang individu. Pusatpusat tersebut juga akan membentuk individu-individu yang menghayati nilai-nilai murni seperti seperti belas kasihan, kesyukuran, suka menolong orang lain, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi. Persekitaran Dunia. Ahli-ahli politikdan pemimpin-pemimpin, ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain di seluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk di satu-satu tempat iaitu dari segi idea, budaya, ekonomi, politik dan ideologi. Pandangan atau falsafah hidup penduduk berkenaan juga turut dipengaruhi. Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak -kanak tersebut. Beliau mengetengahkan model ekologi berbentuk lapisan bulatan (Sistem Ekologi Bronfenbrenner ) yang masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap tertentu. Terdapat empat tahap dalam perkembangan ini iaitu: Mikrosistem. Kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada apa yang ada di depan mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti patung dan teknologi, struktur persekitaran, serta peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik. Mesosistem. Merangkumi hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang lebih luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi kanak-kanak. Contohnya, bagaimana kanak-kanak bergaul di sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu memulakan alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah dengan keluarga. Eksosistem. Menghubungkaitkan kanak-kanak dengan persekitaran yang mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. Melihat bagaimana kanak -kanak didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain. Makrosistem. Makrosistem adalah lapisan paling luar yang menyentuh pengaruh hubungan kanak kanak dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hu bungan ini termasuklah sistem nilai sosial, perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa. Menurut Bronfenbrenner, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembanga kanak-kanak n tetapi antara keduanya saling berkait rapat. Kanak-kanak tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak langsung dapat mempe ngaruhi perkembangan mereka. Perbincangan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu. Bile memperkatakan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ianya sebenarnya merujuk kepada yang mana lebih mempengaruhi, kerana kedua-duanya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu. Jika dilihat dari segi ilmu perubatan(faktor genetic atau baka). Melalui keturunan,sifat-sifat, ciri atau perwatakan seseorang sedikit sebanyak pasti diwarisi dalam su jalur waris genetiknya. Seperti sur sifat panas baran, sawan atau gila yang disebabkan oleh ganguan jiwa kesan dari bawaan genetic DNA keturunan. Namun pengaruh faktor baka ini tidaklah sesuatu yang kritikal dan hanya dianggap sebagai faktor-faktor terpencil dalam psikologi perubatan moden. Dalam perkembangan peradaban ilmu masakini, semuanya mampu dikawal dengan kebijaksanaan akal. Ini semua berkisar tentang apa yang anda fikirkan tentang siapa anda yang sebenar!.?it is all about what you think you are? Dari perspektif agama islam, keturunan memainkan faktor yang besar dalam kehidupan, ini dapat dilihat dalam saranan agama Islam tentang cirri-ciri jika ingin memilih pasangan, bukankah salah satunya Islam menyuruh kita melihat keturunanya? Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembang individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga Islam.

Dalam perjalanan kehidupan seseorang, faktor keturunan atau baka sedikit sebanyak mempengaruhi teras peribadi seseorang, tetapi sejauh mana atau sekuat mana ia mempengaruhi bergantung pada proses kematangan dan motivasi kendiri seseorang individu. Dalam proses inilah pengaruh persekitaran memainkan peranan terbesarnya dalam mempengaruhi perilaku, pewatakan dan peribadi seseorang individu. Perjalanan hidup seseorang individu memang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pembelajaran yang dilalui sepanjang kehidupanya, pengaruh keluarga dari segi gaya hidup seharian, didikan orang tua dan juga faktor rakan sebaya serta pengaruh media-media massa baik media cetak ataupun elektronik. Justeru dalam era globalisasi hari ini memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor persekitaran dalam perjalanan kehidupan individu, memberi impak terbesar dalam pewatakan individu dan sebagai pengaruh terbesar masa kini kepada pertumbuhan dan perkembangan individu terutama yang sedang meningkat dewasa.

Punca Kepandaian (Kecerdikan): Baka atau Pengalaman?


Para penyelidik dalam bidang perkembangan kanak -kanak sudah lama membincangkan sama ada kepandaian atau kepintaran seseorang kanak-kanak itu berpunca dari baka atau berkaitan dengan pengalaman dan latihan yang diterima oleh mereka itu. Pendapat bahawa kepandaian adalah berpunca daripada baka (Naturist View) adalah lebih popular pada masa dahulu. Baka ialah sesuatu yang diturunkan kepada seseorang itu dari ibu dan bapanya. Dari itu seseorang kanak-kanak yang lembab akalnya dikatakan mendapat ciri ciri ini daripada salah seorang itu sudah ditentukan dari peringkat janin lagi dan pencapaiannya akan te rhad mengikut baka yang diperoleh. Ujian intelek (I.Q TESTS) dirangkakan untuk membolehkan seseorang ahli psikologi itu mengukur tahap intelek seseorang kanak-kanak itu. Ini seolah-olah menjadikan intelek seperti ini mudah diperoleh bagi kanak-kanak. Jika ia didapati tinggi, perasaan ibu bapa itu senang, seolah-olah anak itu akan boleh dibiarkan sendiri untuk belajar tanpa usaha -usaha yang khusus. Sebaliknya, jika ujian intelek didapati rendah kanak-kanak itu dianggap susah dilatih atau diajar dan difikirkan yang tidak ada apa-apa usaha yang boleh dilakukan untuk mempertingkatkan pencapaiannya. Pendapat yang kepandaian seseorang kanak -kanak itu hanya berpunca daripada baka sahaja telah dinafikan oleh para penyelidik pada masa kini. Banyak kaedah telah dicuba untuk mempertingkat daya kreatif, daya peringatan dan daya penyelesaian masalah. Perkembangan dalam bidang psikologi pendidikan dan psikologi perkembangan telah dapat memberi kita maklumat bahawa kebolehan seseorang itu boleh dipertingkatkan jika persekitaran yang penuh dengan stimulasi, pengalaman-pengalaman yang positif yang dapat membentuk konsep diri yang baik serta strategi pendidikan dan latihan yang sesuai dapat meningkatkan pengetahuan dan kebolehan seseorang itu. Rumusan-rumusan penyelidikan baru telah mengubah pemikiran para penyelidik tentang konsep kepandaian seseorang kanak-kanak daripada pendapat baka (Naturist View) kepada pendapat di mana kepandaian boleh dipertingkatkan dengan adanya pengalaman -pengalaman dan latihanlatihan yang sesuai. Seseorang yang menganggap kepandaian itu berpunca daripada baka sahaja mungkin akan mudah menerima bahawa seseorang kanak-kanak itu boleh maju di dalam usahanya mengikut kemampuan pemikirannya sahaja. Rancangan-rancangan yang diaturkan untuk mempertingkat daya pemikirannya

melalui strategi-strategi pembelajaran akan dianggap tidak perlu dan tidak akan membawa kesan kesan yang ketara. Ini boleh merugikan kanak-kanak. Penyelidikan yang dijalankan di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat ke atas kanak-kanak yang datang dari golongan miskin telah menunjukkan yang prestasi intelek kanak -kanak itu pasti boleh dipertingkatkan jika mereka di dedahkan kepada kaedah -kaedah pembelajaran dan pengalaman-pengalaman yang kaya. Jika kanak-kanak ini terus dibiarkan tanpa diberi latihan-latihan dan pendedahan kepada keadaan yang boleh mencabar pemikirannya sudah tentulah prestasi yang ditunjukannya akan tetap tidak memuaskan. Akibatnya, dia akan terus berada di lapisan bawah masyarakatnya dari segi sosioekonomi. Ekoran daripada pendapat Head Start Project, (iaitu suatu projek kanak -kanak yang berusaha untuk memberi rangsangan dari peringkat seawal-awalnya), menunjukkan bahawa baka bukanlah satu satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman-pengalaman, kaedah-kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu. Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi, perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Taman asuhan dan tadika yang ditubuhkan di merata-rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkan bagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentuk perkembangan intelek seseorang kanak kanak itu. Pengalaman daripada kanak-kanak cacat yang datang ke klinik menunjukkan yang sebahagian besar dari kanak-kanak ini mengalami kekurangan stimulasi (psycho-social deprivation). Kanak-kanak yang pekak menunjukkan tahap kefahaman bahasa yang rendah sementara kanak -kanak yang buta kurang menunjukan perasaan atau daya perhubngan dengan orang di sekelilingnya. Kanakkanak yang mengalami kecacatan fizikal seperti palsi-cerebral dan kanak-kanak yang cacat akal juga menunjukkan perkembangan yang lebih rendah daripada potensi mereka. Apabila rancangan pemulihan diaturkan dan ibu bapa sendiri diajar dan digalakkan untuk menjalankan rancangan pemulihan ini di rumah, sering didapati kanak-kanak cacat ini dapat menunjukkan kebolehan yang lebih tinggi. Mereka berupaya mencapai kemahiran sosial jika ini ditekankan dalam latihan. Kesimpulannya, keupayaan pemikiran seseorang kanak -kanak itu bukan hanya dipengaruhi oleh baka, bahkan yang lebih penting lagi, oleh faktor-faktor seperti kesihatan, tahap pemakanan yang baik, cara gaya keibubapaan yang positif, persekitaran yang kaya dengan stimulasi, kaedah -kaedah pembelajaran yang sesuai, galakan dan minatnya sendiri. Cara keibubapaan (parenting) yang positif yang boleh meninggikan keyakinan diri adalah sangat penting. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan otak, walaupun terhad keupayaannya akan boleh dipertingkatkan kebolehannya untuk berdikari dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya jika dia diberi bimbingan yang sesuai. Kebolehannya di dalam sesuatu aspek adalah penting dikesani sementara kelemahannya perlu diketahui supaya dia boleh diajar cara-cara untuk mengatasi kelemahannya itu. Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor dalam buku Psikologikal Pendidikan Tutorial Dua, faktor yang mempengaruhi perkembangan terbahagi kepada dua, iaitu fakor endogen dan faktor eksogen, manakala bagi Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel pula baka dan persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Faktor endogen menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor bermaksud faktor dalaman semenjak individu dalam kandungan hingga lahir ( pembawaan dan keturunan ). Baka menurut Haliza Hamzah danJoy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak pula merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gengen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Tambahan pula, trait yang diwarisi anak-anak daripada ibu bapa mengandungi gen -gen tersebut. Maka, ia akan menguasai perkembangan manusia dan adalah unik dan berbeza bagi setiap individu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, ramb dan warna mata. Di sini pengaruh ut genetik memainkan peranan penting apabila ibu bapa tinggi, anak -anak mereka juga mengalami perkembangan yang pesat dan agak tinggi daripada kanak -kanak sebaya mereka. Menurut buku Psikologi Kanak-kanak hasil dapatan dari laman web http://www.pts.com.my, kemahiran kanakkanak menggunakan jari juga merupakan contoh yang dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Disamping itu, ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menghadapi masalah, mereka mempunyai tendensi bercakap sendirian bagi menyelesaikan masalah itu Faktor eksogen menurut Prof. Madya bakhtiar Mansor pula ialah faktor dari luar individu ( pengalaman dari persekitaran ). Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu yang akan hadapi rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat di mana dia berada. Persekitaran juga termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Persekitaran sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan dan gaya hidup ibu. Sebagai contoh, ibu merokok sem asa anak di dalam kandungan , rawatan yang diterima ibu serta usia dan keadaan emosi ibu semasa anak dalam kandungannya. Pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap pendidikam keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dun adalah antara penyumbang ia kepada pengalaman selepas kelahiran seseorang individu. Menurut model ekologi Bronfenbrenner, peringkat-peringkat persekitaran yang mempengaruhi individu terbahagi kepada lima peringkat, iaitu peringkat mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Lapisan mikrosistem, merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Kebanyakan kanak -kanak, mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan dengan keluarga sahaja. Persekitaran tersebut akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang sering berlaku di pusat asuhan taska, tadika, pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Pada peringkat ini, kanak -kanak tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu dalam kategori mikrosistem semata-mata. Mereka juga turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakat dalam berinteraksi antara dua individu berl inan dalam satu kelompok yang a sama. Lapisan mesosistem pula terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada hubungan dalaman di kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah dan rakan sebaya. Bronfenbrenner berpendapat bahawa lapisan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan lapisan mikrosistem. Ia boleh meningkat apabila adanya sokongan dan kestabilan mikrosistem.

You might also like