You are on page 1of 39

Elemen 1

Melawat Kawasan Kajian Saya dan rakan-rakan seperti Wendell Lu, Ang Ping PingdanYeung Pui Yee telah melawat kawasan kajian iaitu Majlis Perbandaran Sandakan.Majlis Perbandaran Sandakan terletak di Pusat Bandar Sandakan.Alamat mengirim ialah Peti Surat 221, Majlis Perbandaran Sandakan. Di bawah merupakan gambar-gambar di depan bangunan Majlis Perbandaran Sandakan yang ditangkap semasa lawatan itu.

Saya dan Wendell Lu di depan bangunan Majlis Perbandaran Sandakan

Yeung Pui Yee dan Ang Ping Ping di depan bangunan Majlis Perbandaran Sandakan

Internet
Saya telah melayari pelbagai laman web untuk mendapat informasi tentang Majlis Perbandaran Sandakan. Berikutlah merupakan lawan web yang saya telah layari: www.scribd.com www.mps.sabah.gov.my

y y

Buku Ilmiah
Semasa menyiapkan kajian ini, saya telah merujuk kepada Buku Panduan Kakitangan Majlis Perbandaran Sandakan. Buku ini disusun oleh . B. M. Fajeer, Setiausaha Perbandaran dan Agnes Thien, Penolong Setiausaha (Pentadbiran). Buku ini disusun pada 1996 di Majlis Perbandaran Sandakan.

Orang Sumber
Orang Sumber 1

Kad Pekerja Orang Sumber 1

Temu Bual 1 Wendell : Selamat petang, Madam Mu. Kami pelajar dari SM Sung Siew dan ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Sandakan daripada anda untuk tujuan menjalankan kajian KST. Madam Mu : Selamat pagi. Apakah maklumat yang kalian ingin peroleh? Gan : Bolehkah kami ingin mengetahui objektif, misi dan juga visi Majlis Perbandaran Sandakan dengan lebih jelas dan terperinci? Madam Mu: Tentu boleh. Misi MPS ialah memastikan pengurusan Majlis yang mampu dan cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan agar mampu berdikari. Selain itu, majlis akan sentiasa mengamalkan prinsip pentadbiran yang mesra alam iaitu berteraskan teknologi maklumat (IT) dan pengembangan ilmu pengetahuan yang berterusan serta adaptif kepada perubahan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang menfokuskan pelanggan kami. Mengenai visi MPS pula ialah menjadikan Majlis mampu berdikari dan mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, indah, aman, makmur dan progresif. Untuk memudahkan kita semua dan menjimatkan masa, saya telah menyediakan maklumat tentang objektif MPS dalam cetakan buku paduan ini. Saya akan edarkan kepada kalian nanti. Wendell : Terima kasih, Madam Mu atas sumbangan anda. Baik, kita teruskan dengan maklumat mengenai carta organisasi MPS. Siapakah yang mengetahui seluruh majlis ini?

Madam Mu: Baik, MPS diketuai oleh Presiden yang dibantu oleh dua orang Timbalan Presiden. Presiden MPS kini ialah Datuk James Wong yang memegang jawatan kira-kira dua tahun yang lalu. Gan : Bolehkah anda menceritakan serba sedikit tentang latar belakang Majlis Perbandaran Sandakan? Madam Mu: Em..Berdasarkan pengetahuan saya, MPS bermula sebagai Sandakan Sanitary Board ditubuhkan di bawah Ordinan Lembaga Bandaran Borneo Utara pada tahun 1931 dan dipengerusikan oleh seorang Pegawai Daerah. Melalui Enakmen Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, Lembaga Bandaran telah ditubuhkan bagi menggantikan Sandakan Sanitary Board. Gan : Terima kasih, Madam Mu. Maklumat yang anda bekalkan tadi amat berguna kepada kami dalam menjalankan kajian tersebut. Madam Mu : Sama-sama. Sebelum saya terlupa, saya ingin menyerahkan maklumat cetakan ini kepada kamu. Saya harap maklumat-maklumat dalam buku panduan ini dapat membantu kalian. Harap-harap selepas menjalankan kajian ini, kalian akan berminat tentang MPS. Wendell : Haha..Terima kasih sekali lagi atas kesudian Madam Mu membantu kami menjayakan temu bual ini. Selamat tinggal. Madam Mu : Selamat jalan.

Orang Sumber 2

Kad Pekerja Orang Sumber 2

Temu Bual 2 Gan Wendell : Selamat pagi, puan. : Selamat pagi, puan.

Tuan Asmail : Selamat pagi. Gan : Saya ialah Gan Ming Jiang , pelajar dari Sekolah Menengah Sung Siew manakala ini ialah rakan saya, Wendell Lu. Tuan Asmail : Saya berasa gembira untuk bertemu dengan kamu. Saya ialah Asmail bin Amat, pekerja di Majlis Perbandaran Sandakan. Apakah yang boleh saya tolong kamu? Wendell : Puan, kami ingin menemu bual beberapa soalan tentang Majlis Perbandaran Sandakan untuk folio Kajian Sejarah Tempatan kami. Adakah kami sedang mengganggu tuan? Tuan Asmail : Tidaklah. Apakah yang kamu ingin mengetahui tentang Majlis Perbandaran Sandakan? Gan : Saya ingin bertanya tentang sejarah Majlis Perbandaran Sandakan. Adakah pihak berkuasa tempatan Sandakan dikenali sebagai Majlis Perbandaran Sandakan sejak dulu lagi, puan? Tuan Asmail: Tidaklah. Mula-mulanya pihak berkuasa tempatan di Sandakan dikenali sebagai Sandakan Sanitary Board tetapi Local Government Ordinance 1961 telah berkuatkuasa dan menggantikannya sebagai Lembaga Bandaran Sandakan yang juga dikenali sebagai Sandakan Town Board. Setelah percantuman Lembaga Bandaran Sandakan dan Majlis Daerah Luar Bandar pada 1 Januari

1982, manakala wujudnya nama Majlis Perbandaran Sandakan bagi pihak berkuasa tempatan Sandakan. Inilah asal-usul tentang Majlis Perbandaran Sandakan. Wendell : Selain itu, bagaimanakah Majlis Perbandaran Sandakan memperolehi pendapatannya? Tuan Asmail: Bagi pendapatan MPS, pendapatannya diperolehi daripada cukai yang dikenakan seperti cukai pintu, faedah daripada simpanan kewangan, sumbangan atau bantuan kewangan daripada kerajaan, wang denda disebabkan pelanggaran Undang-undang kecil dan pembayaran daripada sesuatu perniagaan atau perkhidmatan seperti perkhidmatan meletak kereta serta yuran, pembayaran atau sewa. Ada apa lagi yang ingin mengetahuikah? Gan : Ya, ada lagi yang saya ingin bertanya tentang visi dan misi MPS. Apakah visi dan misi MPS? Tuan Asmail: Visi MPS ialah menjadikan majlis mampu berdikari dan mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, indah, aman dan makmur serta progresif manakala bagi misi MPS pula ialah memastikan pengurusan majlis yang mantap dan cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan agar mampu berdikari. Majlis akan sentiasa mengamalkan prinsip pentadbiran yang mesra alam, berteraskan teknologi maklumat dan pengembangan ilmu pengetahuan yang berterusan serta adaptif terhadap perubahan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang memfokuskan pelanggan. Itu saja bagi visi dan misi MPS. Gan : Oh, rupa-rupanya begitu.

Wendell

: Tuan, saya ingin mengetahui sedikit tentang objektif MPS. Boleh tak puan memberikan saya 3 objektifnya?

Tuan Asmail: Tentulah boleh. Antara objektif MPS ialah membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk di perbandaran Sandakan. Selain itu, merancang dan membangun strategi untuk memastikan pembangunan perbandaran yang sesuai dan teratur serta membantu kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara. Inilah ketiga-tiga objektif MPS yang kamu ingin mengetahui. Wendell : Oh, macam begitu. Selain itu, tuan, bolehkah saya mendapatkan buku ilmiah daripada puan tentang Majlis Perbandaran Sandakan? Gan : Tuan, saya juga mahu buku ilmiah tentang Majlis Perbandaran Sandakan. Boleh tak? Tuan Asmail: Boleh. Tunggu sekejap ya. Gan Wendell : Ya. : Ya.

Tuan Asmail: Nah, ini ialah dua salinan bagi Buku Panduan Kakitangan Majlis Perbandaran Sandakan. Saya harap buku-buku ini dapat membantu kamu. Gan : Terima kasih ya, tuan. Terima kasih atas kerjasama dan pertolongan yang telah diberikan oleh puan. Wendell : Ribuan terima kasih kepada tuan. Terima kasih kerana rela meluangkan masa untuk menjawabkan pertanyaan kami.

Tuan Asmail: Sama-sama. Saya berharap saya dapat membantu kamu dalam maklumat tentang Majlis Perbandaran Sandakan (MPS). Gan Wendell : Bye. : Selamat tinggal.

Tuan Asmail : Bye dan selamat tinggal.

Elemen 2

Institusi Pentadbiran Tempatan Majlis Perbandaran Sandakan

Isi Kandungan
Tajuk Kajian------------------------------------------------------------------------Isi Kandungan-----------------------------------------------------------------------Penghargaan ------------------------------------------------------------------------Objektif Kajian---------------------------------------------------------------------Kaedah Kajian----------------------------------------------------------------------Hasil Kajian-------------------------------------------------------------------------4.1 Institusi Pentadbiran Tempatan----------------------------------------------4.2 Latar Belakang------------------------------------------------------------------

4.3 Peranan---------------------------------------------------------------------------

4.4 Perkembangan-------------------------------------------------------------------

Rumusan------------------------------------------------------------------------------

Lampiran ----------------------------------------------------------------------------

Rujukan-------------------------------------------------------------------------------

Penghargaan
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu Cik Suhaimi binti Aba kerana tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Sejarah Tempatan (KST). Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SM Sung Siew, Encik Lee Chin Hoi yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya, Mu Su Mui dan Gan Ping Sin, yang sentiasa memberi dorongan dan galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kajian ini sehinggalah kajian ini selesai. Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulam saya, iaitu Wendell Lu, Ang Ping Ping dan Yeung Pui Yee kerana dapat mengumpul maklumat bersama-sama.

Objektif Kajian
1. Mengetahui latar belakang institusi pentadbiran tempatan di daerah Sandakan. 2. Memahami perkembangan institusi pentadbiran tempatan di daerah Sandakan. 3. Mengetahui terusan warisan bangsa.

Kaedah Kajian
Saya menggunakan pelbagai kaedah semasa membuat Kajian Sejarah Tempatan. Antara kaedah-kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, temu ramah dan rujukan.

Melalui kaedah lawatan dan pemerhatian, saya telah melawat ke Majlis Perbandaran Sandakan. Saya dan rakan-rakan telah mengambil gambar di sana. Kami juga mendapat banyak informasi untuk menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan ini. Selain itu, melalui kaedah temu ramah, saya dan Wendell Lu telah menemuramah seorang pekerja di sana. Hasil temu ramah terdapat di bahagian Lampiran. Akhir sekali, kami juga menggunakan kaedah rujukan dan penyelidikan. Hasil kami terdapat di bahagian Lampiran.

Hasil Kajian
4.1 Institusi Pentadbiran Tempatan Nama rasmi bagi institusi pentadbiran tempatan di daerah Sandakan ialah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS). Majlis Perbandaran Sandakan terletak di Pusat Bandar Sandakan, Sandakan. Objektif Meningkatkan taraf kehidupan penduduk Sandakan. Merangka strategi untuk merancang dan membangunkan Sandakan secara teratur Merancang dan mewujudkan suasana alam sekitar yang bersih dan hijau. Membantu Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam melaksanakan Polisi pembangunan Kebangsaan.
y

y y y y

Mewujudkan ekonomi yang sihat dan berdaya maju melalui penggalakan aktiviti perdagangan dan industri di Sandakan.

y y

Meningkatkan perkhidmatan yang sedia ada. Melaksanakan projek-projek infrastruktur dan projek-projek kecil selarasd dengan polisi kerajaan.

Merangka dan melaksanakan system kewangan yang mampu berdikari

Misi Memastikan pengurusan majlis yang mampu dan cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan agar mampu berdikari. Majlis akan sentiasa mengamalkan prinsip pentadbiran yang mesra alam, berteraskan teknologi maklumat dan pengembangan ilmu pengetahuan

yang berterusan serta adaptif terhadap perubahan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang memfokuskan pelanggan. Visi Menjadikan Majlis mampu berdikari dan mewujudkan suasana persekitaran bersih, indah, aman dan makmur serta progresif. Carta Organisasi Majlis Perbandaran Sandakan

4.2 Latar Belakang Sejarah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mula-mula wujud di Sandakan adalah SANDAKAN SANITARY BOARD. Kemudian diganti dengan LEMBAGA BANDARAN SANDAKAN (Sandakan Town Board) yang ditubuhkan pada 16 Disember 1961 iaitu sebaik sahaja berkuatkuasanya Local Government Ordinance, 1961.

Seorang Pegawai Kerja yang dilantik di bawah Seksyen 69, Ordinan berkenaan mengetuai pentadbiran Lembaga ini. Pengerusi Lembaga bukanlah seorang pegawai sepenuh masa Lembaga Bandaran atau Perkhidmatan Awam. Bagaimanapun, selaras dengan pemansuhan jawatan Residen Sandakan pada 1 Januari 1979, jawatan Pengerusi telah diambil alih oleh bekas Residen, seorang pegawai dari Perkhidmatan Awam dengan menggunakan geralaran jawatan "Pesuruhjaya".

MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN telah diwujudkan setelah percantuman Lemabaga Bandaran Sandakan dan Majlis Daerah Luar Bandar pada 1 Januari 1982. Gelaran jawatan "Pesuruhjaya" telah diganti dengan "Presiden" manakala "Pegawai Kerja" menjadi "Setiausaha".

Undang-Undang Kecil Untuk melaksanakan secara berkesan fungsi-fungsi yang diamanahkan kepada sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan, ia boleh menggubal Undang-Undang Kecil, tertakluk kepada kelulusan Menteri Kerajaan Tempatan.

Pengubalan sesuatu jenis Undang-undang Kecil haruslah melalui beberapa proses di bawah Ordinan berkenaan yang membolehkan orang awam mengemukakan bantah an.

Pada masa ini, Majlis Perbandaran Sandakanmenguatkuasakan Undang-undang kecil seperti yang berikut:

(i)

The Sandakan Town Board (General) By-Laws, 1955. The Sandakan Municipal Council (General) (Amendments) By-Laws, 1993.

(ii)

The Sandakan Town Board Building By-Laws 1951. The Sandakan Municipal Council Building By-Laws, (Amendments), 1982.

(iii)

The Sandakan Municipal Council (Control of Javelin or Discus Throwing) (Amendments) By-Laws, 1963

(iv) (v)

The Sandakan Rural District Council (Tamus) By-Laws, 1964 The Sandakan Town Board (Registration and Control of Dogs) By-Laws, 1964. (Hingga 5 April, 1990)

(vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi)

The Sandakan Town Board (Dealing in Scraps) By-Laws, 1970 The Sandakan Rural District Council (Cess on Cocoa) Order, 1978 The Sandakan Town Board (Massage Establishments) By-Laws, 1980 The Sandakan Municipal Council (Earth Works) By-Laws, 1981 The Sandakan Municipal Council (Planting) By-Laws, 1982 The Sandakan Municipal Council (Advertisement) By-Laws, 1982

(xii) (xiii) (xiv)

The Sandakan Municipal Council (Anti-Litter) By-Laws,1984 The Sandakan Municipal Council (Pub and Bar Lounge Premises) By-Laws,1984 The Sandakan Municipal Council (Parking Places) By-Laws, 1984. (Hingga 2 Julai 1993)

(xv)

Pelan Tempatan Sandakan 1990. (Dalam Pemprosesan)

Di bawah Struktur Saraan baru, perubahan-perubahan yang diperkenalkan meliputi aspekaspek berikut:

(i)

Struktur gaji yang mengandungi Komponen Berubah (variable component) selain daripada komponen Gaji Pokok dan Imbuhan Tetap:

(ii)

Tanggagaji yang berbentuk Jadual Gaji Matriks (Matrix Salary Schedule-MSS) yang ditetapkan bagi setiap satu daripada 19 Klasifikasi Perkhidmatan;

(iii)

Pegerakan gaji yang berdasarkan kepada pencapaian prestasi individu

Selain daripada itu, beberapa perubahan dan pengenalan baru telah juga dilakukan kepada Elaun dan Kemudahan, Faedah Persaraan dan Syarat-Syarat Perkhidmatan.

Struktur Organisasi Bahagian-Bahagian di bawah Operasi Seperti yang ditunjukkan oleh Carta Kecil di atas, Organisasi Majlis mempunyai dua cabang yakni Operasi dan Pentadbiran/ Kewangan, masing-masing diketuai oleh seorang Timbalan Setiausaha.

Terdapat dua Bahagian di bawah Operasi. Bahagian

Bahagian ini; yakni Bahagian

Bangunan dan kejuruteraan serta Bahagian Perkhidmtan Am, Masing -masing mempunyai beberapa pecahan kecil yang dipanggil Unit. Unit-Unit tersebut adalah seperti yang berikut: 1. Bahagian Bangunan dan kejuruteran; a) Unit Penyenggaraan b) Unit Projek & Kerja Am c) Unit Kawalan Pembangunan d) Unit Stor e) Unit Bengkel 2. Bahagian Perkhidmatan Am: a) Unit Kesihatan Awam b) Unit Pembersihan dan Penyenggaran Bandar c) Unit Penghiasan Bandar d) Unit penguatkuasa e) Unit Pasar

Bahagian-Bahagian di bawah Pentadbiran/ Kewangan Terdapat lima Bahagian di bawah Pentadbiran/ Kewangan Bahagian-Bahagian ini dan unit di bawah mereka masing-masing ialah seperti yang berikut: 1) Bahagian Penilaian: a) Unit Penilaian b) Unit Pencukaian 2.) Bahagian Kewangan a) Unit Pemungutan Hasil

b) Unit Akaun c) Unit Hal-Ehwal Pekerja d) Unit Kawalan Letak Kereta 3.) Bahagian Pentadbiran a) Unit Pentadbiran b) Unit Kemudahan Awam c) Unit Perhubungan d) Unit Penyertaan Bumiputra e) Unit Perjawatan 4) Bahagian Penyelidikan dan Perancangan 5) Bahagian Undang-Undang Bahagian-Bahagian Lain Terdapat dua bahagian yang lain bertanggungjawab langsung kepada Presiden iaitu Bahagian Pembangunan dan Bahagian Audit Dalam.

Tanggungjawab bidang tugas pentadbir Untuk melincinkan pentadbiran Majlis, pihak Pengurusan telah menubuhkan beberapa Jawatankuasa dengan tugas-tugas dantanggungjawab-tanggungjawab tertentu. JawatankuasaJawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa statutori seperti JawatankuasaJawatankuasa yang dianggotai oleh Ahli-Ahli. Bagaimanapun sejak beberapa tahun lalu, Jawatankuasa Kewangan dan Keperluan Am telah memberi kuasa pelantikan kepada Jawatankuasa Pelantikan dan Tatatertib bagi Gred 9 dan ke atas. Perincian peranan/ Tanggungjawab bidang tugas pentadbir 1. Presiden- Ketua jabatan bagi Majlis Perbandaran Sandakan 2. Timbalan Presiden- Bertanggungjawab terladap Mahkamah Anak Negeri Sandakan.

3. Setiausaha MPS- Pegawai Pendaftar untuk urusan pendaftaran pemilih 4. Bahagian Bangunan dan kejuruteraan- Bertanggungjawab dalam unit Penyenggaraan, Unit Projek & Kerja Am, Unit kawalan Pembangunan, Unit stor dan Unit bengkel 5. Bahagian Perkhidmatan Am- Bertanggungjawab dalam Unit Kesihatan Awam, Unit Pembersihan dan Penyenggaraan Bandar, Unit Penghiasan Bandar, Unit Penguatkuasa dan Unit Pasar. 6. Bahagian Penilaian- Bertanggungjawab dalam Unit Penilaian dan Unit Pencukaian 7. Bahagian Kewangan- Bertanggungjawab dalam Unit Pemungutan Hasil, Unit Akaun, Unit Hal-Ehwal Pekerja dan Unit Kawalan letak kereta 8. Bahagian Pentadbiran- Bertanggungjawab dalam Unit Pentadbiran, Unit Kemudahan Awam, Unit Penyertaan Bumiputra dan Unit Perjawatan. 9. Bahagian Pembangunan dan Bahagian Audit Dalam- Bertanggungjawab langsung kepada Presiden 10. Bahagian Pengawasan Kualiti dan Produktiviti- Menentukan dasar, strategi dan sasaran program peningkatan kualiti dan produktiviti kakitangan MPS. Seterusnya, mengesan dan menilai tahap kualiti dan produktiviti kakitangan MPS. Kemudian, merancang dan melaksanakan program-program peningkatan kualiti dan produktiviti untuk mencapai dasar dan matlamat kualiti perkhidmatan kakitangan MPS. Akhir sekali, merancang dan melaksanakan program-program kualiti dan produktiviti serta melaksanakan program program kualiti dan produktiviti serta melaksanakan semua PKPA yang berkaitan.. 11. Bahagian di bawah Pentadbiran/Kewangan- Mempertimbangkan sebutharga bagi barangan pesanan atau perkhidmatan yang bernilai tidak lebih daripada RM 3000.00. 12. Kumpulan Pemikir (Think Thank)- Mengenalpasti dan mengkaji semula perkara-perkara tertentu sama ada berada dalam skop yang ditetapkan. Ia berhak untuk tidak menganalisa perkara-perkaraa tertentu yang dianggap tidak kritikal. Seterusnya, mengumpul maklumat

berkaitan dengan perkara-perkara tertentu daripada semua bahagian. Ketua -ketua bahagian atau Unit adalah sepatutnya bekerjasama. Kemudian mengadakan mesyuarat, mesyuarat dan percambahan fikiran untuk menganalisa perkara-perkara tertentu. Akhir sekali, memberi cadangan beberapa pilihan terbaik sebagai penyelesaian masalah. 13. Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Jawatan kuasa Keselamatan Daerah dan Tribuan Perkahwinan- Jawatankuasa yang berurusetia di MPS 14. Pegawai-pegawai Atasan MPS- menjalakan tanggungjawab tertentu di samping tanggungjawab yang melibatkan fungsi-fungsi MPS secara langsung.

Jawatankuasa Pengurusan Pengerusi : Presiden Ahli-Ahli : Timbalan Presiden Setiausaha Timbalan-Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Pelantikan / Tataertib Bagi Gred 9 dan Ke atas Pengerusi : Presiden Ahli-Ahli : Timbalan Presiden Timbalan Timbalan Setiausaha 2 Orang Ahli Majlis Pegawai Undang-Undang (Rujuk Minit F51/96 bertarikh 20 April 1996) Jawatankuasa Hal ehwal kakitangan/ tatertib bagi Gred 11 dan ke bawah Pengerusi : Setiausaha Ahli-Ahli : Timbalan Setiausaha (O)

Penolong-Penolong Setiausaha Pegawai Undang-Undang (Rujuk Minit F51/96 bertarikh 20 April 1996)

Lembaga Rayuan Tatertib Bagi Semua Gred Pengerusi : Presiden Ahli-Ahli : 2 Orang Ahli Majlis Pegawai Undang-Undang (Rujuk Minit F51/96 bertarikh 20 April 1996) Jawatankuasa Pengawasan Kualiti dan Produktiviti Pengerusi : Setiausaha

Timbalan Pengerusi : Timbalan-Timbalan Setiausaha Setiausaha Ahli-Ahli : Penolong Setiausaha (P) : Pengurus Harta& pembangunan Pegawai Sistem Maklumat Pen. Setiausaha (O) Jurutera Perbandaran Kanan Pegawai Undang-Undang Bendahari Pegawai Penguatkuasa Pegawai Penilaian Jawatankuasa sebutharga Pengerusi : Setiausaha

Setaiausaha : Penolong Setiausaha(P) Ahli-ahli : Timbalan Setiausaha (P/K)

Timbalan Setiausaha (O) Penyelenggaran Stor Kanan Pegawai Berkenaan Pegawai Berkenaan

Bidang Tugas

a) Menentukan dasar, strategi dan sasaran program peningkatan kualiti dan produktiviti kakitangan M.P.S b) Mengesan dan menilai tahap kualiti dan produktiviti kakitangan M.P.S c) Merancang dan melaksanakan program-program peningkatan kualiti dan produktiviti untuk mencapaikan dasar dan matlamat kualiti perkhidmatan kakitangan M.P.S d) Merancang dan melaksanakan program-program kualiti dan produktiviti serta melaksanakan semua PKPA yang berkaitan. e) Meneliti dan mencadangkan peserta-peserta bagi kursus-kursus yang diadakan. (Rujuk SMc / (01) 666/ 3/Jld. 4/34/&45)

4.3 Peranan
MPS banyak memberikan peranan terhadap penduduk di Sandakan terutamanya dari segi ekonomi, kemasyarakatan, perayaan dan kebajikan. Dari segi ekonomi, MPS banyak memberi peranan dalam meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Contohnya, MPS telah mengeluarkan lesen kepada para peniaga untuk berniaga secara kecil-kecilan. Selain itu, MPS juga telah mewujudkan ekonomi yang berdaya maju melalui aktiviti perdagangan dan industri di Sandakan. Contohnya, MPS telah melaksanakan projek-projek infrastruktur dan projek-projek kecil selaras dengan polisi kerajaan seperti di Padang Golf 9 lubang, Centre point Mall dan projek perumahan Indah Jaya, Batu 4, Jalan Cecily. Hal ini menyebabkan peluang pekerjaan diwujudkan dan dapat meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga. Seterusnya, dari segi kemasyarakatan, MPS amat peka dengggan keperluankeperluan beribadah bagi kakitangannya. Sebagai contoh, MPS telah menyediakan sebuah surau di pejabat iaitu di tingkat dua. Zdi Samping itu, MPS telah membantu dalam pembinaan dua buah musala iaitu Masjid Nurul Hikmah dan Masjid Al-Amin masing-masing di kawasan rumah kongsi di Batu 1 dan Batu 3, Jalan Utara yang ditadbirkan sendiri oleh kakitangan MPS. Kemudian, dari segi perayaan, Malaysia telah mengadakan pelbagai perayaan mengikut kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Contohnya, perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru danperayaan krismas. MPS telah menyambut perayaan-perayaan di padang Sandakan, dewan masyarakat dan tempat-tempat tertentu.

Terakhir sekali, dari segi kebajikan, MPS mempunyai tanggungjawab terhadap kebajikan penduduk-penduduk di Sandakan. Contohnya, menyediakan tempat pelupusan sampah- sarap bagi mengekalkan persekitaran yang bersih dan hijau. Selain itu, MPS juga membekalkan lampu jalan raya, menyelenggara jalan-jalan dan lorong-lorong dan menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi.

4.4 Perkembangan
Sumber Kewangan Untuk melaksanakan fungsi-fungsinya, sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan memerlukan pendapatan. Ia boleh memperoleh pendapatan dalam bentuk: a) Cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tersebut. b) Yuran, pembayaran dan sewa yang boleh dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan. c) Denda berikutan dengan kesalahan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan atau Undang-Undang Kecil. d) Pembayaran dan keuntungan dari sesuatu perniagaan atau perkhidmatan. e) Faedah daripada wang simpanan f) Sumbangan, bantuan kewangan dan sebarang pemberian daripada Kerajaan. g) Sebarang bentuk pendapatan yang ditetapkjan oleh Dewan Undangan Negeri. Pembangunan prasarana dan fizikal MPS amat peka dengggan keperluan-keperluan beribadah bagi kakitangannya. Sebagai contoh, MPS telah menyediakan sebuah surau di pejabat iaitu di tingkat dua. Zdi Samping itu, MPS telah membantu dalam pembinaan dua buah musala iaitu Masjid Nurul Hikmah dan Masjid Al-Amin masing-masing di kawasan rumah kongsi di Batu 1 dan Batu 3, Jalan Utara yang ditadbirkan sendiri oleh kakitangan MPS.

Cabaran yang dihadapi MPS mempunyai pelbagai cabaran yang dihadapi sehingga menimbulkan kesulitan. Contohnya, ketika penduduk-penduduk di Sandakan enggan membayar cukai yang telah ditetapkan seperti yuran-yuran, pembayaran serta sewa yang boleh dikutip oleh MPS walaupun telah diberi notis amaran. Hal ini menyebabkan pendapatan dan perbelajaan MPS terjejas dan taraf hidup bagi sesebuah keluarga boleh merosot. Perancangan masa hadapan MPS telah merancang dalam penyediaan pelan induk bagi persediaan untuk memenuhi kriteria sebagai Bandaraya Alam Semulajadi. Seterusnya, MPS juga ingin mewujudkan sistem kewangan yang mampu berdikari dan meningkatkan keupayaan MPS dari segi sumber manusia, polisi dan undang-undang kecil yang diperuntukkan. Akhir sekali, MPS ingin mewujudkan budaya pembelajaran seumur hidup dengan memastikan semua pegawai MPS mempertingkatkan ilmupengetahuan melalui kursus, seminar dan konvensyen dan merangka Skim Perancang Bandar yang strategik untuk Sandakan.

Rumusan
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa Majlis Perbandaran Sandakan, Sandakan, Sabah merupakan pusat pentadbiran dan banyak memberi peranan kepada penduduk- penduduk Sandakan. Selain itu, taraf hidup penduduk lebih terjamin kerana banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Ini dapat menggambarkan bahawa masyarakat di sini dapat hidup bersama dan bersatu dalam satu negara yang aman dan damai. Seterusnya, saya telah memperoleh maklumat berkaitan dengan Majlis Perbandaran Sandakan, latar belakang, peranan serta perkembangan. Dari segi peranan Majlis Perbandaran Sandakan terdapat 4 peranan utama yang telah saya perolehi iaitu ekonomi, kemasyrakatan, perayaan serta kebajikan. Dari segi perkembangan pula, saya telah memperoleh maklumat mengenai perkembangan Majlis Perbandaran Sandakan iaitu sumber kewangan, pembangunan prasarana atau fizikal, cabaran yang dihadapi serta perancangan masa hadapan. Selain itu, saya juga dapat menerapkan lagi unsur patriotisme tentang tajuk yang dikaji. Dengan ini, kita seharusnya mengambil iktibar sama ada kepada diri sendiri, bangsa dan negara yang tercinta. Dalam menjayakan kajian ini, saya dapat melakukan kajian ini dengan sempurna dalam waktu yang telah diberikan. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui kepentingan hormat-menghormati antara penduduk-penduduk Sandakan. Seterusnya, kita juga boleh memupuk perpaduan antara kaum melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan.

Lampiran
Gambar

Gambar 1.1:Saya dan Wendell Lu di depan bangunan Majlis Perbandaran Sandakan

Gambar 1.2:Yeung Pui Yee dan Ang Ping Ping di depan bangunan Majlis Perbandaran Sandakan Alamat MPS: Peti Surat 221, Majlis Perbandaran Sandakan, 90702 Sandakan.

Surat Akhbar

Gambar 2.1: Keratan Surat Akhbar yang digantung pada dinding

Sijil-Sijil

Gambar 3.1: Sijil juga digantung pada dinding

Sumber-sumber lain

Gambar 3.1: Piala-piala yang dimenangi oleh MPS dipamerkan di sana

Rujukan

Internet
y y

www.scribd.com www.mps.sabah.gov.my

Buku Ilmiah B. M. Fajeer, Agnes Thien. (1996). Buku Panduan Kakitangan Majlis Perbandaran Sandakan, Sandakan : Majlis Perbandaran Sandakan. Orang Sumber Mu Su Mui, Operator Komputer Asmail bin Amat, Pegawai SSL

y y

Elemen 3 Memang tidak dapat dinafikan bahawa institusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah, memainkan peranan yang tidak kurang pen ting

dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demi menyatupadukan rakyat. Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor awam ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, seberang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah perpaduan nasional. Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa. Mereka akan menjadi contoh teladan yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini penting kerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional. Dalam institusi pentadbiran tempatan, seperti majlis perbandaran, kakitangan perlu berlaku adil dan bertimbang rasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan. Misalnya, tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara. Seperkara lagi, elemen bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Oleh hal demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah. Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak ini, sudah pasti integrasi nasional dapat dikecap nikmat.

Sementelahan, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran. Dalam hal ini, kakitangan awam tidak harus terjebak dalam kancah rasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci akan korupsi dan pecah amanah . Jika rasuah dihapuskan, maka rakyat akan mencintai negara dan hidup bersatu padu. Akhir sekali, sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak institusi pentadbiran tempatan. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam. Apabila masalah masyarakat tidak wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu. Konklusinya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita hendak rakyat hidup harmoni dan bersatu padu. Dalam konteks ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1 Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.

You might also like