You are on page 1of 31

BAB 2 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DI SEDIAKAN OLEH: DINO DALE LUCAS SITI NOR AZMALINA RAMELI NUR HADZRINA KAMARUDDIN

KONSEP ASAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Memberikan arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.

PENGAJARAN

Merupakan proses untuk menyampaikan & menyumbangkan idea-idea yang boleh menggalakkan kreativiti pelajar. Membantu pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yg optimum

FAKTOR PENTING DALAM KONSEP PENGAJARAN


Melibatkan diri dalam P & P sepanjang hayat. Menghormati kanak-kanak & remaja. Berkongsi pengetahuan Membimbing,mengarah,memudah cara,mengasuh & merancang. Menentukan matlamat untuk diri sendiri & pelajar. Menghadapai cabaran peribadi & profesional. Menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai.

Perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat interaksi dengan persekitaran. PEMBELAJARAN Unisec,Lockhart dan Walters(1990) mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perubahan yang agak kekal dan sesuatu yang berubah akibat daripada pengalaman.

Proses Pembelajaran Gagne

OLEH :DINO DALE LUCAS

Proses Pembelajaran
Proses pembelajaran berlaku apabila seseorang itu terdedah dengan persekitaran. Ia bermula dari rangsangan yang diterima melalui pancaindera. Rangsangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman. Apabila pengalaman ini digunakan semula dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku iaitu pembelajaran.

Proses Pembelajaran Gagne


Peringkat 1 Motivasi
pelajar akan menerima rangsangan daripada persekitaran. Maka pembelajaran akan berlaku jika seseorang pelajar itu bermotivasi.

Peringkat 2 Memberi perhatian: Memastikan Perhatian Pelajar


Pelajar akan belajar jika mereka mendengar dan menumpukan perhatian kepada pengajaran yang disampaikan. Proses pembelajaran haruslah menarik, menyeronokkan pelajar dan sebagainya.

Sambungan
Peringkat 3 dan 4 Perolehan dan Ingatan
Dalam proses pembelajaran, aspek yang paling penting adalah memori. Guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar mengingati perkara yang diajar. Contohnya, bahan pembelajaran disusun secara teratur memudahkan pemahaman, pengurusan grafik, gambar, audio atau video klip yang melibatkan pelbagai deria.

Sambungan
Peringkat 5 Ingat Kembali dan Retrieval
Maklumat yang disimpan akan diingat kembali dan digunakan. Retrieval merujuk kepada proses mengesan maklumat yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar (Yelon dan Weinstein 1977). Bahan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar dan mudah difahami agar memudahkan maklumat diingati kembali oleh pelajar.

Sambungan
Peringkat 6 Generalisasi
Dalam fasa ini pelajar mengingat semula fakta atau pengalaman untuk diamalkan dalam suatu situasi baru yang sesuai dan sepadan. Pengajaran dianggap berjaya jika pelajar mampu mengaplikasi apa yang dipelajari dalam situasi baru.

Peringkat 7 Prestasi
Dalam fasa ini, pelajar dapat menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku.

Sambungan
Guru boleh mempengaruhi cara pelajar memberikan respons dan maklumat dengan mengemukakan soalan secara lisan atau bertulis kepada pelajar.

Peringkat 8 Maklum Balas dan Peneguhan


Dalam fasa ini, pelajar telah mencapai matlamatnya. Berdasarkan respons pelajar terhadap soalansoalan, guru perlu memberikan maklum balas dengan prestasi mereka.

Sambungan
Maklum balas ini bertujuan untuk memaklumkan tentang prestasi pelajar serta penambahbaikan yang perlu dilakukan. Maklum balas ini harus serta-merta untuk memperolehi kesan terhadap pembelajaran pelajar.

Sembilan Langkah Pengajaran


Peristiwa pengajaran 1. Menarik perhatian 2. Maklum pelajar tentang objektif 3. Merangsang ingatan kembali pengetahuan sedia ada / pembelajaran lepas 4. Mengemukakan bahan rangsangan 5. Memberikan bimbingan pembelajaran 6. Menggalakkan perlakuan 7. Memberikan maklum balas tentang prestasi 8. Menilai prestasi 9. Merangsang penyimpanan dan pemindahan Kaitan dengan proses pembelajaran Penerimaan corak-corak impuls neutral Meletus satu proses kawalan eksekutif Retrieval pengetahuan sedia ada dalam ingatan jangka pendek Menekankan ciri-ciri untuk persepsi pilihan Pengekodan semantik; klu untuk retrieval Meletus organisasi respons Menentukan peneguhan Meletuskan retrieval; memberikan ruang untuk peneguhan Memberikan klu dan strategi-strategi untuk retrieval

Sambungan
1. Menarik Perhatian
Guru menarik perhatian pelajar dengan mengarah pelajar kepada topik pengajaran. Contohnya, memulakan pengajaran dengan program multimedia dengan diikuti kesan bunyi atau muzik yang boleh menarik perhatian mereka. Mengemukakan soalan yang merangsang pemikiran pelajar. Naluri ingin tahu memotivasikan pelajar untuk belajar.

Sambungan
2. Memaklumkan Pelajar tentang Objektif Pelajaran
Pelajar dimaklumkan tentang objektif pelajaran supaya mereka sedar tentang matlamat pengajaran. Dengan itu, pelajar lebih bersedia dan mempunyai pemikiran yang perlu untuk pelajaran yang akan dilalui.

Sambungan
3. Merangsang Ingatan Kembali terhadap Pengetahuan Sedia Ada
Sebelum memulakan pelajaran, guru harus memperoleh maklumat tentang pengetahuan sedia ada pelajar. Pengetahuan ini membantu guru memulakan pelajaran daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang tidak diketahui. Hubungkaitkan antara maklumat baru dengan yang sedia ada agar memudahkan proses pembelajaran.

Sambungan
4. Kemukakan Kandungan
Dalam peringkat ini, guru perlu mengemukakan kandungan baharu kepada pelajar. Kandungan perlu diorgansasikan secara sistematik sebelum diterangkan. Guru perlu menggunakan pelbagai cara penyampaian. Contohnya, menggunakan gambar dan grafik kerana pelajar lebih mudah mengingatinya berbanding perkataan.

Sambungan
5. Membimbing Pembelajaran
Bimbingan tambahan perlu diberikan kepada pelajar semasa penyampaian kandungan untuk membantu pelajar mengekodkan maklumat dalam ingatan jangka panjang. Guru boleh menggunakan contoh, pengurusan grafik, carta aliran untuk menggambarkan kandungan dan sebagainya.

Sambungan
6. Melaksanakan Perlakuan
Pelajar dikehendaki untuk melatihkan kemahiran atau tingkah laku baru. Pelaksanaan perlakuan memberikan peluang untuk mengesahkan bahawa pelajar menguasai pengetahuan yang betul dan ulangan latihan ini memanjangkan jangka masa penyimpanan pengetahuan. Guru boleh menggunakan latihan bertulis, soalansoalan dan ujian.

Sambungan
7. Memberikan Maklum Balas
Maklum balas positif amat berguna untuk pelajar kerana dapat memberikan kepastian kepada pelajar. Guru boleh mencadangkan tindakan pemulihan untuk menambah baik kelemahan, selain memberikan kepada pelajar untuk mengambil tindakan susulan.

Sambungan
8. Menilai Perlakuan dan Prestasi
Pembelajaran akan berakhir dengan memberikan pentaksiran akhir untuk menilai pengusaan pengetahuan dan kemahiran yang diajar. Peringkat ini dijalankan tanpa bimbingan tambahan.

Sambungan
9. Merangsang Ingatan dan Pemindahan Pembelajaran
Guru perlu memberikan contoh tambahan dan latihan-latihan untuk menambah baik pemahaman pelajar terhadap pembelajaran yang telah dikuasai. Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari ke dalam situasi yang sebenar.

Jenis Jenis Pembelajaran.. Pembelajaran..

Oleh : S.N.A.R

1. KEMAHIRAN INTELEK
merujuk kepada pengetahuan procedural atau tahu bagaimana . Pada peringkat permulaan membaca, menulis dan menggunakan nombor ialah jenis-jenis simbol asas yang dipelajari. Apabila pembelajaran berlanjutan, symbol digunakan secara kompleks untuk membeza,menggabung, mengklasifikasi, menganalisis dan mengkelompok objek,peristiwa, symbol dan lain-lain. Gagne menbezakan 8 kategori intelek di mana manusia belajar iaitu
      
pembelajaran isyarat, pembelajaran rangsangan, rantaian, asosiasi verbal, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran hukum, penyelesaian masalah

Sambungan
-Untuk pembelajaran yang berkesan, kemahiran intelek perlulah disusun mengikut hierarki kesukaran seperti mengenalpasti rangsangan, menjana respons, mengguna istilah, diskriminasi, membentuk konsep, menaplikasi hukum, dan menyelesaikan masalah.

2. Maklumat Verbal
merujuk kepada kobolehan individu menyatakan sesuatu fakta atau set peristiwa secara lisan atau bertulis. Sebelum mampu berbuat demikian, seseorang itu harus mempunyai kemahiran intelek untuk menyebut pernyataan. Pelajar adalah digalakkan untuk mengkelompokkan maklumat (chunking) dan merekod pembelajaran secara bermakna dan difahami oleh pelajar dan mampu memberi kefahaman kepada orang lain.

3. Strategi Kognitif
kebolehan pelajar mengawal kemahiran dalaman, iaitu memberi perhatian, belajar, mengingat dan memikirkan hal yang berkaiatan. dikenali sebagai proses kawalan eksekutif kerana merujuk kepada konsep pemprosesan maklumat. Semua ini dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Guru boleh membantu pelajar dalam menguatkan strategi kognitif dalam proses mengingat dan menguasai sesuatu pembelajaran seperti memberi peneguhan dan strategi pembelajaran yang kreatif.

4) Kemahiran Psikomotor
Kebolehan menggunakan anggota fizikal dalam pembelajaran. Seseorang individu dapat dikatakan menguasai kemahiran psikomotor sekiranya mampu mengatur pergerakan secara menyeluruh dan lancar serta bertepatan. Ia dapat ditingkatkan dengan latihan yang berterusan.

5. Sikap
merujuk kepada keadaan dalaman yang berupaya mengawal tindakan peribadi terhadap rangsangan atau objek tertentu. Penekanan ialah sikap terhadap tingkah laku, iaitu pilihan tindakan yang dilakukan oleh individu. Hasil daripada pelakuan atau tingkah laku merupakan tanda rujukan tentang sikap individu. Dalam menghasilkan sikap yang dimahukan,guru boleh mengaitkan kejayaan dengan sikap tertentu, memberikan contoh/model yang terbaik untuk dicontohi dan peneguhan ke atas sesuatu keberjayaan.

Tamat.. Tamat.. ^_^ Sekian dan terima kasih.. kasih.. (^^,)

You might also like