You are on page 1of 34

1.0 KONSEP TAMADUN Terdapat beberapa pandangan barat mengenai konsep tamadun ini.

1Tamadun berasaldaripada perkataan Greek iaitu Civitas yang merujuk Bandar.Perkataan Bahasa Inggeris pula merujuk tamadun atau peradaban iaitu civilization.Konsep barat menekan pembangunan lahiriah, fizikal, dan jasmani.Lantaran itu pembangunan aspek kebudayaan, penulisan, undang-undang, kesenian, perbandaran menjadi aspek ukuran utama mereka.

Menurut Gordan Childe, tamadun ialah pencapaian lahiriah yang menjadi kayu ukur utama kemajuan sesesuatu masyarakat itu. Manakala Darcy dan Buchanan pula menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam tamadun.
2

Dari pandangan Islam pula, Islam dikatakan sebuah kerajaan yang mempunyai sejarah yanggemilang.Kerajaan Islam juga dikaitkan dengan pencetus kepada

ketamadunan

ketamadunan dunia.Kejayaan Nabi Muhammad S.A.W. dikaitkan dengan kemunculan tamadun dunia yangmerubah kehidupan masyarakat jahiliyah.Beberapa Syed tokoh Islam Naquib memberi telah

definisitersendiri

berkaitan

dengan

tamadun.Profesor

Al-attas

mendefinisikantamadun sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahapkehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi

seluruhmasyarakat.Pada pandangan beliau, tatasusila ataupun tingkah laku merupakan symbol kepada sesebuah tamadun.

http://belajarsejarah.blogspot.com/2008/01/tamadun-menurut-pandangan-barat.html

www.scribd.com/doc/19922456/Tamadun-dari-perspektif-islam
1

Bagi pandangan Sayyid Qutb pula, beliau berpendapat tamadun ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan olehsekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. 1.1 DEFINISI TAMADUN Menurut kamus-kamus dewan bahasa, tamadun ialah perkataan arab yang

membawa maksud kemajuan, kehalusan budi pekerti dan sopan santun. Tamadun juga membawa maksud pencapaian manusia dalam segala aspek kehidupan manusia sama ada aspek kerohanian yang merangkumi keagaman ,pemikiran dan ilmu pengetahuan atau kebendaan seperti teknologi dan seni bina.

1.2 ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM Dalam Islam terdapat beberapa perkara penting yans menjadi asas pembinaan tamadun. Antaranya ialah akidah, akhlak, dan ilmu diikuti dengan asas keadilan, semangat kejiranan, toleransi, dn kebebasan beragama. y Akidah ialah kepercayaan seluruh jiw raga terhadap keEsaan Allah (swt), kudrat dan Iradat-Nya, tiada lain yng disembah selain-Nya. y Akhlak merupakan amalan mulia yang menjadi teras kekuatan sesuatu umat. Nilai akhlak sudah ditanam oleh Allah (swt) dalam jiwa manusia sejak zaman Nabi Adam (as) lagi. y Ilmu pengetahuan merupakan asas utama tamadun Islam yang ditekankan. Wahyu pertama yang diturunkan ialah perkataan iqra (bacalah). Membaca dan menulis merupakan asas ilmu pengetahuan dan ilmu pengetahuan tersebut melahirkan tamadun

1.3 SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM3 i. Sumber Utama Sumber utama tamadun Islam ialah wahyu daripada Allah S.W.T iaitu Al-quran dan asSunnah. Al-Quran merupakan wahyu daripada Allah S.W.T yang juga merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan kepada manusia di muka bumi ini untuk mengurus dan menggariskan batas-batas tamadun Islam secara umum dan menyeluruh.as-Sunnah merupakan segala yang dating daripada Rasulullah s.a.w. sama ada dalam bentuk perkataan, perbutan atau pengakuan. As-Sunnah digunakan untuk merealisasikan segala ajaran al_Quran dalam bentuk nyata. ii. Tamadun Asing Sebelum kedatangan Islam, manusia telah menghasilkan tamadun di seluruh dunia. Bangsa Parsi, Greek, India, dan China telah mencipta tamadun kebendan yang tinggi sekali. Umat Islam akhirnya berjaya menguasai wilayah dan tamadun mereka.Justeru itu sebahagian daripada tamadun asing yang tidak bertentang dengan akidah, syarak dan akhlak diterima oleh umat Islam sebagai sumber pembentukan tamadun mereka. iii. Umat Islam Kretiviti dan inovsi yang dihasilkan umat Islam sendiri merupakan sumber pembinaan tamadun Islam yang terkhir seperti dalam bidang perubatan, matematik, geigrafi, dan seni bina.

Bahayudin Hj. Yahaya (1998), TAMADUN ISLAM Cet.kesembilan, Penerbit Fajar Bakti sdn. Bhd., hal. XIV- XVII
3

1.4 PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DAN BARAT 4 Terdapat perbezaan antara tamadun Islam dan tamadun Barat. Antara perbezaannya ialah :TAMADUN ISLAM i)Kedudukan Agama -Islam menjadi cara hidup manusia, TAMADUN BARAT Kedudukan Agama mencakupi -Agama adalah sebahagian daripada

keseluruhan keduniaan

kehidupan atau

samaada kebudayaan. Kebudayaan sentiasa mengalami

keagamaan.

Pembaharuan perubahan dan akhirnya agama juga dicorak

dalam Islam adalah mengikut agama bukan oleh perubahan. agama mengikut pembaharuan. Walaupun

begitu ia tetap flexible dan tidak rigid. ii)Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan Barat melihat perkara-perkara

-Terdapat konsep kesepaduan dan pengawalan -Tamadun

dalam Islam. Segala bentuk pembangunan keduniaan sehaja. Segala urusan tidak ada kebendaan berkait rapat dengan kerohanian. kaitan dengan agama. Terikat dengan undangSegala urusan tidak terlepas daripada mengikut undang tetapi pengawalannya terlalu longgar prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak. dan bentuk pengawalan tidak berdasarkan kepada iman yang kukuh. iii)Konsep Kemajuan Konsep Kemajuan

-Islam juga mengambil kira aspek kemajuan -Kemajuan berdasarkan keuntungan sematadan perubahan tetapi dengan menegaskan mata dan berpegang dengan konsep matlamat

http://aliasppd.tripod.com/Perbezaantamadunislam.htm
4

bagaimana

cara

ia

dicapai

dan

apakah menghalalkan cara.

matlamatnya. Islam menolak konsep matlamat menghalalkan cara. iv)Penekanan Sudut Kemajuan -Islam menekankan kedua-dua Penekanan Sudut Kemajuan aspek -Menitikberatkan aspek kebendaan dengan

kerohanian dan kebendaan. Kemajuan dalam menolak aspek kerohanian atau spiritual. Islam bersifat lengkap. Pembangunan dan kemajuan dalam Islam adalah alat untuk mencapai kesempurnaan zaman. Focus utama pembangunan dalam Islam adalah manusia itu sendiri.

2.0 CIRI-CIRI MANUSIA BERTAMADUN5 Dalam arus kemajuan dan kemodenan masa kini, umat Islam seharusnya memiliki ciri-ciri manusia bertamadun. Ciri-ciri manusia bertamadun merangkumi aspek berilmu, amanah, berakhlak mulia dan mempunyai jati diri sebagai seorang muslim. 2.1 BERILMU Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang amat membimbangkan.Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat.Pelaku kejahatan bukan hanya terdiri daripada kalangan dewasa sahaja, namun anak-anak yang belum dewasa, ibu-ibu, bahkan orang yang sudah lanjut umur juga terlibat. Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius oleh kita umat Islam kerana Allah SWT akan menimpakan bala dan laknat-Nya yang amat dahsyat disebabkan maksiat yang dilakukannya itu di mana ianya akan mengenai seluruh manusia. Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj. Seorang sahabat bertanya,:Apakah haraj itu ya Rasulullah? Jawab

baginda:Begini!(Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan. (al-Bukhari)

Azam B. Hamzah (2006), SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA , Penerbit UPENA UITM.

Apa yang dinyatakan oleh Rasul SAW di dalam hadis baginda telah pun berlaku di dalam realiti kehidupan kita pada hari ini. Ilmu telah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka di akhirat kelak. Ulamak-ulamak yang takut kepada Allah SWT, yang memuliakan sifat-sifat zuhud dan warak semakin berkurangan dan berlaku pembunuhan di sana sini. Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di manamana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan. (Muslim) Maka bagi menghadapi situasi akhir zaman ini umat Islam perlulah memperbanyakkan ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran zaman. Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya.Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi) Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila
7

seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T. Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumputrumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya. (Bukhari) Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim cukup banyak. Berbagai tarbiyah yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan mereka memiliki iman yang teguh, bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik.Allah berfirman: "Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66) Maka mempelajari ilmu agama adalah termasuk medan jihad yang paling mulia di mana daripada ilmu tersebut seseorang itu dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain yang sekaligus menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia

menyuruh manusia melakukan perkaraperkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat) dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan." (Ibnu Majah)Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan para ulama untuk mendengarkan nasihat mereka. Inilah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dan dengan itu mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat. 2.2 AMANAH6 Dunia hari ini sering digemparkan dengan berita-berita mengenai pecah amanah di sana sini. Bapa merogol anak, bayi baru lahir dibuang, warga tua diragut, kanak-kanak didera, dan berbagai-bagai lagi kejadian yang menyentuh hati dan membangkitkan kemarahan banyak pihak.Semuanya berpunca daripada hilangnya sifat amanah dari jiwa manusia. Sesungguhnya di akhir zaman ini amat sukar untuk mencari orang yang benar-benar amanah sedangkan apa jua perkara dan tindakan yang diambil perlukan sifat amanah. Seorang bapa yang khianat tidak akan menjaga anak yang menjadi amanah Allah kepadanya bahkan diperkosa anaknya sendiri atau dia berzina dengan wanita lain. Begitu juga dengan kerajaan yang dipimpin oleh penguasa yang tidak amanah sudah pasti suatu hari nanti umat akan hancur. Fakir yang sombong juga tidak akan sudi menerima bantuan dan perhatian orang lain sedangkan ia sangat memerlukannya. Kesudahannya hidupnya tidak akan berubah sampai bila-bila hinggakan kefakiran tersebut membawanya kepada kekufuran. Hakikatnya janganlah kita mengkhianati amanah sedangkan kita mengetahuinya.Balasannya di hari akhirat kelak amat dahsyat menunggu kita.

Halim B. Kadri(2007), AGAMA DAN KEHIDUPAN TAMADUN POLITIK DAN SOSIAL , Penerbit UPENA UITM
9

Dari Huzaifah, katanya: Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah: Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya. Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah) (Muslim) Bahkan dalam pinjam-meminjam perlu ada amanah Sabda Nabi s.a.w : Daripada Abu Hurairah r.a. : Bahawa Rasul s.a.w bersabda: Tunaikanlah/Kembalikanlah barang amanah itu kepada orang yang telah memberikan amanah kepadamu dan janganlah engkau mengkhianati janji walaupun kepada orang yang pernah memungkiri janji kepadamu

10

(Abu Daud dan Tarmizi) Dunia hari ini juga sering digemparkan dengan berita rasuah yang berpunca dari tidak amanah.Jadi sebagai manusia yang bertamadun, kita perlulah bersikap amanah. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Kudengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci, begitu pula derma yang didapat dari korupsi (pecah amanah). (Muslim) Hal ini kerana Islam menilai yang terbaik hanyalah yang suci sebagaimana solat hanya akan diterima apabila sesorang itu telah bersuci. Allah SWT tidak menilai sesuatu kebaikan itu hanya daripada luaran semata-mata tetapi dinilai dari dalaman juga yang datangnya daripada hati. Sesungguhnya apa jua kebajikan yang dilakukan walaupun dengan niat kerana Allah perlu diambil kira dari mana punca ia diperolehi sama ada halal atau pun haram. Samalah keadaannya dengan sepohon pokok yang tumbuh subur tetapi sebenarnya ia beracun yang jika dimakan akan membawa maut. Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil. (al-Ahzab ayat 72) 2.3 BERAKHLAK MULIA Soal pembinaan kualiti insan adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Pada asasnya, manusia dan kualiti tidak boleh dipisahkan kerana tanpa insan yang berkualiti, sudah tentu tidak akan wujud kelangsungan hidup masyarakat yang bertamadun. Oleh sebab itu,
11

maka pada hari ini kita menyaksikan program-program pembangunan modal insan diberi keutamaan di peringkat institusi keluarga, sosial, pendidikan, dan perkhidmatan sama ada di sektor swasta mahu pun awam. Perbincangan tentang modal insan ini telah bermula lebih awal iaitu sebelum kelahiran manusia itu sendiri.Pengutusan Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabi di muka bumi ini adalah untuk membentuk manusia berakhlak mulia atau membina kualiti modal insan.Ini dapat difahami melalui ikrar dan Aku janji yang dibuat oleh manusia dengan Allah SWT sewaktu di alam ruh untuk menjadi manusia yang soleh berteraskan akidah tauhid yang satu. Firman Allah SWT: Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (FirmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: Sesungguhnya kami orang yang lalai tentang (hakikat tauhid) ini. (Surah al-Araf:172) Hakikatnya, Aku janji ini mengandungi kefahaman mengenai kualiti seseorang insan dan hubungan mereka dengan agama iaitu setiap insan dilahirkan dalam keadaan telah mengikat janji dengan Tuhan. Selain daripada itu, ketika kita membaca doa iftitah dipermulaan solat, sebenarnya juga kita sentiasa bermuhasabah diri dengan berAku janji untuk berakhlak mulia selari dengan standard piawaian yang dikehendaki Allah SWT. Oleh itu, pematuhan kepada Aku janji ini akan menentukan integriti dan hala tuju pembinaan kualiti modal insan. Namun persoalan besar timbul ialah sejauh manakah kita menghayati tuntutan Aku janji atau ikrar berakhlak mulia, menjadi insan soleh, dan mentaati perintah Allah.?
12

Selain daripada tekun beribadat, ciri-ciri yang penting untuk mengukur kecemerlangan insan itu ialah melalui kemuliaan dan ketinggian akhlaknya.Dalam sejarah ketamadunan manusia, akhlak merupakan faktor utama yang menentukan jatuh bangunnya tamadun sesuatu bangsa.Contohnya umat Nabi Lut a.s telah dihancurkan oleh Allah SWT kerana terlibat dalam gejala sosial seperti melakukan perbuatan homoseksual. Sebagai umat Islam, kecemerlangan insan boleh dicontohi melalui keperibadian unggul Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah SWT: Maksudnya: Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah (Surah al-Ahzab:21) Apa yang jelas, manusia yang berakhlak adalah insan yang insaf akan tanggungjawab dirinya terhadap tuhannya yang hak, berakhlak mulia dengan manusia dan berlaku adil terhadap dirinya dan individu lain dalam masyarakatnya. Rasulullah s.a.w. adalah ketua pemimbing pembinaan akhlak mulia. Justeru, setiap muslim hendaklah menghayati nilai dan akhlak yang dijelmakan dalam keperibadian Rasulullah s.a.w. kerana akhlak baginda telah diiktiraf oleh Allah SWT sebagai contoh ikutan terbaik bagi insan yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya. Islam menjelaskan bahawa manusia itu terdiri daripada dua unsur yang membentuk satu kesatuan iaitu diri rohani dan diri jasmani.Dengan demikian kita perlu ingat bahawa hakikat manusia itu bukanlah semata-mata diri jasmaninya yang sentiasa berubah-ubah tetapi adalah rohaninya yang kekal abadi yang perlu dipelihara dan dibangunkan agar akhlak tidak tercemar atau rosak.

13

Justeru pendekatan utama dalam proses pembangunan modal insan adalah memenuhi tuntutan diri rohani manusia yang selari dengan Aku janji antara manusia dengan tuhannya. Oleh yang demikian, apabila manusia dapat mematuhi Aku janji itu, maka manusia akan menjadi insan yang sungguh mulia lagi berhikmah. Usaha untuk melahirkan insan soleh dan modal insan yang berkualiti bukan perkara yang mudah, malah menghadapi cabaran yang sangat besar. Cabaran-cabaran itu ialah mengabaikan sikap pendidikan akhlak, menganggap kelemahan moral suatu hak individu, mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara untuk kepentingan peribadi dan mengagungkan nilai-nilai barat yang jelas bertentangan dengan hukum syarak. Untuk mendapatkan akhlak yang mulia, kita perlulah: a. Berpegang teguh kepada Aku janji dalam mentaati titah perintah Allah SWT. b. Membudayakan membaca al-Quran supaya hati kita terdidik cenderung berakhlak mulia. c. Ibu bapa, pemimpin masyarakat, pemimpin politik, pembuat dasar, pendidik, dan umat Islam hendaklah menjadi contoh berakhlak mulia yang tidak dipertikaikan oleh masyarakat. d. Bermuhasabah dan membuat penilaian prestasi akhlak diri sendiri dari masa ke masa supaya kita kekal berakhlak sebagai seorang muslim. e. Mereka yang mempersendakan-sendakan dan melanggar Aku janji Allah akan menerima azab seksa sama ada di dunia atau di akhirat.

2.4 MEMPUNYAI JATI DIRI SEBAGAI MUSLIM

14

Islam menganjurkan umatnya agar berakhlak mulia dan berbudi pekerti dalam setiap perbuatan mahupun tuturkata.Kerana kemuliaan dan kerhormatan seseorang itu aka dtuk inilai melalui ketinggian keperibadian akhlak. Sejarah telah membuktikan bahawa umat yang maju adalah umat yang memiliki keperibadian akhlak yang tinggi sebaliknya umat yang tidak berakhlak akan menyebabkan ia menjadi lemah dan membawa kehancuran. Kerana itulah misi utama diutuskan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sebagaimana sabdanya : Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (Thabrani) Terdapat segelintir umat islam yang telah hilang keperibadian sebagai seorang mkmin sejati, mereka seolah -olah hidup kembali di zaman jahiliah dan yang lebih parah lagi terdapat umat islam yang memisahkan dan mengasingkan urusan hidup seharian bahkan beranggapan bahawa agama tidak memberi apa apa sumbagan dalam pembangunan bangsa dan Negara. Mereka percaya bahawa hanya ilmu ilmu tertentu seperti ilmu sains dan lain lain yang terpisah dengan agama sahaja yang dapat membawa manusia kepada kemajuan dan ketemadunan. Ini semua merupakan petanda ke arah memisahkan agama daripada kehidupan manusia yang akan menyebabkan manusia hidup dalam budaya yang rosak dan jauh dari rahmat Allah S.W.T. Memisahkan agama daripada hal hal keduniaan akan memberi kesan yang cukup besar kepada pembangunan dan pembentukan akhlak manusia. Terdapat segelintir masyarakat hari ini beranggapan berakhlak merupakan hal individu yang tidak ada hubung kait dengan kuasa pemerintah serta mereka tidak mah pihak berkuasa campurtangan dalam menentukan hal hal mereka dan perlu diberi kebebasan untuk melakukan apa yang diinginkan tanpa perlu ada
15

sekatan daripada agama mahupun pemerintah dengan alas an bertentangan dengan hak asasi manusia dan mengugat hak kebebasan individu. Sebagai seorang muslim sejati hidup kita hendaklah sentiasa berdasarkan atas keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t sepanjang masa. Sekiranya berlaku pengabaian terhadap pengukuhan keimanan kepada Allah maka sudah tentu perjalanan hidup seseorang akan mudah diseleweng dan terpesong menurut kemahuan hawa nafsu semata mata. Maka kerana itulah keimanan yang mantap adalah penting sebagai penghalang daripada terjerumus ke lembah maksiat disamping ia mengatur perjalanan hidup yang selamat dan diredhai Allah s.w.t. Firman Allah dalam surah: Sesungguhnya orang 0ornag yang beriman itu (yang sempurna imanya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat sifatnya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada meraka ayat ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah (bertwakal) . (al-Anfal ayat 2) Kita sebagai seorang muslim sejati hendaklah sentiasa berusaha membebaskan diri dari sebarang belenggu, terutama mengatasi belenggu penjajahan pemikiran dari pemikiran yang jumud kepada terbuka ke arah kemajuan dan pembaharuan serta menghasilkan pemikiran baru bagi kebaikan diri, masyarakat dan umat Islam. Seterusnya kita hendaklah menolak fahaman serta amalanamalan negatif yang boleh merosakkan dan menghancurkan umat Islam. Oleh itu, perkara yang paling utama ialah membebaskan pemikiran kita dari sebarang bentuk ketergantungan kepada sesuatu yang lain selain dari Allah s.w.t. yang boleh membawa kita

16

kepada syirik terhadap Allah. Kerana sesungguhnya melakukan syirik terhadap Allah merupakan suatu dosa dan kezaliman yang besar. Firman Allah dalam surah Lukman ayat 13 : Sesungguhnya perbuatan syarik itu adalah satu kezaliman yang besar " Sebagai seorang yang beriman dengan Allah s.w.t. serta mengakui kita sebagai seorang muslim sejati, maka sudah tentu kita tidak dapat lari dari tanggungjawab melaksanakan semua perintah Allah dan perkara-perkara maaruf serta meninggalkan semua yang mungkar, kerana ianya merupakan salah satu usaha dakwah dalam Islam. Maka sudah tentu tugas menyeru manusia kearah kebaikan menjadi keutamaan sesuai dengan ajaran Islam yang membawa maksud selamat dan sejahtera. Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 110: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

17

3.0 KESAN-KESAN MANUSIA TIDAK BERTAMADUN Manusia yang bertamadun seharusnya tahu menilai perkara-perkara yang baik dan buruk. Sekiranya manusia sudah tidak bertamadun, mereka akan mudah untuk melakukan perkaraperkara di luar kewarasan akal. Antara kesan-kesan manusia tidak bertamadun ialah mudah terpengaruh dengan budaya negatif, masyarakat menjadi kucar-kacir dan negara menjadi mundur. 3.1 MUDAH TERPENGARUH DENGAN BUDAYA NEGATIF Kesan manusia tidak bertamadun dari segi individu ialah manusia mudah terpengaruh dengan budaya barat. Manusia suka membuat apa yang dilarang dan tinggal apa yang patut kita wajib lakukan. Manusia juga gemar terpengaruh dengan budaya-budaya negatif dari segi fesyen,makanan,rambut dan lain-lain. Kesan-kesan lain pula ialah akhlak manusia akan runtuh disebabkan oleh pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Islam melarang manusia bahawa pergaulan bebas ini boleh membawa dosa yang besar. Ini kerana pergaulan bebas boleh membawa satu tahap yang lain iaitu hubungan luar nikah. Hubungan luar nikah ini terjadi apabila pasangan duduk berdua-duaan di sebuah tempat yang sunyi ataupun tempat-tempat yang kekurangan orang lalu-lalang. Pembuangan bayi juga akansemakin menjadi-jadi disebabkan oleh hubungan yang tiada ikatan perkahwinan yang sah ini. Lebih mengecewakan lagi masalah ini banyak berlaku dalam kalangan remaja. 3.2 MASYARAKAT MENJADI KUCAR-KACIR Apabila manusia tidak bertamadun, masyarakat akan hancur dan tiada arah tuju. Masyarakat ini juga mungkin tidak akan mempunyai hubungan perdamaian di kalangan negara lain oleh kerana
18

masyarakat itu tidak mempunyai sifat damai. Jika sifat ini tidak ada di kalangan masyarakat, segala perbalahan, salah faham dan sebagainya tidak dapat diselesaikan dengan baik. Begitu juga sifat kasih saying, jika sifat ini tiada dalam kalangan masyarakat akan berlakunya cerai antara suami isteri dan pergaduhan. Begitu juga dengan para sahabat, jika tidak bergaduhlah semasa sendiri hanyalah masalah yang kecil. Menceritakan sesuatu tentang halorang lain, tanpa kehadirannya dan apabila diketahuinya meninbulkan perasaan marah, sakit ati dan sebagainya dinamakan mengumpat. Islam menganggap mengumpat sebagai faktor perosak utama dan pemusnahan perpaduan masyarakat Islam. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging bangkai saudaranya yang telah mati?Padahal mereka tidak menyukainya. (Surah al-Hujaraat 49:12) Berasa tidak senang apabila seseorang lain dapat nikmat dan berasa gembira apabila orang itu ditimpa kesusahan. Perasaan seperti ini dikenali sebagai hasad dengki. Daripada perasaan inilah berputik pelbagai tindakan jenayah lain seperti pelbagai pengkhianatan. Hasad dengki merupakan faktor perosak dan pemusnah yang tidak kurang pentingnya.Zalim merupakan sifat yang bertentangan dengan sifat adil.Zalim dalam erti kata yang sebenarnya ialah meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.Ruang lingkup zalim itu amat luas. Apabila keadilan tidak berlaku maka tempat itu diambil oleh sifat zalim yang bukan sahaja merupakan penyeksaan ke atas orang lain dengan kekerasan dan tanpa hak seperti mencederakan, memenjara, membunuh dan

19

sebagainya malah merampas hak orang lain sama ada dari segi kebendaan atau kejawatan. Penyelewengan kuasa, pecah amanah atau sebagainya.

Mewujudkan cerita tentang keburukan seseorang yang tidak wujud pada diri orang diceeritakan itu dinamakan fitnah. Fitnah disebarkan sama ada melalui lisan yang disebarkan dari mulut ke mulut atau tulisan yang disebarkan melalui surat laying yang dikenali sebagai surat beracun, media cetak atau media elektronik. Fitnah amat ditegah oleh islam kerana kelahirannya berpunca daripada kebusukan, kejahatan dan kedengkian hati orang yang menabur fitnah. Fitnah dilarang sekeras-kerasnya oleh islam kerana implikasi fitnah itu lebih dasyat daripada jenayah membunuh. Kesannya mungkin mengorbankan banyak nyawa, harta dan sukar untuk dihentikan sehingga memakan masa bertahun-tahun. 3.3 NEGARA MUNDUR Negara yang tidak membangun telah melambangkan bahawa masyarakat yang tidak mahu bekerjasama antara satu sama lain. Ini kerana masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan hanyalah bergantung pada orang lain. Apabila sesebuah itu tidak maju, musuh luar akan mengambil peluang untuk menguasainya dan akan berlakunya penjajahan yang tidak diingini. Apabila negara mundur, pendidikan juga akan berkurangan ini boleh menyebabkan banyaknya perhambaan, kekerasan terhadap wanita dan lain-lain. Tidak adanya bangunan-bangunan seperti sekolah untuk belajar, perpustakaan yang merupakan gudang ilmu dan tidak adanya makhamah untuk mengadili pesalah. Dari segi emosi pula, seseorang itu akan berasa tidak tenteram dan berasa tidak dihargai oleh keluarganya. Dari segi kesihatan pula, mereka akan hidup

20

dalamkemalasan dan tidak sihat. Ini kerana jasmani merupakan unsur kedua selepas roh yang menyempurnakan hakikat kejadian manusia. 4.0 LANGKAH-LANGKAH MEMBENTUK MANUSIA BERTAMADUN Untuk melahirkan generasi yang intelektual, kreatif, inovatif dan berdaya saing kita perlulah membentuk manusia yang bertamadun.Untuk membentuk manusia yang bertamadun pula beberapa langkah perlu diambil. Antara langkah-langkahnya ialah menuntut ilmu, mengamalkan cara hidup Islam dan penguatkuasaan undang-undang Islam. 4.1 MENUNTUT ILMU7 Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan berilmu di antara kalian dengan meninggikan darjat yang bertingkat-tingkat. (Al-Mujadalah: 11) Melalui ayat ini, ditunjukkan bahawa Allah SWT memuliakan dan mengangkat darjat dan martabat hambaNya yang beriman terhadapnya di samping mempunyai ilmu pengetahuan. Muliakanlah para ulama ahli ilmu, sesungguhnya mereka itu ahli waris para

Nabi.Barangsiapa memuliakan ulama bererti mereka telah memuliakan Allah dan Rasulnya. (HR. Khatib)

Anjuran Al-Quran & Hadis (Drs. M. Ichsan Hadisaputra)

21

Melalui ayat ini, ditunjukkan betapa tingginya kehormatan yang diberikan kepada para ulama di mana kita disuruh memuliakan mereka kerana kealiman mereka.Ulama yang dimaksudkan ialah ulama yang taat kepada Allah dan Rasulnya serta patuh dengan ajaran agama Islam. Orang yang mengiginkan (kebahagiaan) di dunia haruslah mencapanya dengan ilmu pengetahuan dan orang yang mengiginkan (kesejahteraan) di akhirat haruslah pula mencapainya dengan ilmu.Dan barang siapa mengiginkan (kebahagiaan) di dunia dan di akhirat haruslah mencapainya dengan ilmu. (HR Thabrani) Hadis Nabi ini dengan jelas menunjukkan kepentingan ilmu pengetahuan bagi sesiapa sahaja yang mahukan kebahagiaan hidup.Di dunia, manusia perlu belajar tentang ilmu pengetahuan umum manakala untuk akhirat pula harus mempelajari ilmu-ilmu agama.Kemudian, ilmu tersebut perlu dimanfaat dan diamalkan bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat. Tidak syak lagi bahawa ilmu merupakan medium yang penting untuk mencapai kemajuan secara tidak langsung akan memberi kebahagiaan terhadap kehidupan manusia sama ada di dunia mahupun akhirat kelak. Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu, Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu-lah yang paling Pemurah.Yang telah mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.Dia telah mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq 1-5)

22

Ayat ini merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika beliau sedang berseorangan di Gua Hira. Hal ini menjelaskan bahawa perintah membaca merupakan langkah pertama yang harus dilakukan oleh setiap orang muslim dalam menuju ke arah iman yang sempurna. Oleh itu, pembelajaran bagi setiap muslim harus dimulai sejak kecil kerana potensi pembelajaran pada fasa itu sangat tinggi. Kebolehan mempelajari yang baik akan menyebabkan seseorang itu untuk mempelajari ilmu tentang keagamaan dengan lebih mendalam. Dengan adanya kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan, hal ini akan secara tidak langsung memajukan kehidupan seseorang serta akan mendatangkan kebahagiaan dan kesejahteraan baik di dunia mahupun di akhirat. Tuntutlah ilmu walau ke negeri China sekalipun; Sesungguhnya mencari ilmu/belajar itu wajib bagi setiap orang muslim. (HR. Ibn Abdil Barri.) Hadis ini dengan jelas merupakan perintah kepada setiap muslim, tidak kira lelaki, perempuan, tua atau muda untuk belajar dan mempelajari ilmu pengetahuan. Walaupun dalam menuntut ilmu tersebut harus merantauke negeri China sekalipun. Perintah ini membawa maksud agar orang muslim tidak menjadi orang bodoh, tidak ketinggalan dan mampu mencipta kemajuan. Disebut negeri China dalam hadis ini hanyalah merupakan contoh sahaja kerana pada zaman tersebut Negara China berkemungkinan sudah terdapat kemajuan dalam ilmu pengetahuan. Carilah ilmu mulai dari buaian sampai ke liang lahad. (HR. Dailani) Maksud dari hadis di atas ialah kita diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW agar mencari ilmu pengetahuan sejak kecil sehingga ke saat-saat terakhir kehidupan kita di muka bumi

23

ini.Belajar sepanjang kehidupan seperti yang diperintahkan Nabi itu merupakan prinsip Pendidikan Seumur Hidup yang pada ketika ini dikembangkan secara meluas di pelusuk dunia. Orang yang mencari ilmu atau belajar itu adalah pada hakikatnya mencari rahmat (Allah).Ia merupakan tonggak Islam dan akan diberi pahala bersama-sama para Nabi. (HR. Dailamy) Menurut hadis ini, orang yang mempelajari ilmu pengetahuan akan diberi rahmat oleh Allah. Kedudukannya amat penting sebagai orang atau kelompok yang melestarikan atau memelihara Islam kerana ilmu tersebut akan disebarkan kepada orang lain. Justeru, ilmu tersebut akan terus disebarkan sehingga semakin ramai orang yang mengetahuinya. Hal ini akan menyebabkan Islam terus dipelajari, dipelihara dan diajar kepada umat manusia. Barangsiapa mencari ilmu bererti menebus dosa-dosanya yang telah lalu. (HR. Dailamy) Hadis ini menjelaskan bahawa mencari ilmu dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan memberi kesan yang mendalam dalam menghayati agama dengan baik. Hal ini merupakan perbuatan yang baik dan perbuatan ini akan dapat menghapuskan perbuatan buruk atau dosa yang pernah dilakukan seseorang itu. 4.2 MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM8

Falsafah dan Prinsip Perundangan Islam (Mohd Azam Hamzah & Md Akhir Haji Yaacob)

24

Masyarakat bertamadun mesti mempunyai ciri agama dan kepercayaan.Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme dan pemujaan roh nenek moyang.Secara revolusi kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih daripada satu tuhan.Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China. Bagi mencapai masyarakat yang cemerlang pada masa depan, kita memerlukan bimbingan dari Ilahi. Daripada Al-Quranlah kita harus mencari panduan untuk membangunkan tamadun yang baik. Selain itu , untuk membangunkan sebuah tamadun, pemimpin dan rakyat mestilah kembali berpegang pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang telah bertanggungjawab membangunkan tamadun dan empayar Islam dari abad ke-9 hingga ke abad ke-13. Di dalam Al-Quran, Allah memberi contoh tentang Raja Mesir atau firaun yang dianggap sebagai tuhan oleh rakyatnya, dan tuhan itu menghancurkan mereka akhirnya.Demikian iktibar mesti diambil bahawa kewajiban berpegang teguh dan tunduk kepada Allah serta tidak boleh tunduk pada sesiapa sahaja selain Allah.Faktor inilah yang menjadikan sesebuah tamadun itu cemerlang, gemilang dan terbilang. Cara hidup Islam didasarkan atas satu pendekatan yang unik, kemas serta mantap dan merupakan konsep istemewa tentang kedudukan insan dalam alam semesta ini. Islam telah melandaskan cara hidup untuk umatnya yang sangat sempurna untuk diikuti dan diamalkan. Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam) dan telah Aku cukupkan kamu nikmatKu dan telah Aku redai Islam menjadi agama (Din) kamu. (al-Maidah:3) Melalui ayat ini, jelaslah bahawa Islam merupakan agama yang sebenar-benarnya.Umat manusia harus memilih agama Islam sebagai landasan hidup bagi menjamin kesejahteraan hidup agar
25

tidak mudah terpesong ke jalan yang tidak diredai Allah SWT. Selain itu, kehidupan manusia akan lebih bermakna dan sempurna sekiranya mereka taat dan patuh terhadap segala perintah Allah SWT. Misalnya, mereka segera melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran kepada sebuah gunung, pasti akan melihatnya tunduk, terpecah belah kerana takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya berfikir. (Al-Hasyar:21) Ayat di atas merupakan perumpamaan sahaja, kerana keagungan dan kehebatan firman-firman Allah SWT seperti yang tertulis dalam Al-Quran. Oleh itu, manusia perlu berasa takut akan kekuasaan Allah SWT yang tiada tandingannya. Demikian, manusia perlu patuh dan taat kepada perintah Allah SWT agar mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, lalu melahirkan sebuah tamadun yang gemilang dan meninggalkan impak yang positif kepada dunia. 4.3 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG ISLAM9 Perundangan Islam adalah suatu perundanagn rabbani yang tidak semestinya semua yang wujud di dalamnya itu dapat difahami dan diketahui falsafahnya oleh manusia.Kemampuan manusia untuk menyelami hakikat yang tersembunyi di sebalik perundangan itu dibatasi oleh persekitaran dan keadaan hidup manusia itu sendiri.

Cara Hidup Islam (Abul Ala AlMaududi)

26

Perundangan Islam merupakan syariat yang sangat istemewa yang membolehkan ia mampu menembusi apa juga keadaan dan zaman. Kesesuaian ini adalah kerana ia bersumber dari Allah SWT, pencipta keadaan dan zaman serta segala yang digariskan dalam Al-Quran dan hadis. Berlandaskan keadaan itu, para ulama melakukan al-Ijma dan al-qiyas.Keempat-empat sumber tersebut telah dipersetujui oleh semua ulama sebagai sumber syariat.Sumber-sumber inilah yang membezakan syariat Islam dengan undang-undang ciptaan manusia yang dipengaruhi oleh tuntutan nafsu, masa, tempat dan berbagai-bagai kelemahan manusia. Perlu diketahui bahawa Islam telah menyediakan sistem yang teratur dalam semua aspek sosial bagi sesebuah masyarakat yang bertamadun; mencakupi nikah cerai, hak isteri, kedudukan anak, pewarisan, wasiat dan perkara-perkara yang menyentuh tentang hubungan manusia sesame manusia.Melihat kepada kesempurnaan ini, maka seharusnya kewibawaan syariat Islam sebagai pengatur kehidupan manusia tidak patut diragui. Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan dan undang-undang) daripada urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlag kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (al-Jathiah:18) Bagi tiap-tiap umat daripada kamu, Kami (Allah) berikan kepadanya peraturan dan undangundang serta cara hidup yang lengkap. (al-Maidah:48)

27

Melalui ayat diatas, kaitan perkataan syariat memberi tanggapan bahawa apa yang dikatakan syartiat itu diperlukan oleh manusia secara seluruhnya seperti manusia memerlukan air untuk kehidupan. Persoalan air kepada manusia ada tentang persoalan hidup atau mati. Bahawa sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Kitab (al-Quran) dengan benar supaya kamu menghukumnya di antara manusia dengan apa yang diwahyukan oleh Allah kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah kerana (membela) orang yang khianat) (al-Nisa:105) Dan hendaklah kamu menghukum antara mereka dengan apa yang Allah turunkan (kepadamu) dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka. (al-Maidah:49) Dan sesiapa yang tidak menghukum (di kalangan manusia) dengan apa yang Allah turunkan (daripada wahyuNya) maka mereka itu aalah orang yang kafir. (al-Maidah:44) Hal ini memberikan suatu penekanan umum kepada kita bahawa hukum Islam adalah berfungsi, iaitu untuk memperbaiki manusia daripada keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik.Hukum-hukum ini mampu mengembalikan manusia kepada suatu keadaan yang boleh menjauhkan manusia daripada kejahatan dan mengajak mereka kepada kebaikan. Penguatkuasaan undang-undang Islam sangat diperlukan bagi melahirkan ciri-ciri orang yang bertamadun.Hal ini kerana, perundangan Islam tidak mengabaikan aspek duniawi seperti yang difikirkan oleh pengubal undang-undang ciptaan manusia.Malah undang-undang Islam lebih
28

mementingkan harga diri insan yang sebenar, iaitu keimanannya kepada Allah SWT. Demi menjaga keimanan tersebut, Islam menurunkan peraturan dan undang-undang dan peraturanNya adalah untuk menjaga lima perkara utama yang amat dititikberatkan oleh manusia sejagat dengan menjaga: i. ii. iii. iv. v. Agama: cara menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang yang murtad Nyawa: menghukum qisas ke atas pembunuh Akal: menyebat orang yang meminum-minuman yang memabukkan Keturunan: menyebat atau merejam orang yang berzina Harta: memotong tangan atau kaki bagi orang yang mencuri atau merompak Syariat Islam mengutamakan masalah manusia, sama ada masalah duniawi atau ukhrawi. Segala peraturan dan perundangan yang dilaksanakan dalam masyarakat manusia adalah untuk menjamin kelima-lima perkara tersebut agar terpelihara dengan sebaik-baiknya. Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam) dan telah Aku cukupkan kamu nikmatKu dan telah Aku redai Islam menjadi agama (Din) kamu. (al-Maidah:3) Ayat di atas dengan tegas menerangkan bahawa agama Islam ada agama sebenar yang diredai Allah SWT. Islam merupakan sebesar-besar nikmat kepada umat manusia, ia merupakan kesempurnaan nikmat yang diberikan Allah kepada makhluknya. Islam itu sendiri adalah sempurna dalam erti kata yang sebenar, untuk dijadikan pegangan hidup, panduan menuju keredaan Allah dan dasar hidup yang kukuh dan mantap bagi orang perseorangan, keluarga, masyarakat mahupun negara.Ia merupakan penyuluh bagi kegelapan, memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat serta jalan untuk mencapai ketenangan, keamanan dan keselamatan.
29

RUMUSAN

Kesimpulannya, setiap pembinaan sesebuah negara perlu mempunyai asas tamadun yang kukuh supaya sesebuah negara itu akan dapat menjalani kehidupan dengan aman dan makmur. Oleh itu, perkara yang pertama untuk membentuk sebuah negara yang bertamadun adalah dengan bermula pada diri sendiri dahulu.Setiap orang perlu lah mempunyai pegangan agama yang kukuh serta mempunyai peradaban yang tinggi. Islam amatlah menuntut umatnya supaya sentiasa beradab mulia kerana ia dapat mengelak dari melakukan persengkataan serta dapat menunjukkan kepada agama lain bahawa Islam adalah agama yang mulia. Peranan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya amatlah diperlukan untuk membentuk sebuah tamadun kerana jika raja ataupun pun pemimpin tidak melakukan tugasnya dengan sempurna, maka, perkara buruk akan berlaku. Kita sebagai umat Islam bolehlah mencontohi kepimpinan Rasulullah S.A.W serta para sahabatnya.Mereka telah berjaya membawa Islam ke serata dunia dan dapat diterima baik oleh orang ramai.Bahkan semasa pergolakan berlaku di Sepanyol dan Eropah, pemimpin Kristian meminta tolang pada kerajaan Islam untuk mendamaikan segala pergolakkan yang berlaku disepanyol serta Eropah.Ini menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang aman dan damai. Perkara ketiga pula ialah orang ramai ataupun masyarakat perlulah bersatu hati serta berkejasama dalam melakukan perkara seharian ataupun tugas. Jika masyarakat tiada perasaan bersatu hati, sudah pasti masyarakat akan berkecai-berai, bermusuhan, serta berperang. Ini pasti akan terbinanya satu perasaan iri hati, benci-membenci serta berpaling muka kerana perasaan bersatu hati itu tiada dikalangan mereka.

30

Perkara keempat pula ialah negara perlulah menjalinkan hubungan yang baik dikalangan semua negara tidak kira negara itu adalah Islam ataupun bukan Islam kerana jika negara kita mendapat perlindungan dari negera-negara lain terutama negara besar seperti China, Amerika serta NegaraNegara Arab, maka negara lain yang benci ataupun ingin menyerang negara kita pasti akan berfikir dua kali untuk melakukannya. Tamadun dapat dibina jika semua rakyat negara ini bersatu hati serta berkejasama dalam melakukan tugas seharian serta melakukan tugas seharian dengan ikhlas hati.

31

LAMPIRAN

32

BIBLIOGRAFI

http://belajarsejarah.blogspot.com/2008/01/tamadun-menurut-pandangan-barat.html www.scribd.com/doc/19922456/Tamadun-dari-perspektif-islam Bahayudin Hj. Yahaya (1998), TAMADUN ISLAM Cet.kesembilan, Penerbit Fajar Bakti sdn. Bhd., hal. XIV- XVII http://aliasppd.tripod.com/Perbezaantamadunislam.htm Azam B. Hamzah (2006), SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA , Penerbit UPENA UITM Halim B. Kadri(2007), AGAMA DAN KEHIDUPAN TAMADUN POLITIK DAN SOSIAL , Penerbit UPENA UITM Anjuran Al-Quran & Hadis (Drs. M. Ichsan Hadisaputra) Falsafah dan Prinsip Perundangan Islam (Mohd Azam Hamzah & Md Akhir Haji Yaacob) Cara Hidup Islam (Abul Ala AlMaududi) http://belajarsejarah.blogspot.com/2008/01/tamadun-menurut-pandanganbarat.htmlhttp://aliasppd.tripod.com/Perbezaantamadunislam.htm

33

34

You might also like