You are on page 1of 18

KAJIAN KES

 Kes yang telah kami kaji ialah tentang Cik Judy iaitu seorang guru yang telah mengajar di sekolah menengah Armstrong selama setahun.  beliau sangat suka mengajar dan berasa seronok apabila berada di dalam kelas.pelajar juga suka mendampingi beliau kerana sikapnya yang mudah mesra dan peramah.

 Tetapi, beliau telah menghadapi masalah pengurusan bilik darjah dengan pelajar tahun enam di sekolah tersebut,  Cik Judy untuk meminta nasihat daripada Encik Hoffman iaitu guru veteran dan paling berpengalaman di sekolah tersebut. Nasihat yang diberikan oleh beliau membuatkan Cik Judy merasa serba salah kerana beliau akan menggunakan jenis denda yang akan melibatkan semua pelajar di dalam kelas.

 Jika salah seorang pelajar membuat masalah, semua pelajar akan didenda pulang lambat dan ini menimbulkan masalah kepada pelajar yang baik dan ibu bapa pelajar tersebut mungkin akan memarahi beliau.  Tetapi, jika beliau tidak menggunakan kaedah yang diberikan oleh Encik Hoffman, berkemungkinan beliau akan dikatakan kurang ajar dan tidak mahu mendengar nasihat orang yang lebih berpengalaman.

 Perasaan serba salah Cik Judy semakin menular dalam drinya sehinggakan beliau memutuskan untuk mengaplikasi kaedah Encik Hoffman.  Beliau berpendapat bahawa jika beliau dipanggil oleh ibu bapa pelajar, pengetua pasti menolong beliau.  Keesokannya, semasa cik judy mendenda semua pelajar dengan cara tersebut, ini membuatkan pelajar memarahi Cik Judy sehinggakan ada yang mencarut pada beliau.

 Pada hari berikutnya, beliau dipanggil oleh pengetua sekolah kerana ibu bapa salah seorang pelajar yang baik di dalam kelas iaitu Fred datang untuk mendakwa perlakuan tidak adil Cik Judy terhadap anaknya di dalam kelas.  Akhirnya, Cik Judy terpaksa mengharungi masalah tersebut keseorangan kerana perbuatannya di dalam kelas tersebut adalah salah.

 Cik Judy yakin pelajar akan melihat kelemahannya dalam pengurusan bilik darjah apabila beliau tidak mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang adil.

ANALISIS KAJIAN KES

 Daripada kes yang kami kaji, pengalaman mengajar boleh membuatkan seseorang guru itu merasa gembira atau mengecewakan.  Bukan mudah untuk menstabilkan pengawalan bilik darjah kerana pelbagai masalah akan kita hadapi tidak kiralah daripada pelajar, guru-guru lain ataupun ibu gurubapa.  Sebagai guru, kita harus bijak dalam mencari penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi.

 Dalam kajian kes tersebut, Cik Judy haruslah mencari penyelesaian dengan menggunakan pelbagai kaedah dan tidak hanya tertumpu kepada satu.  Setiap penyelesainya juga haruslah dipilih dan ditapis terlebih dahulu supaya hasilnya dapat memuaskan hati dan berlaku adil terhadap semua pihak

 Guru yang berjaya dalam membentuk keadaan bilik darjah yang positif adalah guru yang dikatakan bijak dalam merancang pengurusan pengajaran dan merangsang pelajar untul lebih bersemangat dalam aktiviti pembelajaran.  Terdapat pelbagai kaedah atau model yang Cik Judy dapat terapkan di dalam kelas, tetapi tidak semuanya menepati atau sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas.

 Dalam kajian kes ini juga, Cik Judy ialah seorang yang tidak mempunyai keyakinan pada diri sendiri.  Beliau lebih suka mendengar pandangan orang lain daripada mencari sendiri jalan penyesaiannya.  Beliau seharusnya mencuba kaedah yang lain dalam mengawal bilik darjah sebelum mengambil keputusan bertanya Encik Hoffman.

 Cik Judy juga merupakan guru yang tidak mahu mencuba terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan yang agak mendesak.  Beliau seharusnya mencuba pelbagai jenis pengajaran di dalam kelas, antaranya teknik bercerita, teknik kuiz, teknik main peranan dan banyak lagi.

 Apabila guru menggunakan teknik ini, muridmurid-murid akan berminat dan mengekalkan perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh beliau.  Selain itu juga, disiplin sangat penting untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah, antaranya guru itu sendiri perlu tahu tentang cara pengurusan bilik darjah yang betul.

 Selain itu, guru perlu merangsang dan memotivasikan pelajar untuk berfikir dan berkelakuan positif di dalam kelas.  Dalam kajian kes ini, Cik Judy hanya mengfokuskan kepada satu penyelesaian sahaja, walhal, banyak lagi kaedah dan cara yang boleh diamalkan oleh Cik Judy.  Di samping itu juga, seorang guru tidak boleh membuat keputusan yang terburu-buru tanpa terburubertanya pendapat orang di sekeliling.

 Keputusan yang terbaik adalah keputusan yang dibincang dan diputuskan bersamabersamasama.  Ini penting dalam menghasilkan respon yang positif dan tidak menyebabkan sebelah pihak berasa tidak adil dengan keputusan tersebut.  Pada yag sama, Cik Judy tidak boleh bersikap prejudis terhadap Encik Hoffman jika beliau tidak mengikut nasihat Encik Hoffman.

 Perasaan dalaman inilah yang akhirnya akan membunuh Cik Judy dan akan berasa menyesal seumur hidup atas tindakannya yang salah.  Selain itu, Cik Judy hendaklah mendekati pelajar dengan cara yang pelbagai dan tidak terlalu menggunakan kekerasan. Ini sekali gus membuatkan pelajar merasa tercabar dan mempunyai gambaran buruk tentang sikap Cik Judy.

 Kaedah ini akhirnya akan menambahkan lagi bebanan kepada Cik Judy.  Seperti kata pepatah, Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna

You might also like