Cabaran Globalisasi & Kesan Globalisasi Pengaruh globalisasi Barat terhadap tamadun dunia tidak dapat dipertikaikan lagi dengan

kewujudan gagasan ekonomi dan politik Barat sejagat. Pengaruh globalisasi Barat dari segi ideologi, budaya hedoinisme, nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi serta sistem politik mula diserap masuk ke seluruh dunia. Dewasa ini, antara pengaruh globalisasi Barat terhadap tamadun dunia yang dapat dilihat dengan jelas adalah dominasi globalisasi Barat terhadap politik, media, kebudayaan, sosial dan juga ekonomi. Realitinya, kerancakkan globalisasi Barat yang telah berkembang pesat di kalangan masyarakat dunia pada hari ini telah melahirkan cabaran-cabaran globalisasi yang perlu diatasi serta ditangani dengan baik bagi memberi kesan positif kepada masyarakat. Cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek kehidupan politik yang kucar –kacir di beberapa kawasan umat Islam terutamanya di negara Timur Tengah. Ini dibuktikan dengan campur tangan kuasa besar negara Amerika Syarikat yang menyerang dan menggulingkan beberapa kerajaan Islam seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan dan Pakistan yang didakwa dengan alasan masing-masing membangunkan senjata nuklear dan memberi latihan kepada pengganas dan pemberontak. Lebih mengecewakan, struktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana negara Amerika Syarikat yang merupakan negara terkuat mendominasi Majlis Keselamatan PBB dengan kuasa vetonya bersama-sama negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China bagaikan tiada fungsi apabila gagal mengheret negara Israel ke muka pengadilan Mahkamah Antarabangsa ekoran serangan dan penindasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin lebih 2 dekad yang lalu. Selain itu, cabaran globalisasi yang paling ketara dapat dilihat ialah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sebahagian besar belia khususnya remaja Islam telah dipengaruhi dengan nilainilai sosial Barat seperti budaya rock, budaya lepak, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita serta pelbagai lagi maksiat yang boleh menghakis kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian mereka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful