You are on page 1of 17

Nama:muhamad firdaus bin janon angka giliran:

No i/c:960101-23-5027
Nama smk:smk tenggaroh a
Nama guru:pn.hani zaidah




SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN TENGGAROH A

MERSING JOHOR
Isi kandungan

PENGHARAAN
PENDAHULUAN
2%-EKTIF KA-IAN
KAWASAN KA-IAN
KAEDAH KA-IAN
DAPATAN KA-IAN:-
K2NSEP PENCEMARAN
-ENIS PENCEMARAN
PUNCA PENCEMARAN
KESAN PENCEMARAN
LANGKAH MENGATASI
RUMUSAN


PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerna dengan izin-nya dapat lah saya menyiap kan
tugasan kerja kursus geografi ini dengan baik dan lancar. Ribuan terima kasih juga kepada
pengetua SMKT A , Encik Mohmad Bin Hashim
Tidak lupa juga kepada guru geografi kelas saya iaitu Puan Hanizaida yang telah
memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan kerja kursus ini, tidak kira dari
sokongan moral atau pun idea.
Seterusnya kepada ibu bapa saya yang juga telah membantu saya dalam menyiap kerja
kursus ini dengan memberikan modal, sokongan moral mahu pun fizikal,
Tidak lupa juga kepada rakan saya yang mana telah berkerjasama membantu mencari
makluamat bagi menyiap kan kerja kursus ini.








PENDAHULUAN
Saya dan rakan say telah memilih tajuk Pencemaran Alam sekitar di kawasan kajian
iaitu FELDATENGGAROH 2.
Faktor pemilihan kawasan kajian ialah kerana terdapatnya pencemaran dikawasan ini
contohnya pencemaran udara,pencemaran air dan terdapat juga pencemaran bunyi,
Kami menjalankan tugas ini diluar waktu persekolahan. Tugasan ini disiapkan secara
berkumpulan ,tetapi laporan kajian ini disiapkan secara individu. Laporan ini telah disiapkan
dalam tempoh jangka masa yang diberi selama 4 bulan iaitu dari bulan Februari hingga bulan
Julai











Objektif kajian
Mendifinasikan konsep pencemaran alam sekitar.
Mengenalpasti pencemaran alam yang berlaku di kawasan kajian .
Menyenaraikan punca pencemaran alam.
Menyenaraikankan dan menjelaskan kesan pencemaran yang
berlaku.
Mencadangkan langkah langkah penyelesaian .
Menerakan nilai-nilai murni dari semangat partriotisme dikalangan
penduduk.




Kawasan kajian
Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah, perkampungan Felda Tenggaroh Dua,
86810 Mersing, Johor. Kawasan ini terletak di timur negeri Johor, kawasan ini juga terletak
diantara Daerah Kota Tinggi dan Daerah Mersing, jarak petempatan ini dari bandar mersing
ialah 64 kilometre, dan mungkin mengambil masa sebanyak 50 minit jika menaiki kereta .
Petempatan ini telah dibuka pada tahun 1979/1980 ,dan seramai 555 orang yang
menetap disini, boleh dikatakan kesemua penduduk disini berbangsa melayu.
Kemudahan awam disini amat memuaskan,jenih tanih dikawasan ini ialah tanih laterit
yang mana sesuai dalam penanaman kelapa sawit, bisnis sampingan juga dijalankan oleh
sesetengah penduduk di sini contohnya, penternakan lembu, kambing dan pembuatan
makanan ringan.









Peta kawasan kajian
SHWD FHOGD THQJJDURK 2












Peta Daerah Mersing




Kaedah kajian
i. Temu bual menemubual dengan penduduk-penduduk di kawasan kajian
ii. Pemerhatian-memerhatikan janis pencemran yang berlaku di kawasan kajian
iii. Rujukan membuat rujukan melalui internet, buku-buku di perpustakaan dan
buku teks.













Dapatan kajian
Konsep kajian
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil
dariaktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan .Takrifan
Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut menyatakan bahawa pencemaran adalah
sebarang perubahan sama ada secaralangsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,
kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan sehingga menjejaskan kegunaan-
kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaanberbahaya atau mungkin berbahaya
kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atauorganisma-organisma lain,
tumbuhan dan haiwan,









Jenis pencemaran
Di petempatan ini memang banyak terdapat pencemaran seperti pencemaran air,
pencemaran udara, dan pencemaran bunyi,
Pencemaran air disini disebabkan oleh pembuangan sisa toksik ke sungai daripada
kilang sawit yang beroperasi disekitar Felda Tenggaroh 2, ia juga berpunca apabila ada orang
yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah kedalam sungai.
Selain itu,pencemaran bunyi juga turut membelenggu penduduk disini kerana
kemasukan jentera berat ke kawasan kediaman, ini disebabkan juga kerana pembukaan kilang
yang semakin rancak.
Akhir sekali pencemaran udara, pencemaran udara adalah pencemaran yang sangat
merisaukan di kawasan ini,kerana pembebasan asap yang berbahaya dari kilang yang tidak
jauh dari tempat kediaman penduduk di Felda Tenggaroh 2.
Punca pencemaran
Pencemaran yang telah berlaku di Felda Tenggaroh 2 berpunca daripada:
Kenderaan dan kilang
Melalui pemerhatian saya bilangan kenderaan semakin bertambah, begitu juga kilang-
kilang, ini akan menyebabkan asap yang dibebaskan semakinbertambah. Oleh itu, udara yang
dulunya bersih akan bercampur dengan udara yang tercemar seperti karbon monoksida,
sulphur dioxida, dan jelaga yang beracun.

Perniagaan
Di kawasan kajian ini terdapat beberapa premis yang tidak menjaga kebersihan
contohnya bengkel kereta ,warung, dan pasar malam, ini menyebabkan berlakunya penyaluran
sisa-sisa seperti minyak dan sebagainya, mengalir ke logkang dan masuk ke dalam sistem
saliran iaitu sungai.
Kesan pencemaran
Pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran udara dan air yang berlaku di kawasan
kajian telah menyebabkan pelbagai kesan negatif:
A)alam sekitar tercemar
Pencemaran udara disebabkan dengan gas-gas yang beracun yang boleh
memudaratkan manusia contohnya carbon monosida,sulphur dioxida, asap dan
jelaga. Pencemaran ini amat menggangu manusia dalam penafasandan kesihatan,
kerana mungkin ada bahan kimia yang dihirup masuk ke dalam badan.
b)air tercemar.
Pembauangan sisa domestik dan sisa perniagaan merupakan punca utama dalam
berlakunya pencemaran air kerana bahan sisa seperti sampah-sarap ,minyak dan
sisa toksik yang dibuang di longkang dan akan mengalir ke sungai, kesannya ia
akan menyebabkan hidupan akuatik akan terjejas dan ekosistemnya akan turut
terancam.



Lanngkah mengatasi masalah
Masalah alam sekitar dapat diatasi dengan pelbagai cara seperti berikut.
















Langkah mengatasi
masalah pencemaran
alam sekitar
PENGUATKUASAAN
UNDANG-UNDANG
PENGGUNAAN
PETR2L TANPA
PLUM%UM
PENDEDAHAN
MEDIA MASSA
KEMPEN
CINTAI
ALAM
SEKITAR
PENGGUNAAN
TEKN2L2GI M2DEN
PENDIDIKAN ALAM
SEKITAR
A)Penguatkuasaan undang undang
Penguatkuasaan undang undang merupakan salah satu langkah yang berkesan dalam
pengurangan pencemaran alam sekitar.pihak yang bertanggung jawab dalam
melaksanakan tugas ini ialah Jabatan Alam sekitar dan pihak polis, antara tindakan yang
sepatutnya dilakukan ialah mendenda, memenjarakan dan berbagai hukuman lagi boleh
dikenakan kepada pesalah.
b)penggunaan petrol tanpa plumbum
Plumbumboleh menyebabkan keracunan dan berbagai gejala kesihatan khasnya
kepada kanak-kanak. Ini adalah kerana sistem penghadaman kanak-kanak dapat
menyerap sehingga 50% daripada plumbum yang memasuki tubuh mereka. oleh
itu petrol tanpa plumbum sewajar nyadigunakan karana ia baik untuk kenderaan
dan juga mesra alam. Secara tidak langsung kita dapat mengawal pembebasan
gas-gas beracun yang keluar dari kenderaan kita.
c)kempen cintai alam sekitar
Menerusi kempen seperti ini juga rasa cinta akan alam sekitar akan berputik.
Masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan dalam menjayakan kempen
seperti ini jika dianjurkan
d)pendedahan media massa
Pendedahan media massa boleh memain kan peranan yang penting ini kerana
media massa boleh mendedahkan kesan kesan negatif dan impak yang buruk
daripada aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini. Dan ini mungkin dapat
mempengaruhi masyarakat ke arah perkara positif
e)pendidikan alam sekitar
Pendidikan alam sekitar ini seharus diterap kan di peringkat sekolah rendah lagi
kerana pelajar sekolah rendah masih senang dilentur. Dengan ini kita dapat
melahirkan generasi yang akan menghargai dan mencintai alam sekitar.
f)penggunaan teknologi moden
penggunaan teknologi moden amat membantu dalam menyelamatkan alam sekitar
daripada tercemar. Dengan teknologi moden bahan buangan dapat dikitar semula
dengan baik dan mesra alam dan boleh menjadi sumber tenaga elektrik












Rumusan
Rumusan Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran telah
mempengaruhi kegiatan penduduk di Felda Tenggaroh 2. Kegiatan penduduk-penduduk
di Felda Tenggaroh 2 bukan hanya membawa kesan positif seperti mewujudkan peluang
pekerjaan, keuntungan, dan menyediakan banyak kemudahan tetapi juga membawa
kesan negatif. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah
pembangunan yang pesat dan kebanyakkan penggunaan kenderaan bermotor. Masalah-
masalah yang muncul daripada pencemaran ialah kelemahan pentadbiran dan
pengurusan kerajaan. Langkah- langkah penyelesaian masalah ialah dengan
mengurangkan pengunaan kenderaan bermotor. Di sini, saya berharap penduduk-
penduduk tempatan dapat berkerjasama dengan pihak kerajaan supaya masalah-masalah
seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi boleh dikurangkan pada
masa yang akan datang. Jika penduduk-penduduk tempatan sihat setiap hari, negara kita
akan berjaya mencapai Wawasan 2020.







Temu bual
1.Pencemaran apakah yang berlaku di Felda Tenggaroh 2?
2.Apakah kesan utama yang dapat dilihat setelah berlakunya pencemaran ini?
3.Pada pendapat encik apakah penyumbang utama kepada pencemaran seperti ini?
4.Apakah encik setuju jika pendidikan alam sekitar di dedahkan disekolah?
5.Pada pendapat encik apakah langkah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini?
/

You might also like