You are on page 1of 24

BAB II

KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1

PENGENALAN

Seringkali kita mendengar terma-terma projek sakit, projek terbengkalai, kelewatan projek dan kecacatan bangunan dalam industri pembinaan di negara. Ini menunjukkan bahawa tahap kualiti pembinaan masih bermasalah dan harus diberi perhatian. Kualiti pembinaan ini dapat diwujudkan melalui pengurusan masa yang efektif dan efisien, pengurusan kos yang baik dan keperluan pengurusan kualiti. Terdapat juga penterjemah menterjemahkan kualiti sebagai persetujuan penetapan kehendak pelanggan dan produk atau perkhidmatan yang tidak mempunyai kecacatan (Arditi dan Gunaydin, 1999). Ini bermaksud pihak yang mempersetujui dengan pelanggan harus menyediakan produk atau perkhidmatan yang tidak mempunyai kecacatan seperti yang dikehendaki oleh pelanggan. Perkataan kualiti tidak boleh digunakan untuk menggambarkan darjah kecemerlangan sesuatu barangan atau perkhidmatan, ianya haruslah difahami sebagai satu ukuran penyesuaian terhadap kehendak pelanggan mengikut harga tertentu yang telah dipersetujui. Penilaian kualiti di dalam projek pembinaan melibatkan dua komponen iaitu jaminan kualiti dan pengawalan kualiti (Khairul Azizi, 2006). Berdasarkan dua komponen ini, pengurusan projek dijalankan sepanjang kitaran pembinaan bagi memastikan kualitinya terjamin dan memenuhi kehendak klien. Menurut

10

Chini (1999) jaminan kualiti dilihat sebagai sistem pengawalan peruntukan penghasilan atau perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Ianya dikenalpasti sebagai sistem

kualiti luaran, yang memfokuskan kepada meyakinkan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang diberikan. Pengawalan kualiti pula menjurus kepada pengawalan perlaksanaan aktiviti-aktiviti khusus yang membawa kepada penghasilan produk atau perkhidmatan.

Objektif kualiti dalam pembinaan adalah bagi memastikan pembinaan berjalan lancar mengikut spesifikasi, jadual kerja, tempoh yang ditetapkan dan peruntukan yang dinyatakan di dalam kontrak tanpa mengalami kecacatan pada produk akhir mahupun di dalam bahan. Sistem kualiti yang teratur akan mengurangkan kegagalan dalam
melaksanakan kerja dan menghasilkan produk yang bermutu. Kajian mengenai

perkembangan teori kualiti dan bagaimana ia beradaptasi dalam industri pembinaan di negara kita perlu bagi memahami kepentingannya. 2.2 2.2.1 TAKRIFAN Status

Dalam takrifan mudah, status adalah merujuk kepada keadaan ataupun situasi. Status is a state, condition, or situation of affairs (Wikipedia, 2010) Status adalah pencapaian yang dapat diukur dari dua segi iaitu evolusi dan adaptasi dimana kadar evolusi menentukan status manakala tahap adaptasi boleh menentukan status yang dicapai. Secara rasional, semakin cepat ia berevolusi dan beradaptasi maka semakin tinggi status. 2.2.2 Evolusi

Evolusi merupakan kata umum yang menunjukkan suatu perubahan atau pertumbuhan secara beransur-ansur dalam jangka waktu yang cukup lama. Perubahan tersebut dapat terjadi kerana pengaruh alam ataupun manusia (Yunus et al, 2006).

10

2.2.3

Adaptasi

Menurut Linda Hutcheon (2006), i) ii) iii) an acknowledge transposition of recognizable other work or works a creative and interpretive act of appropriation and salvaging An extended intertextual engagement with adapted the work Dapat dirumuskan bahawa adaptasi adalah penyesuaian terhadap sesuatu persekitaran, keadaan dan banyak aspek lagi dengan menerima hasil kerja yang mengalami perubahan. Dalam makna mudah, adaptasi adalah tahap penyesuaian sesuatu subjek terhadap keadaan semasa. 2.2.4 Kualiti

Kualiti menurut MS ISO 9000 adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan atau yang tersirat (JPM, 2008). Kualiti juga didefinisikan seperti berikut: Ciri-ciri kualiti bagi sesuatu perkhidmatan adalah seperti keselesaan, kesopanan, kecekapan, keberkesanan, jujur, kebolehpercayaan, cepat, responsif dan keselamatan (Mohd Ali, 1999). Kualiti juga ditakrifkan sebagai memenuhi ataupun melebihi keperluan ataupun sasaran pelanggan. Ia bermula dari inisiasi projek dan mesti diawasi sepanjang rekabentuk dan pelaksanaan projek. Menurut Project Management Institute, kualiti adalah darjah dimana satu set ciri-ciri yang ditetapkan mencapai kehendak mahupun standard. Menurut CIDB pula, kualiti sering menjadi perhatian utama stakeholder (pihak berkepentingan) dalam sesuatu projek dan industri pembinaan.

11

2.2.5

Pembinaan

Pembinaan adalah satu seni, bukannya sains. Ianya merangkumi setiap langkah yang ada dalam setiap fasa pembinaan, dari perancangan oleh pemilik dan fasa belanjawan, sehingga fasa rekabentuk apabila pelan perincian dihasilkan, kepada fasa pemilihan kontraktor, melalui fasa pembinaan sehingga projek itu siap dan diserahkan kepada pemilik (Klinger M., 2006). Ini bermaksud pembinaan adalah langkah seawal perancangan sehinggalah penyerahan projek itu kepada pelanggan yang memerlukan pengurusan dan koordinasi dalam setiap fasa bagi memastikan projek pembinaan siap dalam tempoh dan peruntukan yang ditetapkan. Manakala projek didefinasikan sebagai satu siri tugas atau aktiviti yang mempunyai objektif tertentu untuk disiapkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Ianya mempunyai tarikh mula dan tarikh siap, pembiayaan yang terhad dan memerlukan sumber yang pelbagai. Ia juga merupakan proses utuk mencapai objektif projek seperti skop, masa penyiapan, kos serta kualiti diselia dan diurus sepanjang projek tersebut (Mohd Ramzi, 2010). Projek pembinaan adalah aktiviti rumit yang memerlukan usaha dan diantaranya melibatkan tempoh masa yang panjang. Semasa proses pembinaan itu sendiri, bahkan bagi projek bersaiz sederhana melibatkan banyak kepakaran, bahan dan beratus operasi yang berbeza (Clough R. H., 2000). 2.2.6 Pengurusan Projek

Pengurusan projek adalah sebagai seni dan sains dalam menyelaraskan tenaga manusia, peralatan, bahan-bahan, wang dan jadual untuk menyiapkan sesuatu projek yang dinyatakan pada masanya dan mengikut kos yang diluluskan ( Oberlander, 1993).

12

Pengurusan projek juga ditakrifkan sebagai perancangan, kawalan, dan koordinasi sesuatu projek daripada pengkonsepannya sehingga ke penyiapannya (termasuk pengkomisenan) bagi pihak sesuatu klien. Ia menekankan penentuan objektif klien berkaitan dengan utiliti, fungsi, mutu, masa dan kos serta mewujudkan hubungan di antara sumber-sumber. Mengintergrasi, menyelia dan mengawal semua pihak yang menyumbang projek serta output-output mereka dan penilaian dan pemilihan alternatifalternatif bagi memenuhi kepuasan klien dengan projek yang dihasilkan merupakan aspek utama pengurusan projek pembinaan ( Walker, 1984). Daripada takrifan-takrifan dan konsep-konsep ini, ciri-ciri pengurusan projek dapat digambarkan melalui Rajah 2.1:

13

Matlamat

Masa

Pengurusan Projek merancang mengorganisasi mengarah mengawal

Manusia dan sumber-sumber teknikal

Wang

Keluaran Akhir

Rajah 2.1: Ciri-ciri pengurusan projek Sumber : Austen & Neale, 1984

2.2.7

Sistem Pengurusan Kualiti

Sistem pengurusan kualiti ataupun Quality Management System (QMS) atau Sistem Penilaian Kualiti boleh diekspresikan sebagai struktur organisasi, prosedur, proses dan sumber yang diperlukan dalam pengurusan kualiti. Pengurusan kualiti diperlukan bagi

14

mengurus dan menyelia projek pembinaan dari peringkat awal perancangan sehingga peringkat terakhir penyerahan projek kepada klien. Jika sesebuah projek mempunyai system pengurusan kualiti, projek itu berupaya untuk meningkatkan taraf kualiti binaan tersebut. Pengurusan kualiti merupakan satu aspek yang mewujudkan pengurusan yang mempunyai objektif, perancangan strategik dan mempunyai jaminan kualiti bagi menyelesaikan kerja pembinaan serta menguruskan organisasi dangan lancar. Dalam suatu kerja pembinaan, pengurusan kualiti meliputi semua aspek seperti bahan binaan, kewangan, organisasi, tender, perancangan dan sebagainya. Antara unsur-unsur yang menjadi teras bagi peningkatan mutu kerja hasil pembinaan melalui pengurusan berkualiti adalah peningkatan kualiti yang berterusan, kepuasan hati klien dan melalui pencegahan (Jabatan Perkhidmatan Awam, 1990).

Rajah 2.2: Carta sistem pengurusan kualiti Sumber : Jabatan Kerja Raya, 2007 2.3 INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA

Industri pembinaan adalah satu bidang yang sangat penting bagi menstabilkan negara. Ia merupakan satu bidang perniagaan yang meliputi kerja-kerja bangunan, kejuruteraan awam, mekanik, air, elektrik, kuari, memajukan hutan dan tanah, telehubungan dan lain-

15

lain lagi. Matlamat utama ialah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan ke atas pelaburan yang telah dibuat sehingga ke peringkat yang paling maksimun. Bagi menjamin melicinkan perjalanan sesuatu projek binaan ini, maka pengurusan dan aturcara yang baik mesti dirancangkan. Industri binaan didefinisikan sebagai industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam. Jenis-jenis kerja dalam industri binaan ialah: i) Kejuruteraan awam: Melibatkan projek- projek besar serta kos yang banyak dan komplek. Contoh-contoh kerjanya seperti pembinaan jalanraya dan lebuhraya, jambatan dan jeti, terowong, pembentungan najis dan lain- lain. ii) Bangunan: Ia melibatkan kerja-kerja pembinaan rumah-rumah kediaman, pejabat-pejabat, hotel dan resort, hospital, sekolah dan industri pendidikan, masjid dan lain-lain. Industri binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan ekonomi berkembang, industri binaan akan turut berkembang bagi memenuhi permintaan yang bertambah apabila jumlah pendapatan penduduk bertambah. Sektor pembinaan dijangka kembali rancak dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan pelaksanaan projek pembinaan dan infrastruktur awam di bawah dua pakej rangsangan ekonomi. Di bawah pakej rangsangan pertama yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada November tahun lalu, sejumlah RM4 bilion daripada jumlah keseluruhan RM7 bilion, diperuntukkan bagi perbelanjaan pembinaan. Sementara itu, di bawah pakej rangsangan kedua bernilai RM60 bilion yang diumumkan 8 Mac tahun ini pula, kerajaan
40,000 memperuntukkan RM19.8 bilion untuk pembinaan dan infrastruktur termasuk menerusi 36,335 36346
37,067

inisiatif 35,000 pembiayaan swasta (PFI). Daripada keseluruhan jumlah RM23.8 bilion yang
30,000 diperuntukkan bagi pembinaan dan infrastruktur menerusi dua pakej itu, penganalisis

tempatan menganggarkan ada projek pembangunan infrastruktur yang keseluruhannya 25,000 bernilai kira-kira RM12.2 bilion, perlu diberi keutamaan ( Berita Harian, 2011). 20,000
15,000
9,426 9,760

10,000 5,000 0

9982 3,637 1,033 1,077 1025 3,472 3647

6,901

7,076 6713 1,975 2,017 2117 2,829 2,762 2802

G1

G2

G3

G4

G5

G6

G7

16

1,800 1,600 1,400 1,200 1,000 800 600 400 200 0

1,702

1,698 1,530

1,284

1,209

1,312

925 825 474 523 245 49


2006

765

84
2004

85

77
2005

92

45

Rajah 2.3: Bilangan projek yang diperoleh dari tahun 2004 sehingga 2006

Residential Social amenities

Non residential Infrastructure

Mi Ot

2.4 TEORI KUALITI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN 2.4.1 Teori Kualiti

Definisi kualiti di bawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat. Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan atau yang tersirat. Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi produk ialah, mudah diperoleh, tahan lama, bersih, selamat, boleh diuji, boleh dikesan dan mudah diangkut. Contoh ciri-ciri kualiti bagi sesuatu perkhidmatan adalah seperti keselesaan, kesopanan, kecekapan, keberkesanan, jujur, kebolehpercayaan, cepat, responsif dan keselamatan (Hairuddin Mohd Ali, 1999). 2.4.2 Dasar dan Falsafah Kualiti

Dasar-dasar dan falsafah kualiti dipelopori oleh beberapa guru teori yang terkenal seperti Edward Deming, Joseph Juran dan Philip Crosby. Mereka terkenal dengan teori kualiti masing-masing dan menjadi rujukan kepada perkembangan teori kualiti yang lain dan

17

menghasilkan lebih banyak metodologi dan sistem kualiti yang wujud pada hari ini sama ada dalam bidang kejuruteraan mahupun di luar bidang. Dr W. Edward Deming dikenali sebagai bapa kepada kawalan kualiti moden pada tahun 1950 dengan memperkenalkan kitaran P-D-C-A dimana Plan-Do-Check-Act menjadi panduan. Menurut beliau, kualiti boleh ditingkatkan dan kos boleh dijimatkan dengan mengurangkan pmbaziran melalui aplikasi prinsip pengurusan yg sesuai. Beliau menerangkan secara jelas,apabila pekerja dan organisasi fokus terhadap kualiti produk, kualiti akan meningkat manakala kos akan menurun dan sebaliknya jika organisasi fokus kepada kos,kualiti akan menurun walaupun kos dapat dijimatkan. (B. Janakimaran, 2006)

Rajah 2.4: Kitaran Plan-Do-Check-Act mengikut Deming Sumber : Bulsuk, 2009 Dr Edward Deming juga mempelopori Demings 14 points dimana beliau menekankan tentang apa yang perlu dilakukan oleh sesebuah syarikat untuk membawa kepada perubahan ke arah positif dari perniagaan yang biasa kepada perniagaaan bertaraf antarabangsa. Antara kandungan Deming 14 points adalah seperti berikut: Jadual 2.1 : Demings 14 Points

18

Point 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Create constancy of purpose towards improvement Adopt the new philosophy Cease dependence on inspection Move towards a single supplier for any item Improve constantly and forever Institute training on the job Institute leadership Drive out fear Break down barriers between departments Eliminate slogans Eliminate management by objectives Remove barrier to pride of workmanship Institute education and self-improvement The transformation is everyones job

Source: Deming Institute, 2005 Menurut Joseph M. Juran yang tidak kurang popularitinya, beliau berpegang bahawa kualiti tidak berlaku secara tidak sengaja,tetapi ia harus dirancang (John C. Wood, 2005). Beliau popular dengan beberapa hasilnya antaranya ialah Jurans 10 Steps dan Juran Triology. Trilogi Juran mendefinisikan tiga proses pengurusan yang diperlukan oleh setiap organisasi untuk berjaya adalah kawalan kualiti, peningkatan kualiti dan perancangan kualiti. Trilogi ini menerangkan bagaimana organisasi dapat meningkatkan sesuatu aspek perniagaan. Jadual 2.2 : Trilogi kualiti Juran
Perancangan Kualiti Kenalpasti siapakah pelanggan Kenalpasti keperluan pelanggan Terjemah keperluan pelanggan dalam bahasa kualiti Cipta produk yang memenuhi keperluan yang dinyatakan Optimumkan ciri-ciri produksupaya memenuhi keperluan

dengan memahami secara lebih mendalam tentang hubungan antara

proses-proses yang merancang, mengawal dan mengubah kualiti dan juga hasil

19

pelanggan dan kita Peningkatan Kualiti Kawalan Kualiti Membina proses yang boleh menghasilkan produk Mengoptimumkan proses Buktikan bahawa sesuatu proses dapat menghasilkan produk di bawah keadaan operasi dengan pemeriksaan yang minimum Memindahkan sesuatu proses kepada operasi.

Sumber: Juran Institute, 2005 2.4.3 Metodologi dan Sistem Pengurusan Kualiti

Terdapat banyak metodologi yang berkembang dari falsafah-falsafah asas yang dikemukakan oleh guru-guru kualiti yang masyur. Antara metodologi yag digunakan adalah pengurusan kualiti menyeluruh atau Total Quality Management (TQM). Menurut (Along, 2008), TQM didefinisikan sebagai satu pengurusan kualiti yang berorientasian pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam sesebuah organisasi. Menurutnya lagi, tujuan TQM adalah bagi membawa perubahan yang menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang cemerlang dan juga merupakan proses trnsformasi budaya. Menurut Jabatan Perkhidatan Awam (1992), TQM ialah satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi. Proses ini bertujuan membawa perubahan yang menyeluruh kearah melahirkan budaya organisasi yang cemerlang. Oleh itu TQM dapat dilihat sebagai proses transformasi budaya, melalui mana ciri-ciri budaya yang sedia ada akan diubahsuai, ditukar atau diperkukuh dengan ciri-ciri baru yang lebih baik. Ciri-ciri itu meliputi sikap dan nilai, sistem dan prosedur, amalan-amalan operasi, struktur organisasi dan sebagainya.

20

Melalui TQM, ia akan membawa organisasi mencapai "kualiti menyeluruh" atau total quality dalam segala aspek operasinya. Denan itu kualiti bukan sahaja merupakan sesuatu yang dapat dilihat pada keluaran atau perkhidmatan, tetapi juga lebih menyeluruh meliputi sebarang operasi dan urusan yang dikendalikan oleh sesebuah organisai. Pada tahap ini kualiti akan dipamerkan melalui kecekapan pentadbiran, kebolehan kakitangan, kelicinan sistem-sistem operasi dan sebagainya. Selain dari pengurusan kualiti menyeluruh, terapat metodologi lain seperti Zero Defect, Kawalan Kualiti dan juga Six Sigma. Zero defect membawa maksud tiada kecacatan mahupun kesalahan (American Heritage Dictionary). Apa yang pasti, kesemua metodologi mempunyai prinsip yang sama iaitu bagi menjaga kualiti dan juga mempertingkatkannya secara berterusan.

2.5

EVOLUSI TEORI KUALITI DALAM PEMBINAAN DI MALAYSIA

2.5.1

Evolusi Kualiti

Konsep kualiti diperkenalkan ketika era Revolusi Perindustrian. Pada ketika itu, sesuatu produk dihasilkan oleh orang yang sama dari awal penghasilan hingga ke akhir bagi menjaga kualiti. Pada lewat kurun ke-19, perintis muda sperti Frederick Winslow Taylor dan Henry Ford menyedari terdapat had dan limitasi dalam kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengeluaran secara besar-besaran malah kualiti produk juga berlainan. Birland kemudian menubuhkan Bahagian Kualiti bagi menyelia kualiti sesuatu produk yang dihasilkan. Ford berperanan dalam menyarankan penyeragaman reka bentuk dan piawaian. Setelah penyeragaman rekabentuk dan piawaian dibuat, pemeriksaan terhadap kecacatan produk dijalankan. Kualiti menjadi isu penting apabila profesion dan proses pengurusan berkaitan dengan fungsi kualiti diperkenalkan pada akhir abad ke-20. Sejak itu konsep kualiti terus

21

berkembang dan bukan hanya dalam bidang pembuatan malahan bidang-bidang lain mula memberi perhatian seperti pertanian, pembuatan dan lain-lain. Profesion berkaitan kualiti juga semakin bertambah dari profesion yang mudah seperti kawalan kualiti hingga ke profesion kritikal seperti kejuruteraan dan kejuruteraan sistem. Ia mula mendapat pengaruh pada tahun 1940-an hingga ke 1970-an di mana era itu merupakan era kualiti dalam bidang kejuruteraan. Kemudian, pada tahun 1990-an bidang kualiti dilihat sebagai satu bidang pekerjaan yang berkembang pesat seperti perubatan, perakaunandan kejururteraan menjadi profesion yang diiktiraf. 2.5.2 Evolusi dan Kesedaran Kualiti

Pengguna mula menjadi bijak dan celik tentang kesedaran kepentingan kualiti dalam produk dan perkhidmatan yang menjadi tahap penting dalam evolusi teori kualiti di negara. Pembekal juga sedar bahawa kualiti boleh menjadi pembeza yang penting bagi memastikan produk mereka menjadi pilihan pengguna daripada persaingan dalam jurang kualiti atau mutu. Negara-negara pembuatan seperti India dan China merupakan negara yang awal menaikkan taraf kualiti bagi memenuhi piawaian antarabangsa dan permintaan pelanggan kerana mereka menjalankan perdagangan antarabangsa. ISO 9000 menjadi piawaian yang antarabangsa yang terbaik pada ketika ia diperkenalkan pada 1947 sehingga kini. Di Malaysia ISO 9000 digunakan sejak 1990-an. Kerajaan menyeru agar semua agensi-agensinya melaksanakan ISO 9000 bagi meningkatkan produktiviti organisasi dan negara secara keseluruhannya (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 2: 1996). Sebelum ISO 9000 dilaksanakan di negara ini, syarikat-syarikat yang mempunyai kesedaran tentang kualiti akan membuat piawaian atau standard sendiri dan sering berubah-ubah mengikut pihak yang layak menentukan standard kualiti (Musa, 2010). Pihak kerajaan telah mewajibkan penggunaan MS ISO 9000 dalam bidang pembinaan projek-projek kerajaan pada 2004 dan pelaksananya adalah Jabatan Kerja Raya yang bertanggungjawab menyelia dan mengawal projek-projek kerajaan.

22

Tarikh Jun 1997

Peristiwa Mula menyediakan prosedur kerja & Dokumen Kualiti berdasarkan MS ISO 9000:1994.

Januari 1999 Menggunapakai Dokumen Kualiti berdasarkan MS ISO 9000:1994 sepenuhnya . April, 2000 Audit Pematuhan (Compliance Audit) pelaksanaan sistem kerja JKR berdasarkan MS ISO 9000 : 1994 oleh MAMPU. Jun, 2000 JKR telah diiktiraf & dianugerah Sijil MS ISO 9000:1994. 16 Dis, 2002 Surat Pekeliling MAMPU arahkan agensi kerajaan beralih kepada MS ISO 9000:2000. 31 Dis, 2003 Tamat pengiktirafan Sijil MS ISO 9000:1994. Ogos 2003 Mula penyediaan dokumen kualiti yang baru. 12 April 2004 Lancarkan pemakaian Dokumen Kualiti SPK MS ISO 9001:2000 (SPK JKR).

Mei- Dis. Kursus pemakaian SPK JKR kepada semua 2004 staf JKR di peringkat IP JKR dan JKR Negeri. 30 Sept 2004 Audit Dokumen (Adequacy Audit) SPK JKR berdasarkan MS ISO 9000:2000 oleh SIRIM.

Mac- April Audit Dalaman (Internal Quality Audit) SPK JKR Bil. 1/2005 2005 Sept-Okt. Audit Dalaman (Internal Quality Audit) SPK JKR Bil. 1/2005 2005 20 Dis. 2005 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) SPK JKR bil. 1/2005 April. 2006 Audit Pematuhan (Compliance Audit) SPK JKR MS ISO 9000 : 2000 di IP JKR oleh SIRIM. Ogos-Dis. Jangkaan Audit Pematuhan (Compliance Audit) SPK JKR MS ISO 2006 9000 : 2000 di JKR Negeri oleh SIRIM.

Rajah 2.5: Kronologi pelaksanaan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9000 di JKR Malaysia

Sumber : JKR, 2007

23

2.6 2.6.1

ADAPTASI SISTEM KUALITI DI MALAYSIA Kualiti dalam Pembinaan

Kualiti memainkan peranan yang penting di dalam kejuruteraan dan industri pembinaan kerana risikonya tinggi. Risiko untuk tidak dapat menyiapkan projek mengikut masa yang ditetapkan adalah tinggi kerana terdapat banyak faktor yang boleh menjejaskan kelancaran projek. Adalah menjadi sesuatu yang wajar untuk mana-mana syarikat yang terlibat dalam industri pembinaan untuk melaksanakan sistem kualiti yang padu bagi mengelakkan masalah semasa perlaksanaan projek yang boleh menyebabkan kualiti pembinaan yang terhasil tidak bermutu.
Untuk menghasilkan kualiti pembinaan yang baik bukan hanya dilihat dari sudut penghasilan produk yang terakhir, tetapi harus bermula daripada peringkat awalan lagi. Peroses pengawalan kualiti haruslah di fahami oleh semua golongan yang terlibat dalam sesuatu projek tersebut. Setiap orang yang terlibat dalam industri pembinaan secara

langsung atau tidak langsung akan mendapat faedah daripada perlaksanaan sistem kualiti yang bermutu dalam pembinaan. Sistem kualiti yang teratur akan mengurangkan kegagalan dalam melaksanakan kerja dan menghasilkan produk yang bermutu (Azizi, 2006). 2.6.2 Adaptasi Teori Kualiti dan Sistem Pengurusan Kualiti Dalam pengurusan kualiti pembinaan, ISO 9000 adalah antara spesifikasi yang dijadikan sebagai garis panduan di tapak bina kerana ia merupakan rujukan spesifikasi yang diselaraskan untuk tujuan kegunaan semua negara dan tempat di dunia (Chew, 1996). ISO 9000 bukan hanya diaplikasi di negara kita, malahan 163 negara telah menganggotainya dan melaksanakan sistem tersebut.

24

Penerimaan industri pembinaan terhadap sistem kualiti ISO9000 tidak begitu meluas seperti penerimaannya dalam industri yang lain seperti industri perkilangan (Azizi, 2006).

Dapat dinyatakan bahawa tidak kesemua industri mengamalkan sistem pengurusan kualiti yang tersusun seprti ISO 9000. Namun begitu, banyak syarikat-syarikat pembinaan malahan kesemua projek kerajaan mengamalkan ISO 9000 sebagai panduan dalam penyeliaan dan pengurusan pembinaan dari fasa perancangan sehingga ke fasa penyerahan menunjukkan adaptasi teori kualiti di dalam industri pembinaan di Malaysia sudah meluas. 2.6.3 Sistem Kualiti MS ISO 9000

ISO adalah singkatan kepada International Organization for Standardization. Di malaysia, MS ISO 9000 digunakan dimana MS adalah untuk Malaysia System. Ia adalah satu piawaian bertulis yang menetap dan menerangkan elemen keperluan asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan. Ia mula diwajibkan bagi Jabatan Kerja Raya dalam penyeliaan projek-projek kerajaan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2004 setelah bereksperimen sejak 1997. Fungsi utama ISO 9000 adalah untuk menghasilkan siri standard yang boleh diguna pakai dalam semua jenis industri atau perkhidmatan di pelbagai negara. Jenis standard yang ada dalam sistem ini adalah simbol, kod, sukatan, saiz dan kelajuan. Sistem kualiti ISO9000 dilaksanakan berasaskan kepada lapan prinsip pengurusan kualiti berikut: 1. Organisasi yang memfokus kepada kehendak pelanggan. Sesuatu organisasi bergantung kepada kehendak pelanggan mereka dan oleh yang demikian organisasi haruslah memahami permintaan pelanggan, kehendak pelanggan dan mampu menghasilkan produk yang melepasi jangkaan kualiti pelanggan.

25

2. Kepimpinan organisasi yang mampu menciptakan suatu paduan tujuan dan arah organisasi dan perlaksanaan kerja didalam suasana yang boleh melibatkan semua pihak. 3. Penglibatan pekerja dalam semua peringkat dan bahagian yang menjadi tunjang kepada organisasi, dan penglibatan mereka membolehkan keupayaan mereka digunakan sepenuhhnya untuk kepentingan organisasi. 4. Pendekatan melalui proses berperingkat yang akan menghasilkan keputusan dengan lebih berkesan dengan cara penyusunan bahan dan aktiviti perlaksanaan dengan lebih teratur. 5. Pengurusan yang bersistem yang mana mengenalpasti dan memahami dan menguruskan sistem yang berkaitan dengan proses perlaksanaan yang berobjektifkan peningkatan keberkesanan dan kelancaran perlaksanaan kerja. 6. Penambahbaikan yang berterusan haruslah menjadi objektif kekal organisasi. 1. Pendekatan dalam membuat keputusan adalah berdasarkan fakta dan analisis data dan maklumat yang diperolehi. 2. Persefahaman dengan pembekal yang baik dan memahami kehendak kualiti pelanggan. Sumber: JKR, 2007 2.7 KUALITI INDUSTRI PEMBINAAN SEKTOR KERAJAAN DI SINGAPURA 2.7.1 Singapura sebagai negara perbandingan

26

Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, 137 kilometer di utara garisan khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia oleh Selat Johor di utara dan Kepulauan Riau, Indonesia oleh Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan ke-empat terunggul di dunia (Kelly, 2008). Singapura merupakan negara jiran yang dipilih untuk dijadikan perbandingan yang relevan dengan negara kita. Faktor utama menjadikan Singapura adalah persamaan taraf negara ini dan Singapura sebagai negara membangun. Apa yang dimaksudkan dengan negara membangun ialah ia merupakan satu 2009). Singapura juga merupakan pesaing bagi Malaysia di atas faktor kejiranan dan juga taraf negara membangun yang sama. Menurut Shaziman (2011), jurang ekonomi negara kita dengan Singapura semakin ketara. Jadi, kita perlu segera bergerak bagi mengelakkan negara terus ketinggalan. Ini dapat menyokong bahawa dalam sektor lain, Singapura dijadikan perbandingan dan juga sebagai kayu ukur kepada Malaysia. Kesamaan faktor demografi juga menjadikan negara jiran ini relevan dijadikan perbandingan. Kumpulan etnik mereka terdiri daripada Cina sebagai majoriti, Melayu India dan lain-lain dan bahasa perantaraan yang digunakan juga sama iaitu Mandarin, Melayu, dan Tamil (Jabatan Statistik Singapura, 2000). Dari segi iklim juga hampir sama dengan Malaysia Faktor yang terpenting adalah sektor pembinaan Sigapura haruslah lebih maju dari Malaysia. Menurut Granholm (2011), Based on national and governmental initiatives and support for construction industry development projects and standardization, Finland, Norway, Singapore and USA are clearly in the lead. istilah untuk menggambarkan sebuah negara yang mempunyai satu aras keselesaan kebendaan yang rendah (Sullivan,

27

Rajah 2.6: Peta Singapura Sumber : Nas, 2009

2.7.2

Sektor pembinaan kerajaan di Singapura

Bagi sektor pembinaan di bawah kerajaan, Building and Construction Authorities (BCA) merupakan lembaga dibawah Kementerian Pembangunan Nasional yang memperjuangkan sektor pembangunan dan alam bina yang terbaik untuk Singapura dimana alam bina merujuk kepada infrastruktur di persekitaran yang bagi menyediakan dan memudahkan aktiviti komuniti (BCA, 2006). Menurut BCA (2006), misi mereka adalah untuk menyediakan alam binaan yang selamat, berkualiti tinggi, mampan dan mesra pengguna yang menjadi empat kunci asas dimana BCA menjadi pemain peranan yang signifikan.

28

Sektor pembinaan dibawah kerajaan di Singapura dikatakan mengalami peningkatan seperti diulas dalam akhbar, memacu kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh, permintaan terhadap pembinaan di Singapura meningkat sebanyak 14% pada tahun-tahun lalu dari $ 22500000000 pada tahun 2009 kepada $ 25700000000 pada 2010. Untuk 2011, permintaan sektor pembinaan Singapura diramalkan mencapai antara $22 bilion sehingga $28 bilion mencerminkan beban kerja pembinaan Singapura yang berterusan dan mapan (BCA, 2011)

Rajah 2.7: Kajian semula dan tinjauan bagi permintaan sektor pembinaan Singapura dari 2010-2013 2.6.3 Sistem kawalan kualiti

Pihak BCA mengamalkan sistem kawalan kualiti yang tertentu dalam pembinaan mereka bagi memnuhi misi dimana salah satu kunci kepada pembangunan adalah berkualiti tinggi. Oleh itu, sistem kawalan kualiti dijadikan panduan untuk mendapatkan hasil yang seperti diharapkan baik pelanggan mahupun pihak yang berkepentingan di dalam sesebuah pembinaan. Menurut BCA(2006), pelbagai inisiatif kualiti diwujudkan untuk menggalakkan lebih kesedaran tentang kualiti dalam industri pembinaan tempatan. Akses untuk penilaian CONQUAS disediakan untuk mereka didalam industri ini menilai trend kualiti

29

major dan menanda aras prestasi workmanship mereka berdasarkan piawaian industri. Sistem kawalan kualiti yang digunapakai adalah: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 2.8 RUMUSAN CONQUAS Quality Mark pensijilan ISO Quality Benchmark National Productivity and Quality Sistem Buildability Score Buildable Design Building Control (Licensing Of Builders Amendment) Regulation 2011 Building and Construction Authority (Registration Of Construction Personnel) Regulation 2011 Code of Practice& Guidelines For Info_Communications In Buildings 2008 Technical Requirement For Storey Shelters 2010 Safety Management Certification System Sumber: BCA, 2010

Dalam bab ini, kajian kepustakaan dijalankan bagi mendapatkan pengetahuan yang secukupnya bagi menyediakan soalan bagi borang soal selidik. Definisi tajuk kajian juga dihuraikan satu persatu manakala evolusi sistem kualiti dari asal-usulnya sehingga kepada wujudnya sistem kualiti di Malaysia sehingga hari ini juga diselidik sedalamnya. Selain itu, kajian terhadap industri pembinaan di negara jiran, Singapura turut dijalankan bagi membuat perbandingan dengan negra kita bagi memenuhi objektif kajian. Senarai kawalan kualiti yang diamalkan dalam projek-projek pembinaan di bawah kerajan Singapura disenaraikan untuk dibandingkan oleh responden. Secara keseluruhannya, bahagian ini adalah penting untuk memberi maklumat ataupun sebagai body of

30

knowledge bagi sesebuah kajian yang dijalankan tentang sesuatu subjek supaya calon faham akan kajian yang dilakukan.

You might also like