You are on page 1of 9

HUBUNGAN ETNIK

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK 1) United Malays National Organization (UMNO ) ~Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan melayu telah menghantar wakil masing-masing. ~Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. ~Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi. ~tujuan penubuhan UMNO ialah untuk memelihara kepentingan, memaju dan memperbaiki keadaan orang Melayu. 2) Independence of Malaya Party (IMP)

~ Parti ini ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar setelah beliau menyatakan hasrat membuka keahlian UMNO kepada kaum lain. Hal ini menyebabkan tentangan daripada ahli UMNO dan beliau terpaksa keluar UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya pada 1951. Beliau bagaimanapun membubarkan parti ini pada 1953 selepas tidak berapa mendapat sambutan dan menubuhkan Parti Negara.

~Parti ini gagal mendapat sokongan rakyat di Tanah Melayu .Semasa pilihanraya persekutuan 1955 ,parti ini hanya memperolehi satu kerusi dan parti ini berakhir dengan kematian Dato Onn pada tahun 1962.

3) Jawantankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC)

~ Idea bagi membentuk jawatankuasa kerjasama antara kaum ini telah dikemukakan oleh beberapa pemimpin utama masyarakat seperti Dato Onn Jaafar, Tan Cheng Lock dan Roland Bradell, seorang peguam British.

~ Walau bagaimanapun MacDonald memainkan peranan penting bagi merealisasikan ide penubuhan jawatankuasa ini. ~ ahli-ahli jawatankuasa telah melantik E.E.C. Thuraisingam untuk mempengerusikan majlis ini dan beliau sendiri telah menerima perlantikan tersebut.

4) Parti Perikatan UMNO-MCA

~ sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.

~ Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

5) Penubuhan Barisan Nasional

~ Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan.

~Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC , PAS, Parti Progresif Rakyat (PPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia(GERAKAN), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputera dan United Sabah National Organisation (USNO).

~Penubuhan Barisan Nasional merupakan buah fikiran Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DALAM HUBUNGAN ETNIK

1) Peraturan dan Undang-undang Sekolah Cina British.

~British mewujudkan peraturan dan undang-undang untuk mengawal dan memeriksa sekolahsekolah cina bertujuan untuk mengelakkan penglibatan mereka dengan kongsi gelap dan komunisme.

~sistem pendidikan cina menggunakan kaedah pembelajaran tradisional yang menggunakan kaedah hafalan.

~Guru-guru sekolah cina tidak terlatih.kebanyakan membuat kerja-kerja sambilan yang lain.

~kemudahan sekolah kurang baik dan tidak kondusif.

2) British mendirikan sekolah venikular dan bukan satu aliran sahaja.

~Pihak penjajah merasakan tidak perlu menyerapkan orang-orang Melayu sama ada dalam perusahaan, perlombongan dan perladangan.Dakwaannya ialah tidak ramai orang Melayu yang bersedia untuk bekerja sebagai buruh di dalam suatu sistem yang baru di negara mereka. Ini menunjukkan pendidikan british hanyalah sebagai pelengkap kepada dasar utama penjajah iaitu dasar pecah dan perintah.Justeru itu, British sanagat menggalakkan system pendidikan vernakular. ~Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.

3) Pendidikan selepas merdeka

~Laporan Razak ~Laporan Rahman Talib ~Akta pelajaran 1961 ~Akta pendidikan 1996

~Pendidikan Asas Pembangunan Perpaduan ~Dasar Bahasa Kebangsaan ~Sekolah Wawasan

PEMBANGUNAN SOSIAL DALAM HUBUNGAN ETNIK

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

1) Cara membentuk perpaduan melalui DKK

~Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut: (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; (ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian. 2) Tujuan DKK ditubuhkan (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan; (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN ETNIK 1) Dasar Ekonomi Baru (DEB)

i)

Kenapa bumiputera ketinggalan dalam bidang ekonomi pada 70-an? ~British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. ~Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. ~Disebabkan perpecahan kaum antara kaum Melayu,Cina dan India iaitu orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh.

ii)

Tujuan DEB ~mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan ~mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

iii)

Langkah-langkah untuk mencapai strategi menyusun semula DEB ~Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. ~Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. ~Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. ~Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah. ~Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

iv)

Kejayaan-kejayaan DEB ~secara umumnya sasaran untuk mengurangkan kemiskinan telah Berjaya dicapai.Kadar kemiskinan penduduk Malaysia telah Berjaya diturunkan daripada 42.4 peratus pada 1970 kepada 17.1 peratus pada 1990.

~Dari segi pembangunan Bandar baru, 28 buah Bandar telah dibangunkan di kawasan pembangunan wilayah di johor Tenggara,Kelantan Selatan,Pahang Tenggara dan Terengganu Tengah. 2) Dasar Wawasan Negara i) Keutamaan dalam RRJP3 ~ Kemakmuran untuk semua sebagai teras pembangunan negara ~Tumpuan kepada Ekonomi Makro ~Meneruskan usaha membasmi golongan miskin ~Peluasan prasaran teknologi maklumat ~Program khusus majukan usahawan ii) Teras utama dalam DWN ~Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,menyemarakkan semangat patriotic, menaikkan kematangan politik. ~Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan kumpulan etnik dan wilayah. ~mengekalkan pertumbuhan ekonomi ~mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. 3) Dasar Pembangunan Nasional i) Tentang DPN ~Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB. Objektif ~Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar Bandar. ~Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi Program ~Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat

~Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek ~Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi ~Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar 4) Strategi Wawasan 2020 ~ Fokus Nasional ~Konsensus Nasional ~Perjanjian Sosiopolitik ~Agenda Pembangunan Nasional

ISLAM HADHARI DAN HUBUNGAN ETNIK

1) Prinsip-prinsip Islam Hadhari


~Keimanan dan ketakwaan kepada Allah. ~kerajaan adil dan beramanah. ~Rakyat berjiwa merdeka ~penguasaan ilmu pengetahuan ~Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif ~ kehidupan berkualiti ~pembelaan hak minoriti dan wanita ~Keutuhan budaya dan moral ~pemeliharaan alam semulajadi ~Kekuatan pertahanan 2) Pendekatan Islam Hadhari

~Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-quran dan As-sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam. ~memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal ~merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. 3) Konsep adil dalam Islam Hadhari ~Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masingmasing. ~Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama.

GLOBALISASI DALAM HUBUNGAN ETNIK 1) Maksud budaya hybrid ~transformasi budaya tempatan akibat penyebaran budaya Barat. 2) Maksud dan istilah Globalisasi ~~satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. ~fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat ~satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini.

3) Bahaya gejala budaya Barat ~menjadikan dunia ini tanpa sempadan, bebas dan tanpa nilai sehingga ia menular masuk ke dalam pemikiran masyarakat kita di Malaysia.

~menjadi medan untuk Barat mengeksport keluar budaya hidup mereka seperti budaya hedonism , sekularisme, dan religious-pluralisme. ~mengutarakan nilai sosiobudayayang bertentangan dengan amalan masyarakat di Malaysia. ~Pergaulan bebas sehingga berpeluk-pelukan di antara lelaki dan wanita jelas bukanlah nilai timur. 4) Implikasi Globalisasi i) Ekonomi ~Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap. * Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar sempadan nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan bukan mentah. * Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara. * Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global. ii) Teknologi Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi. Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang lebih ketara dalam bidang teknologi. iii) Kebudayaan sebuah negara ~Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi.

You might also like