You are on page 1of 12

Budaya merupakan amalan atau sikap dalam sesebuah masyarakat.

Ia mengandungi sistem sosiobudaya enam dimensi iaitu: teknologi (teknikal), ekonomi, politik, interaktif (institusional), ideologi (nilai) dan pandangan dunia (konseptual). Menurut Shinobu Kitayama What culture is to Human is what water to fish. Ini bermakna konsep budaya memainkan peranna penting dalam pembentukan konsep-konsep penting dalam sesebuah masyarakat. Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu masyarakat. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi + daya ; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri budaya ialah dimana ia merupakan perkongsian suatu masyarakat,tidak dapt berpisah dengan bahasa serta bahasa juga diperolehi melalui proses pembelajaran. Konsep perpaduan dapat dipupuk melalui unsur perkahwinan,perayaan,pakaian dan juga makanan. Kelainan dan persamaaan yang terdapat dalam budaya kaum lain dapat membantu memupukkan semangat perpaduan dalam kalangan masuyarakat Malaysia.Selain itu terdapat pelbagai persamaan dalam sesebuah amalan dan budaya masyarakat yang membantu mewujudkan persamaan serta satu hubungan yang amata rapat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

PERKAHWINAN Aspek perkahwinan memainkan peranan penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh terdapat masyarakat india akan menghadiri perkahwinan masyarakat Melayu atau cina manakala masyarakat melayu pula akan menghadiri perkahwinan masyarakat india dan sebaliknya. Di sini kita dapatmelihat bahawa persamaan yang terdapat dalam hal perkahwinna dapat menjamin perpaduan. Dalam kalangan pelbagai kaum.Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.perkahwiwan masyarakat Cina juga peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Sebagai contoh terdapat adat merisik dalam perkahwinna masyarakat Melayu,Cina dan India terdapat adat merisisk . bagi masyarakat Melayu pula adat merisik merupakan adat utama dan terpenting. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok.Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya.Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. merangkumi

Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.Manakala bagi pihak pengantin perempuan pula. Adat mersik ini untuk mengetahui latar belakang kaum lelaki dan juga dapat menyiasat tentang karakter pihak lelaki. Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. Adat yang sama dilakukan dalam majlis perkahwinna kaum cina dimana adat merisik turut memainkan peranna penting. Iaitu, adat merisik dilakukan untuk mengetahui tentang pihak pengantin lelaki seperti Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.. Selain itu,adat merisik turut diamalkan dalam kalangan majlis perkahwinan masyarakat india,di mana adat mersiki ini menajdi asas perkahwinan masyarakat india. Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti

umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Secara umumnya adat merisisk dalam ketiga-tiga majlis perkahwinna bertujuan untuk mengetahui latar belakang kaum lelaki serta pengantin perempuan.Dapat dilihatdengan jelas bahawa asas majlis perkahwinan ketiga-tiga kaum ialah merisik di mana budaya merisik merupakan salah satubudaya yang dapat membantu mereka mengetahui secara lanjut tentang pihak pengantin lelaki mahupun perempuan. Jika kita melihat kepada adat ini,ketiga-tiga kaum utama di Negara kita mengamalkan adat ini dan ini menunjukkan persamaa yang terdapat dapat kelompok masyarakat Negara kita. Malah secara tidak langsung adat merisik ini menunjukkan unsur perpaduan yang terselit di belakang adat ini yang menjamin kerjasama dalam kalangan masyrakata serta kita kea rah perpaduan yang kukuh.adalah sukar untuk mendapat tahu pengamalana adat yang sama dalam sesebuah kaum. Tetapi Negara kita Malaysia memang kaya dengan bilangan penduduk majmuk yang kaya dengan pelbagai budaya dan agama di mana setiap kaum mengamalkan budaya berbeza tetapi akhirnya menyumbang kepada peraduan nasional.Sebagai budaya perkahwinan yang dijalankan oleh masyarakat Malaysia agak meriah dengan pelbagaia budaya. Jadi adat merisikjuga dirangkumi dalam data perkahwinan mastarakat Melayu,Cina dan india di mana sumbangan dari segi budaya perkahwinna masyarakat Malaysia dalam perpaduan nasionala ialah tidak terhingga. Walaupun terdapat perbezaan dalam budaya yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia tetapi kadang kala amalan yang dijalankan oleh masyarakat Malaysia dapat menyumbang kepada keunikan kebudayaan yang terdapat di Negara kita. Malah jika kita meneliti,adat merisik yang

terdapat dalam masayarakat Negara kita mempunyai persamaan yang tidah dapay dipsahkan. Tetapi kita harus sedar bahawa, keunukan yang terdapat dalam adat merisik dalam setiap kaum dapat membimbing kepada perpaduan. Malah masyarakat Negara kita juga jelas dengan adat merisik yang terdapat dalam setiap kaum dan saling menghormati adat yang diamalkan dalam kelompok setiap kaum.sebagai conntoh,masyarakat Melayu turut menghadiri majlis

perkahwinnan orang cina dan india dan juga sebaliknya. Keadann ini menunjukkan bahawa masyarakata Negara kita sedia menerima segala persamaa dan perbezaan yang terdapat dalam sesebuah kaum serta sanggup bekerjasama untum menegakkan perpaduan nasional serti menuju ke arah untuk mewujudkan sebuah Negara yang utuh perpaduan dan kaya dengan pelbagai kebudayaan. ADAT BERTUNANG Adat meminang jug turut diamalkan oleh ketiga-tiga kaum utama di Negara kita. Adat meminga dijalanakan selepas mendapat persetujuan di kedua-dua belah pihak,di mana adat meminga dilakuakan untuk mengikat janji. Bagi masyarakat Melayu, majs meminang dilakukan selepas majlis meminang. Adat meminag memainkan peranna pentingdalam kalangan masyarakat Melayu.elepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.pacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki

menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak.Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut. Bagi masyarakta cina pula, Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu ToongSu. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan .cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik

bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Manakala bagi masyarakat India pula,unsur bertunang memainkan peranan penting di mana adat ini dipandang serius serta merupakan sebahagaian daripada perkahwinan. Bagi masyarakat india,kat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang

ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buahbuahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.akal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga. Ketiga tiga upacara bertunanga yang dilaksanakan oleh kaum Melayu,cina dan india merangkumi pemakain cincin sebagai tanda bertunag. Keadaan ini menunjukka persamaan yang terdapat dalam ketiga-tiga kaum utama di Negara kita. Sebenarnya adat bertunang turut serta menyumbang kepada perpaduan

melambangkan unsur perpaduan ynag terkandung

nasional. Persamaan yang terdapat dalam adat bertunang menunjukkan bahawa setiap kaum di Negara Malaysia mempunyai perkaitan yang amat rapat dan serta setiap kelompok masyarakat dapat mengamalkan suatu amalam yang mempunya perkaitan yang amat rapat. Malah melalui upacara bertunang juga,unsur perpaduan nasional dapat dilihat dengan jelas dimana sebelum upacara perkahwinan dilaksanakan adat merisik,meminang dan bertunang

menjadi tunjang utama kepada majlis perkahwinan bagi ketiga-tiga kaum. Malah masyarakat harus sedar bahawa adat bertunang dalam ketiga-tiga kaum mepunyai perkaitan umum dan dapat menjamin kesejahteraan bersama. Jika kita melihat,biasanya berlaku percanggahan dari segi kebudayaan dalam sesebuah Negara anatar kelompok masyarakat disebabkan perbezaan budaya yang diamalkan. Tetapidi Negara kita terdapat tiada persamaan yang ketara malah budaya Negara kita lebih menjurus kepada persamaan yang membimbing kepada perpaduan Negara dan mengelakkan percanggahan budaya yang ketara.Malah ketiga-tiga kaum di Negara kita lebih mengutamakan budaya yang diamalkan supaya dapat memelihara kebudayaan yang merupakan asset utama Negara kita.Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam ketiga-tiga kaum di Negara kita merupakan asset Negara yang penting dapat menjadi keunikan di negra kita. Negara kita merupakan sebuah Negara yang kaya dengan pelbaai budaya yang unuk di rantau Asia Tenggara. Kepelbagaian budaya yang terdapat di negara kita menjadi kebanggan kita .terdapat pelbagai kaum di Negara kita yang mengamalkan pelbagai budaya . kita telah meninjau aspek perkahwinan yang telah menjamin keunikan dalam kebudayaan . kepelbagaian adat yang terdapat dalam aspek perkahwinan dapat menjadi keunikan serta pelbagai persamaan dalam unsur perkahwinna turut menyumbang kepada perpaduan nasional, ketiadaan percanggahan budaya dalam adat adat perkahwinna mewujudkan perpaduan serta menyumbang kepada

pembangunan nasional dan mewujudkan satu geneasi yang penuh menghormati budaya-budaya yang terdapat dalam Negara kita.

MAJLIS PERKAHWINAN

Sebagai contoh terdapat pelbagai adat yang mempunya persamaan seperti adat merisik,meminang,berinai dan sebagainya. Adat-adat ini diamalkan dalam perkahwinan kaum melayu dan india di mana

You might also like