You are on page 1of 2

MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG

Buletin MBBP Buletin MBBP


Jun 2011M (Jamadil Akhir - Rehab 1432H) Terbitan No. 6/ 2011
dan kebinasaan. Umat Muhammad diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.

Dari Meja Nazir


Assalamualaikum wbt. Sempena dengan sambutan Isra & Miraj yang akan kita sambut dalam bulan ini, saya ingin menyeru kepada seluruh ahli kariah supaya sama-sama kita menghayati peristiwa tersebut Jumhur ulama berpendapat peristiwa Isra & Miraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Pelbagai pengajaran yang boleh kita ambil melalui peristiwa tersebut. Tetapi saya ingin menjurus perhatian para jemaah sekalian terhadap sebuah syariat yang khusus difardhukan oleh Allah swt kepada Rasulullah, tanpa perantaraan malaikat Jibril iaitu solat 5 waktu. Kewajipan ini pada mulanya difardhukan kepada Rasulullah sebanyak 50 waktu. Tetapi atas sifat Rahman dan Rahim Allah, ianya telah dikurangkan kepada 5 waktu sahaja. Persoalannya, apakah kita telah menunaikan suruhan agama tersebut dengan cara yang sewajarnya? Apakah kita sentiasa solat diawal waktu? Berapa kali dalam seminggu kita solat berjemaah atau hadir ke masjid/ surau untuk berjemaah? Apakah kita kusyuk didalam solat kita? Adalah lebih malang lagi sekiranya kita tergolong dari manusia yang mengabaikan kewajipan solat 5 waktu. Ikhlas, Saadon Hassan Ahamed Nazir,Masjid Bandar Bukit Puchong

HADIS 40 oleh IMAM NAWAWI: HADIS 9


ISLAM MUDAH DAN TIDAK MENYUSAHKAN
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a.: Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka. Pengajaran Hadis: Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua. larangan Rasulullah kerana apa yang dilarang oleh baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan baginda Rasulullah sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk. Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau sakit. Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukanbukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan

CERAMAH PERDANA ISRA & MIRAJ


Tarikh: 28 Jun 2011 (Selasa) Waktu: Selepas Solat Maghrib Penceramah: Yang Berbahagia Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Info MasjId
1. Untuk melanggan sistem maklumat sms masjid, sila taip MASJID REGBBP dan hantar ke 36553. 2. Menyertai badan Khairat Kematian, sila hubungi pegawai masjid untuk mendapatkan borang. 3. Kunjungi laman blog: masjid-bbp.blogspot.com

SEPINTAS LALU - MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG


mengajar. Beliau yang ketika itu menunggang motorsikal bertembung dengan sebuah lori. Beliau yang patah beberapa anggota telah dikejar ke Hospital Serdang dan di masukkan ke Unit Rawatan Kecemasan (ICU). Pada ketika ini beliau sedang bercuti beransur pulih. Kelas Renang Kelas renang anjuran Biro Riadah Masjid Bandar Bukit Puchong telah bermula pada 21 Mei 2011. Kelas diadakan di rumah Penolong Setiausaha masjid, Saudara Haizal di BP10 dengan kolam renang bersaiz 28.5 X 12.5 X 4 - 5.5. Kelas diadakan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Peserta dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu 6 12 tahun dan 13 tahun keatas. Setakat ini penyertaan yang diterima adalah menggalakkan. Rawatan Alternatif Resdung & Bekam Rawatan tersebut telah diadakan di Masjid BBP pada 29 Mei 2011 dengan kerjasama Pusat Rawatan Thibun Nabawi.

Kelas Renang Anjuran Masjid Bandar Bukit Puchong

Ceramah oleh Kiyai Marfin Kasduri Satu ceramah oleh Kiyai Marfin Kasduri dari Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah diadakan di Surau Nur Baiduri, Baiduri Court pada 12 Mei 2011. Dalam ceramahnya, Kiyai telah menyentuh akan ancaman yang dihadapi oleh umat Islam masakini. Perlawanan Persahabatan Badminton dengan Kariah Putra Perdana Satu perlawanan persahabatan badminton

dengan ahli kariah Putra Perdana telah diadakan di gelanggang Kelab Komuniti Cyberjaya pada 14 Mei 2011. Perlawanan telah berpihak kepada pasukan Masjid Bandar Bukit Puchong dengan kemenangan 5 1. Ustaz Roslan Berita sedih menyelubungi kariah Masjid Bandar Bukit Puchong apabila Bilal Rakyat, Ustaz Roslan Ishak ditimpa kemalangan pada 16 Mei 2011 ketika dalam perjalanan ke sekolah tempat beliau

SUMBANGAN Akaun AmIslamic Bank: MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG No. Akaun: 2362022001144

Mukasurat 2

Terbitan No. 6/ 2011

SYAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF


kahwini selepas aku menceraikannya. Abdul Rahman menjawab, Semoga Allah memberkati kamu serta harta dan keluarga kamu, sebaliknya tunjukkan aku dimana letaknya pasar supaya boleh aku berniaga. Dipasar inilah Abdul Rahman mula berniaga dan akhirnya menjadi seorang ahli korporat yang terbilang dizaman Rasulullah. Pengorbanan Abdul Rahman bin Auf yang paling menonjol adalah dari sudut harta benda. Beliau menjadikan harta benda sebagai alat taqwa dan mendekatkan diri kepada Allah. Mengikut kitab al-Hilyah, karangan Abu Nuaim daripada Az-Zuhri, beliau menyumbang 40,000 dirham, 500 ekor kuda dan 1,500 ekor unta dijalan Allah. Pernah suatu ketika setelah kewafatan Rasulullah, Aisyah mendengar hiruk pikuk di kota Madiinah lantas bertanya. Apakah yang telah terjadi di kota Madinah? Kafilah Abdul Rahman bin Auf baru pulang dari Syam membawa barang-barang dagangannya, Seseorang menjawab. Ummul Mukminin berkata lagi, Kafilah yang telah menyebabkan semua ini? Benar, ya Ummul Mukminin. Kerana ada 700 kendaraan. Aisyah menggeleng-gelengkan kepalanya. Pandangannya jauh menerjah seolah-olah cuba mengembalikan ingatan masa lampau. Kemudian ia berkata, Aku aku pernah mendengar Rasululah berkata, `Kulihat Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dengan perlahan-lahan. Sebahagian sahabat mendengar itu lalu menyampaikannya kepada Abdul Rahman bin Auf. Alangkah terkejutnya beliau. Sebelum tali-temali perniagaannya dilepaskan, ia segera melangkahkan kakinya ke rumah Aisyah. Engkau telah mengingatkanku sebuah hadits yang tak mungkin kulupa. Abdul Rahman bin Auf berkata, Maka dengan ini aku mengharap sangat agar engkau menjadi saksi, bahwa kafilah ini dengan semua muatannya berikut kendaraan dan perlengkapannya, kupersembahkan di jalan Allah. Dan dibahagikan seluruh muatan 700 kendaraan itu kepada semua penduduk Madinah dan sekitarnya. Di zaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Umar. Beliau pernah dilantik untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau juga merupakan salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab ketika waktu nazaknya untuk menjadi salah seorang ahli majlis jawatankuasa di antara enam orang sahabat besar bagi memilih seorang diantara mereka yang akan menggantikan baginda dalam tempoh 3 hari setelah kewafatannya. Abdul Rahman bin Auf telah menarik diri dari dicalonkan, tetapi menawarkan diri mempengerusikan majlis tersebut untuk menentukan siapakah khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya disandang oleh Saiyidina Uthman. bin Affan r.a. Demikianlah kehidupan Abdul Rahman bin Auf, salah seorang sahabat besar Rasulullah. Memandangkan besarnya pengorbanan beliau, maka tidaklah hairanlah Rasulullah mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah dijanjikan syurga oleh Rasulullah. Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah di Madinah, ketika berusia 75 tahun dan dimakamkan di Baqi.

Abdul Rahman bin Auf dilahirkan pada tahun 44 sebelum Hijrah, atau 10 tahun sesudah Tahun Gajah. Di zaman Jahiliyyah beliau dikenali sebagai Abdul Kaabah, yang bermaksud Hamba kepada Kaabah. Beliau termasuk didalam kelompok yang pertama memeluk Islam, iaitu 2 hari selepas Islamnya Abu Bakar. Selepas itu Rasulullah menukar namanya kepada Abdul Rahman bin Auf. Diperingkat awal Islam, Abdul Rahman bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraisy di Mekah. Rasulullah akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan penghijrahan ke negeri Habsyah, kerana disana ada seorang raja beragama Nasrani yang berlaku adil. Diantara yang turut melakukan hijrah yang pertama didalam Islam tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf. Setelah sekian lama, orang-orang Islam yang berhijrah akhirnya mendengar berita bahawa kaum Quraisy di Mekah telah memeluk Islam (setelah turunnya ayat dalam surah An-Najm). Lalu sebahagian dari mereka pulang ke Mekah. Namun nyata berita itu tidak benar, bahkan Quraisy semakin keras menentang Islam. Lalu berlakulah hijrah kedua ke Madinah. Selepas berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau dipersaudarakan dengan sahabat dari golongan Ansar, iaitu Saad bin Rabi.Saad bersedia berkorban demi membantu Abdul Rahman dengan katanya, Ambillah dari separuh hartaku dan pilihlah dari salah seorang isteriku yang kau senangi untuk kau

JADUAL KULIAH (JUN 2011)


Ahad
SUBUH KULIAH 1 11 -1 PTG KULIAH 2 MAGHRIB KULIAH 3 ISHAK KULIAH 4

Isnin
MAGHRIB ISHAK KULIAH 1 9-11 MLM

Selasa
MAGHRIB KULIAH 1

Rabu
MAGHRIB KULIAH 1
Al-Adzkar Ust Dato' Baharuddin @ Nazri

Khamis
MAGHRIB Yaasin Tahlil pimpinan Imam Masjid

Jumaat
MAGHRIB ISHAK KULIAH 1 9-11 MLM B.Arab 4 Halal Tn Hj Haram Saadon Ust Muhd (kanak2) Saffiri
Ismail

Sabtu
9-11 PAGI KULIAH 1 B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2) MAGHRIB KULIAH 2 Hakikat Nabi Muhamm ad SAW. Ust Nik Bakri ISYAK KULIAH 3 B.Arab 4 Tn Hj Saadon (kanak2)

ISYAK 9-11 MLM B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

1
Sirus Salikin Jilid Ke 2 Ust Mashadi B.Arab 3 Tn Hj Saadon Talaqi AlQuran Ust Dahim

1
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)
Yaasin Tahlil pimpinan Imam Masjid

2
Hadis (Sahih Bukhori)

3
B.Arab 4 Tn Hj Saadon (kanak2)

3
B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

4
Halal Haram Ust Muhd Saffiri Ismail

4
B.Arab 4 Tn Hj Saadon (kanak2)

B.Arab 2 Tn Hj Saadon

Sirus Salikin Jilid 1 Ust Fakrulrazi

B.Arab 3 Tn Hj Saadon (kanak2)

BERZANJI MARHABAN

untuk semua muslimin

FeqahMinyatul Mussoli Ust Khairi

Ust Soffiean Ismail

5
Hadis 40 Ust Shamsudin B.Arab 3 Tn Hj Saadon

5
Tafsir AlQuran Ust Dahim B.Arab 2 Tn Hj Saadon

5
untuk semua muslimin

6
BERZANJI MARHABAN

6
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (kanak2)

7
Sirah Ust Dato' Md Daud Che' Ngah

8
Al-Adzkar Ust Dato' Baharuddin @ Nazri B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

8
Yaasin Tahlil pimpinan Imam Masjid

10
BERZANJI MARHABAN

10
B.Arab 4 Tn Hj Saadon (kanak2)

11
B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

11
Farida Faraid Fii Ilmi Aqidah.

11
B.Arab 4 Tn Hj Saadon (kanak2)

untuk semua muslimin

Ust Mashadi

12
HadisAttibbyan Ust Hayazi

12
B.Arab 3 Tn Hj Saadon

12
Talaqi AlQuran Ust Dahim

12
B.Arab 2 Tn Hj Saadon

13
Sirus Salikin Jilid 1 Ust Fakrulrazi

13
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (kanak2)

14
untuk semua muslimin

15
Mussoli Ust Khairi

15
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

16
Yaasin Tahlil pimpinan Imam Masjid
Hadis (Sahih Bukhori)

17

17
B.Arab 4 Tn Hj Saadon (kanak2)

18
B.Arab 1 Tn Hj Saadon (kanak2)

18
HadisAttibbyan Ust Hayazi

18
B.Arab 4 Tn Hj Saadon (kanak2)

FeqahBERZANJI MARHABAN Minyatul

Ust Soffiean Ismail

19
Asma'ul Husna Ust Dr Fauzi

19
B.Arab 3 Tn Hj Saadon

19
Tafsir AlQuran Ust Dahim

19
B.Arab 2 Tn Hj Saadon

20
Hadis (Riadhu Solehin) Ust Nasir

20
B.Arab 3 Tn Hj Saadon (kanak2)

21
KULIAH PERDANA

22

22
B.Arab 2 Tn Hj Saadon (Dewasa)

23
Yaasin Tahlil pimpinan Imam Masjid

24

24

25

25

25

Al-Adzkar Ust Dato' Ust Dato Baharuddin Dr. Haron @ Nazri

Din

26

26

26

26

27

27

28

29

29

30

Nota: 1- Kelas muslimat setiap minggu Isnin - Khamis akan dikendalikan olh Ustazah Rafiza (2 - 4:30 petang). 2- Kelas al Quran kanak2 pada Isnin, Selasa, Rabu Jumaat lepas Maghrib. 3- Jadual tertakluk kepada pindaan akhir.

Diterbitkan oleh Biro Penerbitan & Sebaran Am, Masjid Bandar Bukit Puchong Lot 59546, Jalan BP7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan Tel: 013-3488971 Fax: 03-8068 4959 Blog: http://masjid-bbp.blogspot.com

You might also like