You are on page 1of 2

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Latihan Industri
Sumbangan oleh Administrator Thursday, 28 January 2010 Dikemaskini Wednesday, 30 March 2011

UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (UPLI) Latihan Industri (LI) merupakan sebahagian daripada syarat kurikulum Politeknik KPTM yang mesti dipenuhi oleh pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma. Objektif Program Latihan Industri - Kurikulum modul LI bertujuan memupuk dan menilai kompetensi pelajar dalam aspek:- a) Membina Personaliti Individu Yang Positif - b) Kemahiran Berkomunikasi - c) Mengamalkan Etika dan Peraturan Kerja Yang Baik - d) Memberi Pendedahan Kepada Alam Pekerjaan - e) Menghasilkan Laporan Harian Latihan Industri Aturan Program Latihan Industri - a) Pelajar kursus peringkat sijil akan menjalani LI pada semester 3 manakala pelajar kursus peringkat Diploma pada semester 4. - b) Tempoh LI ialah satu semester (20 minggu). Program LI dilaksanakan pada setiap sesi iaitu sesi Januari (Pertengahan Januari hingga Pertengahan Jun) dan sesi Julai (Pertengahan Julai hingga Pertengahan Disember). - c) Pelajar diberikan kemahiran halus, softskill selama satu semester sebelum mereka menjalani LI. Kandungan aktiviti softskill memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keperluan lima aspek kompetensi yang dinyatakan dalam kurikulum modul LI. Proses Permohonan Tempat Latihan Industri: - a) Proses permohonan berlaku dalam masa 5 bulan sebelum pelajar menjalani LI. Proses permohonan kebanyakannya dilakukan sendiri oleh pelajar. Pelajar dibenarkan hadir sendiri ke jabatan/syarikat untuk mengajukan permohonan. Sekiranya jabatan/syarikat tidak dapat menerima permohonan terus melalui dokumen yang dibawa oleh pelajar, pihak UPLI akan menguruskan proses permohonan berkenaan jika diminta oleh pelajar. - b) Proses permohonan sendiri oleh pelajar dilengkapkan dengan surat/borang rasmi yang di sediakan oleh UPLI. Pelajar diberi kebebasan untuk memilih tempat latihan yang sesuai dengan pengajian dan kemampuan (sara hidup) mereka sehingga tarikh yang ditetapkan. Selepas tarikh berkenaan pihak UPLI berhak menempatkan pelajar ke sesuatu tempat latihan tanpa persetujuan pelajar. Pelajar hanya dibenarkan membuat satu permohonan dalam satu masa. dan diwajibkan menerima tawaran pihak syarikat. - c) Maklumat syarikat yang pernah berurusan dengan pihak politeknik diiklankan kepada pelajar yang memohon. Pelajar hadir sendiri atau membuat permohonan secara bertulis kepada pihak syarikat. Pihak syarikat yang ingin menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar boleh mengirimkan makumat syarikat (alamat / tel / fax / ofis) kepada pihak UPLI. Maklumbalas daripada pihak UPLI bergantung kepada permintaan dan pilihan pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri. - d) Pihak syarikat boleh mendapatkan khidmat pihak kami menyedia dan mengaturkan sesi temuduga dengan pelajar yang berminat untuk menjalani latihan industri. - e) Pihak syarikat dengan persetujuan pelajar boleh memulakan latihan lebih awal daripada tarikh yang dicadangkan. Bagaimanapun tarikh tamat latihan tidak dibenarkan lebih awal daripada yang ditetapkan dalam tempoh latihan. Lawatan Pemantauan/Perhubungan Industri: - a) Lawatan ke industri bertujuan untuk memantau status latihan pelajar dan juga memperluaskan hubungan dengan syarikat yang pernah atau belum pernah menawarkan tempat latihan kepada pelajar Politeknik Merlimau. - b) Lawatan ke industri dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran politeknik terhadap keperluan semasa yang diharapkan oleh industri. Soalselidik dan sesi dialog dengan pihak industri dapat dilaksanakan dengan lebih mendalam. Lawatan juga dapat memberi pendedahan industri kepada pensyarah dan menggalakkan program sangkutan pensyarah di industri. Format Surat/Borang Rasmi: - 1) Surat Mohon Sesi Julai 2010 - 2) Surat Jawapan 2010 - 3) Resume Pelajar - 4) Biodata Dapatkan Format Surat/Borang Rasmi tersebut di sini ** Sebarang permohonan bagi menolak atau menukar tempat LI hendaklah berjumpa dan berbincang terlebih dahulu
http://www.pmm.edu.my _PDF_POWERED _PDF_GENERATED 4 July, 2011, 22:25

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

dengan Pegawai LI di Unit Perhubungan Dan Latihan Industri. Harap Maklum.

Hubungan/Pertanyaan: POLITEKNIK MERLIMAU KB 1031, PEJABAT POS MERLIMAU TEL: 06-2626687 77300 MERLIMAU, MELAKA FAX: 06-2636678 Ketua Unit Perhubungan & Latihan Industri - samb. 2002 Pegawai Perhubungan & Latihan Industri (Latihan) samb.1012, 1009 Penyelaras Latihan Industri: - a) Jabatan Kejuruteraan Awam samb. 1184/1113 - b) Jabatan Kejuruteraan Elektrik samb.1163/1165 - c) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal samb. 1133, 1126 - d) Jabatan Hospitaliti 1039/1040 - e) Jabatan Perdagangan 1083/1082

http://www.pmm.edu.my

_PDF_POWERED

_PDF_GENERATED 4 July, 2011, 22:25

You might also like